1. Hukum Pertandingan
soalan
Satu penganjur telah menganjurkan pertandingan bola sepak..di mana yuran penyertaan
untuk setiap pasukan ialah RM 150....hadiah pertandingan pula berupa wang ringgit, piala
dan jersi....penganjur ini telah gagal mendapatkan penaja bagi pertandingan ini....oleh
kerana itu sebahagian daripada duit penyertaan akan digunakan untuk hadiah
pertandingan di samping untuk bayaran sewa tempat dsbg....
Soalan saya, adakah boleh penganjur berbuat demikian, yakni dengan menggunakan duit
peserta untuk dijadikan hadiah kepada para pemenang, sedangkan semua peserta
membayar duit tetapi hanya pemenang sahaja yang akan mendapat hadiah
kemenangan....?
Berikut saya lampirkan jwpn Ust Kamin dr al-Ahkam.
Sebelum kita pergi lebih jauh berkenaan dengan pertandingan yang dibenarkan didalam
Islam, elok juga kita melihat kembali beberapa pra-syarat yang ditetapkan oleh Islam.
Menurut Shaykh Khaalid al-Maajid, dari Universiti Islam Imaam Muhammad ibn
Saud :-
. 悋愆惘愀 悋 : 悽 悋 悋悋惘 悋惘悋 惡 悋惺惡
. 悋愆惘愀 悋惓悋 : 悖 惠 惶悋 悸 惺 悵惘 悋 悋悋悴惡 惺 悋惶悸 悖 悖 愀悋惺悸 悋悴惡悸 惓 惡 悋悋惆
惘 惆
.悋愆惘愀 悋惓悋惓: 悖 惠愕惠愃惘 惓惘 惠 悋惺惡 惷 惺 悖 惠愕惠愃惘 惠 悖 菏惘 惡 悋悋愕 惡悋
悋
1. Hendaklah bebas dari unsur-unsur perjudian, pertaruhan diantara pemain.
2. Tidak menjadi penghalang didalam melakukan kewajipan mengingati Allah, atau solat,
atau apa-apa ibadat, seperti menhormati ibu-bapa.
3. Permainan ini tidak memakan masa yang banyak, lebih-lebih lagi mengambil sepenuh
masanya, atau membuat orang lain mengenalinya disebabkan masa yang dia ambil.
Syarat yang dinyatakan diatas ini hanya merujuk kepada pra-syarat pertandingan
yang dibolehkan, dan tidak termasuk hadiah /prize.
Dr Abdul Fattaah Idris, Professor Fiqh Muqaran di Al-Azhar, didalam memberi fatwa
berkenaan isu bolehkah hadiah diberikan kepada peserta pertandingan kuiz sekolah,
beliau berpandangan :
"Menurut majoriti ulama, apa yang membolehkan pertandingan jawapan yang terbaik
atau betul bagi sesuatu soalan, samada akademik atau bukan akademik, ialah kerana
sebabnya ynag mulia. Maka agak jelas disini bahawa pertandingan serupa ini dibolehkan
dari perspektif Islam dengan syarat tidak ada hadiah diberikan. Ini adalah pandangan
majoriti ulama. Walaubagaimana pun Mazhab Hanafi membenarkan hadiah diberikan,
oleh kerana ia akan bertindak sebagai bahan pemangkin agar seseorang itu bekerja keras.
