3. PUSAT KAJIAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA
(UMCEDEL)
Ditubuhkan pada: 14 April 2010
Tel: 03-79675710
ANTARA KAJIAN/SURVEI YANG TELAH DILAKUKAN
Persepsi Masyarakat Terhadap Islam Hadhari dan Kesannya kepada PRU Ke-12.
Persepsi Pengundi Muda di Selangor Pasca PRU Ke-12.
Pilihan Raya Kecil Pematang Pauh, Ogos 2008.
Isu Dan Pola Pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terenganu 2009.
Persepsi Masyarakat Terhadap Parti Dan Kepimpinan PKR 2010.
Persepsi Terhadap Politik Dan Pilihan Raya Di Negeri Perak Menjelang PRU Ke-13.
Persepsi Terhadap Politik Dan Pilihan Raya Di Negeri Selangor Menjelang PRU Ke-13.
Persepsi Terhadap Politik dan Pilihan Raya Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13
(Kajian pada 15 November hingga 1 Disember 2011).
Persepsi Pengundi Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (Kajian Pada 15 April hingga 31 Mei 2012).
Persepsi Pengundi Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (Kajian Pada 1 Septermber hingga 16 September 2012).
Persepsi Pengundi Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (Kajian Pada 26 September hingga 11 Januari 2013).
Lanskap Politik Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (Kajian pada 4 Mac hingga 24 Mac 2013)
Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 Parlimen Temerloh (Kajian Pada 31 Mei hingga 2 Jun 2013).
Sejak tahun 2008, UMCEDEL telah membuat survey yang dilakukan secara bersemuka melibatkan lebih 22,850 orang
responden.
Sila lawati laman sesawang UMCEDEL
http://umcedel.um.edu.my 3
10. SEMINAR DAN WACANA YANG
TELAH DIANJURKAN
MENYUBURKAN AMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIA:
PERANAN MAHASISWA
(14 APRIL 2010)
PERSIDANGAN KEBANGSAAN DEMOKRASI DAN PILIHAN
RAYA: PROSPEKTIF & CABARAN MENJELANG PRU KE-13
(8 MAC 2011)
WACANA POLITIK DAN PERPESI SEMASA PENGUNDI
MENJELANG PRU KE-13
(10 MEI 2012)
PASCA PRU KE-13: KE ARAH MANA POLITIK MALAYSIA
(16 MEI 2013)
10
13. FELO PENYELIDIK
(TEMPATAN)
Prof. Dr. Md Sidin
Ahmad Ishak
Prof. Dr. Danny Wong
Tze-Ken
Prof. Dr. Azami
Zaharim
Prof. Madya Dr. Kumaran
Suberamaniam
Prof. Madya Dr.
Bidin Yatim
Prof. Madya Dr. Abdul
Latiff A Mohd Ibrahim
Prof. Madya Dr.
Shaharuddin Badaruddin
Prof. Madya Dr.
Joseph Fernando
29. UMcedel Vs PRU ke-13
Terbukti kajian yang dilakukan oleh UMcedel menyamai keputusan PRU ke-13.
UMcedel telah menyatakan BN tidak mungkin berjaya mendapat mojoriti 2/3 dan
jurang antara BN dan PR adalah terlalu dekat.
Kajian terakhir dilakukan pada hari pembubaran dan penamaan calon menunjukkan
PR berjaya mengatasi BN. Walaupun kajian akhir ini menerima kritikan teruk tetapi
begitulah pola sebenar pengundi dan terbukti apabila keputusan PRU ke-13 undi
popular berpihak kepada PR.
Kajian Umcedel menunjukkan PR mendapat 48 peratus dan BN mendapat 43
peratus dan golongan tidak pasti hanya tinggal 9 peratus. Kajian ini hanya
melibatkan semenanjung Malaysia tanpa melibatkan kajian di Sabah dan Sarawak
yang tidak dapat dilaksanakan kerana masalah dari segi kos kewangan dan
perhubungan.
