1. 1
Pengenalan
Pada masa kini, sistem pendidikan merupakan satu nadi kepada pembentukan dan
keupayaan golongan cerdik pandai dan kreatif. Pendidikan menjadi garis panduan
dalam melahirkan generasi yang mampu membawa perubahan terhadap kemajuan
Negara secara amnya. Malaysia misalnya merupakan Negara dunia ketiga yang
semakin membangun dan konsisten dalam pembangunan ekonomi,sosial dan
politiknya. Dalam merealisasikan pembanguan, perkara terpenting adalah
melahirkan generasi yang mempunyai keupayaan untuk bersaing dalam pasaran dan
kreatif dalam pelbagai aspek.
Berdasarkan pada pendapat Mok Soon Sang, 2001: 26-27 pembinaan
generasi yang kreatif ini bertitik tolak daripada pendidikan yang diterima sejak awal
usia lagi. Walaupun secara amnya, pendidikan awal hanyalah untuk memberikan
pendedahan awal terhadap pendidikan kepada kanak-kanak.Namun perkara yang
harus diperhalusi oleh ibu-bapa adalah kebolehan kanak-kanak ini menghasilkan
sesuatu mengikut daya pemikiran dan kekreatifan kanak-kanak ini sendiri. Hal ini
boleh direalisasikan menerusi galakan pendidikan menggunakan kaedah
pembelajaran yang bersifat terbuka dan sesuai dengan keadaan dan kemampuan
kanak-kanak. Menerusi medium pembangunan pendidikan, kerajaan telah meletekan
fasa-fasa pendidikan sesuai dengan tingkat umur dan juga kebolehan kanak-kanak.
Proses pengajaran dan pembelajaran sangat penting di dalam sistem
pendidikan. Bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti
murid-murid. Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran seperti seni
banyak memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi
dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini,
pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi. Di dalam
proses pembelajaran kanak-kank pintar cerdas memerlukan kaedah dan strategi
pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan supaya dapat mengembangkan
kreativiti mereka.
2. 2
1.0 Kanak-kanak Pintar Cerdas
Pintar cerdas boleh membawa maksud yang pelbagai mengikut persepsi seseorang
individu itu, berbeza juga dari pandangan masyarakat dan pandangan kanak-kanak
itu sendiri. Mengikut negara barat, maksud pintar cerdas adalah mereka yang
mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual,
kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan mempunyai bakat dalam bidang muzik
dan seni yang mengkagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti dan
perkhidmatan lain dari yang lain yang tidak terdapat di sekolah biasa untuk
memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka. Seperti kanak-kanak
yang lain, mereka yang pintar cerdas belajar melalui interaksi. Pengalaman yang
diperolehi akan digunakan sebagai proses mengumpul maklumat untuk mencari
identiti mereka sebagai pelajar. Adakalanya, kanak-kanak pintar cerdas
mengandaikan bahawa kanak-kanak lain juga adalah seperti mereka, sehinggalah
mereka masuk ke alam persekolahan dan mendapati bahawa mereka mempunyai
keupayaan yang tersendiri.
Kanak-kanak pintar cerdas adalah seorang kanak-kanak yang mempunyai
kebolehan kognitif yang jauh lebih tinggi daripada kalangan rakan sebaya dikatakan
sebagai seorang kanak-kanak pintar cerdas. Bagaimanapun, kanak-kanak ini
mempunyai keupayaan intelek yang luar biasa sama ada memiliki keupayaan intelek
yang tinggi dalam satu atau lebih subjek akademik bukanlah satu-satunya ciri bagi
seorang kanak-kanak pintar cerdas ini. Bahakan ada segelintir di kalangan kanak-kanak
yang dikatakan pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kebolehan
luar biasa dalam bidang sukan, muzik, lukisan atau seni persembahan berbanding
dengan rakan sebaya mereka yang lain.
Ini bermakna kanak-kanak pintar cerdas bukan sahaja kanak-kanak pintar
dari aspek akademik tetapi juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang
mengkagumkan dalam aspek kesenian dan kesukanan. Oleh itu, kanak-kanak yang
mempunyai potensi dan tahap motivasi serta pencapaian yang tinggi dalam aspek
intelek, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan serta mempunyai bakat dalam
bidang seni dan muzik juga dilihat sebagai kanak-kanak pintar cerdas.
