Instrumen ini digunakan untuk menilai kemahiran bahasa, komunikasi, sosioemosi, dan tingkah laku murid. Terdiri dari empat bahagian utama yaitu bahasa dan komunikasi, sosioemosi, tingkah laku agresif, dan tingkah laku negatif. Nilai murid berdasarkan pemerhatian guru untuk mengidentifikasi area yang perlu ditingkatkan.
1 of 19
Download to read offline
More Related Content
Instrumen
1. INSTRUMEN SARINGAN PENILAIAN .
Tugasan Arahan Guru Tindakan Murid
A.Pengamaatan
Penerangan
Keupayaan mendiskriminasi
objek,
bentuk, saiz dan
menyambungkan
titik.
Membantu murid memahami
tugasan/Membacakan
soalan.
Menjawab soalan berdasarkan
arahan yang diberikan.
i. Memadankan objek yang
sama.
ii. Menandakan ( /) bentuk
yang sama.
iii. Menandakan (/ )
saiz yang sama.
2. Tugasan Arahan Guru Tindakan Murid
B. PRANOMBOR
Penerangan
Keupayaan membezakan
bentuk,
saiz dan menyambungkan titik
Membantu murid memahami
tugasan/Membacakan
soalan.
Menjawab soalan berdasarkan
arahan yang diberikan.
i. Menanda ( / )
haiwan yang lebih besar.
ii.Menandakan ( / ) objek yang
lebih panjang.
3. Tugasan Arahan Guru Tindakan Murid
C. Nombor
Penerangan
Keupayaan membilang objek,
mengenal nombor,
memadankan objek dengan
nombor, menyusun nombor
dengan urutan menaik dan
menurun.
Membantu murid
memahami tugasan dan
tugasan/membacakan
soalan.
iii.Menandakan ( / ) bilangan
yang paling banyak
iv.Menandakan ( / )bilangan
objek yang paling sedikit.
Menjawab soalan berdasarkan
arahan yang diberikan.
i.Menanda (√ ) angka yang
sama.
7 7 7
3 3
6
82
4. Tugasan Arahan Guru Tindakan Murid
ii. Membilang objek dan
menandakan (√ ) pada nombor
yang
betul
iii. Membilang objek dan
memadankan pada nombor
yang betul
iv. Mengisi nombor yang
tertinggal mengikut urutan
menaik
v. Mengisi nombor yang
tertinggal mengikut urutan
menurun
5. BAHASA DAN KOMUNIKASI
DEFINISI BAHASA:
Merupakan
1. Satu sistem simbol bunyi yang arbitrari dan melalui bahasa manusia dapat berkomunikasi.
2. Pemerolehan ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui proses berfikir dan kesedaran mental.
3. Tingkah laku dan aktiviti mental di mana pengetahuan diperoleh dan diproses secara aktif
sebagai pengalaman baru.
DEFINISI KOMUNIKASI:
Merupakan pemindahan maklumat dan kefahaman daripada satu individu dengan individu lain
melalui simbol-simbol yang bermakna ( Kamus Dewan,1992 ). Unsur komunikasi adalah
merentas semua aktiviti yang disediakan dalam instrumen saringan.
TIGA BENTUK KEMAHIRAN:
A. KEMAHIRAN (Mendengar dan Bertutur): Kemahiran asas mengenal huruf
1. Keupayaan mengenal dan mengecam objek/ anggota badan.
2. Keupayaan mengenal dan mengajuk bunyi yang didengar.
B. KEMAHIRAN (Bacaan): Kemahiran asas membaca
1. Keupayaan mengajuk nama huruf.
2. Keupayaan menamakan huruf (a-z).
C. KEMAHIRAN (Tulisan): Kemahiran asas menulis
1. Keupayaan menyambung titik membentuk huruf.
6. Tugasan Arahan Guru Tindakan Murid
MENDENGAR DAN
BERTUTUR
1. Mengenal dan mengecam
objek /
anggota badan
Penerangan:
Keupayaan mengenal dan
mengecam objek/ anggota
badan
* Guru boleh menggunakan
bahan maujud sebagai
sokongan kepada gambar.
