1. HIZBUT TAHRIR (HT) Merupakan satu angkatan @ ajaran baru yang bertopengkan
politik islam tetapi pada hakikatnya TIDAK menerima pakai hukum islam antaranya
isu bersalaman, bercium laki perempuan ajnabiyah bukan muhrim dan bukan suami
isteri & yang berjalan menuju zina merupakan tidak haram bahkan harus lagi HALAL
bagi Hizbut Tahrir.
HT sering menyebarkan ajaran mereka kepada persatuan2 islam dimalaysia termasuk
JAKIM demi merialisasikan impian mereka iaitu kesemua manusia didunia ini WAJIB
ikut dan sertai HT.Dengan bertopengkan penegakan sistem Khilafah Islamiyah HT
turut bertindak kurang ajar dengan menghukum seluruh umat islam yang bersemangat
wataniyah sebagai KAFIR halal darahnya dan juga menghukum KUFUR terhadap semua
umat islam di Malaysia dan Indonesia yang beramal dengan demokrasi.
Selainya HT tidak mengutamakan ilmu agama HT turut menerapkan nilai2 penghinaan
terhadap para nabi antaranya HT menyandarkan perbuatan syirik terhadap Nabi
Ibrahim serta HT turut menghukum nabi Yusuf BERKEHENDAK DAN BERNIAT MELAKUKAN
ZINA dengan ZULAIKAH.Dan..dan..dan banyak lagi beribu-ribu kesongsangan ajaran
baru Hizbut Tahrir yang tidak sempat diutarakan kesemuanya disini...
Umat islam tidak habis lagi dengan ajaran Mujassimah Moden( yang mengatakan
Allah Duduk & Membid'ah-bid'ahkan umat islam )kini umat islam terpaksa
menghadapi dengan pelbagai ajaran baru yang bertopengkan islam atau politik
islam pula.
Dibawah ini saya menyatakan beberapa kesongsangan dan Hubbut Takfir ( HT ) iaitu
gemar&suka menkafirkan umat islam yang wujud dalam ajaran Hizbut Tahrir ( HT )
merujuk kepada kitab asal atau risalah asal puak ajaran baru Hizbut Tahrir yang
dipetik dari laman web HT sendiri dan ini bukanlah satu fitnah dan tuan2 boleh
rujuk sendiri dari website HT sendiri.
( http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Hizb-ut-Tahrir.pdf )
1- HIZBUT TAHRIR MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM.
Hizbut Tahrir Semakin Kurang Ajar Terhadap Islam dan UmatnyaHizbut Tahrir ( HT )
merupakan satu angkatan perpaduan baru yang bertopengkan dengan nama politik
islam.
Umat islam memang sedari bahawa Khalifah adalah perlu dan kerja kearah
mewujudkan khalifah islam sebenar sememangnya diusahakankan oleh umat islam dan
ulamanya dengan cara yang cukup rapi tanpa menghukum kafir terhadap umat islam
lain tanpa hak.
HT Mengharamkan Patriotisme Bahkan Mengkafirkan Sesiapa sahaja yang
menubuhkannya dan menganggotainya.Dalam kitab mereka ini
http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Hizb-ut-Tahrir.pdf
Pada mukasurat 3 jelas HT mengharamkan bahkan MENGKAFIRKAN sesiapa sahaja yang
menubuhkan, menganggotai dan menyokong serta bersemangat Patriotisme.
Ini bererti HT telah menghukum KUFUR terhadap semua umat islam di Malaysia dan
diluar Malaysia yang mencintai negara sendiri (berbatasan syariat), maka tiada
yang muslim di dunia ini bagi HT kecuali puak mereka sahaja.Hari kemerdekaan
merupakan hari kekufuran bagi semua umat islam ( inilah tanggapan HT berdasarkan
dalam kitab mereka tersebut ).
Nampak gayanya berasa lega sungguh puak HT ini bila dah kafirkan umat islam.
2- HIZBUT TAHRIR MEWAJIBKAN KEATAS UMAT ISLAM MENGIKUT DAN MENGANGGOTAI MEREKA (
walaupun kekadang mereka menafikannya tetapi kitab mereka membuktikannnya).
