ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Kaedah-kaedah Pentaksiran 
Rajah 1: Kaedah pentaksiran 
Secara umumnya terdapat 3 kaedah pentaksiran iaitu 
pemerhatian, lisan dan penulisan. Pemerhatian 
merupakan kaedah pentaksiran yang paling subjektif 
kerana kaedah ini bergantung kepada sikap peribadi dan 
emosi seseorang penilai. Sesuatu yang dirasakan baik oleh 
seseorang penilai tidak semestinya baik bagi seorang 
penilai yang lain. Oleh yang demikian, kaedah 
pemerhatian dikatakan merupakan kaedah pentaksiran 
yang paling tidak adil. Walau bagaimanapun, 
pemerhatian ini boleh dilakukan melalui tingkah laku 
murid ataupun sahsiahnya, kemahiran-kemahiran murid 
dan juga hasil kerja murid seperti lukisan dan buku skrap 
murid. 
Kaedah pentaksiran yang seterusnya adalah kaedah lisan. 
Pentaksiran secara lisan ini hendaklah dijalankan 
berdasarkan satu rubrik yang standard supaya 
keobjektifan kaedah ini dapat dipertingkatkan. 
Contohnya, rujuk situasi 1 di bawah.
Situasi 2 Rubrik 
Azmi menduduki ujian lisan di Miri pada 5 
oktober 2010. Azmi hanya berjaya mendapat 
gred B. Azmi tidak berpuas hati dengan 
keputusan ujian tersebut kerana berpendapat 
bahawa penilai tersebut bersikap pilih kasih. 
Oleh yang demikian, Azmi mengambil 
keputusan untuk mengambil ujian tersebut 
sekali lagi di Miri. Setelah menduduki ujian 
tersebut, Azmi masih mendapat gred yang 
sama iaitu B. 
Gred Spesifikasi 
A Calon dapat menerangkan 
sesuatu dengan jelas dan tepat 
serta menggunakan gaya badan 
dan intonasi yang baik dan 
sesuai. 
B Calon dapat menerangkan 
sesuatu dengan jelas dan tepat. 
C Calon dapat menerangkan 
sesuatu dengan jelas tetapi 
kurang tepat. 
Daripada situasi 1 di atas, dapat disimpulkan bahawa 
ujian lisan yang diduduki oleh Azmi ini mempunyai 
keobjektifan yang tinggi kerana ujian tersebut ditadbir 
berdasarkan kepada rubrik yang telah ditetapkan. 
Pentaksiran secara lisan ini boleh ditadbir dengan 
beberapa cara. Antaranya ialah antara murid dengan 
guru di mana guru akan mengemukakan soalan dan 
murid menjawab soalan tersebut atau guru memberikan 
satu tajuk kemudian murid menceritakan tentang tajuk
tersebut. Pentaksiran secara lisan juga boleh ditadbir 
antara murid dengan murid. Ini dijalankan dengan 
memberi sesuatu tajuk perbincangan kepada murid-murid 
kemudian murid-murid yang terlibat 
membincangkan tajuk tersebut. Cara pentaksiran secara 
lisan yang terakhir adalah murid dengan bahan 
pembelajaran di mana guru memberikan sesuatu bahan 
pembelajaran kepada murid contohnya sekeping gambar 
bersiri dan murid dikehendaki untuk menceritakan 
gambar tersebut. Kaedah pentaksiran yang ketiga ialah 
kaedah penulisan. Kaedah penulisan merupakan kaedah 
pentaksiran yang sering digunakan dan ditadbirkan 
sebagai peperiksaan di sekolah. Ini kerana kaedah ini 
merupakan kaedah yang paling mudah ditadbir dan 
diuruskan. Selain itu, satu jumlah calon yang besar dapat 
diuji pada satu-satu masa tertentu. 
"Tidak kira apakah kaedah pentaksiran yang digunakan, 
yang penting tindakan susulan dilakukan berdasarkan 
skor pentaksiran" 
~Great Teacher Tan~ 
Posted by Tommy Tan at 5:46 AM

