KAJIAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PRODUK SMART SOLAH DIGITAL SIGNAGE (SSDS) DI MASJID DAN SURAU YANG TERPILIH DI MALAYSIA
Abstrak
Smart Solah Digital Signage (SSDS) adalah produk audio visual, yang dilengkapi dengan perisian Digital Signage dan digabungkan bersama aplikasi Jam Solat sebagai kemudahan di masjid dan pusat Islam. Produk ini mengisi kelompongan produk ICT sedia ada yang hanya memiliki fungsi yang terhad dan tidak memenuhi sasaran penggunaan di masjid dan surau. Mengetengahkan fungsi teknologi yang lebih moden, dan lebih menepati sasaran penggunaan yang lebih efektif, maka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan pelanggan produk SSDS. Menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada 32 orang responden daripada keseluruhan 35 pengguna SSDS di Malaysia dari masjid dan surau terpilih di Malaysia yang telah menggunapakai produk SSDS. Dapatan menunjukkan tahap kepuasan berada pada tahap memuaskan dan tinggi serta menepati spesifikasi keperluan pengguna berpandukan dapatan min skor melebihi 3.68.
1 of 9
More Related Content
KAJIAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PRODUK SMART SOLAH DIGITAL SIGNAGE (SSDS) DI MASJID DAN SURAU YANG TERPILIH DI MALAYSIA
1. Denture Box
KAJIAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP
KEMUDAHAN PRODUK DENTURE BOX DI KLINIK-KLINIK
PERGIGIAN YANG TERPILIH DI MALAYSIA
Ts. Mohd Farid Rahat
Kolej Komuniti Rompin, Pahang
E-mail: ujirru_aizan@yahoo.com
DR Raja Shah Imran bin Raja Ahmad Shafiei
Klinik Pergigian Daerah Rompin, Pahang
E-mail: rirashim@gmail.com
DR Huda Adilah Ali
Klinik Pergigian Daerah Mersing, Johor
E-mail: hudaadilah3103@gmail.com
Abstrak
Denture box merupakan satu inovasi yang tercetus untuk mengurangkan penyebaran
aerosol yang terhasil ketika proses memangkas gigi palsu mahupun bahan prostetik pergigian
yang lain. Proses ini boleh menghasilkan partikel dan percikan yang mungkin mengandungi
mikroorganisma daripada mulut pesakit sama ada virus, bakteria atau kulat. Oleh itu,
penghasilan produk ini dapat mengurangkan risiko jangkitan melalui aerosol seterusnya
menyediakan perkhidmatan pergigian yang selamat. Menepati sasaran penggunaan yang lebih
efektif, maka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan pelanggan produk Denture
Box. Menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada 6 orang
responden daripada keseluruhan pengguna Denture Box dari klinik-klinik pergigian di sekitar
negeri Pahang dan Johor. Dapatan menunjukkan tahap kepuasan berada pada tahap memuaskan
dan tinggi serta menepati spesifikasi keperluan pengguna berpandukan dapatan min skor
melebihi 3.68.
Kata Kunci: Denture Box, pergigian.
Abstract
Denture box is an innovation made as an initiative to reduce aerosol dispersion produced from
denture trimming procedure or other dental prosthetics. Trimming procedure, especially when
done at the chairside, may generate particles and splatter that may contain microorganisms such
as virus, bacteria and fungi. Hence, this product may reduce the risk of spreading infection via
aerosol. Meeting the target of more effective use, this study aims to identify customer
satisfactions of Denture Box. Using a quantitative approach through the distribution of
questionnaires to 6 respondents from all users of Denture Box from dental clinics around the
state of Pahang and Johor. The findings show that the level of satisfaction is at a memuaskan
dan tinggi level and met the specifications of user needs based on the findings of a mean score
of more than 3.68.
Keywords: Denture Box, dental.
