1. 0
TEMA : 1. PENYELENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN
HIDUP
BAB : 4. KESIHATAN MANUSIA
S/KAN : 4.1 PENYAKIT BERJANGKIT DAN PENYAKIT TIDAK
BERJANGKIT
Standard Pembelajaran:
4.1.1 Membezakan dan berkomunikasi mengenai penyakit berjangkit dan penyakit tidak
berjangkit.
4.1.2 Menerangkan bagaimana penyakit berjangkit disebarkan.
4.1.3 Mencerakinkan penyebab dan penularan penyakit berjangkit.
4.1.4 Menjana idea mekanisme menghalang penularan penyakit berjangkit.
2. 1
KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. PENDAHULUAN 2
2. PENGENALAN PENYAKIT BERJANGKIT DAN
PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD)
3
3. PENYAKIT BERJANGKIT 4-9
4. PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT 10-15
6. KESIMPULAN 16
7. SUMBER RUJUKAN 17
KANDUNGAN
3. 2
Kumpulan kami telah menyiapkan tugasan berkenaan penyakit berjangkit dan tidak
berjangkit serta huraian berkaitan penyakit tersebut. Hasil perbincangan kami telah memilih
HFMD, Denggi dan Covid-19 untuk dihuraikan bagi kategori penyakit berjangkit manakala
kami mengupas penyakit tidak berjangkit seperti kardiovaskular, Barah dan pernafasan
kronik
Secara mudahnya, penyakit berjangkit adalah jangkitan. Iaitu, apabila mikroorganisma masuk
ke dalam badan anda, dan menjadikan dirinya selesa. Bagi bakteria atau kulat, ini bermakna
membahagikan dan mengembangkan sel-sel baru pada kadar eksponen.
Virus, sebaliknya, mempunyai halangan tambahan untuk memasuki sel manusia dan
mengambil alih pusat kawalan mereka supaya mereka boleh membuat lebih banyak tentang
diri mereka sendiri Walaupun semua penyakit berjangkit adalah berjangkit, tidak semua
jangkitan boleh berjangkit. Tetanus, sebagai contoh, boleh menyebabkan jangkitan, tetapi
seseorang yang menghidap tetanus tidak boleh menyebarkannya kepada orang lain.
Bakteria hidup dalam kotoran dan habuk dan masuk ke dalam badan anda melalui lelasan
seperti luka, calar atau tusukan. Walaupun patogen boleh membawa kepada jangkitan dan
penyakit yang sangat serius pada individu, ia hampir pasti tidak akan menyebabkan pandemik
di seluruh dunia
Manakala Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penyakit tak berjangkit, kebanyakannya
adalah penyakit kronik yang tidak boleh disebarkan dari seorang individu kepada individu
yang lain. Penyakit-penyakit ini biasanya berkembang perlahan-lahan dan bertahan untuk
masa yang lama, selalunya sepanjang hayat.
Penyakit tak berjangkit boleh dibahagikan kepada:
1. Penyakit kardiovaskular (jantung dan salur darah) seperti serangan jantung,
strok, tekanan darah tinggi/hipertensi, hiperkolesterolemia/kolesterol tinggi)
2. Barah/kanser
3. Penyakit pernafasan kronik seperti penyakit peparu sesak/tersumbat yang
kronik dan lelah
4. Diabetes/kencing manis
5. Penyakit mental
6. Penyakit yang berkaitan dengan atau disebabkan oleh kecederaan yang pernah
dialami
PENDAHULUAN
4. 3
PENYAKIT BERJANGKIT
Penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit merupakan satu masalah kesihatan yang
akan mengakibatkan pesakit membelanja banyak duit untuk tujuan rawatan dan mungkin juga
akan mengancam nyawa manusia.
Penyakit berjangkit ini adalah istilah umum yang merujuk kepada penyakit yang disebabkan
oleh mikro-organisma yang disebarkan dari manusia ke manusia (dari kahak, STD, hepatitis),
atau daripada gigitan serangga (vektor) seperti nyamuk (denggi), atau melalui air dan
makanan yang tercemar
Antara faktor penyebaran penyakit berjangkit adalah melalui air, udara, sentuhan dan pelbagai
vektor manakala penyakit tidak berjangkit adalah melalui gaya pemakanan, gaya hidup,
keturunan dan sebagainya. Kumpulan kami akan membincangan penyakit berjangkit dan
penyakit tidak berjangkit di Malaysia
PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penyakit tak berjangkit, kebanyakannya adalah
penyakit kronik yang tidak boleh disebarkan dari seorang individu kepada individu yang lain.
