1. Pendahuluan
Qadianisme merupakan salah satu ajaran sesat dan salah satu ancaman dan
krisis yang dihadapi umat islam pada zaman moden. Penyokong-penyokong ajaran
qadiani ini mengakui diri mereka sebagai orang Islam yang mana akan mengelirukan
umat-umat islam yang lain. Ajaran ini dikatakan masih lagi wujud sehingga kini
walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk membanteras dari tersebar. Sebenarnya,
tujuan ajaran itu dicipta adalah tidak lain melainkan untuk menghapuskan ajaran Islam
yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w daripada hati nurani umat islam dan sekaligus
dengan itu membasmi perpaduan umat serta melemahkan keyakinan mereka terhadap
Allah S.W.T.1
Ajaran Qadiani ialah suatu ajaran yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad
Qadiani di India pada tahun 1889. Ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam
dan terkeluar dari agama Islam. Perkataan Qadiani adalah diambil dari nama kampung
atau kawasan tempat lahirnya Mirza yang terletak di daerah Gurdaspur, India. Dengan
demikian, ajaran ini dikenali juga dengan nama ajaran Qadiani atau Kadiyani
bersandarkan kepada nama kawasan tempat lahirnya Mirza. Ajaran ini telah tersebar
hampir ke seluruh dunia sejak awal abad kedua puluh hingga sekarang oleh mubaligh-
mubaligh atau pengikut-pengikut ajaran ini, atas nama agama Islam walaupun ianya
tidak pernah diiktiraf oleh agama Islam sendiri.
Latar Belakang Pengasas Ajaran Qadiani/Qadianisme
1
Intifadah: Kebangkitan Islam Palestine, Pernerbitan Hizbi, Kuala Lumpur, 1989. Hlm 9
1
2. Mirza Ghulam Ahmad telah dilahirkan pada tahun 1839 di Qadian, Gurdaspur
dan berketurunan Borlas dari bangsa Monghul. Tetapi tidak berapa lama kemudian,
beliau mendakwa mendapat ilham bahawa beliau berasal dari bangsa Parsi.
Keturunannya dipercayai berasal dari Samarkand, kemudian berpindah ke India dan
menetap di Qadian. Pendidikan awal Mirza Ghulam Ahmad bermula di rumah iaitu
dengan pengajian Al-Quran dan membaca beberapa buah buku Parsi. Ketika berumur
10 tahun, beliau telah mendalami bahasa Arab. Seterusnya ketik aberusia 17 tahun,
beliau belajar ilmu-ilmu nahu, mantik dan falsafah secara berguru. Beliau juga
mempelajari ilmu perubatan darpada ayahnya sendiri. Beliau tidak mempelajari ilmu
agama dengan sesiapapun cuma secara belajar sendiri sahaja. Beliau menerima
pelajaran di rumah hingga ke peringkat menengah.
Mirza pernah bertugas sebagai seorang kerani di bawah Penolong Pesuruhjaya
Sialkot dengan gaji yang kecil iaitu 15 rupee selama 4 tahun (1864-1868). Pada masa
ini, beliau belajar sebuah atau dua buah buku Inggeris. Beliau telah cuba mengambil
peperiksaan sijil Mukhtar tetapi gagal. Pada tahun 1868, beliau meletakkan jawatan dan
pulang ke Qadian menjaga tanah dan harta sendiri. Tetapi sebahagian besar masanya
ditumpukan untuk menatap Al-Quran serta buku-buku Tafsir dan Hadith.
Pada peringkat awalnya, beliau hidup dalam kemiskinan, namun setelah
2
3. dakwaan-dakwaannya mendapat perhatian masyarakat, beliau mula hidup mewah.
Mirza pernah dua kali berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki dengan isteri
pertama dan 3 anak lelaki dengan isteri kedua. Ketika muda beliau seringkali diserang
hysteria dan juga kencing manis. Mirza juga seorang yang bercakap keras dan kasar
serta menggunakan bahasa yang kesat bila menjawab tuduhan-tuduhan lawannya.