Keputusan PRU ke-13 menunjukkan PR lebih popular daripada BN apabila PR
mendapat 53 peratus undi popular di semenanjung dan BN mendapat 46 peratus.
Manakala 1 peratus undi parti bebas.
Oleh yang demikian, kajian Umcedel menepati keputusan PRU ke-13 apabila
perbezaan hanya 5 peratus untuk PR dan 3 peratus untuk BN.
Kaedah kajian Umcedel yang menggunakan pendekatan temubual secara
bersemuka dan persampelan secara rawak membolehkan sampel responden terdiri
daripada pelbagai latar belakang etnik, umur dan status mengundi adalah tepat
untuk menggambarkan keseluruhan sokongan rakyat Malaysia.
29
33. 33
KUANTAN 21 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam
sidang akhbar selepas melancarkan program Ihsan Samudera Peringkat
Kebangsaan di Tanjung Lumpur, di sini hari ini terpulanglah kepada tafsiran
masing-masing sama ada pemberian pelbagai bentuk bantuan sejak
kebelakangan ini khususnya BR1M menandakan PRU-13 semakin hampir.
Sementara itu, berhubung kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya
Universiti Malaya (Umcedel) yang mendapati sebahagian besar daripada
2,559 responden percaya Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa, Najib
berkata, beliau mengakui teruja dengan laporan itu dan percaya
ia didorong oleh proses transformasi oleh kerajaan.
DATUK SERI NAJIB PERNAH TERUJA
DENGAN KAJIAN UMcedel
20 JANUARI 2012
35. 35
Datuk Seri Najib Bidas Kajian UMcedel: 28 April 2013
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak bersetuju dengan
tinjauan oleh satu jabatan dalam Universiti Malaya yang menyebut beliau
berada empat mata di belakang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
"Saya tidak bersetuju dengan tinjauan itu, kami ada tinjauan sendiri.
Tinjauan saya menunjukkan kami mendahului, katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyertai satu
jamuan bersama 1,000 penduduk di Rawang, Selangor.
DATUK SERI NAJIB DATUK SERI ANWAR
36. 36
PM tak setuju tinjauan Umcedel, yakin BN menang PRU13
28 April 2013
RAWANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan sebagai karut satu tinjauan
oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), dan menegaskan
beliau yakin Barisan Nasional (BN) berada di laluan untuk memenangi Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13).
Najib berkata beliau tidak setuju dengan kajian Umcedel itu yang menunjukkan beliau
berada empat mata di belakang penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar
Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.
"Saya tidak setuju dengan tinjauan itu (oleh Umcedel). Kami ada tinjauan kami
sendiri. Tinjauan saya menunjukkan kami (BN) berada di hadapan.
"Saya yakin kita boleh memenangi PRU13," katanya kepada pemberita selepas
mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru Sungai Terentang di sini hari ini.
Najib mengulas tinjauan itu dibuat awal April melibatkan 1,407 responden yang tinggal di
Semenanjung Malaysia.
Tinjauan itu menunjukkan 43 peratus pengundi berpendapat Anwar layak jadi perdana
menteri sementara 24 peratus tidak setuju dan selebihnya tidak pasti.
Sementara bagi Najib, 39 peratus pengundi berkata beliau layak menjadi perdana menteri
sementara 31 peratus tidak setuju dan 30 peratus selebihnya tidak pasti. - Bernama
37. 37
Penganalisis: Kajian Umcedel tidak gambarkan aspirasi rakyat
26 April 2013
KUALA LUMPUR - Kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim calon
popular untuk menjadi perdana menteri, tidak menggambarkan aspirasi keseluruhan rakyat dan pengundi.
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Dr Azmi Hassan menegaskan hasil kaji selidik itu tidak mewakili aspirasi 28
juta rakyat negara ini serta 13.2 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.
"Kalau berdasarkan jumlah pengundi yang layak mengundi pada PRU13 ini, kaji selidik itu terlalu kecil kerana responden hanya 0.010
peratus daripada jumlah pengundi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Kaji selidik itu yang dilaporkan beberapa portal berita, hanya melibatkan 1,407 responden sahaja berbanding lebih 13 juta pengundi.