Penyakit-penyakit ini biasanya berkembang perlahan-lahan dan bertahan untuk masa yang
lama, selalunya sepanjang hayat. Penyakit tidak berjangkit ini adalah seperti penyakit kronik
yang tidak boleh disebarkan daripada individu ke individu lain yang perkembang secara
perlahan-lahan dan selalunya berlaku sepanjang hayat.
Contoh penyakit kronik ini adalah seperti darah tinggi, kencing manis, serangan jantung,
strok, kanser dan juga COAD (komplikasi merokok).
Mengikut data Tinjauan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hampir 30% rakyat
Malaysia menghidapi tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan 18% menghidapi kencing
manis.Penyakit-penyakit ini adalah risiko kepada serangan jantung dan strok.
PENGENALAN
5. 4
1. HFMD
i. DEFINISI
Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus
meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).
Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti
demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.
HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri.
Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan
EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.
ii. PENYEBAB/VEKTOR/MEDIUM PENULARAN
Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan
cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti
serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan
virus HFMD
iii. GEJALA
Kebiasaannya gejala HFMD adalah ringan (mild) dengan simptom demam
diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Kanak-
kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit
birit dan kurang selera makan. Kes HFMD yang disebabkan oleh jangkitan
virus EV71 boleh meningkatkan risiko untuk mendapat komplikasi seperti
encephalitis dan myocarditis.
iv. LANGKAH MENGATASI
1. Meningkatkan kesedaran dan keupayaan mengenalpasti tanda-tanda
penyakit HFMD pada kanak-kanak yang kurang sihat seperti tanda lepuh pada
tangan, kaki dan mulut;
2. Memastikan anak berada di rumah dan tidak membawa anak ke tempat-
tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan
jangkitan. Maklumkan pusat jagaan, tadika atau sekolah anak-anak anda
mengenai penyakitnya;
3. Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas
ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
PENYAKIT BERJANGKIT
6. 5
4. Pastikan peralatan makanan dan barangan peribadi anak anda seperti tuala,
sudu, garfu, cawan dan sebagainya sentiasa bersih dan tidak dikongsikan
dengan kanak-kanak lain. Pastikan peralatan ini dibawa balik setiap hari untuk
dicuci bersih.
5. Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan
menggunakan larutan campuran klorin atau sabun dan air bersih;
6. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuang ke dalam tong
sampah yang bertutup.
v. STATISTIK PENYAKIT
vi. GAMBAR/KERATAN AKHBAR
7. 6
2. DENGGI
i. DEFINISI
Denggi adalah penyakit bawaan vektor yang menyakitkan yang disebabkan
oleh virus denggi. Terdapat 4 serotipe virus denggi: DEN-1, DEN-2, DEN-3
dan DEN-4. Virus boleh masuk ke dalam tubuh anda melalui gigitan nyamuk
yang dijangkiti. Jenis nyamuk yang paling popular ialah Aedes aegypti.
Jutaan kes demam denggi berlaku setiap tahun di seluruh dunia, terutamanya di
kawasan tropika dan subtropika seperti Asia Tenggara, pulau-pulau Pasifik
barat, Afrika, atau Caribbean.
ii. PENYEBAB/VEKTOR/MEDIUM PENULARAN
Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan
kepada manusiamelalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.Pada asasnya
terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-
4.Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi
sebelum memindahkannyakepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor
utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti.Vektor lain adalah seperti nyamuk
Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi dikawasan bandar
iii. GEJALA
Pesakit akan mengalami gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti
i. Demam panas
ii. Sakit kepala
iii. Sakit tulang belakang
iv. Sakit sendi-sendi
v. Loya dan muntah-muntah
vi. Sakit biji mata
vii. Ruam
iv. LANGKAH MENGATASI
Vaksin tidak tersedia untuk membantu mencegah demam denggi. Cara
terbaik adalah melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk dan
mengurangkan populasi nyamuk. Anda boleh menyemak tip ini:
1. Jangan tinggal di kawasan yang sesak.
2. Gunakan repellents nyamuk: permethrin boleh digunakan untuk jaring,
pakaian, kasut anda.