Setelah Mirza mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan pada
tahun 1891 dan sebagai nabi Allah pada tahun 1901. Bertitik tolak dari dakwaan beliau
inilah, maka ulama-ulama Islam mula menyangkal dakwaannya itu serta
mengecamnya. Antara mereka termasuklah Maulana Sanaullah Amritsari, yang
merupakan pengarang buku Ahli-Hadith. Pada 5hb. April, tahun 1907, Mirza dengan
lantang menjawab dan mencabar Maulana Sanaullah di atas tuduhannya itu. Antara
lain Mirza berkata: Jika saya ini pembohong dan penipu maka saya akan mati pada
masa kau masih hidup kerana saya tahu bahawa hidup seorang pembohong itu tidak
akan panjang; dia akan mati sebagai seorang yang gagal pada masa lawannya masih
hidup. Tetapi jika saya bukan pembohong malah diutuskan Allah dan juga sebagai Al-
Masih yang dijanjikan maka saya harap dengan kekuasaan Allah, kau tidak akan dapat
lari balasan-Nya. Dengan itu, justeru balasan itu hanya di tangan Allah, maka penyakit
yang mematikan manusia seperti taun tidak akan mengenakan kau selagi saya masih
hidup sebagai bukti saya ini pembohong. Tetapi setahun selepas itu iaitu pada 25hb.
Mei, 1908, Mirza jatuh sakit akibat penyakit ceret-beret di Lahore. Padai masa itu juga,
beliau diserang penyakit cerah muntah (taun). Pada keesokan harinya, 20hb. Mei,
1908, Mirza menghembuskaan nafasnya yang terakhir. Mengikut bapa mertuanya: Di
3
4. malam Hazrat Mirza sedang tenat itu saya telah mendampinginya. Lalu beliau
mengucapkan kepada saya: Tuan sahib, saya ini diserang penyakit tuan. Selepas itu
saya tidak dengar lagi dia bercakap denga jelas sehingga dia menghembuskan
nafansya yang terakhir pada pukul 10 malam. Beliau dikuburkan di Qadian yang
sekarang ini di dalam negara Pakistan.
Dakwaan dan Penyelewengan Dalam Ajaran Qadianisme
4
5. Permulaan penyelewengan Mirza adalah pada tahun 1885, di mana Mirza
Ghulam Ahmad mengistiharkan dirinya sebagai seorang mujaddid 2 diikuti pada tahun
1891, beliau mendakwa dirinya adalah Imam Mahadi yang ditunggu-tunggu kemudian
beliau dihasut oleh Nuruddin supaya mendakwa dirinya sebagai Al-Masih yang
dijanjikan dan ini juga dilakukannya pada tahun 1891. Manakala pada tahun 1901
beliau mengakui dirinya sebagai nabi. Bukan itu sahaja, pada 1904, beliau juga telah
mendakwa dirinya sebagai penjelmaan Krishna untuk orang-orang Hindu di samping
sebagai Isa Al-Masih untuk orang-orang Islam dan Kristian.
Dakwaan mengenai kedatangan Iman Mhadi bukan sahaja berlaku semasa
Mirza Ghulam Ahmad, malahan sebelum ini, golongan-golongan Syiah telah terlebih
dahulu mendakwa kedatangan Imam Mahdi dari kalangan tokoh-tokoh mereka. Dan
golongan-golongan lain lagi yang mendakwa mempunyai Imam Mahdi masing-masing.
Dengan demikian, oleh itu tidak mustahil jika Mirza Ghulam Ahmad juga turut
mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi.
Dakwaan seterusnya, Mirza Ghulam Ahmad mempercayai bahawa nabi Allah Isa
a.s. itu adalah telah mati sebagaimana kematian manusia biasa. Tetapi berlainan dari
Kristian, beliau mendakwa mendapat ilham daripada Allah pada tahun 1890 bahawa Isa
tidak mati di atas palang. Malah sebenarnya apabila beliau pengsan di atas palang, dan
diturunkan dalam keadaan cedera dan kononnya telah melarikan diri ke Kashmir
apabila beliau sedar dari pengsan. Mirza berpendapat bahawa Nabi Isa a.s hanya
2
Fadlullah Jamil, Islam dan Idealisme zaman Moden: Krisis dan Ancaman, Karisma Publications Sdn Bhd, Shah
Alam. 2010. Hlm 8
5
6. meninggal dunia di Kashmir setelah Berjaya melarikan diri daripada musuhnya di
Palestine.3
Di atas desakan rakannya Nuruddin, pada tahun 1891, Mirza mendakwa dirinya
sebagai Isa Al-Masih. Dengan demikian, Mirza tidak lagi berpegang bahawa Isa Al-
Masih yang akan turun itu adalah Isa ibn Mariam tetapi kononnya Al-Masih dari
kalangan penganut agama Islam yang juga pengikut Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi
ianya masih tetap mempunyai ciri-ciri, sifat-sifat dan peranan-peranan yang sama
dengan Al-Masih ibn Mariam yang dijanjikan itu. Oleh itu, menurutnya beliau sendiri
yang telah menggantikan Al-Masih. Malahan menurutnya lagi, bahawa Isa ibn Mariam
itu telah mati bukan diangkat ke langit oleh Allah. Orang yang mati tidak mungkin akan
hidup dan turun ke dunia lagi. Dakwaan ini terkandung di dalam buku-bukunya,
antaranya: Fath Al-Ilam, Tawdhih Al-Maram 'Izalah Al-Awhan.
