際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
KEYWORD CARD: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA KATA
       PENGHUBUNG DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU




                                        ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengesan masalah penggunaan kata penghubung dalam
penulisan Bahasa Melayu di kalangan pelajar dan cara  cara untuk meningkatkan kemahiran
membina kata penghubung di dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Untuk tujuan kajian ini,
seramai 36 orang pelajar Tingkatan 2 Harapan telah dipilih sebagai responden. Kajian ini
menggunakan kaedah kata kunci dan pemberian latih tubi berterusan selama 4 minggu bagi
melihat keberkesanan kaedah ini.Kaedah keyword card ini menekankan kaedah membaca dan
mengesan perkataan serta proses pelaziman ke atas pelajar bagi mereka memahami dengan baik
penggunaan kata penghubung ini. Adalah diharapkan pada masa akan datang, lebih ramai guru
yang akan memperbaiki kaedah ini bagi meningkatkan kemahiran penulisan dalam karangan
Bahasa Melayu bagi pelajar sekolah.




REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( P&P) YANG LALU

Saya telah ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan
Tunku Temenggung,Kedah dan kelas yang telah ditetapkan kepada saya ialah kelas Tingkatan 2
Harapan. Saya berasa sangat kecewa apabila saya mendapati kebanyakan pelajar kelas ini
menghadapi masalah yang serius dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Saya mendapati
gaya penulisan mereka banyak dipengaruhi oleh bahasa rojak dan singkatan tulisan. Mereka juga
lemah dalam menghubungkan ayat  ayat mengikut frasa ayat yang betul. Malah, ada juga
pelajar yang menghadapi masalah ejaan yang teruk sehinggakan saya tidak dapat memahami
penulisan karangan mereka. Dapatan keputusan Ujian Topikal 1 juga menunjukkan bahawa 45%
pelajar kelas ini gagal membentuk kata penghubung yang betul sewaktu membina ayat. Apabila
bertanyakan murid mengapa mereka tidak dapat menghubungkan ayat dengan betul, jawapannya
adalah kerana mereka terbiasa menggunakan singkatan perkataan dalam menyambung ayat. Ada
juga yang menyatakan bahawa mereka keliru untuk menggunakan kosa kata yang betul. Saya


                                                                                           1
berasa sangat terkilan kerana pelajar  pelajar ini tidak mengetahui kesalahan kecil yang dibuat
itu mampu memberi kesan dalam permakahan mereka nanti. Pelbagai teknik dan latihan
diberikan ke atas pelajar  pelajar ini supaya mereka dapat mengubah sistem penulisan mereka
namun sampai sekarang saya masih gagal untuk memperbaiki kesilapan mereka sewaktu menulis
karangan. Mugkin kesilapan saya sendiri yang terlepas pandang akan permasalahan ini di awal
pembelajaran mereka dahulu. Saya bimbang jika masalah ini berterusan, maka kemungkinan
mereka tidak dapat menguasai subjek ini pada peringkat yang lebih tinggi dan gagal dalam
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) nanti seterusnya memberi imej yang buruk
kepada pencapaian sekolah.




FOKUS KAJIAN

Kajian ini hanya akan ditumpukan kepada permasalahan membina kata penghubung yang betul
sahaja dahulu walaupun saya mendapati masih banyak masalah lain seperti kesalahan tatabahasa
di kalangan pelajar saya. Antara kesilapan yang sering dibuat oleh pelajar saya ialah :

    a) kesilapan menulis perkataan dengan menulis kata penghubung dengan jarak yang salah
    b) kekeliruan menggunakan kata penghubung yang betul dalam membina ayat
    c) murid tidak menguasai kata penghubung dengan baik

Oleh itu, saya merasakan adalah perlu untuk saya membantu mereka memahami penggunaan
tatabahasa ini dengan kaedah yang betul seterusnya dapat menulis karangan dengan baik nanti.




OBJEKTIF KAJIAN

  I.   Objektif Umum

Membantu pelajar menulis esei Bahasa Melayu dengan baik




                                                                                               2
II.   Objektif Khusus
    a) Membantu pelajar boleh mengenalpasti kata kunci iaitu kata penghubung yang sering
       disalahgunakan dalam penulisan esei
    b) Meningkatkan penggunaan kata penghubung yang betul dalam penulisan esei pelajar
    c) Membantu pelajar melengkapkan rangkaian ayat dengan betul dalam penulisan esei
       Bahasa Melayu