3. Apabila di luar, pakai baju lengan panjang dan seluar panjang yang
diselitkan ke dalam stoking.
4. Pakai baju pelindung apabila anda berada di luar rumah: memakai baju
lengan panjang, seluar panjang, kasut, stoking jika boleh.
8. 7
5. Kekal dalam rumah berpenyaman udara. Atau anda boleh tidur di tempat
tidur bersih. Nyamuk biasanya berfungsi dari subuh hingga senja, atau pada
waktu malam.
6. Untuk mengurangkan populasi nyamuk, hapuskan tayar lama, tin, botol atau
bekas bunga yang mengumpulkan air hujan. Ini boleh mencegah nyamuk
daripada membiak.
v. STATISTIK PENYAKIT
vi. GAMBAR/KERATAN AKHBAR
9. 8
3. CORONA VIRUS
i. DEFINISI
Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan
saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute
respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory
syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui
di China adalah Novel Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan coronavirus
menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-
paru (pneumonia) yang teruk.
ii. PENYEBAB/VEKTOR/MEDIUM PENULARAN
Cara penularan novel coronavirus COVID-19 daripada individu kepada melalui
titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang dengan COVID-
19 batuk atau bersin. Titisan ini merentasi objek dan permukaan di
sekelilingnya. Orang lain kemudian mendapat jangkitan COVID-19 dengan
menyentuh objek atau permukaan ini, kemudian menyentuh mata, hidung atau
mulutnya. Sesorang itu juga boleh dijangkiti COVID-19 jika mereka berada
dekat dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin atau melepaskan
titisan. Itulah sebabnya penting untuk mengekalkan jarak lebih dari 1 meter (3
kaki) dari orang yang sakit. KKM kini sedang mengawasi perkembangan
jangkitan ini dan situasi sentiasa berubah dan akan mengemaskini maklumat
penyakit ini dalam laman sesawang KKM dari semasa ke semasa. Orang ramai
dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri
yang baik
iii. GEJALA
Gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-19 adalah gejala pernafasan,
demam, batuk, sesak nafas dan kesukaran bernafas
iv. LANGKAH MENGATASI
1. Amalkantahap kebersihandiri yangtinggi setiapmasasepertikerapmencuci
tangan denganmenggunakanairdansabunatau handsanitizer
2. Sentiasamembawabersamapenutupmulutdanhidung(face mask) sertahand
sanitizeruntukdigunakan
10. 9
3. Elakkandaripadamengunjungi tempattumpuanramai danbergaul rapatdengan
mana-manaindividuyangbergejala
4. Elakkandaripadamelawatke ladanghaiwan,pasaryang menjual haiwanhidup,
tempatsembelihanhaiwanataumenyentuhsebarangjenishaiwan
5. Elakkandaripadamemakansebarangprodukhaiwanmentah/tidakdimasak
dengansempurna
v. STATISTIK PENYAKIT
vi. GAMBAR/KERATAN AKHBAR
11. 10
1. PENYAKIT KARDIOVASKULAR (Jangtung, Strok)
i. DEFINISI
Penyakit Kardiovaskular (iaitu penyakit jantung dan strok) adalah penyebab utama
kematian di hospital-hospital KKM. Pada tahun 2010, 25.4% (11,812) kematian
adalah akibat penyakit kardiovaskular. Penyakit kardiovaskular juga adalah penyebab
utama kematian pra-matang di hospital-hospital KKM, di mana kira-kira 35% dari
kematian akibat penyakit kardiovaskular berlaku di kalangan individu berumur
kurang dari 60 tahun. Selain impak yang negatif terhadap kualiti hidup, penyakit
kardiovaskular menambahkan beban ekonomi individu, keluarga dan masyarakat,
sertamengurangkanproduktiviti negara
ii. PENYEBAB/VEKTOR/MEDIUM PENULARAN
Ciri-ciri penyakit kardiovaskuler pada wanita dan lelaki sangat bervariasi,
bergantung dengan penyakit kardiovaskular yang dimiliki. Gejala penyakit
jantung berdasarkan jenisnya yang paling umum terjadi adalah:
iii. GEJALA
Sakit di dada (angina).
Peluh sejuk muncul.
Loya.
Sukar untuk bernafas.
Jantung berdegup kencang.
Degupan jantung cepat atau lambat.
Pening.
Sakit dada.
Sukar untuk bernafas.
berpeluh.
