1. 3
3.0 KAEDAH URUS NIAGA BARANGAN RIBAWI
Barangan ribawi mempunyai dua kelompok. Kelompok pertama dikenali sebagai kelompok
an-Nuqud yang terdiri daripada emas dan perak. Kelompok kedua pula dikenali sebagai
kelompok al-Atimah terdiri daripada gandum, barli, tamar dan garam. Setiap kelompok
mempunyai illah yang berbeza dengan kelompok yang lain. Hal ini mendatangkan implikasi
dimana syarat-syarat pertukaran barangan berkenaan, iaitu bagi kelompok yang sama adalah
berbeza dengan syarat-syarat pertukaran barangan antara kelompok.
Segala urusniaga yang melibatkan pertukaran barangan ribawi yang sama dan dalam
kelompok yang sama atau dikenali dengan Mutajanisayn seperti emas dengan emas mestilah
memenuhi dua syarat, iaitu at-Tasawi dan at-Tanaqud. Manakala pertukaran barangan ribawi
yang berbeza dan dalam kelompok yang sama atau dikatakan juga barangan yang mempunyai
illah yang sama, yang dikenali dengan Mutaqaribayn seperti emas dan perak atau gandum
dengan barli hendakalah memenuhi satu syarat sahaja iaitu at-Tanaqud. Adapun pertukaran
barangan ribawi daripada kelompok yang berbeza seperti emas dan gandum tidak terikat
kepada apa-apa syarat hukum riba jual beli. Ia adalah bebas mengikut kehendak pihak-pihak
yang terlibat sama ada ingin melakukan lebihan ataupun penangguhan.
Barang-barang selain daripada enam jenis komoditi yang dinyatakan di atas tidaklah
dinamakan barangan ribawi dan segala urusniaganya tidak tertakluk kepada syarat-syarat riba
jual beli. Hukum riba jual beli tidak berkuat kuasa pada pertukaran barangan tersebut ataupun
pada pertukaran barangan ribawi yang berada dalam kelompok yang berlainan.2
Adalah perlu diambil perhatian dimana barangan ribawi adalah berbeza dengan
pertukaran ribawi. Sebagai contoh, pertukaran emas dan gandum dimana kedua-duanya
merupakan barangan ribawi namun pertukarannya bukan pertukaran ribawi. Pertukaran ini
tidak tergolong di dalam urus niaga riba yang diharamkan kerana pertukarannya tidak
tertakluk kepada hukum riba jual beli. Dengan kata lain pertukaran ini bukan pertukaran
ribawi sekalipun kedua-duanya adalah barangan ribawi.3
Berdasarkan hadith yang telah dinyatakan sebelum ini, perbezaan jenis barangan ribawi
boleh membawa kepada salah satu makna berikut;
2
Ab Mumin Ab Ghani. (1990). Sistem Kewangan islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia : Kuala Lumpur. Ms 202-203.
3
Ab Mumin Ab Ghani. (1997).Peristilahan Riba: Satu Analisis Hukum. Jurnal Syariah 5. Bil 2. Ms 197.
2. 4
a) Perbezaan jenis dengan jenis dalam satu kelompok yang sama iaitu seperti emas
dengan perak dan gandum dengan barli. Emas dan perak adalah dua barang yang
berbeza jenis tetapi kedua-duanya tergolong dalam kelompok an-Nuqud. Begitu
juga gandum dan barli masing-masing berbeza jenis tetapi kedua-duanya
tergolong dalam kelompok yang sama iaitu al-Atimah.
b) Perbezaan jenis dalam kelompok yang berlainan seperti emas dan gandum. Emas
tergolong dalam kelompok an-Nuqud manakala gandum adalah daripada
kelompok al-Atimah.
Hukum berurusniaga bagi kedua-dua perbezaan di atas adalah berlainan antara kedua-
duanya. Perbezaan (a) membenarkan lebihan tanpa penangguhan manakala perbezaan (b)
membenarkan kedua-dua lebihan dan penangguhan. Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w,
惆惡 悋惆 悋悋悵悒 悧惠愆 悋惺惡
Maksudnya:
. Maka kamu boleh berjual beli mengikut kehendak kamu dengan syarat urusniaga itu
unjuk-mengunjuk.