MENDENGAR DAN
BERTUTUR
2. Mengenal dan mengajuk
bunyi yang didengar.
Penerangan:
Keupayaan mengenal dan
mengajuk bunyi haiwan dan
benda yang dibunyikan oleh
guru.
1.1 Meminta murid
menunjukkan objek yang
disebut .
1.2 Meminta murid menyebut
anggota bandan yang
ditunjuk.
2.1 Meminta murid mengajuk
bunyi haiwan ( Guru
membunyikan bunyi haiwan
secara lisan).
moo!moo!
kuek!kuek!
meow!meow!
1.1 Menunjukkan objek yang
disebut guru.
1.3 Menyebut anggota badan
yang ditunjuk guru.
2.1 Mengajuk bunyi haiwan
yang dibunyikan oleh guru.
7. Tugasan Arahan Guru Tindakan Murid
BACAAN
1. Mengajuk nama huruf
yang disebut guru.
Penerangan:
Keupayaan mengajuk nama
huruf yang disebut guru.
2.2 Meminta murid mengajuk
bunyi benda.
(Guru membunyikan bunyi
benda secara lisan).
Ni no! Ni no!
Vroom! Vroom
peng!peng!
Meminta murid mengajuk
nama huruf (Guru menyebut
nama huruf secara lisan).
2.1 Mengajuk bunyi haiwan
yang dibunyikan oleh guru.
Mengajuk nama huruf yang
disebut guru.
a g n m
c s
mng
c s
a
8. Tugasan Arahan Guru Tindakan Murid
BACAAN
2. Menamakan huruf (a-z)
yang ditunjukkan oleh guru.
Penerangan:
Keupayaan menamakan huruf
(a-z)
Meminta murid menamakan
huruf yang ditunjukkan.
Menamakan huruf yang
ditunjukkan oleh guru.
SOSIOEMOSI
DEFINISI
Perkembangan sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses
berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.Proses ini berlaku apabila kanak-kanak
belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan
budayanya.Secara amnya,emosi merujuk kepada keadaan mental yang menunjukkan reaksi
seseorang terhadap sesuatu benda atau keadaan yang menghasilkan perubahan dalam fikiran,
tingkahlaku, perasaan dan pengalaman (Kementerian Kesihatan Malaysia). Emosi boleh
diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif.
Menurut Dr. Sharifah Nor, dalam perkembangan sosioemosi, kanak-kanak dapat mengurus dan
memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif,membina kemahiran sosial dan
emosi yang positif, membina keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian.
Instrumen pelaksanaan ini ditadbir secara lisan dan pemerhatian oleh guru. Instrumen ini
mengandungi 3 bahagian iaitu :
A. Soal jawab dengan murid (10 soalan).
B. Pemerhatian guru – Perlakuan sosio emosi positif (10 soalan).
C. Pemerhatian guru – (i) Perlakuan sosio emosi negatif ringan (5 soalan).
(ii) Perlakuan sosio emosi negatif berat (5 soalan).
f b a j
k l q
bf a j
lk g
9. A) SOAL JAWAB DENGAN MURID
Penggunaan bahasa yang difahami oleh murid diterima sebagai jawapan
BIL PANDUAN GURU
1. Guru meminta murid menyebut nama sendiri.
2. Guru meminta murid menyebut nama ibu.
3. Guru meminta murid menyebut nama bapa.
4. Guru bertanyakan jantina murid.
5. Guru meminta murid menyebut nama guru yang dikenali.
6. Guru meminta murid menyebut nama kawan yang dikenali.
7. Guru menyoal cara murid datang ke sekolah.
8. Guru meminta murid menyebut nama sekolah.
9. Guru bertanyakan makanan kegemaran murid.
10. Guru bertanyakan permainan kegemaran murid.
B) PEMERHATIAN GURU
PERLAKUAN SOSIO EMOSI POSITIF
1.Bertindakbalas terhadap senyuman guru.
Murid membalas senyuman guru.
2.Menjawab salam/ucap selamat guru.
Guru memberi salam/ucap selamat dan murid menjawab salam/ ucap selamat guru.
3.Menjawab ucapan terima kasih.
Guru memberikan ucapan terima kasih dan murid membalas ucapan.