Pengsan (sinkop) atau hampir pengsan.
Berdebar-debar (terlepas degupan jantung dan berdebar-debar).
iv. LANGKAH MENGATASI
1. Berhenti merokok dan jauhi asap rokok di sekeliling.
PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT
12. 11
2. Kawal keadaan kesihatan lain, seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi,
dan diabetes.
3. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit pada kebanyakan hari dalam
seminggu.
4. Pengambilan makanan yang menyihatkan jantung, yang rendah garam dan
lemak tepu.
5. Kekalkan berat badan yang sihat dan dapatkan nasihat lanjut sekiranya
pesakit jantung ingin berpuasa.
6. Mengurangkan dan menguruskan tekanan.
v. STATISTIK PENYAKIT
vi. GAMBAR/KERATAN AKHBAR
13. 12
2. BARAH
iii. DEFINISI
Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan
mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan
selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara
tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga
dikenali sebagai tumor.
iv. PENYEBAB/VEKTOR/MEDIUMPENULARAN
Penyakit kanser atau barah boleh berpunca daripada mutasi genetik, gaya
hidup, faktor persekitaran, pemakanan, merokok, al;kohol, obesiti, radiasi, faktor
umur dan jangkitan beberapa jenis virus ataupun mikroorganisma
tertentu.
iii. GEJALA
1. Mengalami perubahan dalam pola pembuangan air besar
2. Luka yang tidak sembuh
3. Pendarahan yang luar biasa
4. Ketulan
5. Masalah pencernaan ataupun sukar untuk menelan makanan
6. Perubahan ketara pada kawasan kulit atau tahi lalat
14. 13
7. Batuk yang berpanjangan dan suara menjadi garau
iv. LANGKAH MENGATASI
1. Makan makanan sihat
2. Tidak menngambil tembakau
3. Kawal b erat badan
4. Amalkan herba atau ulam hijau
5. Elakkan tingkah laku berisiko
v. STATISTIK PENYAKIT
vi. GAMBAR/KERATAN
AKHBAR
15. 14
3. PERNAFASAN KRONIK
i. DEFINISI
Latar belakang Penyakit kronik paru-paru obstruktif (COPD) ialah nama yang
diberikan kepada sekumpulan penyakit paru-paru yang menyebabkan
kesukaran pernafasan. Kumpulan ini termasuklah penyakit emfisema dan
juga bronkitis kronik. Statins merupakan ubat-ubatan yang mengurangkan
kadar kolesterol dalam darah. Ia telah dicadangkan bahawa kesan anti-
radang statins mampu mengurangkan keadaan yang lebih parah bagi
penyakit COPD dikalangan pesakit. Penyakit sistem pernafasan yang biasa
berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia),
jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary
oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic
Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru
ii. PENYEBAB/VEKTOR/MEDIUM PENULARAN
Pencemaran udara, termasuk bahan api biojisim untuk memasak, atau
pencemar di tempat kerja seperti habuk dan bahan kimia, boleh mendorong
pembentukan penyakit.Bagi kebanyakan kes COPD, merokok adalah faktor
risiko utama, yang boleh membuat lapisan salur udara paru-paru rosak dan
meradang.Individu yang kekurangan protein spesifik (alfa-1 antitripsin) yang
berfungsi untuk melindungi paru-paru, berisiko lebih tinggi untuk mendapat
emfisema.Individu yang kerap mengalami jangkitan pernafasan semasa kanak-
kanak, lebih mudah untuk diserang Penyakit Paru-paru Obstruktif Kronik.
iii. GEJALA
1. Sesak nafas
2. Batuk yang berpanjangan
3. Kahak yang berlebihan
4. Nafas berbunyi (wheezing)
16. 15
5. Dada berasa ketat
6. Mudah penat semasa bersenam
7. Keletihan
8. Gangguan tidur
9. Pengurangan berat badan
.
iv. LANGKAH MENGATASI
1. Berhenti merokok - Langkah terpenting untuk melambatkan perkembangan
penyakit dan meningkatkan kadar bertahan hidup
2.Terapi oksigen di rumah - Paras oksigen darah bagi kes COPD teruk adalah
sentiasa rendah. Oksigen dibekalkan melalui alat penumpu oksigen atau tangki
oksigen
3. Pemindahan paru-paru - Untuk kes-kes COPD teruk
4. Surgeri pengurangan volum paru-paru - untuk membuang bahagian Paru-
paru yang berpenyakit Bagi pesakit tertentu (Mereka yang menghidap
emfisema)
5. Perubatan - Termasuk alat sedut dan tablet untuk membuka salur udara, dan
antibiotik serta steroid untuk merawat keradangan salur udara.