Kaji selidik itu tidak menyatakan kaedah kaji selidik, profil responden serta lokasi kaji selidik.
Sambil menegaskan hasil kaji selidik itu tidak logik dan rakyat tidak harus mempercayainya, Dr Azmi menarik perhatian pergolakan
dalam pembangkang sendiri jelas mencerminkan ia tidak layak menjadi pemerintah.
Sentimen Dr Azmi turut dikongsi Penyandang Kursi Pengajian Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Datuk Dr
Zainal Kling yang berkata kaji selidik itu tidak sekali-kali melambangkan pandangan keseluruhan rakyat mahupun bayangan pola
pengundian kelak.
"Ianya boleh dipersoalkan termasuk dari segi kaedah, individu yang terlibat di dalam kaji selidik itu dan tidak mustahil pembangkang
ada meletakkan orang mereka di dalam institusi yang membuat kajian tersebut," katanya kepada Bernama.
Beliau juga berkata tidak mustahil ini antara taktik pembangkang untuk mengalih perhatian umum daripada kemelut yang dihadapi
mereka ketika ini seperti percanggahan pendirian berhubung pelaksanaan hukum hudud, klip video seks melibatkan individu yang mirip
pemimpin pembangkang serta masalah calon bertindih dalam PRU13.
"Macam-macam mereka buat. Inilah antara perang psikologi mereka kerana moral mereka telah jatuh ketika ini," katanya.
Zainal tidak menolak kemungkinan akan ada lagi cubaan licik mereka untuk meraih simpati pengundi dan berkata pastinya BN perlu
bersiap sedia untuk 'melawan' perang psikologi tersebut.
Hasil kaji selidik itu turut dipertikai penganalisis politik Prof Madya Datuk Dr Zainal Abidin Borhan yang menegaskan ia tidak
memberikan gambaran tepat mengenai keadaan semasa.
"Setiap penyelidikan ada kaedah dan kita nak tahu kaedah bagaimana yang digunakan sama ada temu bual melalui telefon, e-mel atau
bersemuka. Kita juga nak tahu adakah jumlah yang terlibat hanya daripada Universiti Malaya ataupun termasuk orang luar," soalnya.
"Biarlah 5 Mei ini menjadi penentu," katanya. - Bernama
41. 41
Kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya
(UMCEDEL) dipertikaikan ramai pihak, terutamanya daripada
kalangan golongan intelektual di negara ini.
Pertikaian itu dari sudut TIMING, jumlah PERSAMPELAN dan
NIAT pengendali UMCEDEL itu.
Profesor Dr Azmi Hassan, Geostrategis Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) mempertikaikan dari sudut jumlah persampelan
yang tidak mewakili aspirasi 28 juta rakyat negara ini serta 13.2
juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.
Kalau berdasarkan jumlah pengundi yang layak mengundi pada
PRU13 ini, kaji selidik itu terlalu kecil kerana responden hanya
0.010 peratus daripada jumlah pengundi, - Profesor Dr Azmi
Hassan.
Fakta yang PALING MEMALUKAN ...
1) Sebahagian BESAR borang kajiselidik telah diisi oleh PELAJAR-
PELAJAR di dalam dewan kuliah sahaja.
2) Sampel kajian juga tidak menyeluruh kerana ia lebih
MENSASARKAN golongan pelajar yang MENYOKONG Anwar
Ibrahim.
3) Sampel yang mengambilkira PELAJAR-PELAJAR SEMENANJUNG
sahaja juga TIDAK mencerminkan kajian yang menyeluruh.
44. 44
Pas yakin kedudukannya di Kelantan tidak tergugat
Wartawan Sinar Harian
28 September 2012
KOTA BHARU- Pas Kelantan tidak bersetuju dengan penemuan Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaya
(Umcedel) yang membayangkan kuasa parti itu berhadapan dengan 'risiko' pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, hal ini kerana berdasarkan kaji selidik yang
dilakukan parti tersebut masih tetap berkuasa di Kelantan dan belum tentu Barisan Nasional (BN) akan merampas
pemerintahan Pas di negeri ini.