2. Denture Box
1.0 Pengenalan
Denture box adalah satu inovasi pergigian yang dikategorikan sebagai produk teknikal.
Penghasilan produk ini membenarkan pembuatan gigi palsu diberikan secara berterusan.
Produk ini juga dapat mengurangkan penyebaran aerosol ketika proses pemangkasan prostetik
dijalankan. Seterusnya, mengurangkan risiko pendedahan kepada virus pandemik COVID-19
ketika proses memangkas gigi palsu dijalankan.
2.0 Pernyataan masalah
Apabila wabak corona virus melanda negara, permasalahan utama adalah, bagaimana
doktor-doktor gigi ingin melaksanakan rawatan berdasarkan kes-kes daripada ramai pesakit
yang hadir ke klinik gigi. Perkhidmatan pergigian pula terpaksa dihadkan untuk kes-kes
kecemasan sahaja. Ini ekoran risiko penyebaran virus melalui aerosol adalah tinggi di dalam
fasiliti pergigian. Ini telah menyebabkan penangguhan kes-kes temujanji gigi palsu dalam
bilangan yang tinggi disebabkan oleh wabak virus pandemik COVID-19 menyebabkan
kehilangan ruang dan pergerakan gigi yang boleh menyukarkan pelaksanaan langkah
seterusnya dalam rawatan.
2.1 Punca
Virus COVID-19 ini telah menular ke seluruh dunia dan sangat mudah merebak melalui
titisan air pernafasan dan kontak rapat serta berisiko tinggi sehingga boleh menyebabkan
kematian. Kes dihadkan untuk mengurangkan risiko penyebaran virus dalam kalangan staf dan
pesakit. Rawatan seperti tampalan, penskaleran, rawatan akar, pembedahan pergigian,
memangkas gigi palsu dan lain-lain boleh menyebabkan penyebaran aerosol di antara pesakit
dan staf pergigian, di dalam fasiliti pergigian, di atas permukaan fasiliti dan melalui kontak
secara langsung atau tidak langsung.
3.0 Objektif
1) Denture box ini dicipta bertujuan untuk mengurangkan risiko penyebaran aerosol
ketika proses memangkas gigi palsu atau prostetik pergigian yang lain.
2) Membenarkan penyelesaian kes gigi palsu tanpa penangguhan untuk memudahkan setiap
langkah rawatan.
3) Menyediakan perkhidmatan pergigian terbaik untuk komuniti tempatan terutamanya
dalam kes-kes yang melibatkan gigi palsu dan prostetik-prostetik lain.
3. Denture Box
4) Mengawal dan membendung penyebaran wabak virus pandemik COVID-19 dalam
fasiliti pergigian.
4.0 Tinjauan literatur
Dalam menghadapi virus pandemik COVID 19 yang kini telah tersebar secara global,
sistem kesihatan negara kita sedang mengalami krisis dalam penyampaian servis kesihatan
terbaik kepada komuniti. Walaupun diiktiraf sebagai salah satu kerjaya paling berisiko tinggi
(Lu, M, 2020) dalam menjangkiti dan dijangkiti penyakit yang tersebar melalui titisan air
seperti COVID-19, kesihatan pergigian masih berusaha untuk menyediakan dan menambah
baik servis yang diberikan.
Satu kajian menyatakan bahawa air liur pesakit sama ada bergejala atau tidak bergejala
boleh mengeluarkan virus dengan hanya pernafasan normal (Mattos FF, 2020). Hal ini telah
menyebabkan kebanyakan rawatan pergigian terhenti atau ditangguhkan bagi memastikan
keselamatan sejagat. Namun, terdapat rawatan pergigian seperti pembuatan gigi palsu, yang
tidak boleh tertangguh untuk jangkamasa yang lama kerana dikhuatiri akan memberi kesan
kepada proses yang terlibat. Rawatan rehabilitasi untuk pesakit seperti pembuatan gigi palsu
menjadi semakin rumit apabila kita mengambil kira golongan pesakit terlibat yang biasanya
daripada golongan warga tua kerana mereka lebih berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit-
penyakit yang berjangkit (Connor C, 1991).