4.Memberitahu guru sebelum keluar kelas.
Murid meminta izin daripada guru sebelum keluar kelas.
5.Memberi tumpuan ketika guru sedang bercakap secara individu.
Guru memerhati mata murid ketika memberi arahan atau penerangan.
6.Memberi tindakbalas apabila dipuji oleh guru.
Guru memerhati reaksi murid setelah dipuji contoh tersenyum, mengucap terima kasih.
7.Mudah bergaul dengan rakan sebaya.
Murid boleh melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.
10. 8.Berkongsi alat tulis dengan rakan.
Murid bersedia/ boleh berkongsi alat tulis.
9.Membantu guru tanpa arahan.
Murid kerap membantu guru apabila diperlukan walaupun tanpa diminta.
10.Menggunakan tandas tanpa bantuan.
Murid boleh menggunakan tandas dengan betul tanpa bantuan.
C) PEMERHATIAN GURU
(i) PERLAKUAN SOSIO EMOSI NEGATIF ( RINGAN )
BIL PANDUAN GURU
1.Murid suka mengasingkan diri.
Murid tidak suka bergaul dan sering menyendiri terutama di dalam kelas.
2.Murid suka berkhayal ketika guru sedang mengajar.
Murid tidak memberi fokus atau mudah hilang tumpuan semasa guru mengajar.
3.Murid suka mengganggu rakan di dalam dan luar kelas.
Murid mengusik atau mengejek rakan untuk menarik perhatian.
4.Selalu ketawa tanpa sebab.
Murid kerap ketawa dengan kuat di dalam kelas.
5.Selalu mengadu untuk menarik perhatian.
Murid kerap berjumpa guru untuk memberitahu sesuatu hal yang remeh.
C) PEMERHATIAN GURU
(ii) PERLAKUAN SOSIO EMOSI NEGATIF ( BERAT )
BIL PANDUAN GURU
1.Mudah mengamuk tanpa sebab.
Murid melakukan tingkah laku luar biasa seperti menjerit, menendang meja,
mencampak barang.
2.Kerap membuat bising.
Murid menjerit, mengetuk meja, menyanyi sehingga menggganggu pengajaran
guru.
3.Kerap memeluk tanpa sebab.
11. Murid suka memeluk rakan atau guru secara tiba-tiba.
4.Kerap menangis dalam kelas.
Murid menangis apabila di usik oleh rakan atau sebab-sebab lain.
5.Membuat perlakuan tidak senonoh.
Murid menunjukkan isyarat lucah, meraba, membuat perlakuan lucah atau
menyebut perkataan lucah.
BIL. PERKARA Markah
melepasi
Markah
murid
Melepasi Tidak
melepasi
a Soal jawab
dengan murid
5/10 /10
b Perlakuan
sosio emosi
positif
5/10 /10
c ( i ) Perlakuan
sosio emosi
negatif ringan
3/5 /5
c (ii ) Perlakuan
sosio emosi
negatif berat
3/5 /5
Penilaian Skor :
Murid yang tidak melepasi salah satu bahagian dalam domain sosio emosi perlu diberi intervensi.
4. TINGKAHLAKU
DEFINISI MASALAH TINGKAH LAKU:
Masalah tingkah laku boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar
dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau
sekolah. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang
tingkah laku yang boleh mengganggu kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah.
12. DEFINISI TINGKAH LAKU PERLAKUAN AGRESIF:
Tingkah laku perlakuan agresif pula didefinisikan sebagai masalah serius berterusan, konsisten
dan sukar diubah. Ianya memerlukan intervensi jangka panjang,kaunseling atau
modifikasi tingkah laku. Jika tidak dibetulkan menjadi masalah emosi dan sosial yang serius.
Tingkah laku ini mungkin melibatkan permusuhan nyata. Tindakan agresif kepada pihak lawan
akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati,benci,marah atau dendam yang akan memberi kesan
yang buruk kelak. Contoh : tumbuk-menumbuk, bergaduh, vandalisme dan sebagainya.
DEFINISI TINGKAH LAKU NEGATIF:
Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku negatif
bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanakkanak
yang sering memberontak dalam kelas juga merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai
tingkah laku negatif.