6.Pemulihan paru-paru - Bagi penghidap COPD teruk. Ini merangkumi latihan
senaman, pendidikan pesakit, panduan diet dan kaunseling psikologi
7.Vaksin influenza tahunan selain vaksinasi terhadap pneumokokus (punca
paling biasa bagi pneumonia)
v. STATISTIK PENYAKIT
17. 16
vi. GAMBAR/KERATAN AKHBAR
Walaupun perkataan berjangkit dan tidak berjangkit sering digunakan secara bergantian
untuk menggambarkan penyakit, ia sebenarnya bermaksud dua perkara yang sangat
berbeza.Penyakit berjangkit adalah penyakit yang berjangkit atau merebak kepada orang lain.
Kesannya adalah luaran.
Jika seseorang dijangkiti penyakit itu, mereka boleh jatuh sakit dan menyebarkan patogen
sama ada selesema, virus, atau agen penyebab penyakit lainkepada orang seterusnya. Ini
boleh membawa kepada wabak kecil, terpencil atau wabak berskala penuh. Berbeza dengan
penyakit tidak berjangkit kesannya hanya pada individu yang menghidapi.
Oleh itu, Kempen Gaya Hidup Sihat perlu dipergiatkan melalui platform media sosial kerana
usaha memupuk kesedaran kendiri terhadap penjagaan diri memerlukan sistem sokongan padu
daripada masyarakat.Penyertaan dalam persatuan, kelab, agensi, program atau aktiviti
berteraskan promosi kesihatan umpamanya boleh mendorong keinginan serta motivasi untuk
hidup lebih sihat dan aktif.
Apatah lagi pembabitan komuniti secara bersemuka atau maya untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan dan meningkatkan kesedaran menjalani gaya hidup sihat semakin mudah pada
masa kini.Tip dan panduan pemakanan sihat serta aktiviti kecergasan fizikal lebih mudah
didapati dengan mengikuti pempengaruh media sosial dalam kalangan jurulatih dan selebriti
kesihatan berkelayakan. Pempengaruh terkenal dan popular mempunyai daya tarikan
tersendiri hingga dapat mempengaruhi pengikut mereka mengamalkan gaya hidup sihat.
Kesan membabitkan diri dalam komuniti sihat dapat meningkatkan tahap literasi kesihatan
yang membantu individu mendapat maklumat kesihatan, membudayakan hidup sihat,
membuat kawalan kendiri sebagai tindakan awal mencegah penyakit dan menjaga kesihatan
bagi mengelak komplikasi penyakit.
KESIMPULAN
18. 17
Pelaksanaan kempen berterusan dan pembabitan masyarakat sebegini dapat mewujudkan
trend untuk hidup lebih sihat dan aktif hingga menjadi tumpuan semua lapisan peringkat umur
demi melahirkan generasi berkualiti dan produktif.
RUJUKAN
1. Poster punca HFMD
http://jknperlis.moh.gov.my/v3/index.php/kempen-promosi-kesihatan/154-
penyakit-kaki-tangan-dan-mulut-hfmd
2. Portal rasmi Kementerian kesihatan
https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/193
3 Sejarah Penyakit ( article )
Robinson, C., Doane, F. W. & Rhodes, A. Report of an outbreak of febrile
illness with pharyngeal lesions and exanthem: Toronto, summer 1957-
isolation of group A coxsackie virus. Can. Med. Assoc. J. 79, 615621 (1958).
4. Penyakit: Berjangkit vs. Tidak Berjangkit Maksud & Contoh
https://iku.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/NHMS2019/Fact_Sheet_
NHMS_2019-BM.pdf
5. Laporan akhbar
https://kpkesihatan.com/2018/08/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-ogos-2018-
situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia/
6. Statistik kes HFMD di Malaysia
https://www.researchgate.net/figure/Age-specific-incidence-rates-of-HFMD-
cases-in-Kuala-Lumpur-and-Malaysia-Incidence-rates_fig2_299415010
7. Laporan akhbar
RUJUKAN