More Related Content

Kaedah

  • 1. Kaedah-kaedah Pentaksiran Rajah 1: Kaedah pentaksiran Secara umumnya terdapat 3 kaedah pentaksiran iaitu pemerhatian, lisan dan penulisan. Pemerhatian merupakan kaedah pentaksiran yang paling subjektif kerana kaedah ini bergantung kepada sikap peribadi dan emosi seseorang penilai. Sesuatu yang dirasakan baik oleh seseorang penilai tidak semestinya baik bagi seorang penilai yang lain. Oleh yang demikian, kaedah pemerhatian dikatakan merupakan kaedah pentaksiran yang paling tidak adil. Walau bagaimanapun, pemerhatian ini boleh dilakukan melalui tingkah laku murid ataupun sahsiahnya, kemahiran-kemahiran murid dan juga hasil kerja murid seperti lukisan dan buku skrap murid. Kaedah pentaksiran yang seterusnya adalah kaedah lisan. Pentaksiran secara lisan ini hendaklah dijalankan berdasarkan satu rubrik yang standard supaya keobjektifan kaedah ini dapat dipertingkatkan. Contohnya, rujuk situasi 1 di bawah.
  • 2. Situasi 2 Rubrik Azmi menduduki ujian lisan di Miri pada 5 oktober 2010. Azmi hanya berjaya mendapat gred B. Azmi tidak berpuas hati dengan keputusan ujian tersebut kerana berpendapat bahawa penilai tersebut bersikap pilih kasih. Oleh yang demikian, Azmi mengambil keputusan untuk mengambil ujian tersebut sekali lagi di Miri. Setelah menduduki ujian tersebut, Azmi masih mendapat gred yang sama iaitu B. Gred Spesifikasi A Calon dapat menerangkan sesuatu dengan jelas dan tepat serta menggunakan gaya badan dan intonasi yang baik dan sesuai. B Calon dapat menerangkan sesuatu dengan jelas dan tepat. C Calon dapat menerangkan sesuatu dengan jelas tetapi kurang tepat. Daripada situasi 1 di atas, dapat disimpulkan bahawa ujian lisan yang diduduki oleh Azmi ini mempunyai keobjektifan yang tinggi kerana ujian tersebut ditadbir berdasarkan kepada rubrik yang telah ditetapkan. Pentaksiran secara lisan ini boleh ditadbir dengan beberapa cara. Antaranya ialah antara murid dengan guru di mana guru akan mengemukakan soalan dan murid menjawab soalan tersebut atau guru memberikan satu tajuk kemudian murid menceritakan tentang tajuk
  • 3. tersebut. Pentaksiran secara lisan juga boleh ditadbir antara murid dengan murid. Ini dijalankan dengan memberi sesuatu tajuk perbincangan kepada murid-murid kemudian murid-murid yang terlibat membincangkan tajuk tersebut. Cara pentaksiran secara lisan yang terakhir adalah murid dengan bahan pembelajaran di mana guru memberikan sesuatu bahan pembelajaran kepada murid contohnya sekeping gambar bersiri dan murid dikehendaki untuk menceritakan gambar tersebut. Kaedah pentaksiran yang ketiga ialah kaedah penulisan. Kaedah penulisan merupakan kaedah pentaksiran yang sering digunakan dan ditadbirkan sebagai peperiksaan di sekolah. Ini kerana kaedah ini merupakan kaedah yang paling mudah ditadbir dan diuruskan. Selain itu, satu jumlah calon yang besar dapat diuji pada satu-satu masa tertentu. "Tidak kira apakah kaedah pentaksiran yang digunakan, yang penting tindakan susulan dilakukan berdasarkan skor pentaksiran" ~Great Teacher Tan~ Posted by Tommy Tan at 5:46 AM