TINJAUAN LITERATUR


Walaupun banyak teori pengajaran dan pembelajaran bahasa berhubung dengan pendekatan dan
kaedah boleh didapati dan dijadikan sebagai panduan, namun masih banyak masalah yang timbul
yang berkaitan dengan kesalahan bahasa di kalangan parapelajar sekolah khususnya
dalam penulisan karangan.
       Kata penghubung adalah amat penting dalam pembinaan sesuatu ayat. Menurut
( Halliday dan Hasan, 1976:321) ia merupakan penghubung di antara dua komponen dalam
sesuatu teks,  to relate utterances to each other, or to mark a boundary in the discourse( Stubbs,
1983 : 68 ) dan  to relate messages to one another on the message group rank  ( Martin, 1981 :
311), dipetik dari Ventola 1987 : 164 ).
       Menurut Nik Safiah dll.( 1993 : 239 ),  kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu
sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi
satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.
       Kajian yang dibuat oleh Kamarudin Husin (dlm Arpan 1998: 33) mendapati bahawa
daripada 250 patahperkataan dalam penulisan karangan, 70% didapati adalah kesalahan yang
tergolongdalam kesalahan ejaan, penggunaan perkataan dan pembentukan frasa. Dapatan ini
jugahampir sama dengan kajian yang dibuat oleh pengkaji barat iaitu Berthua (1974), Lee (1972)
dan Politzer dan Ramirez (1973).
       Dalam kajian yang dibuat oleh Md. Daud Taha (dlm Arpan 1998: 34) pula mendapati
bahawa kesalahan ayat yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan karangan adalah jenis ayat-
ayat tidak betul susunannya (33.1%), ayat tidak lengkap atau tergantung(35.8%) dan ayat-ayat
yang berbelit-belit (17.3%). Selain itu, ayat yang terpengaruh olehstruktur ayat bahasa Inggeris

                                                                                                 3
(10.8%) dan ayat yang mirip bahasa lisan (3%). Manakala, dalam kajian yang dibuat oleh Mohd.
Daud Yusof (dlm Arpan 1998:34) mendapati bahawa 78orang pelajar membina ayat yang tidak
lengkap, iaitu ayat yang tidak ada subjek ataupredikat. Di samping itu beliau juga mendapati
kesilapan pelajar kerana menggunakanbahasa dialek dalam menerbitkan atau membina sesuatu
ayat.
        Berdasarkan dapatan kajian daripada beberapa orang pengkaji di atas tidak dapat
disangkal lagi bahawa kesalahan bahasa di kalangan pelajar-pelajar amat ketara.Kesalahan
bahasa yang terdapat dalam penulisan karangan pelajar-pelajar sekolah pada masa ini menunjukkan
bahawa mereka masih belum dapat menguasai bahasa Melayu dengan sepenuhnya semasa belajar di
dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar perlu didedahkan lagi dengan pelbagai
bahan pengajaran dalam aspek penulisan terutamanya yang berkaitan dengan komponen-
komponen penguasaan bahasa, iaitustruktur ayat, ejaan dan penggunaan kata dalam penulisan.




KUMPULAN SASARAN


Kajian ini akan melibatkan seramai 36 orang pelajar murid Tingkatan 2 Harapan yang terdiri
daripada 14 orang pelajar Melayu, 12 orang pelajar Cina dan 10 pelajar India.




PELAKSANAAN KAJIAN


  I.    Tinjauan Awal Masalah


        Tinjauan awal permasalahan dibuat melalui tiga cara untuk mengenalpasti permasalahan
        ini secara terperinci iaitu :


            a) Pemerhatian
                Guru membuat pemerhatian melalui semakan buku latihan pelajar bagi melihat
                kekerapan kesalahan penggunaan kata penghubung yang dibuat dalam pembinaan
                ayat dalam pembinaan esei.

                                                                                             4
b) Soal selidik
               Kaedah kedua yang digunakan oleh guru ialah kaedah edaran borang soal selidik
               kepada pelajar. Borang ini terdiri daripada 6 soalan mudah sahaja. Pelajar hanya
               perlu menanda di ruangan Ya atau Tidak pada borang tersebut dan mengisi
               sedikit jawapan di ruangan soalan yang berkaitan dengan susunan kosa kata
               penghubung.


           c) Ujian Pra.
               Ujian ini merangkumi pencarian kata penghubung di dalam karangan pendek dan
               tujuan ia dilakukan adalah untuk menganalisis kelemahan         penggunaan kata
               penghubung dalam membina ayat.


II.    Analisis Tinjauan Masalah


       Hasil daripada tinjauan masalah melalui ketiga  tiga kaedah iaitu pemerhatian, soal
       selidik dan ujian pra, didapati memang pelajar  pelajar ini keliru dengan penggunaan
       kata penghubung yang betul dan tidak pasti untuk menggunakan kata penghubung
       dengan cara yang betul di dalam penulisan esei mereka. Berikut adalah data awal yang
       diperoleh melalui kaedah tinjauan masalah menggunakan borang soal selidik dan Ujian
       Pra.


       Berikut merupakan rumusan bagi analisis tinjauan masalah kajian ini.

