Gamelan berasal dari budaya Jawa dan Bali, dan terdiri dari berbagai alat musik seperti bonang, gambang, kenong, dan saron yang dimainkan secara bersamaan. Gamelan diperkenalkan di Malaysia pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah di Pahang.
1 of 5
Download to read offline
More Related Content
Harvinder music
1. GAMELAN
ASAL-USUL
Perkataan gamelan berasal daripada bahasa jawa “gamel” yang bererti memukul
atau menabuh ,diikuti akhiran ‘an’ yang menjadikannya sebagai kata
benda.Sedangkan gamelan mempunyai erti sebagai satu kesatuan alat muzik
yang dimainkan bersama.Gamelan muncul pada saat budaya luar dari Hindu-
Buddha.
Gamelan Pahang diperkenalkan ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmad
Muadzam Shah yang digiatkan oleh Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah.Pada
tahun 1915,Tengku Ampuan Mariam,anakanda kepada Sultan Ahmad Muadzam
Shah mempunyai set gamelan dibawah jagaannya di Pahang dan dibawa ke
istana Maziah Terengganu bagi melatih rakyat Terengganu untuk bermain dan
menari gamelan. Berbagai lagu dan tarian dicipta seperti Lambang Sari, Geliung,
Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru, Lancang Kuning dan sebagainya.
2. JENIS-JENIS GAMELAN
1)Gamelan Jawa
2)Gamelan Bali
3)Gamelan Sunda
4)Gamelan Banyuwangi
5)Gamelan Kromong
ALAT-ALAT GAMELAN DI MALAYSIA
1)BONANG
Bonang merupakan alat terpenting dalam perhimpunan menvariasikan
melodi pokok atau satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai permulaan
lagu khususnya untuk penghias lagu.
3. 2)GAMBANG
Gambang biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja.Pemain
tersebut memerlukan 2 bilah pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau.
3)KENONG
Kenong adalah sejenis alat idiofon yang ditemui di selatan Asia Timur.
Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi
yang dihasilkan oleh gong.
4)SARON
i)Saron Demong
Saron demong berperanan sebagai alat membawa melodi pokok dan
melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai
oktaf yang terendah dalam keluarga saron.
ii)Saron Peneru
Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat saron barung berukuran lebih kecil
daripada saron demo dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring
daripada saron demong.
4. Iii)Saron Pekin
Teknik perdan yang diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya
mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan
suara lantang dan nyaring.
5)GONG
Gong adalah sejenis alat muzik idofon berasal dari asia timur selatan.Gong
berperanan sebagai tulang belakang dalam persembahan muzik gamelan.Gong
terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap
satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.
6)GENDANG
Gendang adalah alat penting dalam memimpin rentak yang rendah atau
tinggi.Gong dianggap alat yang paling sukar untuk dimainkan dan memerlukan
kemahiran yang tinggi didalam permainan kerana tidak mudah untuk diberi
notasi.