PROSEDUR PELAKSANAAN :
1. Pelaksana boleh membuat penilaian tingkah laku murid berdasarkan pemerhatian guru.
2. Pelaksana terdiri daripada guru yang telah mengenali murid itu selama satu tahun. Bagi guru
yang baru bertugas di sesebuah
sekolah, perlu merujuk kepada guru lama di sekolah tersebut(guru perujuk).
Bahagian ini terdiri daripada 2 elemen dan dilaksana melalui pemerhatian guru.
A) Perlakuan Agresif
1. Merosakkan harta benda sendiri.
Contohnya: mematahkan pensel warna dan alat tulis kepunyaan sendiri.
2. Merosakkan harta benda orang lain.
Contohnya: mengoyak buku rakan.
3. Mencederakan diri sendiri.
Contohnya: menggigit diri sendiri, menghantuk kepala berulang kali ke meja dan sebagainya
sehingga mencederakan diri sendiri.
4. Mencederakan diri orang lain.
Contohnya: membaling objek ke arah orang lain, menendang dan sebagainya.
13. 5. Bergaduh dengan rakan
Contohnya: semasa waktu pengajaran dan pembelajaran murid bergaduh berebut peralatan
melukis, bahan bantu belajar dan sebagainya.
B) Perlakuan Negatif
1. Tidak memberi kerjasama dalam kumpulan.
Contohnya: murid tidak mahu memberi kerjasama dengan ahli kumpulan.
2. Tidak mengikut arahan guru.
Contohnya: guru meminta murid beratur dalam barisan tetapi murid tidak menghiraukan arahan
guru.
3. Kerap bercakap perkara yang tidak berfaedah.
Contohnya: murid suka bercerita perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran.
4. Berbahasa kasar.
Contohnya: murid suka mengeluarkan perkataan bodoh, sial, babi, dan seumpamanya.
5. Kerap mengambil barang tanpa kebenaran.
Contohnya: murid mengambil sesuatu barang bukan miliknya tanpa kebenaran.
5. MOTOR KASAR
DEFINISI
Pergerakan motor kasar adalah kebolehan menggunakan kumpulan otot besar untuk pergerakan
kasar. Perkembangan pergerakan kasar adalah hasil koordinasi aktiviti sistem serta dan otot.
Dengan kematangan kedua-dua sistem ini, pergerakan kasar akan menjadi lebih
khusus dan berkoordinasi. Perkembangan pergerakan motor kasar adalah mengikut prinsip
haluan kepala ke kaki dan dari pangkal lengan and peha ke hujung jari tengah dan kaki,iaitu
bermula dari keupayaan mengawal kepala,duduk,dan berjalan. Dari sini kanak-kanak
akan meningkatkan pergerakan tersebut kepada kemahiran koordinasi pergerakan tersebut serta
menjadikan pergerakannya lebih khusus seperti berjalan,berlari,melompat,memanjat dan
sebagainya.
KEPENTINGAN MOTOR KASAR
- Membina otot-otot kaki.
14. - Membina otot-otot tangan.
- Membina koordinasi yang melibatkan mata dan kaki.
- Membina koordinasi mata dan tangan.
- Membina koordinasi tangan dan kaki.
- Membina otot pada bahagian leher dan kepala.
- Membina koordinasi otot-otot pada keseluruhan anggota badan.
FAEDAH MOTOR KASAR
- Menggunakan motor kasar dengan keyakinan.
- Berjalan menaik dan menurun tangga.
- Berlari dengan mengawal arah dan kelajuan.
- Menggunakan otot dengan seimbang.
- Menangkap bola atau pundi kacang.
- Mengimbangi badan semasa melalui bangku kayu.
MANUAL DOMAIN MOTOR KASAR
1. Mengangkat tangan ke atas.
Guru meminta murid berdiri dan mengangkat tangan ke atas dengan kiraan 5.
2. Meluruskan tangan ke depan dan membengkok siku.
Guru meminta murid berdiri, meluruskan tangan kehadapan dan membengkok siku.
3. Menggenggam dan membuka jari
Guru meminta murid menggenggam dan membuka jari beberapa kali. (minimum 3 kali).