         Cara                                            Catatan
       Penilaian


      Menyemak             Banyak kesalahan dari ejaan dan pelajar tidak menjarakkan kata
      buku latihan         penghubung dengan betul.
      Soal Selidik         Pelajar kebanyakannya keliru dengan penggunaan kata penghubung
                           dengan cara yang betul. Mereka tidak dapat membaca dan menulis
                           dengan betul kata penghubung ini. Ada juga yang keliru dengan
                           jarak kosa kata penghubung.

                                                                                             5
Ujian Pra         Hasil dapatan ujian ini menunjukkan pelajar tidak dapat menguasai
                         kata penghubung dengan baik menyebabkan mereka tidak dapat
                         memahami dan meulis esei dengan cara yang betul dan membentuk
                         ayat yang baik.




III.   TINDAKAN YANG DIJALANKAN
       Tindakan yang akan diambil bagi menangani masalah ini ialah dengan menjalankan tiga
       aktiviti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) waktu Bahasa Melayu.Aktiviti 
       aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan adalah seperti di bawah :


  I.   Pemberian keyword card kepada pelajar.
       Cara perlaksanaan :
          a) Guru memberikan satu kata penghubung setiap waktu permulaan pengajaran.
          b) Guru menampal kata kunci tersebut bersama takrifnya di papan kenyataan kelas
              untuk tatapan pelajar.
          c) Guru meminta pelajar membaca dan memahami kesemua kata kunci tersebut.
          d) Guru akan mengulangi bacaan pada papan kenyataan setiap kali masuk ke kelas.
          e) Tujuannya adalah supaya pelajar dapat memahami maksud sebenar kata
              penghubung bersama dengan takrifnya dan tidak lagi miskonsepsi terhadap
              penggunaan kata penghubung dalam penulisan esei mereka.




                                                                                             6
Papan Kenyataan                      Papan Tulis                      Papan Kenyataan

                                                                                    Meja
                                                                                    Guru




        Papan Kenyataan                   Papan Kenyataan                  Papan Kenyataan



 II.     Aktiviti melengkapkan ayat dengan kata penghubung yang betul
         Cara pelaksanaan :
             a) Guru memberikan pelajar latihan berkenaan dengan penggunaan kata penghubung
                yang betul kepada pelajar setiap hari.
             b) Guru akan menyemak jawapan dan berbincang bersama pelaajr mengenai
                kesilapan yang dilakukan pada waktu P&P Bahasa Melayu.
             c) Masa yang diperuntukkan bagi aktiviti ini adalah pada 10 minit kedua waktu
                P&P.
             d) Tujuannya adalah untuk meningkatkan penggunaan kata penghubung pelajar
                dalam karangan mereka.


III.     Aktiviti perkayakan ayat
         Cara pelaksanaan :
             a) Guru akan meminta pelajar untuk membina 10 ayat yang menggunakan kata
                penghubung setiap hari di dalam buku latihan.
             b) Pelajar diminta menghantar buku kepada guru pada setiap hari di waktu rehat sesi
                persekolahan.




                                                                                               7
c) Pelajar diminta mengambil buku semula pada waktu akhir pembelajaran di
             sekolah selepas guru menyemak dan membetulkan kesalahan dalam buku latihan
             pelajar.
         d) Guru akan mengumpul semula kesemua hasil aktiviti selepas tempoh 4 minggu
             membuat latihan.
         e) Objektif aktiviti ini adalah untuk membantu pelajar membina ayat yang lengkap
             dengan menggunakan kata penghubung yang betul dalam penulisan esei mereka.


PERANCANGAN TINDAKAN


Bil.                                 Aktiviti                               Tarikh
                                                                          Perlaksanaan
 1     Mengenalpasti masalah melalui kertas UJIAN TOPIKAL pelajar         24 Mei 2012


 2     Menulis dan membina proposal kajian                                 2 Jun 2012
 3     Merancang Tindakan yang perlu dibuat iaitu dengan membuat
       perjumpaan dengan Ketua Panitia Bahasa & Kemanusiaan dan            4 Jun 2012
       membincangkan permasalahan bersama.
 4     Melaksanakan aktiviti mengikut perancangan tindakan. Aktiviti      10 Jun 2012
       satu dimulakan iaitu ujian pra.
 5     Membincangkan permasalahan yan g timbul bersama Ketua
       Panitia tentang hasil ujian pra dan langkah  langkah yang perlu   14 Jun 2012
       diambil
 6     Melaksanakan aktiviti kedua iaitu menampal perkataan kata
       penghubung bersama maksudnya di dalam kelas dan membuat
       latihan mengenalpasti kesalahan penggunaan kata penghubung         18 Jun 2012
       dalam penulisan karangan.
 7     Membincangkan perkembangan pelajar melalui aktiviti kedua          25 Jun 2012
       bersama dengan Ketua Panitia
 8     Melaksanakan aktiviti ketiga iaitu membina 10 ayat pendek          28 Jun 2012
       dengan menggunakan kata penghubung yang betul setiap hari

