2. ISI KANDUNGAN
•Alat tangan dan fungsi.
•Wayar dan kegunaan.
•Plag dan kegunaan.
•Pendawaian plag 3 pin 13 A.
•Fius dan fungsi.
•Bahagian lampu pendarflour.
3. ALATAN TANGAN DAN FUNGSI
Penjalur Wayar
Kegunaan:
Digunakan untuk
menjalur dan memotong
wayar.
4. ALATAN TANGAN DAN FUNGSI
Pena Ujian
Kegunaan:
Mengesan kebocoran arus
elektrik. (Pena ujian
mempunyai lampu neon yang
akan menyala apabila
dikenakan kepada wayar
hidup).
Memasang atau membuka skru
kecil.
5. ALATAN TANGAN DAN FUNGSI
Playar Gabung
Kegunaan:
Digunakan untuk kerja umum
seperti memegang,
mencengkam, memotong,
membengkok, dan
membentuk.
6. ALATAN TANGAN DAN FUNGSI
Pemotong Sisi
Kegunaan:
Digunakan untuk memotong
wayar elektrik dan memotong
lebihan wayar pada punca
tamatan.
7. ALATAN TANGAN DAN FUNGSI
Playar Muncung Tirus
Kegunaan:
Playar ini mempunyai muncung
tirus yang sesuai untuk
mencapai sesuatu di ruang
yang sempit.
8. WAYAR DAN KEGUNAAN
Wayar Kuprum Berenamel
Kegunaan:
Membuat gegelung pada
motor elektrik dan
transformer.
10. WAYAR DAN KEGUNAAN
Wayar Teras Tunggal
Kegunaan:
-Lembar halus : mudah lentur,
untuk pendawaian di radio dan
pembesar suara.
-Lembar kasar : untuk
pendawaian litar elektrik di
rumah.
11. WAYAR DAN KEGUNAAN
Wayar Teras Kembar
Kegunaan:
-Dua wayar teras tunggal yang
dilekatkan.
- Untuk pendawaian radio,
soket, dan televisyen.
12. WAYAR DAN KEGUNAAN
Wayar 3 Teras
Kegunaan:
- Berpenebat PVC – untuk
pendawaian perkakas elektrik
yang tak hasilkan haba(kipas
angin, peti sejuk).
- Berpenebat PVC serta
beranyaman benang – untuk
pendawaian alat elektrik yang
menghasilkan haba (ketuhar,
seterika, cerek).
13. PLAG DAN KEGUNAAN
Plag 2 Pin Kegunaan:
Wayar teras kembar digunakan
pada plag ini.
Terdapat hanya dua tamatan, iaitu
teras Hidup (L) dan teras Neutral
(N).
Plag ini digunakan untuk alatan
berkuasa kecil seperti radio,
pencukur elektrik, dan jam
elektrik.
14. PLAG DAN KEGUNAAN
Plag 3 Pin 13 A Kegunaan:
Plag ini mempunyai tiga tamatan,
iaitu Hidup (L), Neutral (N), dan
Bumi (E).
Fius kartrij 13 ampere
dipasangkan di dalam plag untuk
tujuan keselamatan.
15. PLAG DAN KEGUNAAN
Plag 3 Pin 15 A Kegunaan:
Digunakan untuk kelengkapan
yang berkuasa tinggi seperti
seperti pendingin nudara dan
pemanas air.
Mempunyai bentuk pin bulat dan
tidak menggunakan fius.
17. PLAG DAN KEGUNAAN
PENDAWAIAN PLAG 3 PIN 13 A
a. Buangkan penebat kabel kira-kira 4 cm.
b. Jalurkan hujung ketiga-tiga wayar.
c. Pintalkan ketiga-tiga hujung wayar.
d. Buka penutup plag.
e. Pasangkan teras pada tamatan mengikut kod wayar
yang betul iaitu:
i. Wayar coklat/hitam - tamatan hidup(L)
ii. Wayar biru/merah - tamatan neutral (N)
iii.Wayar hijau/hijau-kuning -tamatan bumi (E)
f. Tutup semula plag dan pasangkan skru.
18. FIUS DAN KEGUNAAN
Fius disambungkan secara siri di dalam litar dan
dipasangkan pada wayar hidup (L).
Fius berfungsi untuk melindungi litar dan perkakas
elektrik dengan memutuskan aliran elektrik jika arus
itu terlalu tinggi.
Fius ditentukan mengikut kadaran seperti
2 A, 5 A, 10 A dan 13 A.
Terdapat dua jenis fius yang biasa
digunakan, iaitu fius dawai
dan fius kartij.
19. FIUS DAN KEGUNAAN
FIUS DAWAI
- Berbentuk dawai dan kadarannya tetap.
- Fius yang lebur boleh diganti.
- Pemegang fius diperbuat daripada
seramik dan bakelit.
20. FIUS DAN KEGUNAAN
FIUS KATRIJ
- Fius katrij yang terbakar harus diganti
dengan fius yang baru dengan kadaran
yang betul.
21. BAHAGIAN LAMPU PENDARFLOUR
Tiub Pendarflour
Diperbuat daripada kaca yang berisi merkuri dan
gas argon.
Bahagian dalam tiub disalur dengan lapisan
fosfor.
Terdapat dua pin elektrod pada kedua-dua
hujung tiub.
Apabila arus elektrik mengalir melalui pin
elektrod, tiub akan menghasilkan sinaran
ultraungu.
Cahaya putih akan dihasilkan apabila terkena
sinaran ultraungu.
22. BAHAGIAN LAMPU PENDARFLOUR
Perumah Lampu Pendarflour
Perumah lampu pendarflour mengandungi cok,
pemegang tiub, pemegang suis penghidup, dan
suis penghidup.
24. BAHAGIAN LAMPU PENDARFLOUR
Pemegang Tiub
Pemegang tiub terletak pada kedua-dua hujung
perumah.
Pemegang tiub berfungsi untuk menyangga tiub
pendarfluor.
25. BAHAGIAN LAMPU PENDARFLOUR
Suis Penghidup
Suis penghidup hanya berfungsi untuk
menghidupkan lampu.
Lampu akan terus menyala walaupun suis
penghidup ditanggalkan.
27. KEROSAKAN LAMPU PENDARFLOUR
KEJADIAN KEROSAKAN
1. Lampu tidak menyala. -Cok rosak.
-Tiub rosak.
-Suis penghidup rosak.
2. Lampu berkelip-kelip
tetapi tidak menyala.
-Tiub rosak.
-Suis penghidup rosak.
3. Kedua-dua hujung tiub
merah dan lampu tidak
menyala.
-Tiub rosak.
-Sius penghidup rosak.
28. 1. Nyatakan fungsi 6 alatan tangan yang digunakan
dalam kerja pendawaian elektrik.
2. Nyatakan 5 jenis wayar.
3. Nyatakan 3 jenis plag.
4. Nyatakan 3 jenis tamatan plag 3 pin 13 ampere.
5. Apakah fungsi fius di dalam litar?