Menurutnya, berdasarkan kajian yang dijalankan sehingga kini peratusan sokongan rakyat terhadap Pas tidak
menunjukkan sebarang penurunan malah penyokong tetap bersama dengan parti.
Kita menghormati kajian tersebut tetapi kita juga mengadakan kajian sendiri, setakat ini Alhamdulillah pengaruh Pas di
negeri ini masih kuat, rakyat masih bersama kita.
Namun, tanggapan mengenai trend sokongan ini kita jadikannya sebagai satu peringatan dan motivasi untuk
meningkatkan gerak kerja jentera bagi memastikan BN tidak boleh merampas Kelantan, katanya kepada media semalam
mengulas kajian Umcedel yang menunjukkan sokongan BN di Kelantan positif.
Terdahulu beliau merasmikan Seminar Media Baru dan Pengendaliannya Menurut Perspektif Islam serta Pelancaran E-
Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) sempena Karnival Mahabbah IKIMfm di sini, semalam.
Kajian tersebut menunjukkan peratusan jangkaan memihak kepada BN di Kelantan bertambah daripada 27 peratus pada
Mac-April lalu kepada 32 peratus bulan ini.
Bagaimanapun sokongan jangkaan kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas, yang mentadbir Kerajaan Negeri, susut
tiga mata daripada 44 peratus kepada 41 peratus sepanjang tempoh itu.
Dalam pada itu kelmarin Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Dr Awang Adek Hussin juga tidak menganggap hasil
kajian itu memberi kelebihan kepada parti, sebaliknya mereka akan tetap menggembleng tenaga untuk memastikan
hasrat merampas Kelantan berjaya.
45. 45
SINAR HARIAN
PKR bersikap positif kajian Umcedel
Saifuddin Nasution
28 April 2013
PKR berasa bangga dengan angka survei dari Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel)
yang menunjukkan bahawa usaha berterusan parti untuk menjanakan perubahan yang bermakna kini menjadi
kenyataan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebetulnya tidak menolak dan memandang rendah hasil kajian pendapat
umum Umcedel. Sebaliknya, beliau patut menghormati hasil kajian tersebut yang dijanakan oleh sebuah badan
akademik Universiti Malaya, institusi pengajian tinggi yang terunggul di Malaysia. Lagipun, Najib telah memuji
Umcedel pada Jun 2012 apabila hasil kajian pendapat umum Umcedel memihak kepada pihak BN.
Kajian pendapat umum apabila dikendalikan secara professional dan berpandukan metodologi amalan terbaik
merupakan barometer yang releven dan boleh dipercayai. Namun, kami akan menghormati keputusan pilihanraya
seperti yang diputuskan oleh rakyat pada 5 Mei.
Pihak kami berasa bangga dan rendah hati bahawa 43 peratus orang Malaysia yang ditemubual antara April 3-20
(yang mencerminkan hampir separuh penduduk negara) percaya kepada kebolehan Datuk Seri Anwar Ibrahim
untuk menjadi Perdana Menteri berbanding angka 39 peratus untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Adalah menggembirakan bahawa 54 peratus daripada pihak orang Melayu yang ditemubual yakin kepada Datuk
Seri Anwar. Hal ini jelas menafikan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai sokongan di kalangan orang
Melayu.
Pakatan Rakyat kini berjaya meraih sokongan daripada semua sektor dan komuniti. Pihak kami akan berpegang
teguh kepada kepercayaan rakyat dan berjanji akan berkempen bersungguh-sungguh sehingga hari pengundian.
Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR
46. 46
Umcedel: Pengundi cenderung pilih Anwar jadi PM
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
25 April 2013
KUALA LUMPUR - Populariti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi Datuk Seri Najib Tun Razak dari aspek siapa lebih layak jadi perdana
menteri kali ini, demikian menurut hasil kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).
Kajian membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon.
"Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar (dapat) 43 peratus manakala Najib 39 peratus," kata Pengarah
Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
Baki adalah mereka yang tidak pasti pendirian.
"Populariti Anwar ini meningkat apabila beliau memulakan siri jelajah ke seluruh negara," ujar beliau.
Menurut hasil kajian itu lagi katanya, 54 peratus daripada pengundi Melayu turut memilih Anwar sebagai perdana menteri manakala 34 peratus pula memilih
Najib.
Anwar turut popular di kalangan pengundi kali pertama yang cenderung memilih beliau sebagai perdana menteri.
Berdasarkan hasil kajian yang membabitkan pelbagai latar belakang umur, kaum, pekerjaan dan pendidikan itu di Semenanjung Malaysia, Najib mengungguli
aspek pemimpin yang rapat dan mesra pengundi atau rakyat.
Sementara kajian membabitkan manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) pula menunjukkan kecenderungan pengundi lebih kepada manifesto
pembangkang.
"Manifesto yang diterima rakyat, BN 38 peratus, PR 42 peratus sementara 22 peratus tidak pasti," kata Mohammad Redzuan.
Kajian itu juga menunjukkan 61 peratus pengundi Cina percaya kepada manifesto PR.
Kajian Umcedel turut meliputi sama ada isu politik semasa seperti video seks turut mempengaruhi pengundi untuk memilih mana-mana parti politik
menunjukkan 62 peratus daripada mereka merasakan ia tidak memberi sebarang kesan.
Sebanyak 11 peratus menyatakan "ya" manakala 27 peratus lagi mengatakan "tidak pasti" sama ada ia memberi kesan atau mempengaruhi mereka.
Kajian juga menunjukkan 39 peratus mengatakan video seks ini adalah propaganda Umno sebagai gimik pilihan raya, 22 peratus mengatakan tidak, sementara
39 peratus lagi tidak pasti.
"Kajian terbaru kita menunjukkan pengundi Cina sudah membuat pilihan berbanding orang Melayu," katanya.
Menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini sebagai sengit, kedua-dua parti popular, BN dan PR katanya, hanya dipisahkan oleh lima peratus dan 10
hari yang terakhir ini adalah peluang untuk merebut hati pengundi.
"Peratusan pengundi atas pagar telah menurun daripada 21 peratus pada Mac kepada sembilan peratus pada bulan ini.
"Kita lihat pengundi Cina, yang sebelum ini majoriti pengundi atas pagar, sudah membuat keputusan siapa yang akan mereka undi," ujar beliau.
Namun katanya, hari-hari terakhir akan memberikan impak besar sama seperti pada Mac 2008.
"Dalam konteks pilihan raya di Malaysia, apa-apa pun boleh berlaku. Dalam 10 hari ini macam-macam boleh berlaku," kata beliau..
47. 47
Mohammad Redzuan Othman UMCEDEL Sepatutnya Lepaskan Jawatan dan Jadi P.A Anwar Ibrahim
Posted On 14 Feb, 2013
Dalam jangkamasa yang terdekat dan terlalu hampir dengan PRU13, banyak pihak yang mulai memperlihatkan kecenderungan terutama untuk
membantu pihak yang disokong. Mereka yang ada nama, berjawatan mahupun yang berselindung di sebalik pelbagai agensi, entiti atau persatuan akan
mempergunakan apa yang mereka ada semaksima mungkin demi tujuan berkenaan.
Menariknya, golongan yang seringkali menggelarkan diri mereka sebagai ahli akademik mempunyai pendekatan yang lebih bombastik dan kelihatan
seperti sangat bijak walaupun pada masa yang sama, ia sebenarnya bersifat tidak pijak tanah.
Salah seorang daripada ahli akademik yang dimaksudkan adalah Prof. Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman dari UMCEDEL (Pusat Pilihanraya dan
Demokrasi Universiti Malaya). Dia juga merupakan bekas Setiausaha Agung PMIUM dan orang tengah yang membawa Nurul Izzah dan ramai pemimpin
PKR ke dalam aktiviti Universiti Malaya. Malah dia juga merupakan orang perantaraan antara Naib Canselor UM dengan Anwar Ibrahim.