                                                                                          8
9     Membincangkan perkembangan pelajar sepanjang menjalankan            18 Julai 2012
        aktiviti ketiga bersama Ketua Panitia
 10     Membuat ujian Post untuk mengesan pencapaian pelajar                20 Julai 2012
 11     Membuat refleksi terhadap ujian yang dilakukan                      24 Julai 2012
 12     Membina laporan Kajian                                              26 Julai 2012
 13     Membentangkan laporan kepada Ketu Panitia                           28 Julai 2012




BIBILIOGRAFI

Abdul Hamid Mahmod Dan Inderbir Kaur. 1995. Beberapa Kajian Terhadap Kesalahan
Bahasa, dlm. Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 39 Bil. 6.

Nor Asiah binti Ismail. 2011. Penguasaan penulisan karangan Bahasa Melayu
dari perspektif komunikatif. IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood, (2009).
Tatabahasa dewan: edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka.

Siti Baidura binti Kasiran. 2011. Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Karangan
Pelajar Asing di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam. Pusat Bahasa dan Pembangunan
Akademik Pra-Universiti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).




                                                                                            9
LAMPIRAN

1.   Contoh Keyword Card yang akan digunakan dalam kajian ini.




                                                        Digunakan untuk
     APABILA                                         menunjukkan tokokan atau
                                                            tambahan



WALAUPUN                                                Digunakan untuk
                                                   menunjukkan ketidaksetaraan
                                                                         10
BAGAIMANA                                                        Digunakan untuk
                                                                menunjukkan akibat




     ENTAH                                              Digunakan untuk menyatakan
                                                               kemungkinan
     BENAR

                                                               Digunakan untuk
        BAIK                                                menunjukkan dua perkara
                                                               yang berpasangan
2. Contoh latih tubi mencari kesalahan kata penghubung di dalam karangan pendek.




Sila baca karangan di bawah dan cari kesalahan kata penghubung dalam karangan ini. Gariskan
perkataan yang mengandungi perkataan yang salah tersebut.




Menabung ialah satu amalan yang baik. Menabung membolehkan seseorang belajar merancang
masa depannya begitu baik.

Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri serta keluarga. Menabung
walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menjadi banyak walhal ia mendidik seseorang
itu bersikap sabar dan sentiasa berusaha. Bak kata pepatah Melayu sedikit  sedikit lama  lama



                                                                                             11
jadi bukit. Pepatah ini amat sesuai digunakan untuk galakan kepada kanak  kanak untuk
menabung.

Amalan menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat. Hal ini berlaku kerana bila kita
menghadapi masalah kewangan atau dalam kesusahan, kita dapat mengeluarkan simpanan kita
untuk digunakan. Ibaratnya sediakan payung sebelum hujan.

Bahkan pula, ibu bapa harus memberi galakan kepada anak  anak mereka sebagai mengamalkan
amalan ini. Anggaplah amalan menabung ini satu kepentingan dan perkara yang
menguntungkan.




SKEMA JAWAPAN

Menabung ialah satu amalan yang baik. Menabung membolehkan seseorang belajar merancang
masa depannya begitu baik.

Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri serta keluarga. Menabung
walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menjadi banyak walhal ia mendidik
seseorang itu bersikap sabar dan sentiasa berusaha. Bak kata pepatah Melayu sedikit  sedikit
lama  lama jadi bukit. Pepatah ini amat sesuai digunakan untuk galakan kepada kanak  kanak
untuk menabung.

Amalan menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat. Hal ini berlaku kerana bila kita
menghadapi masalah kewangan atau dalam kesusahan, kita dapat mengeluarkan simpanan kita
untuk digunakan. Ibaratnya sediakan payung sebelum hujan.


                                                                                           12
Bahkan pula, ibu bapa harus memberi galakan kepada anak  anak mereka sebagai
mengamalkan amalan ini. Anggaplah amalan menabung ini satu kepentingan dan perkara yang
menguntungkan.

ialah = merupakan

begitu = dengan

serta = dan

walaupun = Harus di depan ayat

walhal = namun

untuk = sebagai

bila = apabila

Bahkan pula = Justeru itu

sebagai = supaya




3. Contoh pembinaan ayat menggunakan kata penghubung ( 10 ayat pendek).

   1. Saya sangat lapar tetapi saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli
       makanan di kantin sekolah.
   2. Ibu bapa perlu perihatin terhadap anak  anak mereka memandangkan kini terdapat
       pelbagai masalah sosial berlaku.
   3. Baik lelaki mahupun perempuan, kejayaan tidak mengenal jantina.
   4. Kita tetap perlu berusaha walaupun terpaksa mengahadapi pelbagai cabaran getir untuk
       berjaya.
   5. Entah benar entah tidak berita itu betul.
   6. Apabila berhadapan dengan masalah, kita perlu cuba untuk selesaikannya dahulu.
   7. Jangan biarkan ubi itu lama, makin lama nanti makin keras ubinya.
   8. Sungguhpun dia jutawan, namun hatinya tetap tidak bahagia.


