ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Isu Pendidikan Inklusif.
Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan
kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama
dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji
Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996)
Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar
berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang
kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai
semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat
selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari
awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di
dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu
berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang.
1996).
Ramai yang tidak faham mengapa murid Pendidikan Khas perlu belajar bersama
dengan murid aliran perdana. Guru Pendidikan Khas dibayar elaun untuk mengajar
mereka . Anggapan itulah yang selalu didengari atas alasan tidak mahu menerima
hakikat bahawa murid pendidikan Khas belajar bersama dengan murid aliran perdana.
Kebanyakan guru yang tidak faham merasa terbeban kerana kehadiran murid tersebut
didalam kelas mereka. Selalu timbul persoalan kenapa guru Pendidikan Khas sendiri
tidak mengajar anak murid mereka, kenapa perlu dihantar ke kelas aliran perdana dan
pelbagai persoalan lagi.
Kadangkala tekanan yang hebat juga diterima dari pentadbir yang langsung tidak
membenarkan program inklusif dijalankan. Dasar yang telah ditentukan dalam Akta
Pendidikan ini tidak memberi banyak makna kepada guru Pendidikan Khas kerana
tekanan yang mereka diterima lebih menyakitkan. Persepsi negatif dalam kalangan
pentadbir menjadi duri kepada guru-guru Pendidikan Khas meneruskan agenda
pendidikan kepada murid-murid Pendidikan Khas. Maka tidak hairanlah ramai antara
rakan kami tidak inklusifkan murid mereka kerana tidak sanggup menghadapi tekanan
yang sedemikian.
Masalah lebih berat lagi jika ada guru aliran perdana yang tidak mahu menerima murid
inklusif tersebut kerana mereka sudah ada target dan tov untuk murid mereka. Bagi
kebanyakan guru aliran perdana sukar menerima mereka kerana terpaksa
menyediakan pelaporan dan dokumentasi.
Bagi guru Pendidikan Khas cabarannya ialah terpaksa mengajar dengan menggunakan
dua sukatan yang berbeza. Sukatan aliran perdana untuk murid inklusif dan sukatan
alternatif bagi murid Pendidikan Khas. Modifikasi dalam sukatan tersebut tidak menjadi
masalah sebenarnya , guru Pendidikan Khas sanggup menyahut cabaran tersebut
asalkan murid berjaya. Namun demikian isunya tidak tamat begitu sahaja. Timbul pula
masalah pemberian markah dan kewibawaan guru Pendidikan Khas dipertikai dalam
menyemak kertas soalan dan kelayakan memberi markah mengikut skema mereka.
JIka markah tinggi guru Pendidikan Khas dikatakan memberi jawapan dan membantu
murid dalam peperiksaan. Begitulah tanggapannya seolah murid Pendidikan Khas tidak
layak belajar apa-apa pun dan guru Pendidikan Khas tidak ada kelayakan sebagai
seorang guru. Malahan paling menyedihkan hak murid untuk mendapatkan masa
tambahan dalam peperiksaan dinafikan kerana tenaga guru Pendidikan Khas juga
digunakan dalam peperiksaan aliran perdana.
Kajian Haniz Ibrahim (1998) mendapati bahawa guru aliran perdana sekolah rendah
dan menengah bersikap negatif terhadap pendidikan inklusif. Penerimaan guru aliran
perdana terhadap murid yang belum didiagnosis lebih positif berbanding murid yang
sudah dilabel dengan sesuatu masalah.
Cadangan mengatasinya:
Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar
berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang
kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai
semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat
selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari
awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di
dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu
berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang.
1996)
Penambaikannya bergantung terhadap sokongan dan komtmen pihak sekolah sendiri.