4. Mendongakkan kepala.
Guru meminta murid berdiri dan mendongakkan kepala ke atas dengan kiraan 5.
5. Menundukkan kepala.
Guru meminta murid berdiri dan menundukkan kepala dengan kiraan 5.
6. Memalingkan muka kanan dan kiri.
Guru meminta murid berdiri memalingkan muka ke kanan dan kiri dengan kiraan 5.
7. Membongkokkan badan ke hadapan
Guru meminta murid berdiri dan membongkokkan badan ke hadapan dengan kiraan 5.
8. Membengkokkan badan ke sisi.
Guru meminta murid berdiri dan membengkok badan ke sisi dengan kiraan 5
15. 9. Berdiri sambil menjulurkan kaki ke hadapan.
Guru meminta murid berdiri dan menjulurkan kaki kanan dan kiri dengan kiraan 5.
10. Menghayun sebelah kaki
Guru meminta murid berdiri dan menghayunkan kaki kanan dengan kiraan 5 diikuti kaki kiri.
11. Menghentak kaki.
Guru meminta murid berdiri dan menghentak kedua-dua belah kaki dengan kiraan 10
12. Berjalan perlahan.
Guru meminta murid berjalan perlahan dari satu kon ke kon yang lain dalam jarak 3 meter.
13. Berjalan dengan hujung jari kaki.
Guru meminta murid berdiri dan berjalan dengan hujung jari kaki dalam 5 langkah
14. Berjalan dengan tumit
Guru meminta murid berjalan dengan tumit kaki kanan dan kiri dalam 5 langkah
15. Berjalan menaiki dan menuruni anak tangga.
Guru meminta murid berjalan menaiki dan menuruni tangga.
16. Berjalan laju.
Guru meminta murid berdiri dan berjalan laju dalam jarak 5 meter.
17. Berlari setempat.
Guru meminta murid berlari setempat selama 10 saat.
18. Berlari perlahan.
Guru meminta murid berlari perlahan bersama guru dalam jarak 5 meter. Murid tidak boleh
mendahului guru.
19. Melompat setempat dan mendarat kedua belah kaki
Guru meminta murid berdiri, melompat setempat dan mendarat dengan kedua belah kaki.
20. Melompat setempat dan mendarat sebelah kaki.
Guru meminta murid berdiri, melompat setempat dan mendarat dengan sebelah kaki.
21. Lompat bintang
Guru meminta murid berdiri, melompat bintang bersama guru.
22. Melompat Ketingting
Guru meminta murid mengangkat sebelah kaki dan melompat ketingting dengan kiraan 5.
23. Merangkak bebas
Guru meminta murid merangkak dalam kawasan yang ditetapkan.
16. 24. Melambung dan menyambut bola besar dua belah tangan.
Guru meminta murid melambung bola (bersaiz bola sepak) ke atas dan menyambut dengan
menggunakan kedua-dua belah tangan.
25. Melambung dan menyambut pundi kacang dua belah tangan secara individu
Guru meminta murid melambung pundi kacang ke atas dan menyambut dengan kedua belah
tangan.
6. MOTOR HALUS
DEFINISI
Pergerakan motor halus adalah kebolehan menggunakan kumpulan otot-otot kecil di bahagian
tengah dan jari-jari tangan. Ianya memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik.Seperti
perkembangan pergerakan motor kasar, pergerakan motor halus juga berkait rapat dengan
perkembangan sistem serat dan otot. Kematangan kedua-dua sistem akan menghasilkan
pergerakan halus yang lebih khusus dan berkoordinasi.
KEPENTINGAN MOTOR HALUS
- Membina otot-otot tangan dan jari.
- Membina koordinasi mata, jari dan tangan.
- Mengoyak kertas dan menampal pada kertas yang disediakan.
- Bermain dengan bongkah atau blok binaan.
- Mewarna bentuk,corak dan objek.
- Melakukan aktiviti permainan air dan permainan pasir.
FAEDAH MOTOR HALUS
- Dapat meningkatkan keupayaan membina koordinasi di antara mata dan tangan.
- Menggunakan otot-otot untuk menguasai kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan
seharian.
- Menggunakan otot-otot untuk membina sesuatu objek.