                                                                                       13
9. Semakin lama hidup di bandar, kian rindu rasanya hidup di kampung.
10. Merokok bukan sahaja merugikan wang, bahkan juga membahayakan kesihatan kita.




                                                                                    14

More Related Content

Kajian tindakan dalam pendidikan

  • 1. KEYWORD CARD: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA KATA PENGHUBUNG DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk mengesan masalah penggunaan kata penghubung dalam penulisan Bahasa Melayu di kalangan pelajar dan cara cara untuk meningkatkan kemahiran membina kata penghubung di dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Untuk tujuan kajian ini, seramai 36 orang pelajar Tingkatan 2 Harapan telah dipilih sebagai responden. Kajian ini menggunakan kaedah kata kunci dan pemberian latih tubi berterusan selama 4 minggu bagi melihat keberkesanan kaedah ini.Kaedah keyword card ini menekankan kaedah membaca dan mengesan perkataan serta proses pelaziman ke atas pelajar bagi mereka memahami dengan baik penggunaan kata penghubung ini. Adalah diharapkan pada masa akan datang, lebih ramai guru yang akan memperbaiki kaedah ini bagi meningkatkan kemahiran penulisan dalam karangan Bahasa Melayu bagi pelajar sekolah. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( P&P) YANG LALU Saya telah ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung,Kedah dan kelas yang telah ditetapkan kepada saya ialah kelas Tingkatan 2 Harapan. Saya berasa sangat kecewa apabila saya mendapati kebanyakan pelajar kelas ini menghadapi masalah yang serius dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Saya mendapati gaya penulisan mereka banyak dipengaruhi oleh bahasa rojak dan singkatan tulisan. Mereka juga lemah dalam menghubungkan ayat ayat mengikut frasa ayat yang betul. Malah, ada juga pelajar yang menghadapi masalah ejaan yang teruk sehinggakan saya tidak dapat memahami penulisan karangan mereka. Dapatan keputusan Ujian Topikal 1 juga menunjukkan bahawa 45% pelajar kelas ini gagal membentuk kata penghubung yang betul sewaktu membina ayat. Apabila bertanyakan murid mengapa mereka tidak dapat menghubungkan ayat dengan betul, jawapannya adalah kerana mereka terbiasa menggunakan singkatan perkataan dalam menyambung ayat. Ada juga yang menyatakan bahawa mereka keliru untuk menggunakan kosa kata yang betul. Saya 1
  • 2. berasa sangat terkilan kerana pelajar pelajar ini tidak mengetahui kesalahan kecil yang dibuat itu mampu memberi kesan dalam permakahan mereka nanti. Pelbagai teknik dan latihan diberikan ke atas pelajar pelajar ini supaya mereka dapat mengubah sistem penulisan mereka namun sampai sekarang saya masih gagal untuk memperbaiki kesilapan mereka sewaktu menulis karangan. Mugkin kesilapan saya sendiri yang terlepas pandang akan permasalahan ini di awal pembelajaran mereka dahulu. Saya bimbang jika masalah ini berterusan, maka kemungkinan mereka tidak dapat menguasai subjek ini pada peringkat yang lebih tinggi dan gagal dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) nanti seterusnya memberi imej yang buruk kepada pencapaian sekolah. FOKUS KAJIAN Kajian ini hanya akan ditumpukan kepada permasalahan membina kata penghubung yang betul sahaja dahulu walaupun saya mendapati masih banyak masalah lain seperti kesalahan tatabahasa di kalangan pelajar saya. Antara kesilapan yang sering dibuat oleh pelajar saya ialah : a) kesilapan menulis perkataan dengan menulis kata penghubung dengan jarak yang salah b) kekeliruan menggunakan kata penghubung yang betul dalam membina ayat c) murid tidak menguasai kata penghubung dengan baik Oleh itu, saya merasakan adalah perlu untuk saya membantu mereka memahami penggunaan tatabahasa ini dengan kaedah yang betul seterusnya dapat menulis karangan dengan baik nanti. OBJEKTIF KAJIAN I. Objektif Umum Membantu pelajar menulis esei Bahasa Melayu dengan baik 2