Justeru, dalam usaha untuk menyampaikan servis kesihatan dengan selamat, kotak
aerosol atau aerosol box telah dicipta oleh seorang doktor perubatan dari Taiwan semasa
wabak ini masih melanda di seluruh negara (Everington K, 2020). Aerosol box merupakan
sebuah kotak lutsinar berbentuk kiub yang menutupi kepala dan leher pesakit. Terdapat ruang
untuk memasukkan tangan dari permukaan yang terletak di bahagian atas kepala pesakit bagi
memudahan proses memasukkan tiub ke dalam ruang pernafasan dalam masa yang sama
mencegah penyebaran aerosol dari pesakit ke seluruh ruang (Canelli R, Connor CW, Gonzalez
M, Nozari A & Ortega R , 2020)
Sebuah eksperimen telah dijalankan bagi membandingkan percikan aerosol tanpa dan
dengan aerosol box. Eksperimen menunjukkan percikan yang dihasilkan dengan aerosol
box hanya terkena pada bahagian dalam aerosol box dan tidak didapati di tempat lain
didalam ruangan yang sama (Harrel SK & Molinari J, 2004). Teknologi ini dapat membantu
melindungi pekerja kesihatan yang menghadapi masalah kekurangan bekalan PPE (personal
protective equipment) lengkap, seterusnya menjimatkan bekalan PPE di fasiliti yang terbabit.
4. Denture Box
Kebanyakan rawatan pergigian, kecemasan dan alternatif, menggunakan instrumen
mekanikal dan mesin yang berupaya menghasilkan aerosol samada cecair dari dalam mulut,
atau cecair yang tertinggal pada dentur ketika proses pemangkasan, semua rawatan ini
dijalankan dengan menggunakan konsep yang sama dengan aerosol box (Babu B, Gupta S
& Sahni V, 2020). Rekaan kotak yang sesuai digunakan untuk rawatan pergigian yang
melibatkan instrumen mekanikal telah digunakan bagi membendung penyebaran aerosol dalam
kawasan rawatan dijalankan (Kahn RC, Lancaster MV & Kate Jr W, 1982)
5.0 METODOLOGI KAJIAN
RekaBentuk
Kajian ini adalah merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan kaedah kajian tinjauan
bagi melihat kepuasan pelanggan terhadap kemudahan dan perkhidmatan produk Denture Box
Rajah 1.0 : Gambar Denture Box
Persampelan
Persampelan adalah terdiri dari pengguna iaitu doktor-doktor gigi di Johor (daerah
Mersing) dan Pahang (daerah Kuala Rompin) yang sedang menggunakan produk tersebut.
Seramai 6 orang responden iaitu wakil klinik pergigian, doktor-doktor gigi yang menggunakan
Denture Box. Ini kerana, hanya 6 buah Denture Box yang telah diedarkan pada peringkat
5. Denture Box
permulaan bagi melihat keberkesanan penggunaannya semasa menghadapi wabak pandemik
COVID-19.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian terdiri daripada set soal selidik bagi pelanggan produk Denture Box.
Soalan kaji selidik telah dibangunkan dengan bimbingan Dr. Mohd Isa bin Jaafar selaku
pensyarah di Politeknik Kuching. Maklum balas bagi soal selidik yang digunakan dalam kajian
ini menggunakan skala Likert 5 mata seperti dalam jadual 1.
bahagian A : Ekonomi,
bahagian B : Fungsi & rekabentuk,
bahagian C : Penyelenggaraan & perkhidmatan,
bahagian D : Penambahbaikan.
Jadual 1 : Maklumbalas soal selidik
6.0 Analisis Data
Analisis data menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0
telah dilakukan terhadap set soal selidik bagi kajian ini dan mempunyai 6 soalan menggunakan
5 skala Likert.