Pihak pentadbiran perlu menunjukkan kesungguhan terhadap program inklusif dan
kemudian barulah guru-guru aliran perdana yang terlibat akan rasa bertanggunjawab
dengan murid Pendidikan Khas. Pihak sekolah juga perlu merasakan bahawa murid
inklusif ini juga akan membantu menaikkan prestasi sekolah. Dengan demikian mereka
juga akan turut fokus kepada murid inklusif . Keperluan pendidikan pelajar-pelajar
berkeperluan khas berorientasikan kepada komuniti sebenar. Mereka sememangnya
berhak untuk belajar seiring rakan-rakan normal yang sebaya dengan mereka di
sekolah- sekolah biasa.
Guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen
pemangkin bukan sahaja kepada kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada
keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan Khas.
Kementerian Pendidikan, (1997) menyebut satu program bagi pendidikan murid-murid
dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama dengan
murid-murid biasa yang dinamakan program inklusif. Pendekatan integrasi
dilaksanakan iaitu kanak-kanak ketidakupayaan belajar bersama-sama dengan rakan
sebaya mereka dengan segala kemudahan pembelajaran yang dapat memenuhi
keperluan mereka (LynGow 1990)
Guru pendamping memainkan peranan utama dalam mewujudkan suasana
bekerjasama dan saling membantu dalam membantu meningkatkan prestasi murid.
Guru pendamping harus bersikap positif dan professional, tidak mudah marah dan serta
mempunyai kesabaran yang tinggi. Komitmen yang ditunjukkan akan memberi ruang
dan masa untuk guru-guru aliran perdana menghormati sikap dan pendirian guru
pendidikan khas. Dalam pelbagai aspek kita sebagai guru pendamping tidak perlu
terlalu berkira dalam menjalankan tanggungjawab. Sekiranya guru aliran perdana boleh
menerima baik anak murid kita maka janganlah kerana kebaikan itu kita mengambil
kesempatan yang tidak professional.
Guru-guru Pendidikan Khas perlu menjaga hubungan baik dengan guru-guru aliran
perdana supaya maklumat-maklumat mengenai pendidikan inklusif dapat disampaikan
dengan jelas . Mereka perlu diberi pengetahuan bagaimana perjalanan program inklusif
tersebut dan kenapa program tersebut perlu dijalankan. Apabila diberi ruang dan
peluang seperti yang dikehendaki maka perbuatlah dengan bersungguh-sungguh agar
mereka tidak memandang mudah kepada tugas dan tanggungjawab guru Pendidikan
Khas.

More Related Content

Isu pendidikaninklusif Siti Rubiyani Bt Omar

  • 1. Isu Pendidikan Inklusif. Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996) Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996). Ramai yang tidak faham mengapa murid Pendidikan Khas perlu belajar bersama dengan murid aliran perdana. Guru Pendidikan Khas dibayar elaun untuk mengajar mereka . Anggapan itulah yang selalu didengari atas alasan tidak mahu menerima hakikat bahawa murid pendidikan Khas belajar bersama dengan murid aliran perdana. Kebanyakan guru yang tidak faham merasa terbeban kerana kehadiran murid tersebut didalam kelas mereka. Selalu timbul persoalan kenapa guru Pendidikan Khas sendiri tidak mengajar anak murid mereka, kenapa perlu dihantar ke kelas aliran perdana dan pelbagai persoalan lagi. Kadangkala tekanan yang hebat juga diterima dari pentadbir yang langsung tidak membenarkan program inklusif dijalankan. Dasar yang telah ditentukan dalam Akta Pendidikan ini tidak memberi banyak makna kepada guru Pendidikan Khas kerana tekanan yang mereka diterima lebih menyakitkan. Persepsi negatif dalam kalangan pentadbir menjadi duri kepada guru-guru Pendidikan Khas meneruskan agenda pendidikan kepada murid-murid Pendidikan Khas. Maka tidak hairanlah ramai antara