Pada 19 Februari nanti, dari jam 8:30 pagi sehingga 5:30 petang, Redzuan Othman telah menggerakkan promosi besar-besaran untuk Pakatan Rakyat
dengan menggunakan UMCEDEL dengan membuat pembentangan SEMINAR POLITIK DAN PILIHANRAYA MENJELANG PILIHANRAYA UMUM KE-13 yang
diadakan di Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Dia sendiri akan membuat pembentangan yang bertajuk, SOSIO-POLITIK PRA PRU dari jam 9:00 pagi sehingga 10:00 pagi.
Pembentangan kedua akan dilakukan oleh STEVEN GAN dari Malaysiakini, ZULKIFLI SULONG dari Harakah Daily dan JALIL ALI dari Sinar Harian. Tajuk
pembentangan adalah HARAPAN BN DAN PR DALAM PRU KE-13 dan pembentangan akan dilakukan dari jam 10:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari.
Selepas dua pembentangan yang sah-sah sangat berpihak kepada Pakatan Rakyat itu, sebuah forum pula akan diadakan. Tajuk forum adalah
KECEMERLANGAN BN ATAU PR? dari jam 2:30 petang sehingga 5:00 petang. Ahli panel forum adalah YB Kamalanathan dari MIC, YB Nurul Izzah dari PKR
dan Husam Musa dari PAS. Ahli panel keempat sepatutnya dari Barisan Nasional tetapi belum lagi dinamakan calonnya.
Barangkali elok juga kalau dipanggil Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi atau lebih dikenali dengan frasa POLITIK BARU, merangkap
Ahli Parlimen Temerloh yang sangat tidak peduli dengan kebajikan rakyat yang diwakilinya dalam kawasan Parlimen sendiri, sebagai calon keempat.
Apatah lagi Saifuddin Abdullah juga merupakan salah seorang penyokong Anwar Ibrahim yang sangat tegar tetapi masih enggan melepaskan semua
jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional tetapi tidak pernah menyorokkan sokongannya kepada Anwar Ibrahim dan PKR..
Tiada biazanya antara Mohammad Redzuan Othman dengan Saifuddin Abdullah. Kedua-duanya mempergunakan jawatan yang disandang untuk
kepentingan pihak yang mereka sokong iaitu Anwar Ibrahim dan PKR. Apatah lagi, Saifuddin Abdullah merupakan salah seorang calon dari UMNO-BN
yang hendak melompat masuk Pakatan dalam DRAMA 16 SEPTEMBER 2008. Pun begitu, selepas kegagalan drama fantasi tersebut, Saifuddin Abdullah
tidak langsung membayangkan mahu melepaskan semua jawatan yang disandangnya dan masuk PKR secara rasmi.
Apa yang dimusykilkan, mengapa tiada satu pun wakil media cetak yang menyokong Barisan Nasional dijemput oleh UMCEDEL untuk membuat
pembentangan. Sebaliknya yang dijemput cumalah wakil dari media-media yang memang nyata menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali PKR.
Walaupun YB Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor diletakkan sebagai salah seorang panel, namun berdasarkan kepada hierarki dan senioriti,
sepatutnya UMCEDEL menjemput tokoh-tokoh pimpinan dari UMNO memandangkan UMNO lebih dominan berbanding MIC. Malah dalam banyak gerak
kerja yang dilakukan Barisan Nasional, UMNO yang kelihatan lebih banyak bergerak berbanding MIC yang masih lagi dalam proses cantas-mencantas
dengan Presidennya sendiri berebut tempat di Cameron Highland, kerusi yang dianggap paling selamat untuk MIC.
Redzuan Othman semakin mengesahkan bahawa Universiti Malaya sudah pun menjadi sarang untuk PKR memanjangkan hayat, terutama di kalangan
mahasiswa dan generasi muda. Dan tidak hairan jugalah mengapa status akademik Universiti Malaya menjunam teruk sepertimana menjunamnya
moraliti Anwar Ibrahim!
