2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Tulisan Jawi: ‫مليسيا‬ ‫اسالم‬ ‫كماجوان‬ ‫جابتن‬
;
singkatan: JAKIM) merupakan agensi kerajaan
Persekutuan di Malaysia yang mentadbir hal
ehwal agama Islam di Malaysia.
Pentadbirannya diletakkan di bawah Jabatan
Perdana Menteri Malaysia. Kini, JAKIM diketuai
oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd
Yusoff.
3. Pada tahun 1969, persidangan Majlis Raja-Raja
Malaysia telah memutuskan bahawa perlunya
suatu badan bagi menggembleng usaha
pembangunan dan kemajuan umat Islam
di Malaysia, selaras dengan taraf negara Malaysia
sebagai sebuah negara Islam yang semakin kukuh
serta mendapat perhatian dunia antarabangsa.
4.  JAKIM berperanan sebagai sebuah badan
penyelaras pembangunan agama dan kemajuan
ummah di Malaysia.
 Berperanan menjalankan penyelarasan hal ehwal
agama dalam lingkungan sempadan pentadbiran
yang dipertanggungjawabkan dan berwaspada
supaya tidak melanggar garis tanggungjawab
yang menjadi hak pentadbiran pada peringkat
negeri.
5.  Memainkan peranan sebagai urus setia
bagi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia (MKI).
 Bertanggungjawab terhadap penggubalan
dan penyeragaman undang-undang
syarak di Malaysia.
 Menyelaras dan membangunkan
pendidikan Islam.