2. TAJUK :
1. Perbezaan konsep integrasi dan
asimilasi dalam konteks memupuk
perpaduan nasional
2. kepentingan konsep-konsep
asas hubungan etnik dalam
konteks masyarakat majmuk
Malaysia.
3. Konsep Integrasi
Integrasi
Satu proses bagi mewujudkan satu identiti
nasional dalam kalangan kumpulan yang
terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan
lokasi dlm sesebuah unit politik.
4. Konsep Asimilasi
Asimilasi
Satu proses percantuman dan penyatuan
antara etnik berlainan budaya sehingga
membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dan identiti yang sama.
Contoh: Melayu di Thailand, Cina di
Kelantan, Baba dan Nyonya
Berlaku bila ada interaksi yang erat untuk
tempoh yang lama.
6. INTEGRASI ASIMILASI
Proses penyatuan kumpulan yang
pelbagai latar belakang ke dalam satu
entiti yang diikuti norma, nilai dan
kepentingan yang seragam serta
membentuk satu kebudayaan
kebangsaan dan identiti nasional
dalam kalangan kumpulan yang
terpisah dari segi kebudayaan.
Satu proses penyerapan unsur-unsur
kebudayaan daripada suatu budaya
kepada budaya yang lain.
Asimilasi yang diwakili oleh formula A
+ B + C = A. Etnik minoriti iaitu B dan
C akan mengamalkan bentuk
kebudayaan A yang merupakan
golongan dominan dalam sesebuah
negara.
Integrasi bertujuan mengurangkan
jurang perbezaan pembangunan
ekonomi dan sosial antara wilayah
maju dengan yang mundur.
Cara hidup sesebuah etnik minoriti
diasimilasikan dengan cara hidup
golongan etnik majoriti seperti
pakaian,bahasa, nama, makanan dan
lain-lain.
Menyatupadukan rakyat melalui
program sosial seperti sukan,
pendidikan, perumahan dan kesihatan.
Etnik minoriti mengamalkan
kebudayaan sosial asal golongan etnik
majoriti.
7. Mewujudkan satu identiti baru tanpa
menghilangkan identiti asal seperti
budaya nenek moyang, agama dan
kepercayaan.
Kesanggupan golongan minoriti untuk
menghilangkan identiti mereka dan
kesanggupan golongan majoriti untuk
menerima golongan lain.
Contoh integrasi :
Mengurangkan jurang ekonomi antara
Malaysia Barat dengan Malaysia Timur
dan Pantai Timur Semenanjung
Malaysia dengan Pantai Barat
Semenanjung Malaysia.
Contoh asimilasi :
masyarakat Baba dan Nyonya, Cina
Kelantan, Melayu di Thailand dan
Jawa.
Integrasi berlaku melalui program
sosial seperti sukan, pendidikan,
perumahan dan kesihatan.
Proses asimilasi berkait rapat dengan
saiz kumpulan minoriti dan kadar
imigrasi.
Integrasi berlaku melalui kerjasama
dan pembahagian kuasa politik.
Asimilasi berlaku melalui tingkat
perbezaan di antara golongan minoriti
dengan majoriti.
9. 1. Menjadikan Negara Malaysia Sebagai
Negara Maju Menjelang Tahun 2020.
Perpaduan rakyat Malaysia adalah cabaran
pertama untuk membentuk sebuah Negara yang
utuh.
Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang
terdiri daripada berbilang kaum dan agama
mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga
Malaysia
10. Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat
membawa Negara kita ke tahap kemajuan
yang optimum.
Wawasan 2020 akan tercapai dengan
adanya semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia.
11. 2. Mengekalkan Keharmonian Dan
Kedamaian
Malaysia yang aman dan damai dapat
menjamin kebahagiaan dan keselamatan
rakyatnya.
Kedamaian dan kesejahteraan dalam
kalangan masyarakat Malaysia dapat
mengelakkan daripada berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham
antara satu sama lain.
12. 3. Memupuk sikap toleransi
Sikap toleransi turut dilahirkan daripada
kedamaian dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Hal ini demikian, kerana rakyat Malaysia
sedar bahawa sikap bertolak ansur
penting bagi mengekalkan keharmonian
Negara.
13. Kaum yang berlainan menyambut
perayaan seperti tahun Baru Cina dan
Depavali bersama melalui amalan rumah
terbuka.
14. 4. Memupuk sikap adil dan
saksama
Menglibatkan semua kaum dalam aktiviti-
aktiviti seperti gotong-royong, rukun
tetangga dan persatuan peringkat daerah
sehinggalah kebangsaan demi
mewujudkan hubungan yang erat sesama
masyarakat berbilang kaum.
15. 5. Memahami antara kaum dan tidak
membangkitkan isu-isu sensitif
Mengawal kebebasan bersuara dan
penerbitan.
Isu-isu yang mengancam perpaduan tidak
dibangkitkan sama ada peringkat
tempatan atau kebangsaan.
Tidak mendiskriminasikan kaum berlainan
sama ada dalam perucapan, perbuatan
atau pemikiran.
16. Parti-parti politik perlu menekankan
perpaduan, iaitu tidak terus-menerus
membangkitkan isu-isu yang berpotensi
memecahbelahkan perpaduan
17. Kesimpulan
Secara tuntasnya, rakyat Malaysia perlu
bersatu padu dalam menjayakan aspirasi
1Malaysia umpama bulat air kerana
pembentung, bulat masyarakat kerana
muafakat.
Aspirasi 1Malaysia membawa dasar bahawa
rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan
untuk keharmonian dan kemakmuran Negara.
Semua bangsa Malaysia akan hidup bersama
secara aman, damai dan sejahtera.