2. Mengisahkan Aku melancong ke negara Turki sambil mencari cenderahati
untuk di bawa pulang ke Malaysia.Pelbagai barangan yang tersenarai
untuk dibeli kepada rakan-rakan serta dirinya sendiri. Namun dirinya
hanya tertarik dengan buku-buku berbanding barang-barang hiasan yang
lain. Sejumlah wang telah disediakan dan diperuntukan untuk pembelian
cenderahati tersebut serta sedikit wang kecemasan untuk dirinya.Beliau
juga telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong dan beberapa panduan
serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. Aku serta rakan-
rakannya berasa sukar untuk menawar harga barangan yang hendak
dibeli kerana tiada tanda harga dipamerkan dan harga barangan hanya
akan diberitahu jika ditanya.
Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, Aku terpaku pada sepasang
sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin. Aku mengimbas akan
abangnya yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada
sarung tangan kulit, tentu tangan Abang Longnya itu tidak terdedah pada
terik matahari. Pemuda Turki seakan dapat membaca isi hati
menunjukkan sarung tangan kulit itu namun Aku tidak berani
mengambilnya kerana tidak mengetahui akan harganya.
3. Hajah Normah dan dan Dr. Liza tertarik dengan harga jaket
berwarna kuning keemasan yang dibeli oleh Haji Helmi dan
isterinya dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai lain.
Aku tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai
tersebut. Kedainya tidaklah begitu luas namun mampu
menempatkan sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa dan
mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit beraneka warna dan
rupa bergantungan kemas di dalam rak berhawa dingin. Aku dan
rakannya dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus
asa memujuk Aku agar membeli jaket kulit kijang, namun Aku
masih belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain yang
telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana ingin
mengambil hati rakan-rakannya atau terhutang budi kerana
secawan teh epal, Aku cuba mengenakan jaket kulit tersebut. Aku
tersentak dengan harga yang disebutkan kerana dia tidak
mempunyai wang yang banyak untuk membeli jaket kulit kijang
yang lembut itu. Dua rakannya itu telah membayar harga jaket
pilihan mereka. Aku dengan kata-kata berbudi bahasa mengambil
keputusan untuk tidak membeli jaket tersebut. Wajah pekedai
bertukar masam dan marah dengan tindakan Aku dan
mengeluarkan kata-kata kesat.
4. Perjalanan melawat Egyptian Market, Aku didatangi seorang
remaja kurus dan bercakap separuh berbisik menjual barangan
Black market. Melewati rakan Aku, Kak Chah dan Shahmeem,
lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis menangkap
remaja tersebut atas kesalahan menjual barangan Black
market. Ketika beratur menaiki feri menyeberangi Selat
Bhosporus, seorang lelaki tua dengan berani meletakkan
sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan Aku. Rakan Aku,
Shahmeem menunjukkan minat dan membeli dengan harga
AS$ 120, namun tidak sesuai dengannya apabila dipakai.
Shahmeem menjual pula kepada Aku dengan harga AS$100.
Aku terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem.
Aku juga menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu
digunakan di Malaysia, tidak sesuai dipakai dengan cuaca di
Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat
sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak pula tidak
dapat dijahit dengan benang. Jelas sekali Aku terlihat lebih
seekor Kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket
kulit.
5. Akhirnya Aku berhasrat untuk menggembirakan orang lain.
Dia akan menjual jaket itu dan wang jualan akan didermakan
kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang,
sabagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban
demi gaya hidup yang penuh dengan kemodenan.
6. Pengalaman seorang pelancong yang
suka melancong serta terjerat
dengan pembelian jaket kulit kijang
yang tidak disengajakan demi
menjaga hati dan kegembiraan
penjual jaket, rakannya serta dirinya
demi mengelakkan pembunuhan
haiwan-haiwan yang dilindungi demi
kelangsungan kehidupan moden.
7. * Perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan esotik.
Contoh:- Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa
menjadi korban kerana kulitnya.
* Sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan
negara.
Contoh:- Aku melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana
tidak mahu menyakitkan hati pekedai Turki itu.
* Kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap
pelanggan atau pelancong.
Contoh:- Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra
kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta
memberikan minuman percuma kepada pelanggannya.
