2. LATAR BELAKANG
• Rukun negara ialah hasil daripada perbincangan-
perbincangan yang diadakan oleh Majlis
Perundingan Negara (MPN).
• Bagi melicinkan pemerintahan negara di bawah
MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul
Razak, MAGERAN telah menubuhkan tiga badan
iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan
Negara dan Majlis Perundingan Negara.
3. • Rukun negara ialah amalan yang perlu
dilakukan dan satu visi bagi merealisasikan
kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-
kaum utama di Malaysia.
• Rukun Negara juga ialah satu doktrin untuk
mencapai perpaduan kaum demi
keharmonian dan kemakmuran negara
Malaysia.
4. Konsep Rukun Negara
• Rukun Negara menggariskan lima prinsip
yang lahir daripada aspirasi masyarakat
dan negara Malaysia, dibentuk mengikut
acuan Malaysia dan dimiliki bersama-
sama oleh rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dan agama.
5. Prinsip Rukun Negara
• Bahawasanya negara kita Malaysia
mendukung cita-cita untuk mencapai
perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan
7. Untuk mencipta satu masyarakat yang adil
• Untuk mencipta satu masyarakat yang
adil supaya kemakmuran negara dapat
dinikmati bersama-sama secara adil dan
saksama.
• Semua anggota masyarakat mempunyai
peluang yang sama untuk menikmati
kekayaan negara.
8. Untuk memelihara cara hidup demokratik
• Perlembangaan Negara menjamin kebebasan
hak asasi dan kebebasan kegiatan berpolitik
rakyat negara ini asalkan tidak melanggar
undang-undang negara.
• Kepentingan negara hendaklah diutamakan
lebih daripada kepentingan sesuatu kaum
atau sesuatu pihak, jika tidak , kestabilan dan
keselamatan negara akan terancam.
9. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat.
• Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
dalam kalangan seluruh masyarakat.
• Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita
untuk membentuk satu bangsa dan negara.
• Ahli-ahli masyarakat menganggap diri mereka
senagai rakyat Malaysia tanpa mengira
keturunan dan kepercayaan masing-masing
10. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap
tradisi kebudayaan
• Untuk membentuk satu sikap yang liberal
terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak.
• Masyarakat negara ini bebas mengamalkan
agama, adat resam dan kebudayaan masing-
masing sesuai dengan matlamat perpaduan
negara.
11. Untuk membina sebuah masyrakat progresif dengan
menggunakan sains dan teknologi moden
• Masyarakat progresif yang hendak
diwujudkan merupakan satu masyarakat
yang bergerak maju sejajar dengan
kemajuan sains dan teknologi yang
akhirnya akan menjadikan Malaysia
sebuah negara maju sebagaimana
matlamat Wawasan 2020.
13. Kepercayaan kepada Tuhan
• Kepercayaan kepada agama ini akan menjadikan bangsa
dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang
berdaulat.
• Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
Islam ialah agama Persekutuan, tetapi agama dan
kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan
aman.
• Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian
seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
14. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen
dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
• Sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang
Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
• Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua
Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat.
15. Keluhuran Perlembagaan
• Perlembagaan Negara adalah sumber
perundangan yang tertinggi
• Perlembagaan memberi perlindungan kepada
setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara.
• Perlembagaan Malaysia menjadi sumber rujukan
bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem
pemerintahan, perundangan dan kehakiman.
16. Kedaulatan Undang-Undang
• Kedaulatan undang-undang perlu diterima
dan dipertahankan.
• Hidup bermasyarakat dan bernegara tidak
aman dan stabil jika undang-undang tidak
dipatuhi.
• Setiap negara memerlukan undang-undang
untuk mengawal dan mewujudkan satu
masyarakat yang aman, stabil dan makmur.
17. Kesopanan dan Kesusilaan
• Sikap yang bersopan santun dan bersusila amat
penting dalam konteks perhubungan antara satu
sama lain terutamanya dalam kalangan anggota
masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
• Prinsip ini menjadi panduan supaya anggota
masyarakat sentiasa bertindak sesuai dengan
keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni yang
diamalkan di negara ini.