6.1 Analisis dan Perbincangan
Kajian kepuasan pelanggan ini fokus kepada tiga kategori iaitu bahagian A (ekonomi),
bahagian B (fungsi & rekabentuk), dan bahagian C (penyelenggaraan & perkhidmatan) bagi
pengguna Denture Box. Ianya diukur dengan menggunakan jadual interprestasi skor min
merujuk Jadual 2. Jadual 2 menggunakan cadangan (Landell,1997) untuk mengukur tahap
kecenderungan setiap aspek yang diuji. Sekiranya skor min yang diperoleh daripada analisis
data, markah min adalah 1.00-2.33, ini memberikan isyarat bahawa tahap kepuasan pengguna
sangat rendah pada produk Denture Box. Manakala jika data menunjukkan markah min di
antara 2.34-3.67, tahap kepuasan pengguna berada pada tahap sederhana. Tetapi jika analisis
1 Sangat Tidak Berpuas Hati
2 Tidak Berpuas Hati
3 Tidak Pasti
4 Berpuas Hati
5 Sangat Berpuas Hati
6. Denture Box
data markah min memberikan nilai lebih dari 3.67 iaitu 3.68-5.00, ini jelas menunjukkan
produk Denture Box berada pada landasan yang betul dengan memberikan kepuasan tahap
maksimum kepada para penggunanya.
Jadual 2 : Jadual interprestasi skor min bagi skala likert
Kajian ini dianalisis data dengan menggunakan Borang soal selidik
6.2 Analisa Dapatan Kajian
Terdapat beberapa aspek yang dihuraikan dalam soal selidik bahagian A iaitu ekonomi
merangkumi negeri, produk Denture Box, harga yang ditawarkan dan kos yang jimat.
Responden yang telah menjawab soal selidik ini adalah dalam kalangan doktor-doktor
pergigian. Jadual 3 menunjukkan taburan bilangan responden yang telah menjawab soal selidik
dari klinik-klinik pergigian di Pahang dan Johor. Terdapat 4 buah klinik gigi bersamaan dengan
66.7% yang menggunakan Denture Box di Pahang dan selebihnya iaitu 33.3% atau 2 buah di
Johor.
Jadual 3 : Bahagian A (negeri)
Jadual 4 menunjukkan harga Denture Box adalah berpatutan dengan harga yang
ditawarkan, 50.0% responden menjawab harga Denture Box harga kadar berpatutan, 33.3%
responden menjawab harga pada kadar mahal dan 16.7% responden menjawab harga pada
kadar sangat mahal.
Skor min Interpretasi
1.00-2.33 Tahap rendah
2.34-3.67 Tahap sederhana
3.68-5.00 Tahap tinggi
Negeri Kekerapan Peratusan %
Johor 2 66.7
Pahang 4 33.3
Jumlah 6 100.0
7. Denture Box
Jadual 4 : Bahagian A (harga yang ditawarkan)
Harga yang
ditawarkan
Kekerapan Peratusan %
Berpatutan 3 50.0
Mahal 2 33.3
Sangat Mahal 1 16.7
Jumlah 6 100.0
Jadual 5 menunjukkan Denture Box ini dapat menjimatkan dari segi masa, kos
penyelenggaraan dan perkhidmatan dengan menunjukkan hanya separuh iaitu bersamaan
50.0% responden menjawab menyatakan bersetuju produk ini adalah jimat dan 50.0% lagi
responden menjawab menyatakan tidak jimat.
Jadual 5 : Bahagian A (Kos Penjimatan)
Kos penjimatan Kekerapan Peratusan %
Berpatutan 3 50.0
Mahal 3 50.0
Jumlah 6 100.0
Instrumen kajian terdiri daripada set soal selidik di kalangan responden dan maklumbalas
bagi soal selidik yang digunakan dalam kajian ini berpandukan 5 Skala Likert terdapat 5 soalan
dari bahagian B dan 2 soalan dari bahagian C.
