2. APAKAH ITU HIKAYAT ???
Menurut Rahman Shaari( 1949):
Cerita lama yang dianggap sebagai cabang kesusateraan Melayu
Lama. Hikayat disampaikan dengan gaya tertentu. Bahasanya bahasa
lama. Tumpuan cerita selalunya di sekitar keluarga istana. Terdapat
di dalamnya peristiwa-peristiwa luar biasa hasil daripada perwatakan
yang luar biasa.
(m/s 34)
3. RINGKASAN CERITA
BAB 1
-Malim deman bermimpi bertemu Wali Allah.
-Malim Deman memohon kebenaran dan restu daripada ayahanda
dan bondanya untuk keluar berburu.
BAB 2
-Tuanku Malim Dewa mengajarkan anakandanya beberapa ilmu.
-Malim Deman keluar dengan diiringi oleh Si Kumbang, Bujang
Selamat dan hulubalang.
BAB 3
-Tuan Puteri dari kayangan turun bermain di taman Nenek
Kebayan.
-Malim Deman terjumpa batil emas yang sedang hanyut milik
Puteri Bongsu.
4. BAB 4
-Batil emas dijumpai oleh Malim Deman.
-Malim Deman menumpang di rumah Nenek Kebayan.
BAB 5
-Malim Deman menyembunyikan kain dan baju layang milik Tuan
Puteri Bongsu.
-Malim Deman dan Tuan Puteri Bongsu dikahwinkan oleh Tuanku
Betara Guru.
BAB 6
-Malim Deman membawa isterinya kembali ke Bandar Muar.
5. BAB 7
-Tuanku Gombang Malim Dewa mangkat.
-Tuanku Malim Deman ditabal sebagai raja.
BAB 8
-Tuan Puteri Bongsu melahirkan seorang putera yang diberi nama
Tuanku Malim Dewana.
-Tuan Puteri Bongsu merajuk dan pulang ke kayangan bersama
puteranya.
-Malim Deman keluar mencari isteri dan puteranya.
-Malim Deman berjanji dengan Raja Jin Islam akan berkahwin
dengan Tuan Puteri Terus Mata.
6. BAB 9
-Tuan Puteri Bongsu menerima pinangan Raja Mambang Molek.
BAB 10
-Malim Deman naik ke kayangan dengan burung borak.
-Malim Deman bertemu dengan Tuan Puteri Bongsu.
BAB 11
-Malim Deman bertarung dengan Raja Mambang Molek.
-Malim Deman mengadap ayahanda Tuan Puteri Bongsu.
BAB 12
-Tuan Puteri Bongsu mengenakan syarat kepada Malim Deman
sebelum turun semula ke dunia.
-Malim Deman berkahwin dengan Puteri Terus Mata.
7. BAB 13
-Si Raja Jin menerbangkan mahligai Malim Deman ke Bandar Muar.
BAB 14
-Malim Deman membawa isteri-isterinya dan puteranya pulang ke
Bandar Muar.
-Malim Deman berjanji dengan seluruh rakyat jelata bahawa baginda
akan menjadi Raja yang adil dan tidak akan mengulangi kesilapan
yang dahulu.
8. DEFINISI PEMIKIRAN
Menurut Mohd Yusof Hasan (2009) :
Pemikiran merupakan kegiatan dari proses aktiviti akal atau
otak sebagai organ penting bagi diri seseorang manusia.
Organ ini merupakan ciptaan pertama dan utama insan oleh
Tuhan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupannya.
Proses ini juga dipanggil minda atau perjalanan pemikiran
yang berasal daripada akar kata : fikir. Bidang pemikiran ini
juga disebut sebagai sains taakulan atau brain science atau
neuro science atau science of reasoning.
(m/s 1)
9. Menurut Haron Daud (2001) :
Pemikiran merupakan sesuatu yang muncul di dalam
minda seseorang atau anggota- anggota masyarakat berupa
idea, pandangan, fahaman, kepercayaan, dan sebagainya,
merangkumi semua aspek termasuk world- view. Dalam
sosiobudaya, konsep world-view digunakan untuk mengenal
pasti pandangan seseorang individu sebagai anggota
masyarakat berhubung dengan kosmos yang mempunyai
kaitan dengan kehidupan mereka.
(m/s 248)
10. ASPEK PEMIKIRAN DALAM CERITA
1. Pemikiran tentang kebijaksanaan
Kebijaksanaan Malim Deman untuk memiliki Tuan Puteri
Bongsu.
Kebijaksaaan Nenek Kebayan menyembunyikan Malim
Deman daripada Tuan Puteri Bongsu
Kebijaksanaan Tuan Puteri Bongsu untuk melepaskan diri
daripada berkahwin dengan Mambang Molek.
11. 2. Pemikiran berkaitan pengaruh Islam.
Kemunculan wali Allah dalam mimpi Malim Deman.
Penggunaan kalimah Insya Allah Taala dan Ya Allah, Ya Rabbi,
Ya Saidi, Ya Maulai Tuhan.
3. Pemikiran tentang keberanian
Keberanian Malim Deman meredah hutan rimba yang dipenuhi
syaitan dan jin seorang diri selepas Si Kumbang mati.
Malim Deman naik ke kayangan seorang diri untuk mencari isteri
dan puteranya.
Malin Deman seorang diri berhadapan dan bertarung dengan
Mambang Molek dan pahlawan-pahlawan lain untuk mendapatkan
semula isterinya.
12. 4.Pemikiran tentang kekecewaan
-Perubahan sikap Malim Deman telah menimbulkan kekecewaan
dalam hati Tuan Puteri Bongsu.
5.Pemikiran terhadap animisme & mitos.
-Penggunaan kemenyan dalam setiap upacara menyeru semangat
kesaktian.
-Mempercayai mimpi
-Raja dikaitkan dengan unsur-unsur dewa.
-Kewujudan kayangan.
13. 6. Pemikiran tentang percintaan.
-Percintaan Malim Deman dengan puteri dari kayangan
iaitu Puteri Bongsu.
- Penjodohan Malim Deman dengan Puteri Terus Mata.
7.Pemikiran tentang kebahagian
-Malim Deman bahagia dengan kedua-dua isterinya.
14. KESIMPULAN
Hikayat Malim Deman ini sangat tinggi mutunya. Hikayat ini
menerapkan pengajaran yang berguna dan nilai murni yang boleh
dicontohi dalam kehidupan.