Hadith diatas jelas menunjukkan bahawasanya perkataan perbezaan dalam hadis itu,
merujuk kepada perbezaan (a). Bagi kata-kata, mengikut kehendak kamu, bukanlah
bermaksud tunai atau bertangguh sebaliknya ia merujuk kepada lebihan atau persamaan dari
aspek sukatan atau timbangan.4
Secara ringkasnya hukum dan syarat-syarat bagi urusniaga enam barangan ribawi di
bawah riba jual beli dapat digambarkan sebagaimana gambar rajah 1 di bawah ini:
4
Ab Mumin Ab Ghani. (1990). Op.cit. Ms 204.
3. 5
Rajah 1 : Hukum dan syarat-syarat urusniaga riba jual beli5
an-Nuqud al-Atimah
Emas Perak Gandum Barli Tamar Garam
an-Nuqud Emas ii i
Perak i ii
al-Atimah Gandum ii i i i
Barli i ii i i
Tamar i i ii i
Garam i i i ii
Nota
i Syarat at-Tanaqud
Syarat at-Tasawi dan at-Tanaqud
Bebas (Tiada apa-apa syarat)
ii
4.0 PENENTUAN BARANGAN RIBAWI OLEH ULAMA
Hadith baginda s.a.w menyebutkan enam macam barang ribawi, iaitu emas, perak, gandum,
tamar, barli dan garam. Sebenarnya barang ribawi tidak hanya terbatas pada barang-barang
tersebut, tetapi juga terdapat pada barangan yang lain, selama mana illahnya (sebab) adalah
sama. Hadith menyebutkan yang enam ini, kerana barangan tersebut pada umumnya
diperlukan oleh manusia.
Oleh sebab itu, qias dilakukan terhadap barang-barang lain yang tidak tersebut dalam
hadith ini, selama mana illahnya ada pada barang-barang lain. Walaubagaimanapun
golongan Zahiri tidak sependapat dengan pernyataan di atas dan mereka hanya membatasi
haramnya pada enam barang yang dinyatakan sebagaimana dalam hadith sahaja. 6
Dalil
mereka ialah ayat al-Quran dan qias. Dalil al-Qurannya iaitu sebagaimana firman Allah
dalam surah al-Baqarah ayat 275:
5
Ibid. Ms 566.
6
Muhammad Thalib. (1997). Riba Bunga Bank & Persoalannya. Kuala Lumpur : Darul Numan. Ms 31.
4. 6
... リ悖悋ル惺惡悋惘忰惡惘悋悋
Maksudnya:
Dan Allah halalkan jual beli
dan firmanNya lagi dalam Surah an-Nisa ayat 29:
悒
悋惷惘惠 惺 悸悋惘
惠 惠 ル悖
Maksudnya:
kecuali berupa perdagangan dengan suka sama suka di antara kamu.
Kerana pada asasnya yang dikhususkan seperti boleh, jadi tidak ada yang haram,
selain yang ditetapkan dengan dalil, sedangkan dalil agama hanya membatasi pada enam
macam barang, tidak lebih daripada itu.
Sedangkan dalilnya secara qias, iaitu illah yang disebut oleh para ahli qias adalah
illah yang lemah, dan bila illahnya ternyata tidak kuat, maka tidak boleh dilakukan qias.
Adapun kebanyakan ulama berbeza dengan mereka dalam hal ini. Mereka
menyatakan bahawasanya larangan itu berlaku pada selain enam macam barang tersebut, jika
illah yang sama.7
4.1 Illah pengharaman barangan ribawi
Para ahli fiqh berbeza pendapat dalam menentukan barangan ribawi dengan melihat kepada
illah sesuatu barangan tersebut.
a) Pendapat Golongan Hanafi dan Hanbali
Pendapat golongan ini mengatakan bahawasanya illah larangan pada hadith Rasulullah
adalah atas faktor sukatan atau timbangan8
. Setiap barangan yang bersukat, bilamana dijual
belikan dengan barang sejenis adalah dianggap riba, sama ada berupa barang makanan atau
yang lain. Sebagai contoh, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tepung dengan tepung
7
Ibid. Ms 32.
8
Abdullah Saeed. (1996). Bank Islam dan Bunga Studi Kritis Larangan Riba dan Interpretasi Kontemporer.
Yogyakarta : Pustaka Pelajar. Ms 61.