  • 2. rakan kami tidak inklusifkan murid mereka kerana tidak sanggup menghadapi tekanan yang sedemikian. Masalah lebih berat lagi jika ada guru aliran perdana yang tidak mahu menerima murid inklusif tersebut kerana mereka sudah ada target dan tov untuk murid mereka. Bagi kebanyakan guru aliran perdana sukar menerima mereka kerana terpaksa menyediakan pelaporan dan dokumentasi. Bagi guru Pendidikan Khas cabarannya ialah terpaksa mengajar dengan menggunakan dua sukatan yang berbeza. Sukatan aliran perdana untuk murid inklusif dan sukatan alternatif bagi murid Pendidikan Khas. Modifikasi dalam sukatan tersebut tidak menjadi masalah sebenarnya , guru Pendidikan Khas sanggup menyahut cabaran tersebut asalkan murid berjaya. Namun demikian isunya tidak tamat begitu sahaja. Timbul pula masalah pemberian markah dan kewibawaan guru Pendidikan Khas dipertikai dalam menyemak kertas soalan dan kelayakan memberi markah mengikut skema mereka. JIka markah tinggi guru Pendidikan Khas dikatakan memberi jawapan dan membantu murid dalam peperiksaan. Begitulah tanggapannya seolah murid Pendidikan Khas tidak layak belajar apa-apa pun dan guru Pendidikan Khas tidak ada kelayakan sebagai seorang guru. Malahan paling menyedihkan hak murid untuk mendapatkan masa tambahan dalam peperiksaan dinafikan kerana tenaga guru Pendidikan Khas juga digunakan dalam peperiksaan aliran perdana. Kajian Haniz Ibrahim (1998) mendapati bahawa guru aliran perdana sekolah rendah dan menengah bersikap negatif terhadap pendidikan inklusif. Penerimaan guru aliran perdana terhadap murid yang belum didiagnosis lebih positif berbanding murid yang sudah dilabel dengan sesuatu masalah. Cadangan mengatasinya:
  • 3. Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996) Penambaikannya bergantung terhadap sokongan dan komtmen pihak sekolah sendiri. Pihak pentadbiran perlu menunjukkan kesungguhan terhadap program inklusif dan kemudian barulah guru-guru aliran perdana yang terlibat akan rasa bertanggunjawab dengan murid Pendidikan Khas. Pihak sekolah juga perlu merasakan bahawa murid inklusif ini juga akan membantu menaikkan prestasi sekolah. Dengan demikian mereka juga akan turut fokus kepada murid inklusif . Keperluan pendidikan pelajar-pelajar berkeperluan khas berorientasikan kepada komuniti sebenar. Mereka sememangnya berhak untuk belajar seiring rakan-rakan normal yang sebaya dengan mereka di sekolah- sekolah biasa. Guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen pemangkin bukan sahaja kepada kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan Khas. Kementerian Pendidikan, (1997) menyebut satu program bagi pendidikan murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama dengan murid-murid biasa yang dinamakan program inklusif. Pendekatan integrasi dilaksanakan iaitu kanak-kanak ketidakupayaan belajar bersama-sama dengan rakan sebaya mereka dengan segala kemudahan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan mereka (LynGow 1990)
  • 4. Guru pendamping memainkan peranan utama dalam mewujudkan suasana bekerjasama dan saling membantu dalam membantu meningkatkan prestasi murid. Guru pendamping harus bersikap positif dan professional, tidak mudah marah dan serta mempunyai kesabaran yang tinggi. Komitmen yang ditunjukkan akan memberi ruang dan masa untuk guru-guru aliran perdana menghormati sikap dan pendirian guru pendidikan khas. Dalam pelbagai aspek kita sebagai guru pendamping tidak perlu terlalu berkira dalam menjalankan tanggungjawab. Sekiranya guru aliran perdana boleh menerima baik anak murid kita maka janganlah kerana kebaikan itu kita mengambil kesempatan yang tidak professional. Guru-guru Pendidikan Khas perlu menjaga hubungan baik dengan guru-guru aliran perdana supaya maklumat-maklumat mengenai pendidikan inklusif dapat disampaikan dengan jelas . Mereka perlu diberi pengetahuan bagaimana perjalanan program inklusif tersebut dan kenapa program tersebut perlu dijalankan. Apabila diberi ruang dan peluang seperti yang dikehendaki maka perbuatlah dengan bersungguh-sungguh agar mereka tidak memandang mudah kepada tugas dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas.