ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
JENIS-JENIS SENDI 
Sendi adalah tempat pertemuan antara tulang-tulang atu antara kartilej dengan tulang. 
Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi fungsi, sendi 
terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi yang tidak boleh digerakkan ( sinatosis), sendi 
yang boleh digerakkan (amfiartrosis) dan sendi yang boleg bergerak bebas ( diartosis).
JENIS-JENIS SENDI BERDASARKAN FUNGSI:
JENIS-JENIS SENDI BERDASARKAN STRUKTUR 
Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Semakin rapat hubungan pada titik 
pertemuan semakin kuat sendi tersebut agak terbatas atau terhad. Sebaliknya, sendi 
yang semakin longgar hubungan pada titik pertemuan, semakin banyak pergerakan 
yang boleh dilakukan. Namun begitu, sendi seperti ini mudah mengalami dislokasi atau 
terkehel. 
Pergerakan sendi, ditentukan oleh kelenturan tisu perantaraan yang mengikut 
tulang serta kedudukan ligamen, otot dan tendon. 
JENIS SENDI 
SRUKTUR 
CONTOH 
Sendi Fibrous 
-Pada sendi fibrous tulang bercantum 
dengan tisu fibrous atau kartilej 
secara tetap. Sendi ini tidak 
membenarkan sebarang 
pergerakkan. 
-Tulang artikulasi berada dalam 
kedudukan rapat. 
-Terikat oleh lapisan nipis tisu-tisu 
penghubung berfiber. 
-Terikat oleh ligamen. 
-Sutur antara tulang-tulang 
tengkorak 
-Antara gigi dengan 
maksila dan mandible 
-Antara tibia dengan fibula 
Sendi 
Cartilagenous 
-Pada sendi cartilagenous tulang-tulang 
disambung dengan kartilej atau 
diikat oleh ligamen. Jenis sendi ini 
hanya membenarkan pergerakan 
terhad. 
-Hujung tulang dihubung dengan 
kartilej. 
-Cakera fibrokartilej sebagai 
penghubung 
-Simfisis pubis lengkungan 
pelvis 
-Antara tulang vertebra 
-Sendi antara vertebra
Sendi sinovial 
-Sendi sinovial diselaputi oleh 
membran sinovial yang merembeskan 
cecair sinovial bagi melicinkan 
pergerakan sendi untuk membantu 
memelihara sel kartilej dan 
mengurangkan kedan geseran antara 
dua tulang. Jenis sendi ini 
membenarkan pergerakan berlaku 
secara bebas antara tulang-tulang. 
-sendi lesung - sendi pelana 
-Sendi kondil -Sendi Paksi 
(Condyloid Joint) (Pivot Joint) 
-Sendi Engsel -Sendi Gelungsur 
(Hinge Joint) 
Sendi lesung 
- Sendi bahu, sendi pinggul 
Sendi engsel 
-Sendi siku dan lutut 
Sendi kondil 
- Sendi di pergelangan 
tangan 
dan pergelangan kaki 
- Sendi antara metakarpal 
dan 
metatarsal 
Sendi pangsi/paksi 
- Sendi antara ulna dan 
radius 
- Sendi antara atlas dan 
tengkorak 
Sendi gelungsur 
-Sendi antara tulang tarsal 
-antara tulang karpal 
- sendi antara klavikel dan 
sternum 
- antara kartilej tulang 
rusuk 
kedua hingga ketujuh dan 
sternum 
Sendi pelana 
-Sendi pada bahagian 
bawah ibu jari tangan
JENIS-JENIS PERGERAKAN 
Terdapt dua posisi rujukan bagi pergerakan iaitu kedudukan biasa dan kedudukan 
anatomi. Kedudukan biasa merujuk kepada subjek berdiri dalam keadaan lurus dan 
tegak dengan kedua-dua kaki rapat. Kedudukan tangan pula rapat ke sisi dan tapak 
tangan menghala ke badan. 
Kedudukan anatomi pula merujuk kepada subjek berdiri dalam keadaan lurus 
dan tegak dengan kedua-dua tapak tangan ke hadapan. Kedua-dua belah kaki pula 
terbuka menghala ke kanan dan kekiri. 
Kedudukan anatomi merupakan kedudukan yang terbaik untuk mendapatkan 
satu pusat sebagai panduan bagi menjelaskan jenis-jenis pergerakan 
i. Pergerakan Linear 
Pergerakan linear ialah pergerakan yang berlaku secara mendatar kehadapan atau 
kebelakang dan ke kiri dan ke kanan pada arah dan kelajuan yang sama. Sebagai 
contoh, pergerakan gelungsur. Pergerakan ini terbahagi kepada dua iaitu 
pergerakan rektilinear dan kurvelinear. 
(i) Pergerakan rektilinear 
- pergerakan melibatkan sesaran menegak atau mendatar. 
Contoh pergerakan rektilinear
(ii) Pergerakan kurvelinear 
- pergerakan melibatkan sesaran melengkung. 
Contoh pergerakan kurvelinear 
ergerakan rektilinear adalah jenis pergerakan linear yang melibatkan sesaran 
mengikut landasan yang lurus. Pergerakan kurvelinear pula adalah jenis 
pergerakan yang melibatkan sesaran mengikut landasan yang melengkung. 
ii. Pergerakan Putaran 
Pergerakan putaran adalah pergerakan yang melibatkan semua bahagian objek 
bergerak mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu pusat atau paksi putaran. 
Pergerakan pronasi dan supinasi merupakan pergerakan unik putaran pada 
bahagian lengan. 
ROTASI
iii. Pergerakan Bersudut 
Pergerakan bersudut merupakan suatu pergerakan yang berkeadaan lurus tetapi 
masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan seluruh bahagiannya bergerak dari satu 
kedudukan ke kedudukan lain. Antara pergerakan bersudut ialah fleksi, ekstensi, 
abduksi, aduksi, dan sikumduksi. 
iv. Pergerakan Khusus 
Pergerakan khusus ialah pergerakan yang tiada taranya pada satu atau dua sendi 
saja. Antara pergerakan khusus ialah inversi, eversi, depresi, dorsi-fleksi dan 
plantar-fleksi.
SISTEM OTOT 
Manusia direka bentuk untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan berlaku sebagai 
hasil gabungan sistem ragka dan otot. Kajian menunjukkan bahan rekaan bentuk 
struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan. 
Pergerakan dihasilakan oleh pengucupan dan pemanjangan otot. Otot rangka 
meragkumi beberapa komponen. 
FUNGSI-FUNGSI OTOT 
Otot bukan sahaja digunakan menghasilkan pergrakan tetapi otot juga berfungsi 
untuk mengenalkan postur, menstabilkan sendi dan menghsilkan haba. 
Menghasilkan pergerakan 
Semua pergerakan badan kita dihasilkan oleh pengucupan otot. Pengucupan otot 
rangka membolehkan kita berjalan, berenang dan mengangkat barang. Otot rangka 
juga membolehkan kita berupaya bertindak dengan pantas mengikut perubahan 
yang berlaku disekeliling. Otot rangka juga membolehkan kita melakukan berbagai-bagai 
ekspresi muka seperti tersenyum dan bermasam muka. 
Mengekalkan postur 
Kombinasi saling tindakan otot-otot rangka yang berlainan membolehkan kita 
mengekalkan postur badan seperti berdiri, duduk dan menundukkan kepala apabila 
menulis. Fungsi ini berlaku secara berterusan supaya kita dapat mengekalkan 
kedudukan badan tersebut. 
Menstabilkan sendi 
Semasa melakukan pergerakan, otot rangka juga menstabilkan sendi-sendi 
terutama pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi. Sebagai contoh , lakuan 
dalam sukan memanah.
Menghasilkan haba 
Tenaga digunakan unutk pengucupan otot, malaupun bagaimanapun, sebahagian 
besar daripada tenaga ini tidak digunakan untuk tujuan tersebut sebaliknya 
terbebas sebagai haba. 
JENIS-JENIS OTOT 
Terdapat tiga jenis tisu otot iaitu tisu otot rangka , iaitu tisu otot licin dan tisu otot 
kardiak. Tisu-tisu otot ini berbeza dari segi struktur sel, lakasi, fungsi dan bentuk 
kawalan yang boleh dikenakan ke atasnya. 
Otot rangka 
Otot rangka melekat pada tulang dan meliputi tulang rangka. Fiber otot rangka 
merupakan sel otot yang terpanjang, mempunyai jalur yang jelas dan terkawal. 
Walaupun otot rangka dikawal oleh sistem saraf tetapi jenis otot ini sahaja yang 
dapat dikawal secara sedar. Otot rangka juga bertanggungjawab bagi semua 
pergerakan badan. 
Halaju pengucupan fiber otot rangka bergantung kepada jenis fiber sama ada 
fiber sentak cepat atau fiber sentak lambat. Fiber sentak cepat digunakan untuk 
pergerakan yang cepat. Manakala fiber sentak lambat digunakan untuk pergerakan 
yang lebih perlahan. Sebagai contoh, pelari pecut 100 meter mempunyai peratus 
fiber sentak cepat yang tinggi berbanding dengan pelari maraton. 
Otot licin 
Otot licin terdapat pada dinding organ visceral seperti perut, pundi kencing dan 
saluran penafasan. Fungsi otot ini ialah menggerakkan cecair atau bahan-bahan di 
dalam saluran-saluran yang terdapt di dalam badan. Otot licin tidak berjalur dan 
dikawal oleh sistem hormon, bahan kimia dan regangan.
Halaju pengucupan fiber oto licin adalah sangat perlahan dan kekal. Keadaaan 
ini disebabkan oleh fiber-fiber otot licin di dalam tisu otot visceral terikat kuat dan 
membentuk satu jaringan yang berterusan. Apabila satu fiber otot licin dirangsang, 
impuls akan terus bergerak ke fiber lain dan kontraksi berlaku dalam bentuk 
gelombang ke fiber-fiber yang berdekatan. 
Otot kardiak 
Otot kardiak hanya terdapat pada dinding jantung sahaja. Kontraksi otot kardiak 
pada jantung membolhkan jantung mengepam darah ke seluruh badan melalui 
salur darah. Otot kardiak berjalur seperti otot rangka tetapi otot ini di luar kawal. 
Pengucupan otot kardiak adalah perlahan dan dikawal oleh perentak jantung, 
kelajuan boleh bertambah apabila dirangsang oleh sisitem saraf dan sistem 
endokrina.
PERBANDINGAN ANTARA OTOT RANGKA DENGAN OTOT LAIN

More Related Content

Jenis jenis sendi dan pergerakan

  • 1. JENIS-JENIS SENDI Sendi adalah tempat pertemuan antara tulang-tulang atu antara kartilej dengan tulang. Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi fungsi, sendi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi yang tidak boleh digerakkan ( sinatosis), sendi yang boleh digerakkan (amfiartrosis) dan sendi yang boleg bergerak bebas ( diartosis).
  • 3. JENIS-JENIS SENDI BERDASARKAN STRUKTUR Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Semakin rapat hubungan pada titik pertemuan semakin kuat sendi tersebut agak terbatas atau terhad. Sebaliknya, sendi yang semakin longgar hubungan pada titik pertemuan, semakin banyak pergerakan yang boleh dilakukan. Namun begitu, sendi seperti ini mudah mengalami dislokasi atau terkehel. Pergerakan sendi, ditentukan oleh kelenturan tisu perantaraan yang mengikut tulang serta kedudukan ligamen, otot dan tendon. JENIS SENDI SRUKTUR CONTOH Sendi Fibrous -Pada sendi fibrous tulang bercantum dengan tisu fibrous atau kartilej secara tetap. Sendi ini tidak membenarkan sebarang pergerakkan. -Tulang artikulasi berada dalam kedudukan rapat. -Terikat oleh lapisan nipis tisu-tisu penghubung berfiber. -Terikat oleh ligamen. -Sutur antara tulang-tulang tengkorak -Antara gigi dengan maksila dan mandible -Antara tibia dengan fibula Sendi Cartilagenous -Pada sendi cartilagenous tulang-tulang disambung dengan kartilej atau diikat oleh ligamen. Jenis sendi ini hanya membenarkan pergerakan terhad. -Hujung tulang dihubung dengan kartilej. -Cakera fibrokartilej sebagai penghubung -Simfisis pubis lengkungan pelvis -Antara tulang vertebra -Sendi antara vertebra
  • 4. Sendi sinovial -Sendi sinovial diselaputi oleh membran sinovial yang merembeskan cecair sinovial bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara sel kartilej dan mengurangkan kedan geseran antara dua tulang. Jenis sendi ini membenarkan pergerakan berlaku secara bebas antara tulang-tulang. -sendi lesung - sendi pelana -Sendi kondil -Sendi Paksi (Condyloid Joint) (Pivot Joint) -Sendi Engsel -Sendi Gelungsur (Hinge Joint) Sendi lesung - Sendi bahu, sendi pinggul Sendi engsel -Sendi siku dan lutut Sendi kondil - Sendi di pergelangan tangan dan pergelangan kaki - Sendi antara metakarpal dan metatarsal Sendi pangsi/paksi - Sendi antara ulna dan radius - Sendi antara atlas dan tengkorak Sendi gelungsur -Sendi antara tulang tarsal -antara tulang karpal - sendi antara klavikel dan sternum - antara kartilej tulang rusuk kedua hingga ketujuh dan sternum Sendi pelana -Sendi pada bahagian bawah ibu jari tangan
  • 5. JENIS-JENIS PERGERAKAN Terdapt dua posisi rujukan bagi pergerakan iaitu kedudukan biasa dan kedudukan anatomi. Kedudukan biasa merujuk kepada subjek berdiri dalam keadaan lurus dan tegak dengan kedua-dua kaki rapat. Kedudukan tangan pula rapat ke sisi dan tapak tangan menghala ke badan. Kedudukan anatomi pula merujuk kepada subjek berdiri dalam keadaan lurus dan tegak dengan kedua-dua tapak tangan ke hadapan. Kedua-dua belah kaki pula terbuka menghala ke kanan dan kekiri. Kedudukan anatomi merupakan kedudukan yang terbaik untuk mendapatkan satu pusat sebagai panduan bagi menjelaskan jenis-jenis pergerakan i. Pergerakan Linear Pergerakan linear ialah pergerakan yang berlaku secara mendatar kehadapan atau kebelakang dan ke kiri dan ke kanan pada arah dan kelajuan yang sama. Sebagai contoh, pergerakan gelungsur. Pergerakan ini terbahagi kepada dua iaitu pergerakan rektilinear dan kurvelinear. (i) Pergerakan rektilinear - pergerakan melibatkan sesaran menegak atau mendatar. Contoh pergerakan rektilinear
  • 6. (ii) Pergerakan kurvelinear - pergerakan melibatkan sesaran melengkung. Contoh pergerakan kurvelinear ergerakan rektilinear adalah jenis pergerakan linear yang melibatkan sesaran mengikut landasan yang lurus. Pergerakan kurvelinear pula adalah jenis pergerakan yang melibatkan sesaran mengikut landasan yang melengkung. ii. Pergerakan Putaran Pergerakan putaran adalah pergerakan yang melibatkan semua bahagian objek bergerak mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu pusat atau paksi putaran. Pergerakan pronasi dan supinasi merupakan pergerakan unik putaran pada bahagian lengan. ROTASI
  • 7. iii. Pergerakan Bersudut Pergerakan bersudut merupakan suatu pergerakan yang berkeadaan lurus tetapi masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan seluruh bahagiannya bergerak dari satu kedudukan ke kedudukan lain. Antara pergerakan bersudut ialah fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi, dan sikumduksi. iv. Pergerakan Khusus Pergerakan khusus ialah pergerakan yang tiada taranya pada satu atau dua sendi saja. Antara pergerakan khusus ialah inversi, eversi, depresi, dorsi-fleksi dan plantar-fleksi.
  • 8. SISTEM OTOT Manusia direka bentuk untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan berlaku sebagai hasil gabungan sistem ragka dan otot. Kajian menunjukkan bahan rekaan bentuk struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan. Pergerakan dihasilakan oleh pengucupan dan pemanjangan otot. Otot rangka meragkumi beberapa komponen. FUNGSI-FUNGSI OTOT Otot bukan sahaja digunakan menghasilkan pergrakan tetapi otot juga berfungsi untuk mengenalkan postur, menstabilkan sendi dan menghsilkan haba. Menghasilkan pergerakan Semua pergerakan badan kita dihasilkan oleh pengucupan otot. Pengucupan otot rangka membolehkan kita berjalan, berenang dan mengangkat barang. Otot rangka juga membolehkan kita berupaya bertindak dengan pantas mengikut perubahan yang berlaku disekeliling. Otot rangka juga membolehkan kita melakukan berbagai-bagai ekspresi muka seperti tersenyum dan bermasam muka. Mengekalkan postur Kombinasi saling tindakan otot-otot rangka yang berlainan membolehkan kita mengekalkan postur badan seperti berdiri, duduk dan menundukkan kepala apabila menulis. Fungsi ini berlaku secara berterusan supaya kita dapat mengekalkan kedudukan badan tersebut. Menstabilkan sendi Semasa melakukan pergerakan, otot rangka juga menstabilkan sendi-sendi terutama pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi. Sebagai contoh , lakuan dalam sukan memanah.
  • 9. Menghasilkan haba Tenaga digunakan unutk pengucupan otot, malaupun bagaimanapun, sebahagian besar daripada tenaga ini tidak digunakan untuk tujuan tersebut sebaliknya terbebas sebagai haba. JENIS-JENIS OTOT Terdapat tiga jenis tisu otot iaitu tisu otot rangka , iaitu tisu otot licin dan tisu otot kardiak. Tisu-tisu otot ini berbeza dari segi struktur sel, lakasi, fungsi dan bentuk kawalan yang boleh dikenakan ke atasnya. Otot rangka Otot rangka melekat pada tulang dan meliputi tulang rangka. Fiber otot rangka merupakan sel otot yang terpanjang, mempunyai jalur yang jelas dan terkawal. Walaupun otot rangka dikawal oleh sistem saraf tetapi jenis otot ini sahaja yang dapat dikawal secara sedar. Otot rangka juga bertanggungjawab bagi semua pergerakan badan. Halaju pengucupan fiber otot rangka bergantung kepada jenis fiber sama ada fiber sentak cepat atau fiber sentak lambat. Fiber sentak cepat digunakan untuk pergerakan yang cepat. Manakala fiber sentak lambat digunakan untuk pergerakan yang lebih perlahan. Sebagai contoh, pelari pecut 100 meter mempunyai peratus fiber sentak cepat yang tinggi berbanding dengan pelari maraton. Otot licin Otot licin terdapat pada dinding organ visceral seperti perut, pundi kencing dan saluran penafasan. Fungsi otot ini ialah menggerakkan cecair atau bahan-bahan di dalam saluran-saluran yang terdapt di dalam badan. Otot licin tidak berjalur dan dikawal oleh sistem hormon, bahan kimia dan regangan.
  • 10. Halaju pengucupan fiber oto licin adalah sangat perlahan dan kekal. Keadaaan ini disebabkan oleh fiber-fiber otot licin di dalam tisu otot visceral terikat kuat dan membentuk satu jaringan yang berterusan. Apabila satu fiber otot licin dirangsang, impuls akan terus bergerak ke fiber lain dan kontraksi berlaku dalam bentuk gelombang ke fiber-fiber yang berdekatan. Otot kardiak Otot kardiak hanya terdapat pada dinding jantung sahaja. Kontraksi otot kardiak pada jantung membolhkan jantung mengepam darah ke seluruh badan melalui salur darah. Otot kardiak berjalur seperti otot rangka tetapi otot ini di luar kawal. Pengucupan otot kardiak adalah perlahan dan dikawal oleh perentak jantung, kelajuan boleh bertambah apabila dirangsang oleh sisitem saraf dan sistem endokrina.
  • 11. PERBANDINGAN ANTARA OTOT RANGKA DENGAN OTOT LAIN