8. * Kepandaian sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat
Turki.
Contoh:- Masyarakat Turki memang pandai memuji
pelanggannya demi melariskan jualan.
* Kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan
kewangan.
Contoh:- Aku telah membuat senarai nama barangan dan
cenderahati yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke
Malaysia.
9. 1.Permulaan
Aku mengikuti rombongan Passage Tours and Travel ke negara
Turki. Dengan berbekalkan AS$400 yang bersamaan dengan
RM1,800.00, dia telah menyenaraikan barang-baang yang ingin
dibeli. Antaranya, cenderamata untuk keluarga, untuk saudara-
mara, kawan pejabat dan kenalan rapat, untuk pensyarah-
pensyarahnya yang banyak membimbingnya semasa melanjutkan
pelajaran ke peringkat sarjana dan untuk dirinya sendiri, memadai
membeli beberapa buah buku terbitan Turki.
1.Perkembangan
Aku mengisahkan bagaimana dia terbeli jaket kulit kijang dari
Istanbul pada hari kelima lawatannya ke Turki. Dia tidak berniat
langsung untuk membeli jaket tersebut. Ahli rombongan
dibenarkan pergi membeli-belah di Grand Bazaar yang terletak
lebih kurang satu kilometer dari tempat penginapannya di Hotel
Senator. Sebelum sampai di Istanbul, Aku telah melawat beberapa
kawasan bersejarah di Bursa, Pamukkale, Konya, Cappadocia dan
Bolu. Pada setiap persinggahan itu, Aku telah mendapatkan
cenderamata yang popular dan unik.
10. 1.Klimaks
Aku disapa oleh seorang lelaki berbaju T merah, berjaket kulit
hitam dan berwajah tampan dari sebuah kedai jaket kulit. Aku
tertarik akan keramahannya. Aku juga terpaku pada sepasang
sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin dan berhasrat
untuk membelinya tetapi tidak berani kerana tidak mengetahui
harganya dan takut akan ditipu oleh penjualnya.
Walaubagaimanapun Aku akhirnya masuk ke kedai jaket kulit itu
dan mencuba sehelai jaket kulit berwarna hitam, namun dia tidak
berniat untuk jaket tersebut kerana harga yang ditawarkan diluar
kemampuannya. Akhirnya berlaku perbalahan antara Aku dan
pekedai Turki itu. Aku berasa tersentak dengan sikap pekedai Turki
yang menghinanya dan aku juga berasa terkilan kerana tertipu
dengan layanan mersa yang telah diberikan oleh pekedai Turki itu.
11. 1.Peleraian
Sewaktu beratur untuk menaiki feri ke Selat Bhosporus, seorang
lelaki tua telah meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di
atas lengannya. Shahmeem menunjukkan minat untuk membeli
jaket tersebut dan telah membayar sebanyak AS$120, namun
apabila dicubanya, jaket itu bersaiz kecil lalu menjualkannya
kepada Aku dengan mengurangkan AS$20 daripada harga
pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi. Aku tidak nampak
praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Aku
memandang jaket kulit kijang itu, lalu membayangkan
kegembiraan kepada lelaki tua yang berjaya menjual jaket kepada
Shahmeem, kegembiraan Shahmeem yang berjaya
menjualkannya kepada Aku serta kegembiraan Aku kerana dapat
menghangatkan badannya sepanjang perjalanan di Selat
Bhosporus yang dingin. Akhirnya kegembiraannya itu ingin
dikongsi dengan orang lain iaitu dengan berhasrat menjual jaket
tersebut di kedai pakaian terpakai dan wang yang diperoleh
didermakan kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang
sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh
demi gaya hidup yang penuh kemodenan.
12. 1.Imbas Muka
Contoh: Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi
wanita tua yang menjual makanan burung di situ..
1.Imbas Kembali
Contoh: Entah mengapa aku tiba-tiba teringat akan Abang
Long yang menunggang motosikal pergi balik kerja.
1.Saspens
Contoh: Perbalahan antara aku dan pekedai Turki
membuatkan aku ingin melangkah keluar tetapi dihalang
oleh pekedai Turki dengan wajahnya yang kelihatan marah.
13. 1.Monolog
Contoh: Aku terpaku seketika. Apakah jawapan yang
lebih baik pada saat itu selain yang dapat
menggembirakan Shahmeem?