  • 3. II. Objektif Khusus a) Membantu pelajar boleh mengenalpasti kata kunci iaitu kata penghubung yang sering disalahgunakan dalam penulisan esei b) Meningkatkan penggunaan kata penghubung yang betul dalam penulisan esei pelajar c) Membantu pelajar melengkapkan rangkaian ayat dengan betul dalam penulisan esei Bahasa Melayu TINJAUAN LITERATUR Walaupun banyak teori pengajaran dan pembelajaran bahasa berhubung dengan pendekatan dan kaedah boleh didapati dan dijadikan sebagai panduan, namun masih banyak masalah yang timbul yang berkaitan dengan kesalahan bahasa di kalangan parapelajar sekolah khususnya dalam penulisan karangan. Kata penghubung adalah amat penting dalam pembinaan sesuatu ayat. Menurut ( Halliday dan Hasan, 1976:321) ia merupakan penghubung di antara dua komponen dalam sesuatu teks, to relate utterances to each other, or to mark a boundary in the discourse( Stubbs, 1983 : 68 ) dan to relate messages to one another on the message group rank ( Martin, 1981 : 311), dipetik dari Ventola 1987 : 164 ). Menurut Nik Safiah dll.( 1993 : 239 ), kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Kajian yang dibuat oleh Kamarudin Husin (dlm Arpan 1998: 33) mendapati bahawa daripada 250 patahperkataan dalam penulisan karangan, 70% didapati adalah kesalahan yang tergolongdalam kesalahan ejaan, penggunaan perkataan dan pembentukan frasa. Dapatan ini jugahampir sama dengan kajian yang dibuat oleh pengkaji barat iaitu Berthua (1974), Lee (1972) dan Politzer dan Ramirez (1973). Dalam kajian yang dibuat oleh Md. Daud Taha (dlm Arpan 1998: 34) pula mendapati bahawa kesalahan ayat yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan karangan adalah jenis ayat- ayat tidak betul susunannya (33.1%), ayat tidak lengkap atau tergantung(35.8%) dan ayat-ayat yang berbelit-belit (17.3%). Selain itu, ayat yang terpengaruh olehstruktur ayat bahasa Inggeris 3
  • 4. (10.8%) dan ayat yang mirip bahasa lisan (3%). Manakala, dalam kajian yang dibuat oleh Mohd. Daud Yusof (dlm Arpan 1998:34) mendapati bahawa 78orang pelajar membina ayat yang tidak lengkap, iaitu ayat yang tidak ada subjek ataupredikat. Di samping itu beliau juga mendapati kesilapan pelajar kerana menggunakanbahasa dialek dalam menerbitkan atau membina sesuatu ayat. Berdasarkan dapatan kajian daripada beberapa orang pengkaji di atas tidak dapat disangkal lagi bahawa kesalahan bahasa di kalangan pelajar-pelajar amat ketara.Kesalahan bahasa yang terdapat dalam penulisan karangan pelajar-pelajar sekolah pada masa ini menunjukkan bahawa mereka masih belum dapat menguasai bahasa Melayu dengan sepenuhnya semasa belajar di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar perlu didedahkan lagi dengan pelbagai bahan pengajaran dalam aspek penulisan terutamanya yang berkaitan dengan komponen- komponen penguasaan bahasa, iaitustruktur ayat, ejaan dan penggunaan kata dalam penulisan. KUMPULAN SASARAN Kajian ini akan melibatkan seramai 36 orang pelajar murid Tingkatan 2 Harapan yang terdiri daripada 14 orang pelajar Melayu, 12 orang pelajar Cina dan 10 pelajar India. PELAKSANAAN KAJIAN I. Tinjauan Awal Masalah Tinjauan awal permasalahan dibuat melalui tiga cara untuk mengenalpasti permasalahan ini secara terperinci iaitu : a) Pemerhatian Guru membuat pemerhatian melalui semakan buku latihan pelajar bagi melihat kekerapan kesalahan penggunaan kata penghubung yang dibuat dalam pembinaan ayat dalam pembinaan esei. 4
  • 5. b) Soal selidik Kaedah kedua yang digunakan oleh guru ialah kaedah edaran borang soal selidik kepada pelajar. Borang ini terdiri daripada 6 soalan mudah sahaja. Pelajar hanya perlu menanda di ruangan Ya atau Tidak pada borang tersebut dan mengisi sedikit jawapan di ruangan soalan yang berkaitan dengan susunan kosa kata penghubung. c) Ujian Pra. Ujian ini merangkumi pencarian kata penghubung di dalam karangan pendek dan tujuan ia dilakukan adalah untuk menganalisis kelemahan penggunaan kata penghubung dalam membina ayat. II. Analisis Tinjauan Masalah Hasil daripada tinjauan masalah melalui ketiga tiga kaedah iaitu pemerhatian, soal selidik dan ujian pra, didapati memang pelajar pelajar ini keliru dengan penggunaan kata penghubung yang betul dan tidak pasti untuk menggunakan kata penghubung dengan cara yang betul di dalam penulisan esei mereka. Berikut adalah data awal yang diperoleh melalui kaedah tinjauan masalah menggunakan borang soal selidik dan Ujian Pra. Berikut merupakan rumusan bagi analisis tinjauan masalah kajian ini. Cara Catatan Penilaian Menyemak Banyak kesalahan dari ejaan dan pelajar tidak menjarakkan kata buku latihan penghubung dengan betul. Soal Selidik Pelajar kebanyakannya keliru dengan penggunaan kata penghubung dengan cara yang betul. Mereka tidak dapat membaca dan menulis dengan betul kata penghubung ini. Ada juga yang keliru dengan jarak kosa kata penghubung. 5