Wahai umat islam...lihatlah cara pendekatan HT ini dan saya berharap anda jangan
tertipu dengan HT yang memang kurang ajar..dahlah tidak berhukum dengan hukum
islam bila HT menghalalkan ciuman diantara lelaki dan perempuan dan persalaman
antara mereka dalam risalah edaran HT di Tripoly.
Lihat pada perenggan pertama pada mukasurat 6
http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Hizb-ut-Tahrir.pdf
Jelas! bahawa HT mewajibkan anda semua menganggotainya dan siapa yang tidak
melakukan perkara yang wajib maka dia telah melanggar perintah 'islam' dan akan
diazab dalam api neraka Allah.
3- HIZBUT TAHRIR MENGKAFIRKAN SESIAPA YANG BERAMAL,BERSETUJU DAN BERKAITAN
2. DENGAN DEMOKRASI.
Lihat http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Hizb-ut-Tahrir.pdf
mukasurat 17 jelas bahawa HT gemar menghukum umat islam sekarang ini adalah
kafir yang islam hanya HT sebab itu HT mewajibkan ikut mereka..rujuk semula m/s
6
http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Hizb-ut-Tahrir.pdf.
4- HIZBUT TAHRIR MENGANGGAP bahawa NABI&RASUL TIDAK MAKSUM ( TIDAK TERPILIHARA
DARI KEKUFURAN ).
Mungkin yang maksum disisi HT hanya Taqiyuddin Nabhani.
Ketahuilah bahawa disisi agama islam yang dipelopori oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah
berpegang bahawa para Nabi dan Rasul mereka adalah maksum( terpelihari) dari
kekufuran,
dosa besar & dosar kecil yang buruk pada SEBELUM kenabian dan kerasulam mereka
serta SESUDAH kenabian dan kerasulan mereka. Inilah aqidah islam.
Malangnya HT beranggapan bahawa kemaksuman Nabi & Rasul dari kekufuran dan dosa
besar HANYALAH SELEPAS dilantik oleh Allah sebagai nabi atau rasul.
Ini bermakna HT mengharuskan kekufuran berlaku pada Nabi dan Rasul sebelum
kenabian sedangkan Allah tidak akan mengutuskan manusia sekeji itu ( iaitu yang
melakukan kekufuran).
Laman Hizbut Tahrir membuktikan perkara tersebut
:http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Shakhsiyah1.pdf
Lihat pada m/s 137 diakhir perenggan jelas HT mengatakan bahawa para Nabi dan
Rasul tidak maksum dan harus melakukan seperti mana manusia lain melakukan
( dari perkara kufur,dosa besar dan selainnya).nak tanya pada HT..taqiyuddin
nabhani yang menentang ikhwan muslimin tu maksum ke tak?.
5- HIZBUT TAHRIR MENYANDARKAN SIKAP SYIRIK TERHADAP NABI IBRAHIM.
Saudara seislam sekaliantidak cukup HT menafikan kemaksuman Anbya' dari
kekufuran sebelum kenabian, kini HT sanggup menyandarkan sikap seakan syirik
terhadap nabi Ibrahim.Ketahuilah bahawa Nabi Ibrahim tidak pernah bersikap
seakan bulan itu tuhan!
Dan Nabi Ibrahim tidap pernah mengadap matahari seolah-olah bersetuju dengan
cara pemikiran org musyrik! Tidak dan tidak pernah!Akan tetapi HT telah
menyandarkan perkara yang jelek itu terhadap Nabi Ibrahimsubhanallah..Ini juga
bukan satu fitnah terhadap HT tapi anda boleh rujuk pada website HT
( http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/pdf/sn200615_istimewa_maulidur_rasul_
1427_hijrah_mengapa_kita_perlukan_rasul_allah.pdf )Pada risalah mereka SAUTUN
NAHDHAH SN652406 mukasurat 2 & 3.
Tidak pernahkan HT memahami firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 67 Allah
ta'ala menafikan nabi Ibrahim dari kalangan musyrikin!.
6- DALIL GANJIL HIZBUT TAHRIR MENGHALALKAN MAKAN KHINZIR DEMI UNTUK MENGELAK
KEMUDARATAN.
Saya nasihatkan kepada HT agar terus mempelajari ilmu agama dari ahli ilmu agama
dan bukannya dari Taqiyuddin Nabhani! Agar anda dapat meletakkan dalil syarak
ditempatnya dan bukan pakai tibai saja!Pada website
http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/pdf/sn200615_istimewa_maulidur_rasul_14
27_hijrah_mengapa_kita_perlukan_rasul_allah.pdf& risalah Hizbut Tahrir SAUTUN
NAHDHAH SN652406 di mukasurt 3,
Apabila HT menghalalkan makan khinzir untuk mengelak kemudaratan, HT telah
mengunakan ayat yang dipesongkan terjemahannya dan tafsirannya.
Cuba lihat bahawa ayat 106 dalam surah An-Nahl cukup panjang, malangnya HT yang
tiada amanah dengan ayat Alquran telah meringkaskanya mengikut hawa nafsu
mereka.
Kerja meringkaskan ayat Al-quran (sehingga terkeluar dari maksudnya) tidak
dilakukan melainkan hanyalah kerja org jahil!Ayat tersebut menyatakan mengenai
hukum kekufuran dan org islam yang dipaksa untuk kufur tiada kaitan dengan halal
makan khinzir!
Demikian terjemahan sebenar ayat tersebut :
"Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan
azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan atau melafazkan kufur)
3. sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka
hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah dan mereka
pula beroleh azab yang besar".
Qias yang digunakan oleh HT sering menyimpang kerana kejahilan mereka!
Adakah HT mahukan sistem khilafah ala meringkaskan ayat-ayat alquran dan
dipotong-potong serta memutarbelit ayat-ayat Allah?!!
7- HIZBUT TAHRIR MENYATAKAN NABI YUSUF BERMAKSUD MELAKUKAN ZINA.
Tabarakallah!...apa ini?!SubhanallahKejahilan mentafsir Alquran membuatkan HT
menyandarkan terhadap nabi Yusuf sifat keinginan melakukan zina terhadap
zulaikha.
Saya menyeru agar HT memerangi kejahilan dan pergi belajar balik cara tafsir
Alquran sebenar kerana HT telah melakukan jutaan kesilapan dalam Alquran. Adakah
kejahilan Alquran asas Hizbut Tahrir bagi menyokong sistem khilafah?!.
Dalam website HT
http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/pdf/sn200615_istimewa_maulidur_rasul_14
27_hijrah_mengapa_kita_perlukan_rasul_allah.pdf pada risalah mereka SAUTUN
NAHDHAH SN652406 di mukasurt 4, HT telah menerangkan ayat Alquran dengan salah
sehingga menyebabkan HT menyandarkan terhadap nabi Yusuf sifat hendak melakukan
seks dengan wanita itu.
Tabarakallah allazi 'assoma ambiyaahu.
8- HIZBUT TAHRIR MENGATAKAN BAHAWA AGAMA PARA NABI TERDAHULU BUKAN AGAMA ISLAM.
Dalam kitab HT berjudul Syakhsiyah Islamiah Juzuk Tiga Usul Fiqh di Mukasurat
406 & 407, http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Shakhsiyyah3.pdf
HT telah menafikan Islam sebagai agama para nabi-nabi terdahulu.Ketahuilah
bahawa seluruh para Nabi beragama Islam berdalilkan banyak ayat dan bukti
lain..antaranya firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 67.Firman Allah bermaksud
:
"Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah dia seorang
pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid
sebagai seorang MUSLIM (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah) dan dia
pula bukanlah dari orang-orang musyrik".
Cuma syariat iaitu hukum-hakam para rasul sahaja yang berbeza, manakala agama
adalah sama iaitu agama Islam yang beriman dengan Allah sebagai Tuhan yang
disembah.
bersama Edwar Saputra dan 10 lainnya di Kota Banjarmasin.