1.Dialog
Contoh:
Dah beli, ke? Ok tak harganya? Tanya kak Chah.
Ok juga. Dah survey tiga, empat kedai. Kedai ni ok.
Dapat harga
AS$150 sat jaket, terang Haji Helmi sambil
menunjukkan beg plastiknya.
14. Watak Utama
Aku ( Mas )
Seseorang yang :-
1.Gemar membaca.
Aku gemar membaca kerana dia akan leka membeli dan membaca buku
jika terjumpa kedai yang menjual buku.
1.Baik dan murah hati.
Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira
kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga
sepiring hanya satu lira.
1.Berbudi bahasa.
Aku dengan sebaik mungkin berbudi bahasa kepada pekedai Turki kerana
tidak mahu membeli jaket kulit agar pekedai itu tidak berasa kecil hati.
15. 1.Tidak boros berbelanja.
Aku tidak terpengaruh dengan layanan mesra pekedai
Turki agar membeli jaket kulit kijang itu.
1.Sayang akan haiwan.
Aku begitu menyayangi haiwan seperti kijang kerana dia
berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit
kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang
kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada
menjadi korban arus pemodenan.
1.Bersederhana apabila berbelanja.
Aku telah membuat senarai barangan yang hendak dibeli
agar tidak melebihi perbelanjaan yang telah diperuntukan.
16. Watak Sampingan
Pekedai Turki
1.Pemuda berkulit putih
2.Mempunyai kumis. (misai)
3.Fasih berbahasa inggeris.- Pekedai Turki berbahasa inggeris
apabila berkomunikasi dengan pelanggan yang datang ke
kedainya.
4.Peramah dan mesra
Pekedai Turki kelihatan begitu peramah dan mesra ketika
melayan pelanggan di kedainya.
1.Tidak berputus asa
Pekedai Turki tidak berputus asa memujuk pelanggannya
membeli barang jualannya.
17. 1.Pandai mengambil hati
Pekedai Turki sangat pandai mengambil hati pelanggannya
dengan memberikan kata-kata manis.
1.Cepat marah
Pekedai Turki cepat naik amarah kerana pelanggannya
tidak mahu membeli barangannya walaupuan telah
mencubanya.
Polis Turki
1.Lelaki dewasa
2.Bertubuh tegap
3.Berbaju T dan berseluar panjang
4.Berwajah serius
Polis Turki kelihatan serius ketika dia menjalankan
tugasnya apabila dia menangkap seorang remaja yang
menjual barangan pasaran gelap.
18. Shahmeem
1.Kawan kepada Aku
2.Mudah terpengaruh
Shahmeem terpengaruh dengan sehelai jaket hitam yang
dijual secara pasaran gelap tanpa mengetahui ukuran
saiznya.
1.Murah hati
Shahmeem bermurah hati dengan mengurangkan
sebanyak AS$20 daripada harga asal pasaran gelap
kepada Aku kerana jaket kulit kijang itu tidak padan
dengannya.
19. Latar tempat.
1.Hotel Senator tempat penginapan aku dan rakan-
rakannya ketika melancong di Turki.
2.Grand Bazaar Pusat membeli belah.
3.Kedai menjual jaket kulit
4.tempat di mana aku terpaku ketika melihat sepasang
sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin.
5.Tempat Haji Helmi dan isterinya, cikgu Juliah membeli
empat helai jaket berwarna kuning keemasan.
6.Tempat Aku mencuba jaket kulit kijang namun tidak jadi
membelinya kerana dia tidak mempunyai wang yang
mencukupi.
20. 1.Pigeon Valley Aku bersedekah kepada pengait benang
yang kesejukan.
2.Gunung Bolu Aku bersedekah kepada seorang kanak-
kanak bersama-sama datuknya yang buta.
3.Masjid Ulu bersedekah kepada seorang lelaki yang cacat
anggota.
4.Masjid Biru tempat Aku menunaikan solat jamak.
5.Egyptian Market tempat membeli belah yang mempunyai
dataran burung merpati jinak.
6.Terminal feri Selat Bhosporus Shahmeem membeli jaket
kulit hitam daripada lelaki tua di pasaran gelap dengan harga
AS$120
21. Latar masa
1.Malam Kak Chah teman sebilik Aku tidur awal kerana kepenatan
selepas berjalan mengelilingi kota bersejarah.