19. Kepercayaan kepada Tuhan
• Warga negara Malaysia hendaklah
menghayati kepercayaan agama
masing-masing.
• Berpegang teguh kepada suruhan
agama
20. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Warga negara Malaysia hendaklah setia dan
mentaati Ketua Negara dan pemimpin negara.
• Jangan melakukan tindakan yang boleh
dianggap sebagai menderhaka kepada raja
dan negara seperti menyebarkan maklumat
yang boleh menjejaskan imej negara.
21. Keluhuran Perlembagaan
• Warga negara Malaysia hendaklah
menghormati Perlembagaan
Persekutuan.
• Sebarang tindakan hendaklah selaras
dengan peruntukan Perlembagaan.
23. Kesopanan dan Kesusilaan
• Warga negara Malaysia hendaklah
mengamalkan budaya dan nilai-nilai
murni dalam kehidupan harian.
• Menyayangi ahli keluarga, jiran
tangga, harta awam dan alam sekitar.
25. Tidak menghayati pendidikan Sejarah
• Pendidikan Sejarah dilihat sebagai subjek yang tidak
menyeronokkan bagi generasi sekarang yang melihat
sejarah sarat dengan fakta-fakta lepas dan tidak
kepentingan untuk mereka.
• Pembelajaran sejarah hanya untuk memenuhi syarat lulus
peperiksaan.
• Kesannya pendidikan Sejarah juga gagal membangkitkan
kesedaran dan seterusnya gagal menanam semangat
patriotisme kepada para pelajar.
26. Sentimen politik perkauman
• Banyak sentimen politik perkauman dan kebencian yang
telah melanda negara kita ini sehinggakan wujud
pencabulan terhadap Rukun Negara.
• Ada golongan yang berani mempertikaikan kedaulatan
undang-undang dan keluhuran Perlembagaan
Perseketuan.
• Pertikaian secara terbuka ini oleh ahli-ahli politik dan
individu telah mengetepikan Rukun Negara sebagai
Ideologi Negara yang merupakan tonggak jaminan
keharmonian dan nilai hidup anggota masyarakat.
27. Media Sosial
• Media sosial elektronik yang sangat popular dan
dekat dengan generasi muda telah banyak
menyebarkan dan menularkan isu-isu yang tidak
betul dan sensitif termasuk mempersoalkan
perkara-perkara atau isu yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan.
• Penggunaan media sosial tanpa kawalan dan etika
turut menyumbang kepada penghakisan
penghayatan Rukun Negara.
28. Desakan Materialistik
• Arus global dan nasional yang terlalu
mengejar kebendaan dan keteguhan ekonomi
mengakibatkan Rukun Negara tidak lagi
menjadi doktrin penerusan hidup
bermassyarakat.
• Prinsip Rukun Negara tidak terjemah di
institusi kerajaan sehingga berlakunya rasuah,
penyalahgunaan kuasa dan lain-lain.
29. • Budaya material ini melibatkan semua lapisan
kepimpinan telah menyebabkan tadbir urus
negara tidak berintegriti.
• Kepentingan diri tanpa menghiraukan
semangat ideologi Rukun Negara berlaku
dalam kalangan pelaksana.
30. Kebebasan bersuara tanpa batas.
• Kebebasan suara telah ditafsirkan dengan boleh
berbuat apa sahaja demi kepentingan diri tanpa
mengambil kira prinsip-prinsip yang terkandung
dalam Rukun Negara.
• Kebebasan tanpa kawal boleh menyebabkan
penyalahgunaan oleh sesetengah pihak sehingga
menyentuh isu-isu sensitif masyarakat.
31. • Ramai yang terpengaruh dan mula menghakis
penghayatan Rukun Negara.
• Sensitiviti kaum dan agama sudah boleh
diluahkan secara terbuka.
• Kritikan terhadap kaum dan agama tertentu
sudah menjadi kebiasaan masa kini.