Dalam khutbah Ilhamnya (Al-Khutbah Al-Ilhamiah) Mirza Ghulam Ahmad
berkata: "Ini adalah kitab yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadaku pada satu hari
daripada hari-hari perayaan, malah ia adalah hakikat yang diwahyukan Tuhan
kepadaku". Katanya lagi, "Sesungguhnya telah sampai wahyu kepadaku daripada
Tuhan sebelum diturunkan penyakit taun supaya aku membuat perahu dengan
pertolongan dan wahyu Kami". Malahan menurut beliau juga, beliau mendakwa bahawa
apa-apa dakwaan dirinya adalah wahyu atau ilham daripada Allah bukan daripadanya
sendiri. Ini sudah tentulah menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.
3
M.Riza Sihbudi, Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah,Penerbit Mizan, Bandung, 1991, hlm 78.
6
7. Pengakuannya sebagai nabi yang terakhir merupakan yang paling merbahaya
dan menggugat ajaran Islam adalah beliau mendakwa dirinya adalah nabi terakhir
sekali. Ini kerana beliau mendakwa dirinya telah menerima wahyu terus dari Allah
bukannya dari Malaikat Pada tahun 1901, beliau telah membuat pernyataan yang
mutlak tentang dirinya sebagai nabi yang sebenar dengan mengatakan "Demi Allah
yang nyawa saya di tangan-Nya, Dia-lah yang telah mengutus dan menamakan saya
Nabi dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang
jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti". Kemudian beliau menyamakan dirinya dengan
nabi-nabi lain, malah akhirnya beliau menyatakan : "Sayalah Muhammad Rasul Allah".
Bukan itu sahaja, beliau turut mendakwa dan mengaku mempunyai mukjizat
seperti mana nabi-nabi sebelumnya di samping menerima wahyu yang dianggap
setaraf dengan kitab suci al-Quran. Menurut Mirza juga "Nabi Allah itu telah
menunjukkan tiga ribu mukjizat. Tetapi mukjizat saya melebihi dari satu juta". Dalam
risalah 'Ikjaz Ahmadi' katanya: "Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya,
masakan dapat saya menafikan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya".
Sebenarnya, Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang anti-jihad dan
menjunjung tinggi penjajah Inggeris. Di bahagian lampiran dalam bukunya 'Shahadatul-
Quran' edisi keenam, atas tajuk "Untuk Perhatian Segera Pemerintah", beliau menulis :
"Saya telah menerangkan beberapa kali bahawa Islam yang saya anuti ini
mengandungi dua bahagian; iaitu Taat Kepada Allah dan kedua : Taat kepada
pemerintah yang telah memberikan keamanan dan perlindungan kepada kita serta
mengawal kita daripada kezaliman. Itulah dia kerajaan Inggeris". Beliau menambah:
7
8. "Saya bukan saja menjadikan orang-orang India Muslim taat kepada kerajaan Inggeris,
malah saya telah menulis beberapa buah buku dalam bahasa Arab dan Parsi juga Urdu
menerangkan kepada penduduk-penduduk Islam bagaimana untuk hidup aman, nikmat
bahagia dan bebas di bawah kepak sayap kerajaan Inggeris". Dan Mirza menambah
lagi: "Saya yakin bahawa dengan bertambahnya bilangan pengikut-pengikut saya,
maka berkuranglah orang yang percaya kepada jihad kerana kepercayaan kepada saya
sebagai Al-Masih dan Al-Mahdi dengan sendirinya menafikan adanya jihad itu". Mirza
mengeluarkan hukum dan pendapat yang bertentangan sekali dengan kehendak ayat-
ayat Al-Quran. Ini terbukti apabila beliau mengatakan bahawa, menghapuskan hokum
jihad dengan bersenjata,4 semua peperangan dalam menegakkan agama adalah
diharamkan sama sekali dan mengubah dan menyeleweng ayat-ayat suci al-Quran.
Penyelewengan ayat al-Quran merupakan kesalahan yang paling besar
dilakukan oleh ajaran qadiani. Ini kerana beliau telah mengubah ayat-ayat suci al-Quran
dengan mengubahdan meminda bentu dan kedudukan ayat-ayat al-Quran.