Jadual 6, responden menjawab bagi soal selidik bahagian B iaitu kepuasan pelanggan
terhadap fungsi dan rekabentuk pada skor min yang agak tinggi.
Jadual 6 : Bahagian B (fungsi & rekabentuk)
Soalan
Bahagian
B
Produk
Denture Box
mempunyai
fungsi yang
memudahkan
pengguna.
Sila
nyatakan
tahap
kesesuaian
Denture
Box ini
terhadap
organisasi
anda.
Rekabentuk
Denture Box
sesuai dan
memudahkan
pengguna..
Denture Box
ini mudah
dikendalikan
Denture
Box yang
dibekalkan
adalah
berkualiti
dan
terbaik.
Bil. 6 6 6 6 6
8. Denture Box
Jadual 7 responden menjawab bagi soal selidik bahagian C iaitu kepuasan pelanggan
terhadap Penyelenggaraan & perkhidmatan pada skor min yang agak rendah berkemungkinan
menghadapi masalah menggunakan Denture Box. Ini mungkin kerana rekabentuk yang agak
besar dan bersegi serta kerapuhan lekatan gam pada pintu kecil Denture Box.
Jadual 7 : Bahagian C (penyelenggaraan & perkhidmatan)
7.0 Kesimpulan
Dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan berada pada tahap memuaskan dan
sederhana tinggi serta menepati spesifikasi keperluan pelanggan. Ada beberapa cadangan dari
pelanggan bagi meningkatkan lagi pemasaran produk Denture Box ini iaitu penambahan ciri
yang membenarkan pembendungan sisa di dalam Denture Box sehingga pembersihan
dilakukan, mengecilkan sedikit saiz dan menggunakan bahan yang tahan dengan semburan
nyahkuman. Seterusnya mengecilkan saiz Denture Box agar lebih ergonomik. Dengan terhasil
kajian ini, pengkaji berharap pembekal Denture Box boleh merancang untuk menambahbaikan
kualiti, kemudahan dan perkhidmatan Denture Box agar lebih mesra pelanggan .
Min 3.83 4.00 4.00 3.67 3.83
Soalan
Bahagian C
Adakah anda pernah
mengalami masalah semasa
menggunakan Denture Box ini?
Jika YA. Adakah anda
mengambil masa yang
lama mengatasi tersebut?
Bil. 6 6
Min 1.33 2.50
9. Denture Box
8.0 Rujukan
Lu, M. (20 Apr 2020) These are the occupations with the highest COVID-19 risk: world
economic forum. Retrieved from https://www.weforum.org/agenda/2020/04/occupations-
highest-covid19-risk/
Mattos FF, Pordeus IA (Jul 1991). COVID-19: A new turning point for dental practice.
Brazilian Oral Research. 2020;34. Connor C. Cross-contamination control in
prosthodontic practice. International Journal of Prosthodontics.1;4(4).
Everington K (2020). Taiwanese doctor invents device to protect US doctors against
coronavirus. 2020. Retrieved from https://www.taiwannews.com.tw/en/news/3902435.
Canelli R, Connor CW, Gonzalez M, Nozari A, Ortega R(May 2020). Barrier enclosure
during endotracheal intubation. New England Journal of Medicine. 382(20):1957-8.
Harrel SK, Molinari J (Apr 2004) Aerosols and splatter in dentistry: A brief review of the
literature and infection control implications. The Journal of the American Dental
Association.1;135(4):429-37.
Babu B, Gupta S, Sahni V (May 2020). Aerosol box for dentistry. British Dental Journal.
228(9):660-.
Kahn RC, Lancaster MV, Kate Jr W (May 1982). The microbiologic cross-contamination of
dental prostheses. The Journal of Prosthetic Dentistry. 1;47(5):556-9.