  • 6. Ujian Pra Hasil dapatan ujian ini menunjukkan pelajar tidak dapat menguasai kata penghubung dengan baik menyebabkan mereka tidak dapat memahami dan meulis esei dengan cara yang betul dan membentuk ayat yang baik. III. TINDAKAN YANG DIJALANKAN Tindakan yang akan diambil bagi menangani masalah ini ialah dengan menjalankan tiga aktiviti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) waktu Bahasa Melayu.Aktiviti aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan adalah seperti di bawah : I. Pemberian keyword card kepada pelajar. Cara perlaksanaan : a) Guru memberikan satu kata penghubung setiap waktu permulaan pengajaran. b) Guru menampal kata kunci tersebut bersama takrifnya di papan kenyataan kelas untuk tatapan pelajar. c) Guru meminta pelajar membaca dan memahami kesemua kata kunci tersebut. d) Guru akan mengulangi bacaan pada papan kenyataan setiap kali masuk ke kelas. e) Tujuannya adalah supaya pelajar dapat memahami maksud sebenar kata penghubung bersama dengan takrifnya dan tidak lagi miskonsepsi terhadap penggunaan kata penghubung dalam penulisan esei mereka. 6
  • 7. Papan Kenyataan Papan Tulis Papan Kenyataan Meja Guru Papan Kenyataan Papan Kenyataan Papan Kenyataan II. Aktiviti melengkapkan ayat dengan kata penghubung yang betul Cara pelaksanaan : a) Guru memberikan pelajar latihan berkenaan dengan penggunaan kata penghubung yang betul kepada pelajar setiap hari. b) Guru akan menyemak jawapan dan berbincang bersama pelaajr mengenai kesilapan yang dilakukan pada waktu P&P Bahasa Melayu. c) Masa yang diperuntukkan bagi aktiviti ini adalah pada 10 minit kedua waktu P&P. d) Tujuannya adalah untuk meningkatkan penggunaan kata penghubung pelajar dalam karangan mereka. III. Aktiviti perkayakan ayat Cara pelaksanaan : a) Guru akan meminta pelajar untuk membina 10 ayat yang menggunakan kata penghubung setiap hari di dalam buku latihan. b) Pelajar diminta menghantar buku kepada guru pada setiap hari di waktu rehat sesi persekolahan. 7
  • 8. c) Pelajar diminta mengambil buku semula pada waktu akhir pembelajaran di sekolah selepas guru menyemak dan membetulkan kesalahan dalam buku latihan pelajar. d) Guru akan mengumpul semula kesemua hasil aktiviti selepas tempoh 4 minggu membuat latihan. e) Objektif aktiviti ini adalah untuk membantu pelajar membina ayat yang lengkap dengan menggunakan kata penghubung yang betul dalam penulisan esei mereka. PERANCANGAN TINDAKAN Bil. Aktiviti Tarikh Perlaksanaan 1 Mengenalpasti masalah melalui kertas UJIAN TOPIKAL pelajar 24 Mei 2012 2 Menulis dan membina proposal kajian 2 Jun 2012 3 Merancang Tindakan yang perlu dibuat iaitu dengan membuat perjumpaan dengan Ketua Panitia Bahasa & Kemanusiaan dan 4 Jun 2012 membincangkan permasalahan bersama. 4 Melaksanakan aktiviti mengikut perancangan tindakan. Aktiviti 10 Jun 2012 satu dimulakan iaitu ujian pra. 5 Membincangkan permasalahan yan g timbul bersama Ketua Panitia tentang hasil ujian pra dan langkah langkah yang perlu 14 Jun 2012 diambil 6 Melaksanakan aktiviti kedua iaitu menampal perkataan kata penghubung bersama maksudnya di dalam kelas dan membuat latihan mengenalpasti kesalahan penggunaan kata penghubung 18 Jun 2012 dalam penulisan karangan. 7 Membincangkan perkembangan pelajar melalui aktiviti kedua 25 Jun 2012 bersama dengan Ketua Panitia 8 Melaksanakan aktiviti ketiga iaitu membina 10 ayat pendek 28 Jun 2012 dengan menggunakan kata penghubung yang betul setiap hari 8