49. 49
RESPON KEPADA SINAR HARIAN ONLINE PADA 27 APRIL 2013
Nota ini merujuk kepada pandangan beberapa orang penganalisis politik berkaitan dengan hasil kaji selidik yang telah dijalankan oleh
UMCEDEL berkaitan pilihan pengundi menjelang pilihan raya umum ke-13 yang disiarkan dalam www.sinarharian.com.my online pada 27 April
2013.
Hasil kaji selidik ini telah dihebahkan semasa persidangan akhbar pada 25 April 2013 di Universiti Malaya yang telah dihadiri oleh pemberita
daripada dalam dan luar negara termasuk beberapa orang diplomat antarabangsa. Kesempatan juga telah diberikan kepada wartawan dan diplomat
untuk mengemukakan persoalan dan meneliti lebih lanjut kajian yang kami jalankan.
Beberapa penjelasan kepada kajian tersebut:
1. Berlaku kekeliruan berkaitan istilah populasi dan sampel. Populasi merujuk kepada keseluruhan komponen samada jumlah penduduk negara
atau jumlah pengundi. Sementara sampel adalah sebahagian komponen yang akan mewakili keseluruhan populasi. Standard dan prosedur statistik
yang menjadi amalan kajian di peringkat tempatan dan antarabangsa adalah mendapatkan sampel. Contoh yang paling mudah, doktor tidak perlu
mendapatkan sebahagian besar atau kesemua darah pesakit untuk mengetahui penyakit namun hanya cukup dengan setitik darah sahaja.
2. Pemilihan responden seramai 1407 adalah mewakili keseluruhan komponen pengundi berdasarkan pecahan etnik, jantina, struktur umur, lokasi
tempat tinggal, status pekerjaaan dan pendidikan. Sampel yang dipilih adalah responden yang telah mendaftar sebagai pengundi dan pernah
mengundi dalam pilihan raya. Jumlah sampel tersebut adalah standard sampel yang digunakan oleh badan penyelidik antarabangsa seperti MORI,
YouGov dan Gallup. Malah beberapa badan penyelidik akademik serantau seperti Election Study Center di National Chengchi Universiti di
Taiwan, Lembaga Survey dan Lingkungan Survey di Indonesia juga mengggunakan jumlah sampel yang hampir sama. Metodologi yang
digunakan dalam kajian adalah secara bersemuka menggunakan soalan yang berstruktur.
3. UMCEDEL adalah badan penyelidikan akademik yang bernaung di bawah Kluster Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Malaya yang
dianggotai oleh ahli akademik tempatan dan antarabangsa. Kepakaran ahli UMCEDEL termasuk dalam bidang statistik, sains politik, politik
antarabangsa,sistem maklumat geografi, sejarah dan geografi pilihan raya. Kajian yang kami jalankan mematuhi standard akademik dan dibiayai
oleh universiti yang mempertahankan nilai intergriti, telus dan tidak memihak kepada mana-mana individu ataupun parti politik.
4. Masyarakat juga tentunya menantikan kajian daripada penganalisis-penganalisis politik yang terlibat secara langsung di lapangan untuk
mendapatkan gambaran sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi dan bukannya bergantung kepada pemerhatian politik melalui media
semata-semata.
5. Pihak yang berminat boleh melayari laman sesawang www.umcedel.um.edu.my untuk mendapatkan butiran lanjut kajian tersebut dan beberapa
kajian yang telah kami jalankan. Pihak kami juga bersedia berdiskusi dengan mana-mana individu dan pertubuhan yang mahu meneliti lebih
lanjut kajian kami. Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat
dikesali.
Sekian.
Sekretariat UMCEDEL
27 April 2013
50. PROF. DATO DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN
DEKAN/PENGARAH
PUSAT KAJIAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA UNIVERSITI MALAYA (UMCEDEL)
FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
redz8182@gmail.com
50