Idea tentang pembentukan persekutuan 1896 telah dicadangkan oleh frank swettenham
1. Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah dicadangkan oleh Frank
Swettenham. Persekutuan bermaksud satu sistem pemerintahan yang menggabungkan
beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik yang baru di bawah pentadbiran
kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani pada 1 Julai
1895, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan menjadi Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu (NNMB).
Tidak dinafikan Sistem Residen telah membawa kemajuan politik, ekonomi, dan sosial
di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidak menyeluruh kerana corak
pentadbiran yang berbeza. Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan masalah ini
dapat diatasi. Hakikatnya, penubuhan Persekutuan 1895 merupakan helah British untuk
mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas
negeri-negeri Melayu. Terdapat beberapa faktor utama yang mendorong British untuk
menubuhkan Persekutuan 1896 dan penubuhan ini turut mengakibatkan beberapa
kesan.
Antara faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 ialah masalah kewangan Pahang.
British telah campur tangan di Pahang kerana menyangka negeri itu mempunyai
banyak hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Setelah menduduki Pahang, barulah
British sedar beberapa kelemahan Pahang iaitu kedudukan Pahang yang sukar
dihubungi dari laut selama enam bulan, iaitu semasa musim tengkujuh (November
hingga Mac). Selain itu, Pahang juga sukar dihubungi oleh jalan darat kerana terhalang
oleh Banjaran Titiwangsa. Selain itu, Pahang tidak mempunyai hasil bijih timah yang
banyak. British mendapati hasil emas sudah habis kerana telah sekian lama dilombong
oleh orang Melayu, Cina, dan Siam. Tambahan pula, tidak banyak orang Cina yang
menetap di Pahang. Jadi kerajaan British kurang mendapat hasil cukai daripada candu,
judi, dan arak.
Kerajaan British mengalami masalah kewangan yang kritikal setelah menduduki
Pahang kerana Pahang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi,
tambahan pula British terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk
membangunkan Pahang. Seterusnya, kerajaan British terpaksa meminjam wang
daripada NNS bagi membiayai kos pentadbiran Pahang. Pada tahun 1892, hutang
Pahang berjumlah $ 610 000. NNS sudah tidak mampu lagi untuk memberi pinjaman
kepada British untuk membiayai Pahang kerana sedang mengalami zaman
kemelesetan. NNS telah mencadangkan agar Pahang meminjam wang daripada
Selangor dan Perak. Kewangan British di Pahang bertambah teruk apabila terpaksa
mengeluarkan wang yang banyak untuk mengatasi penentangan masyarakat tempatan
yang diketuai oleh Dato’ Bahaman. Walaupun menghadapi masalah kewangan yang
serius di Pahang, kerajaan British tidak mahu menarik diri dari Pahang kerana tidak
mahu imejnya terjejas. British juga tidak mahu kuasa Barat seperti Jerman dan
Perancis menduduki Pahang. Dengan pembentukan Persekutuan, diharap negeri-
negeri Melayu yang kaya seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Perak boleh memberi
bantuan kewangan kepada Pahang. Dengan cara ini, masalah kewangan Pahang dapat
diatasi.
2. Selain itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 seperti kelemahan Sistem
Residan. Kerajaan British menyedari bahawa Sistem Residan mempunyai beberapa
kelemahan. Ini dibuktikan oleh penentangan masyarakat tempatan yang berlaku di
Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan. Selain itu, kemajuan setiap negeri di bawah
Sistem Residen tidak seragam. Terdapat negeri yang berkembang pesat tetapi terdapat
juga negeri yang masih mundur dan mengalami banyak masalah. Keadaan ini
bergantung kepada kebolehan dan kecekapan seseorang residen itu. Selain itu,
kerajaan British mahu mengurangkan kuasa Residen.
Setelah Sistem Residen dilaksanakan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan, residen merupakan individu yang berkuasa menentukan politik dan ekonomi
di negeri masing-masing. Walaupun residen dikehendaki selalu merujuk kepada
gabenor mengenai pentadbiran negeri masing-masing, tetapi gabenor tidak dapat
mengawal tindakan residen. Pada tahun 1890-an, keempat-empat negeri tersebut
terpisah dengan sendirinya di bawah residen. Walaupun ditubuhkan Majlis Mesyuarat
Negeri, tetapi Majlis Mesyuarat Negeri tidak berkuasa menyekat kehendak dan kuasa
residen. Penubuhan Persekutuan 1896 diharap dapat mengurangkan kuasa mutlak
residen.
Faktor pembentukan Persekutuan 1896 lain pula adalah menyelaras dan
menyeragamkan pentadbiran. Sistem Residen menunjukkan bahawa setiap residen
mentadbir negeri dengan cara berbeza. Hal ini disebabkan kerajaan British tidak
menyediakan garis panduan tentang bidang kuasa residen. Maka, wujudlah
ketidakseimbangan dalam pentadbiran. Akibatnya, ada negeri-negeri yang kaya dan
ada negeri yang miskin. Kemajuan atau kemunduran sesebuah negeri bergantung
kepada inisiatif dan sikap residen. Kerajaan British cuba mewujudkan keseragaman
dalam perundangan, sistem pungutan cukai, pertanian, perhubungan, perlombongan,
dan kesihatan di negeri-negeri Melayu.
Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan dapat mewujudkan satu sistem
pentadbiran yang selaras di bawah kawalan residen jeneral. Penyeragaman bidang
pentadbiran akan mempercepat pembangunan ekonomi dan menjimatkan
perbelanjaan. Sistem perhubungan seperti jalan raya dan jalan kereta api tidak
berkembang maju di negeri-negeri Melayu. Melalui Persekutuan, diharapkan sistem
pengangkutan dapat dimajukan. British akan mendapat faedah apabila terdapat sistem
jalan raya dan jalan kerata api menghubungkan antara negeri-negeri Melayu yang
terlibat. Sistem pengangkutan yang baik antara negeri dapat memudahkan dan
mempercepat proses penghantaran hasil bumi ke pelabuhan untuk dieksport.
Selain daripada itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 juga memperlihatkan
pertahanan dan keselamatan. Kerajaan British mahu mewujudkan satu pasukan
keselamatan yang bertujuan untuk mempertahankan negeri-negeri Melayu daripada
ancaman di dalam dan di luar negeri. Semasa berlaku penentangan masyarakat
tempatan di Pahang dan Perak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada
Singapura, Hong kong, dan India. Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untuk
mengupah tentera tersebut. Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah
3. memudahkan pentadbiran British kerana tentera ini dapat mempertahankan Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan negeri-negeri lain sekiranya berlaku
penentangan dan peperangan.
Pembentukan Persekutuan turut memberikan beberapa kesan. Antara kesan-kesan
pembentukan Persekutuan 1896 ialah pemusatan kuasa residen jeneral. Dalam Sistem
Persekutuan, residen jeneral merupakan ketua kerajaan pusat yang mempunyai kuasa
penuh dalam bidang pentadbiran di NNMB. Residen jeneral akan membuat semua
keputusan-keputusan penting terutamanya dalam soal kewangan. Sultan-sultan dan
residen-residen diarahkan supaya meminta nasihat residen jeneral dan mematuhi
arahan-arahan yang dikeluarkan terutamanya yang berkaitan soal pentadbiran. Residen
jeneral telah menubuhkan beberapa buah jabatan kerajaan untuk menyelaraskan
pentadbiran. Residen jeneral telah melantik pengawai-pengawai British untuk
berkhidmat dalam Jabatan Persekutuan. Sistem Persekutuan ini tidak berjaya untuk
membahagikan kuasa di antara kerajaan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Negeri
kerana residen jeneral mempunyai kuasa penuh.
Kesan-kesan lain seperti kemerosotan kuasa sultan, residen, dan Majlis Mesyuarat
Negeri. Pemusatan kuasa di tangan residen jeneral menyebabkan kuasa raja-raja
Melayu di NNMB semakin berkurangan. Pada mulanya, sultan-sultan bersetuju
menandatangani Perjanjian Persekutuan 1896 kerana mereka berharap kuasa mereka
yang diambil oleh residen akan dikembalikan. Namun, selepas beberapa tahun
Persekutuan dilaksanakan, barulah sultan-sultan sedar bahawa kuasa mereka semakin
kurang kerana berlaku pemusatan kuasa di tangan residen jeneral pula. Sultan mesti
menerima semua nasihat residen dalam hal ehwal pentadbiran kecuali yang berkaitan
dengan adat resam dan agama Islam. Sultan tidak mempunyai hak dalam pentadbiran.
Sultan hanya berperanan menandatangani rang undang-undang yang telah dipersetujui
oleh residen jeneral sahaja. Residen British juga kehilangan kuasa kerana terpaksa
menerima semua arahan daripada residen jeneral, tugas-tugas residen telah diagihkan
kepada Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan. Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak
berfungsi sepenuhnya kerana hanya meluluskan undang-undang yang telah ditetapkan
oleh residen di Kuala Lumpur.
Seterusnya, pemusatan dan penyelarasan pentadbiran melalui Persekutuan 1896 telah
menunjukkan kejayaan dalam bidang pentadbiran dan pembangunan ekonomi.
Kemajuan ekonomi dapat dicapai dengan adanya sistem cukai yang seragam dan
sistem perhubungan yang baik. Keadaan ini telah menarik lebih ramai pelabur-pelabur
menanam modal dalam perusahaan bijih timah dan getah.
Kesimpulannya, pembentukan persekutuan 1896 sememangnya untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang timbul seperti masalah kewangan Pahang, masalah kelemahan
sistem residen, masalah dalam pentadbiran dan juga untuk mengatasi masalah
pertahanan dan keselamatan. Pembentukan Persekutuan 1896 turut memberi
beberapa kesan seperti kuasa para residen British, sultan, dan pembesar Melayu
dikurangkan.
4. SUMBER - Scribd
Berikut disertakan contoh dan bahan rujukan untuk panduan pelajar semua :-
ï‚· Pengenalan : Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895
ï‚· Faktor Termeterainya Perjanjian Persekutuan 1895
ï‚· Contoh Faktor Dan Kesan Perjanjian Persekutuan 1895
ï‚· Contoh Perkaitan Pembentukan Persekutuan Dengan Kedaulatan Malaysia