Berdasarkan pandangan ini, Islam membenarkan instituisi memberi hadiah kepada
2. mereka yang cermelang, kerana ia akan menggalakan masnusia meletakkan usaha yang
lebih didalam pembentukan kerjaya masing-masing dan yang seterusnya akan
mengerakkan seluruh masyarakat"
Islam begitu berhati-hati didalam perkara yang melibatkan wang dan hadiah. Islam
membenarkan hadiah diberikan kepada perkara-perkara yang membawa kepada Jihad dan
juga unsur-unsur agama; seperti pertandingan menghafal al-Quran, kuiz agama, dsb,
sebagaimana fatwa yang telah dibawakan dahulu :-
Menurut Dr Ali Al-Saalus, Professor Syariah dari Qatar :
悋愕悋惡悸 悋惘 悋惡悋忰悸 惆 惡悵 悋 忰惘悴 悋 悖悋 悋愕悋惡悸 惺 惡悵 悋 愕惡 悋 悋惆 悋 悋惠惘愃惡 悋悴悋惆 悋忰惓
惺 悵 悴悋悄 悋忰惆惓 悋愆惘: " 悒 悽 悖 忰悋惘 悖 惶". 惘悋 悖忰惆 悖惡 惆悋惆 悋惠惘悵 悋惡 悋悴 惠悋惡
愕惡
悋悴悋惆 悋惡 悋悽 悋惠 愕悋悧 悋惠悋 悋惶悋 悋惠 惘 悋愕惡- 惡惠忰 悋惡悋悄- 悋悋 悋悵 悴惺 愕悋惡 悋 惘
.惠惺 惡悋悴悋惆 愃惘 悖 惡惺惷 悋惆 悖 悋悽惘 悋忰愕悋 悴惺悋 悖悋 愕悋惡悋惠 愃惘 悋悴悋惆
"Pertandingan adalah perkara yang dibolehkan tanpa memasukkan unsur duit dan tidak
ada masalah dengannya, bagi pertandingan yang melibatkan wang, mereka akan
melakukannya bersungguh-sungguh bagi mencapai targetnya, dan ini telah dinyatakan
didalam hadith Nabi saw : 'Tidak ada sabaq (hadiah wang dsb) kecuali memanah, lumba
kuda dan lumba unta'. - [Hadith diriayat oleh Ahmad, abu Daud, Al-Tirmudzi, Ibn Majah
didalam buku Jihad]. Unta bermakna perlawanan, memanah bermaksud melontarnya, dan
sabaq bermaksud duit yang digunakan sebagai hadiah pemenang.Ini semua apabila kita
lihat adalah bersangkutan dengan JIHAD, akan tetapi sebahagian negara dan masyarakat
yang pemurah melakukan kebajikan dengan wang untuk pertandingan dan bukan untuk
Jihad".
[Fatwa IOL, sumber : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic ... waID=97841 ]
Pertandingan-pertandingan yang menguji minda dan kecergasan dibenarkan dengan
syarat perserta tidak rugi apa-apa dan tidak terdapat unsur-unsur perjudian. Sheikh Dr.
Raahid al-'Ulaywi, dari Universiti Islam Imaam Muhammad ibn Saud, dari kampus al-
Qaseem campus berkata :-
惡悖愕 惡悋愆悋惘悸 悋愕悋惡悋惠 悋惠 惠悋 惺惡惘 悋惠惘惠 悖 愃惘 悒悵悋 悋 悋惠愕悋惡 愃惘 愆悧 惡忰惓 悒 愕悋悋 悖 愃悋
悋 悋
. 悴惆 悵 愕惘 悖 悋惘 悋愕惘 悋悋惘 悋 悋愆悽惶 惠惘惆惆 惡 悖 愃惘 悖 愃
悋
愆惠惘愀 悖 惠 悵 悋愕悋惡悋惠 愃惘 愆惡悸 惡悖愆悋悄 忰惘悸 悖 惠 悋愕悧悸 悖愆悋悄 悒惡悋忰悸 悖 愃悋悧悸 忰 悵 悋 忰惘
悋
悵悋惠 惠忰惘 悵悋 悋愕惡惡 悋 悋惘
"Tidak mengapa mengambil bahagian didalam sesuatu pertandingan didalam internet
atau dimana sahaja, jika penyertaan tidak merugikan apa-apa dan mereka akan
berkeadaan selamat atau akan memenangi sesuatu, kerana ia tidak melibatkan judi. Judi
bermaksud seseorang tidak tahu samada dia akan mendapat sesuatu atau hilang sesuatu.
Tetapi ini masih tertakluk kepada syarat pertandingan tersebut tidak melibatkan perkara
yang haram, seperti soalan mengenai benda yang diharamkan dsb., Maka ia diharamkan
disebab perkara ini, bukan kerana ia melibatkan judi."
Yuran bagi sesuatu pertandingan dikenakan biasanya melibatkan kos sewa padang,
3. peralatan dan sebagainya. Prinsip asasnya ialah ia harus bebas dari unsur-unsur yang
haram - sebagai contoh : semua pemain dan pasukan harus membayarnya. Akan tetapi
jika pemain bersetuju bahawa pihak yang kalah akan membayar untuknya atau mereka
yang lain, dan si-pemenang tidak perlu membayar apa-apa, maka ini dinamakan sabaq
(hadiah wang) dan ia juga menyerupai pertaruhan didalam permainan.
Ini tidak dibenarkan didalam Islam, melainkan ia terlibat didalam pembentukan
kemahiran untuk jihad sebagaimana sabda Nabi saw :-
愕惡 悒 惶 悖 悽 悖 忰悋
"Tidak ada sabaq (hadiah wang/kemenangan) melainkan memanah, pertandingan kuda
dan pertandingan unta" - [Hadith riwayat al-Tirmudzi #1700; dikelaskan sebagai sahih
oleh al-Albani didalam Sahih al-Tirmudzi]
WA, wassalam