際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Soalan Lazim
Tajuk: Long COVID in Malaysia: A Longitudinal Prospective Cohort Study
1. Apa sebenarnya penyelidikan Long COVID in Malaysia: A Longitudinal Prospective
Cohort Study ini?
Ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk
menilai gejala-gejala kronik dan komplikasi yang dihadapi selepas jangkitan COVID-19.
2. Bagaimana saya dapat menyertai penyelidikan ini?
Satu mesej notifikasi atau pemberitahuan dalam aplikasi Mysejahtera dan satu SMS akan
dihantar kepada anda sekiranya anda didapati positif COVID-19 semasa tempoh
penyelidikan dijalankan dan layak menyertai penyelidikan ini. Setelah anda menerima
notifikasi atau pemberitahuan tersebut, anda akan dapat mengakses atau mancapai
penyelidikan ini di bawah Perlu Dilakukan di dalam aplikasi Mysejahtera anda.
3. Adakah penyelidikan ini telah mendapat kelulusan etika?
Penyelidikan ini telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika & Penyelidikan Perubatan
(MREC), Kementerian Kesihatan Malaysia (NMRR-21-880-59662).
4. Apakah tujuan penyelidikan ini?
Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai gejala-gejala kronik dan komplikasi jangkitan
COVID-19. Penyelidikan ini penting untuk membantu kami memahami masalah-masalah
kesihatan dan komplikasi yang dihadapi selepas jangkitan COVID-19.
5. Apakah tanggungjawab saya jika saya bersetuju untuk menyertai penyelidikan ini?
Anda hanya perlu mengisi borang kaji selidik sekarang dan dalam tempoh 1 bulan, 3 bulan,
6 bulan selepas jangkitan COVID-19. Anda akan menerima peringatan dalam bentuk
mesej(SMS) pada masa tersebut.
6. Adakah penyertaan saya akan mendatangkan risiko dan kesan-kesan sampingan?
Tidak. Kami hanya memerlukan masa 5-10 minit daripada anda untuk menjawab borang
kaji selidik ini.
7. Apakah faedah yang diperolehi daripada penyertaan saya?
Penyertaan anda dalam penyelidikan ini tidak akan mendatangkan manfaat secara langsung
kepada anda. Akan tetapi, segala maklumat yang diperolehi daripada penyelidikan ini akan
dapat membantu dalam penambahbaikan rawatan pesakit long COVID.
8. Adakah maklumat saya akan dikendalikan secara sulit?
Segala maklumat yang diperolehi dalam penyelidikan ini akan disimpan dan dikendalikan
secara sulit, seiring dengan peraturan-peraturan dan/atau undang-undang yang berkenaan.
Apabila hasil penyelidikan ini diterbitkan atau dibentangkan, identiti anda tidak akan
didedahkan.
9. Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya saya mempunyai pertanyaan?
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penyelikan ini, anda boleh
menghubungi Dr. Kang Kong Yeow, melalui talian telefon 04-74078701
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai hak-hak anda sebagai pesakit dalam
penyelidikan ini, sila hubungi: Setiausaha, Jawatankuasa Etika & Penyelidikan Perubatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui talian telefon 03-3362 8407/8205/8888.
10. Bolehkah saya menarik diri daripada penyelidikan ini setelah saya bersetuju untuk
mengambil bahagian?
Ya, anda masih boleh menarik diri pada bila-bila masa walaupun anda bersetuju untuk
menyertai penyelidikan ini. Penolakan anda untuk menyertai penyelidikan ini tidak akan
menjejaskan rawatan anda.

More Related Content

Kajian MYLONGCOVID

  • 1. Soalan Lazim Tajuk: Long COVID in Malaysia: A Longitudinal Prospective Cohort Study 1. Apa sebenarnya penyelidikan Long COVID in Malaysia: A Longitudinal Prospective Cohort Study ini? Ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menilai gejala-gejala kronik dan komplikasi yang dihadapi selepas jangkitan COVID-19. 2. Bagaimana saya dapat menyertai penyelidikan ini? Satu mesej notifikasi atau pemberitahuan dalam aplikasi Mysejahtera dan satu SMS akan dihantar kepada anda sekiranya anda didapati positif COVID-19 semasa tempoh penyelidikan dijalankan dan layak menyertai penyelidikan ini. Setelah anda menerima notifikasi atau pemberitahuan tersebut, anda akan dapat mengakses atau mancapai penyelidikan ini di bawah Perlu Dilakukan di dalam aplikasi Mysejahtera anda. 3. Adakah penyelidikan ini telah mendapat kelulusan etika? Penyelidikan ini telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika & Penyelidikan Perubatan (MREC), Kementerian Kesihatan Malaysia (NMRR-21-880-59662). 4. Apakah tujuan penyelidikan ini? Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai gejala-gejala kronik dan komplikasi jangkitan COVID-19. Penyelidikan ini penting untuk membantu kami memahami masalah-masalah kesihatan dan komplikasi yang dihadapi selepas jangkitan COVID-19. 5. Apakah tanggungjawab saya jika saya bersetuju untuk menyertai penyelidikan ini? Anda hanya perlu mengisi borang kaji selidik sekarang dan dalam tempoh 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan selepas jangkitan COVID-19. Anda akan menerima peringatan dalam bentuk mesej(SMS) pada masa tersebut. 6. Adakah penyertaan saya akan mendatangkan risiko dan kesan-kesan sampingan? Tidak. Kami hanya memerlukan masa 5-10 minit daripada anda untuk menjawab borang kaji selidik ini. 7. Apakah faedah yang diperolehi daripada penyertaan saya? Penyertaan anda dalam penyelidikan ini tidak akan mendatangkan manfaat secara langsung kepada anda. Akan tetapi, segala maklumat yang diperolehi daripada penyelidikan ini akan dapat membantu dalam penambahbaikan rawatan pesakit long COVID. 8. Adakah maklumat saya akan dikendalikan secara sulit? Segala maklumat yang diperolehi dalam penyelidikan ini akan disimpan dan dikendalikan secara sulit, seiring dengan peraturan-peraturan dan/atau undang-undang yang berkenaan. Apabila hasil penyelidikan ini diterbitkan atau dibentangkan, identiti anda tidak akan didedahkan.
  • 2. 9. Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya saya mempunyai pertanyaan? Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penyelikan ini, anda boleh menghubungi Dr. Kang Kong Yeow, melalui talian telefon 04-74078701 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai hak-hak anda sebagai pesakit dalam penyelidikan ini, sila hubungi: Setiausaha, Jawatankuasa Etika & Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui talian telefon 03-3362 8407/8205/8888. 10. Bolehkah saya menarik diri daripada penyelidikan ini setelah saya bersetuju untuk mengambil bahagian? Ya, anda masih boleh menarik diri pada bila-bila masa walaupun anda bersetuju untuk menyertai penyelidikan ini. Penolakan anda untuk menyertai penyelidikan ini tidak akan menjejaskan rawatan anda.