3. SEJARAH AKHBAR JAWI
PERANAKAN(1876-1895)
Sejarah persuratkhabaran melayu bermula pada tahun 1876 apabila akhbar
pertama,Jawi Peranakan diterbitkan di singapura.
Akhbar ini diusahakan oleh orang peranakan melayu.
Pada mulanya,akhbar ini dipimpin oleh Munsyi Mohd Said bin Dada Muhyiddin.
Walau bagaimanapun,selepas kematiannya pada tahun1885,tempatnya digantikan
oleh Munsyi Mohd Ali Ghulam al-Hindi.
Akhbar ini diterbitkan setiap hari isnin selama 20 tahun.
4. KANDUNGAN AKHBAR
Akhbar ini mengandungi artikel mengenai:
Negeri-negeri Selat,Johor,Selangor,Kedah dan Brunei
Berita-berita ringkas tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam dan luar
Negara,terutamanya di Jawa,Sumatera dan kepulauan yang berdekatan.
5. SUMBANGAN AKHBAR TERSEBUT.
Akhbar yang bertulisan jawi ini dibaca oleh orang-orang Melayu dan kadang-kadang
dijadikan sebagai bahan bacaan bagi murid-murid sekolah.
Hal ini menunjukkan tulisan jawi talah tersebar luas dalam kalangan masyarakat
melayu.
Tulisan jawi merupakan tulisan rasmi bahasa Melayu pada ketika itu.
Selain itu,Jawi Peranakan sentiasa menggalakkan orang Melayu supaya menuntut
ilmu.
Dengan demikian,akhbar ini telah memberikan sumbangan yang besar dalam
meningkatkan taraf ilmu dalam kalangan orang Melayu.
6. Dalam perkembangan bahasa Melayu,akhbar Jawi Peranakan turut memainkan
peranan dalam bahasa Melayu.
Menurut Hashim Musa,dalam bukunya Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa
Melayu,tulisan jawi dalam akhbar Jawi Peranakan menunjukkan bahawa terdapat
pengekodan dalam sistem ejaan jawi pada hujung abad ke-19.
Hal ini berlaku demikian kerana,dengan tertubuhnya sekolah-sekolah Melayu,maka
buku-buku teks untuk kegunaan sekolah perlu diterbitkan dalam satu sistem ejaan
jawi yang baku.