2.Siang
3.Aku , Kak Chah dan Shahmeem berada di dalam kedai menjual jaket
kulit.
4.Semasa aku dan rakan-rakannya sedang beratur untuk menaiki feri
menyeberangi Selat Bhosporus.
Latar masyarakat
1.Masyarakat elit Ahli rombongan yang terdiri daripada guru dan
pensyarah.
2.Masyarakat yang bekerjaya untuk menampung kehidupan seharian.
Encik Yuksel bekerja sebagai pemandu pelancong dan pekedai Turki
yang menjual barangan kulit.
1.Masyarakat yang tidak berkemampuan.
Wanita tua yang menjual makanan burung, remaja kurus dan lelaki
tua yang menjual barangan pasaran gelap, dan pengemis
pengemis seperti pengait benang yang diberi sedekah oleh Aku,
kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua
yang cacat anggotanya.
22. 1.Masyarakat yang suka melancong.
Aku serta 30 orang ahli rombongan telah melawat negara
Turki.
1.Masyarakat yang suka akan kemewahan.
Haji Helmi dan isterinya cikgu Juliah telah membeli
sebanyak empat helai jaket kulit berwarna kuning
keemasan dengan harga AS$150 sehelai.
1.Masyarakat yang tidak menyayangi haiwan.
Seekor atau lebih daripada seekor kijang akan dibunuh
untuk mendapatkan sehelai jaket kulit yang menjadi
lambang pendewaan dan pemujaan diri.
23. 1.Kata ganda -
2.cenderamata untuk pensyarah-pensyarah yang banyak
berjasa membimbingku semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat
sarjana;
3.Aku bercadang untuk membelikan professor Siti Zainon, Dr
Shaiful Bahri dan Dr Rosnah sesuatu yang boleh
dijadikan kenang-kenangan.
4.Matanya bercahaya-cahaya.
1.Bahasa Asing bahasa inggeris (Hello lady! . , Please )
2.bahasa Arab. Assalamualaikum, solat jamak, al- mathurat
3.Sinkope Eh, lawanya jaket tu! Macam yang kita
tengok kat Grand Bazaar semalam. Murah ke?
24. 1.Kegigihan pekedai Turki begitu gigih dan tidak berputus asa
meyakinkan pelanggannnya agar membeli barangan kulitnya.
1.Keprihatinan Aku begitu prihatin dengan pembunuhan haiwan
kijang kerana kulitnya untuk dijadikan jaket.
1.Berjimat cermat Aku telah membuat senarai barangan yang
perlu dibeli untuk dibawa pulang agar tidak melebihi
perbelanjaan.
2.Keikhlasan Aku dengan ikhlas memberi derma kepada
pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak bersama-sama
datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
25. 1.Kita haruslah bersikap berjimat cermat dalam urusan
perbelanjaan seharian maupun semasa melancong ke luar negara.
Contoh :- Cenderamata untuk keluarga : 29 helai baju T, 2 helai
untuk keluarga Anim, masing-masing sehelai untuk Tahrir, Nadia
dan Salleh.
1.Kita hendaklah bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara
tanpa mengira taraf kehidupan seseorang.
Contoh :- Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang
sebanyak lima lira kepada wanita tua yang menjual makanan
burung walaupun harga sepiring hanya satu lira serta ikhlas
memberi derma kepada pengemis seperti pengait
benang, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta
lelaki tua yang cacat anggotanya.
26. 1.Kita wajar mempunyai sikap gigih dalam melakukan pekerjaan
supaya hasil yang diinginkan tercapai.
Contoh :- Pekedai Turki gigih memberikan layanan yang
mesra kepada pelanggannya dengan memberikan layanan
yang baik serta memberikan minuman percuma kepada
pelanggannya dengan harapan pelanggannya itu membeli
barangannya.
1.Kira patut bersikap prithatin terhadap haiwan yang dilindungi
agar habitatnya tidak pupus.
Contoh : Aku begitu prihatin terhadap haiwan seperti kijang
kerana dia berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan
jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai
kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut
daripada menjadi korban arus pemodenan.