MANUAL DOMAIN MOTOR HALUS
A) AKTIVITI ASAS MOTOR HALUS
1. Meramas doh
17. Murid diminta murid meramas doh menggunakan tangan.
- Meramas menggunakan tangan kanan atau kiri.
- Meramas menggunakan kedua-dua belah tangan.
2. Merenyuk kertas
Murid diminta merenyuk sehelai kertas dengan tangan kanan atau tangan kiri.
3. Mengoyakkan kertas
Murid mengoyak suratkhabar yang diberi.
- Koyakan besar atau kecil diterima.
4. Mengocak dadu
Murid mengocak dadu dengan kedua-dua tapak tangan yang ditekup.
- Guru boleh menggunakan bahan lain yang sesuai.
5. Membentuk doh menjadi bebola.
Murid diminta membentuk doh seperti guli menggunakan jari.
6. Memotong doh
Murid diminta memotong doh menggunakan pisau plastik sehingga putus.
7. Mengambil objek menggunakan penyepit makanan.
Murid diminta menyepit dan mengalihkan kedudukan objek menggunakan penyepit makanan.
- Murid dikira berjaya apabila dapat menyepit 3 daripada 5 percubaan.
8. Menampal keratan gambar.
Murid diminta menampal keratan gambar menggunakan ‘glue stick’pada kad manila.
- Contoh gambar buah-buahan, kenderaan, sayur-sayuran dan sebagainya.
- Murid dikira Berjaya sekiranya dapat menampal 3daripada 5 keping gambar.
9. Memasukkan tali melalui lubang manik.
Murid memasukkan tali melalui lubang manik yang berbentuk bulat.
- Murid dikira berjaya sekiranya dapat memasukkan 3 daripada 5 kali percubaan.
10. Menggunting kertas mengikut bentuk.
Murid menggunting kertas mengikut keseluruhan bentuk yang diberikan.
- Contoh segi empat dan segitiga.
- Murid dikira berjaya sekiranya dapat menggunting keseluruhan bentuk tersebut.
B) AKTIVITI MULTI-SENSORI
1. Melakar di atas permukaan pasir.
18. Murid diminta melakar secara bebas menggunakan jari di atas permukaan pasir.
2. Membezakan 2 jenis permukaan
Murid diminta membezakand uajenispermukaan.
- Contoh; licin (cermin) dan kasar (span pencuci pinggan).
- Murid dikira berjaya sekiranya dapat mengesan kedua-dua jenis permukaan.
3. Menyebut ‘O’
Murid diminta menyebut ‘O’.
- Murid dikira berjaya sekiranya dapat menyebut ‘O’ samaada panjang atau pendek.
4. Meniup lilin
Murid diminta meniup sebatang lilin menyala.
- Murid dikira berjaya sekiranya lilin terpadam dengan sekali tiupan.
5. Membezakan bau
Murid diminta membezakan bau.
- Contoh : Bau wangi - sabun, bunga dan seumpamanya.
Bau busuk - belacan sampah dan seumpamanya.
- Murid dikira berjaya apabila dapat mengesan kedua-dua jenis bau.
6. Membezakan rasa
Murid diminta membezakan rasa.
- Contoh : Manis-gula, madu dan seumpamanya.
Pahit-kopi dan seumpamanya.
- Murid dikira berjaya apabila dapat mengesan kedua-dua jenis rasa.
C) AKTIVITI KESEIMBANGAN DAN STABILITI
1. Berjalan di atas garisan lurus/lantai.
Guru membuat satu garisan lurus di atas lantai dengan pita pelekat. ( jarak – 3 meter).
- Murid dikira berjaya apabila boleh berjalan lurus melepasi jarak 3 meter.
2. Mengimbangi badan
Guru meminta murid meletakkan pundi kacang di atas kepala dan bergerak lima langkah ke
hadapan tanpa memegangnya.
3. Berdiri sebelah kaki
Guru meminta murid berdiri dan mengangkat sebelah kaki dengan kiraan 3.
4. Berjalan di atas bangku panjang
19. Guru meminta murid berjalan di atas bangku panjang dari mula ke hujung.
- Boleh menggunakan sekeping papan beralaskan batu-bata