Pengubahan yang lebih dikenali sebagai 'Tahrif Al-Quran' bererti mengubah atau
meminda bentuk dan kedudukan ayat-ayat Al-Quran. Sebarang pengurangan yang
sengaja, penghapusan dan penambahan terhadap ayat-ayat Al-Quran adalah
merupakan tahrif. Usaha yang sengaja dilakukan untuk mentafsir ayat-ayat Al-Quran di
luar dari erti yang sebenar dan jelas adalah juga dipanggil tahrif. Antara contoh-contoh
tahrif adalah seperti ayat 23 surah Al-Baqarah, ayat 52 surah Al-Hajj dan ayat 1 surah
Al-Qadr. Terdapat banyak lagi ayat-ayat yang diubah atau ditahrifkan oleh Mirza
4
M.Riza Sihbudi, Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah,Penerbit Mizan, Bandung, 1991, hlm 77.
8
9. Terdapat beberapa lagi dakwaan beliau yang menjadikan ajaran Qadiani
menjadikan satu ajaran sesat seperti mngatakan bahawa Malaikat sebagai pancaindera
tuhan seperti dalam buku Hamamah Al-Busyra halaman 98, mengerjakan ibadat haji di
Qadian kerana dianggap suci selain Makkah dan Madinah. Ini boleh dilihat di dalam 'Al-
Fadhl' bilangan 1848, Jilid 10 Disember 1912 menyebut: "Sesiapa yang menziarahi
menara putih Al-Masih yang dijanjikan (Mirza) akan diberikan berkat yang hanya
ditentukan kepada menara hijau Nabi di Madinah Al-Munawwarah. Alangkah
menderitanya orang yang menghalang dirinya daripada menikmati Haji Akbar di
Qadian". Dalam Harian 'Al-Fadhl' Jilid 20 bilangan 23 ada disebutkan katanya: "Apa
yang dimaksudkan dengan Masjid Al-Haram ialah Masjid Qadian. Andainya daerah
Qadian menyamai Tanah Suci malah mungkin lebih utama daripadanya, maka
menziarahinya adalah menyamai fardhu haji dan mungkin melebihi daripadanya".
Dalam 'Bigam Sulhi' Jilid 21 bilangan 22, lidah rasmi 'Cawangan Lahore' menyebut:
"Menunaikan haji di Makkah tanpa melakukan haji di Qadian adalah haji kering dan
kosong kerana menunaikan haji di Makkah hari ini tidak memenuhi risalah dan tidak
menunaikan fardhunya".
9
10. Kesimpulan
Tidak cukup dengan segala kegilaan yang telah beliau isytiharkan itu, Mirza juga
turut menegaskan bahawa dalam satu agama baru yang beliau asaskan, itu adalah
haram bagi para pengikutnya untuk mewujudkan sebarang hubungan suami isteri
dengan kaum Muslimin serta mendirikan solat jemaah bersama mereka biarpun solat
jenazah.5 Sebenarnya banyak lagi penyelewengan yang terdapat dalam ajaran qadiani
yang bertetangan dengan agama Islam. Ajaran Qadiani ini bukan sahaja hanya
meibatkan Pakistan dan Benua India sahaja. Golongan-golongan ini aktif menyebarkan
dakyah-dakyah mereka di negara-negara Islam Asia Barat dan kebiasaanya bergerak
secara sulit. Ajaran-ajaran yang bawa oleh Mirza ini bukan berkembang setakat Asia
Barat sahaja, malah mengjangkaui Asia Tenggara. Ini terbukti ajaran ini turut terdapat
di Indonesia dan Malaysia. Kerajaan Malaysia telah melarang ajaran Qadiani kerana
kepercayaannya adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Namun demikian masih
lagi terdapat ajaran ini diamalkan oleh beberapa kawasan di Selangor dan juga Sabah.
Kehidupan masyarakat qadiani di negara kita juga terasing dari masyarakat islam yang
lain.
5
Fadlullah Jamil, Islam dan Idealisme zaman Moden: Krisis dan Ancaman, Karisma Publications Sdn Bhd, Shah
Alam. 2010. Hlm 10.
10
11. Bibliografi
Abdul Rahman Hj. Abdullah, Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran, Kuala
Lumpur, Bewan Bahasa dan Pustaka. 1987.
Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, Ajaran Qadyani : Satu Ajaran Sesat, Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.Kuala Lumpur. 1983
Fadlullah Jamil, Islam dan Idealisme zaman Moden: Krisis dan Ancaman, Karisma
Publications Sdn Bhd, Shah Alam. 2010.
Intifadah: Kebangkitan Islam Palestine, Pernerbitan Hizbi, Kuala Lumpur, 1989.
M.Riza Sihbudi, Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah,Penerbit Mizan, Bandung,
1991
Zakaria Stapa & Mohamed Asin Dollah, Islam akidah dan kerohanian, Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, 1996
11