  • 9. 9 Membincangkan perkembangan pelajar sepanjang menjalankan 18 Julai 2012 aktiviti ketiga bersama Ketua Panitia 10 Membuat ujian Post untuk mengesan pencapaian pelajar 20 Julai 2012 11 Membuat refleksi terhadap ujian yang dilakukan 24 Julai 2012 12 Membina laporan Kajian 26 Julai 2012 13 Membentangkan laporan kepada Ketu Panitia 28 Julai 2012 BIBILIOGRAFI Abdul Hamid Mahmod Dan Inderbir Kaur. 1995. Beberapa Kajian Terhadap Kesalahan Bahasa, dlm. Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 39 Bil. 6. Nor Asiah binti Ismail. 2011. Penguasaan penulisan karangan Bahasa Melayu dari perspektif komunikatif. IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood, (2009). Tatabahasa dewan: edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka. Siti Baidura binti Kasiran. 2011. Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Karangan Pelajar Asing di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam. Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 9
  • 10. LAMPIRAN 1. Contoh Keyword Card yang akan digunakan dalam kajian ini. Digunakan untuk APABILA menunjukkan tokokan atau tambahan WALAUPUN Digunakan untuk menunjukkan ketidaksetaraan 10
  • 11. BAGAIMANA Digunakan untuk menunjukkan akibat ENTAH Digunakan untuk menyatakan kemungkinan BENAR Digunakan untuk BAIK menunjukkan dua perkara yang berpasangan 2. Contoh latih tubi mencari kesalahan kata penghubung di dalam karangan pendek. Sila baca karangan di bawah dan cari kesalahan kata penghubung dalam karangan ini. Gariskan perkataan yang mengandungi perkataan yang salah tersebut. Menabung ialah satu amalan yang baik. Menabung membolehkan seseorang belajar merancang masa depannya begitu baik. Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri serta keluarga. Menabung walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menjadi banyak walhal ia mendidik seseorang itu bersikap sabar dan sentiasa berusaha. Bak kata pepatah Melayu sedikit sedikit lama lama 11
  • 12. jadi bukit. Pepatah ini amat sesuai digunakan untuk galakan kepada kanak kanak untuk menabung. Amalan menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat. Hal ini berlaku kerana bila kita menghadapi masalah kewangan atau dalam kesusahan, kita dapat mengeluarkan simpanan kita untuk digunakan. Ibaratnya sediakan payung sebelum hujan. Bahkan pula, ibu bapa harus memberi galakan kepada anak anak mereka sebagai mengamalkan amalan ini. Anggaplah amalan menabung ini satu kepentingan dan perkara yang menguntungkan. SKEMA JAWAPAN Menabung ialah satu amalan yang baik. Menabung membolehkan seseorang belajar merancang masa depannya begitu baik. Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri serta keluarga. Menabung walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menjadi banyak walhal ia mendidik seseorang itu bersikap sabar dan sentiasa berusaha. Bak kata pepatah Melayu sedikit sedikit lama lama jadi bukit. Pepatah ini amat sesuai digunakan untuk galakan kepada kanak kanak untuk menabung. Amalan menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat. Hal ini berlaku kerana bila kita menghadapi masalah kewangan atau dalam kesusahan, kita dapat mengeluarkan simpanan kita untuk digunakan. Ibaratnya sediakan payung sebelum hujan. 12
  • 13. Bahkan pula, ibu bapa harus memberi galakan kepada anak anak mereka sebagai mengamalkan amalan ini. Anggaplah amalan menabung ini satu kepentingan dan perkara yang menguntungkan. ialah = merupakan begitu = dengan serta = dan walaupun = Harus di depan ayat walhal = namun untuk = sebagai bila = apabila Bahkan pula = Justeru itu sebagai = supaya 3. Contoh pembinaan ayat menggunakan kata penghubung ( 10 ayat pendek). 1. Saya sangat lapar tetapi saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan di kantin sekolah. 2. Ibu bapa perlu perihatin terhadap anak anak mereka memandangkan kini terdapat pelbagai masalah sosial berlaku. 3. Baik lelaki mahupun perempuan, kejayaan tidak mengenal jantina. 4. Kita tetap perlu berusaha walaupun terpaksa mengahadapi pelbagai cabaran getir untuk berjaya. 5. Entah benar entah tidak berita itu betul. 6. Apabila berhadapan dengan masalah, kita perlu cuba untuk selesaikannya dahulu. 7. Jangan biarkan ubi itu lama, makin lama nanti makin keras ubinya. 8. Sungguhpun dia jutawan, namun hatinya tetap tidak bahagia. 13
  • 14. 9. Semakin lama hidup di bandar, kian rindu rasanya hidup di kampung. 10. Merokok bukan sahaja merugikan wang, bahkan juga membahayakan kesihatan kita. 14