3. Kanak-kanak pintar cerdas seringkali dikaitakan dengan keupayaan kreativiti
yang mereka miliki. Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau
mencipta sesuatu yang baharu. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu
dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang
berpendapat bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam
budaya dan ia dianggap gabungan unik dan berguna. Keupayaan kreativiti adalah
sesuatu yang asli di mana ia merupakan satu proses separa sedar dan sesiapa
sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif. Kreativiti melibatkan
pemikiran dan khayalan serta berkebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang
berbeza dan untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu
dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya sesuatu produk.
Selain itu, kreativiti bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga
sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan. Kreativiti paling jelas dapat dilihat
pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka
yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka
dunia di sekeliling mereka. Walau bagaimanapun, jika ibu bapa dan guru ingin
mengekalkan kreativiti ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu diketahui
ialah perbezaan antara kreatif dan kepintaran. Sesetengah kanak-kanak memang
gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh.
Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan idea
untuk mendorong mereka memulakannya. Semua orang mempunyai potensi atau
bakat kreatif semula jadi. Komponen kreativiti kanak-kanak mengandungi lima aspek
yang terdiri daripada persekitaran dan keindahan alam, lukisan dan kraf tangan,
muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif, drama dan puisi serta warisan budaya.
Oleh itu, sebagai seorang guru yang telah dipertanggunjawabkan perlu
memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk dan
memperkembangkan keupayaan dan kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak perlu juga
sentiasa diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya
kreativiti mereka mengikut kreativiti masing- masing. Penglibatan aktif kanak-kanak
juga akan berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor
kanak-kanak, di samping memupuk nilai estetika.
3
4. Kreativiti kanak-kanak juga mendorong kanak-kanak memahami hasil
pembelajaran mereka dengan lebih mudah. Selain itu, dalam kreativiti juga kanak-kanak
akan mencapai tahap pencapaian semakin meningkat. Mereka akan pandai
melukis dan mengecat mengikut kreativiti masing- masing. Kanak- kanak ini juga
boleh melakar, menulis, memotong, menghasilkan kraf tangan, membuat pergerakan
kreatif, menyanyi dan juga menenun. Seni dapat mengembangkan peluang ekspresi
diri kanak-kanak, kebebasan bersuara, membangunkan harga diri, mengalakan
kerjasama dan keharmonian kumpulan, memberikan kuasa pemikiran kepada guru-guru
dan pelajar, dan menyatakan kebenaran dalam kebudayaan serta bangsa.
2.0 Kaedah Pengajaran Kanak-Kanak Pintar Cerdas dalam Memperkembangan
keupayaan dan kreativiti.
Di dalam sistem pendidikan, kaedah pengajaran yang berkesan dan bersesuaian
merupakan tonggak kejayaan seseorang murid. Jika murid merasakan kaedah
pengajaran yang diterima adalah berkesan maka ini akan secara tidak langsung
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Penggunaan kaedah dan strategi yang
pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang
untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi
pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan.
Oleh itu, di dalam proses dan penyampaian pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak pintar cerdas perlu diambil berat dan menggunakan kaedah yang
bersesuaian. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah dan teknik pelulah
dilakukan secara teliti supaya kanak-kanak dapat mengembangkan potensi yang ada
pada diri mereka. Ini kerana pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka
akan menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan
menghilangkan minat belajar. Personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan
cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi
pengjaran yang sesuai. Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan
memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada mereka.
Antara kaedah yang boleh digunakan bagi meningkatkan kreativiti kanak-kanak
pintar cerdas ini ialah aktiviti pengayaan. Aktiviti ini alah penyediaan
pengalaman murid-murid yang berbeza oleh guru dalam kelas. Konsep ini adalah
4
5. satu proses aktiviti tambahan yang mempunyai aras tinggi daripada aras
pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan dalam
memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada kanak-kanak,
meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka, memberi ruang untuk
mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat
kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang serta memperkembangkan potensi
murid kepada tahap yang paling maksimum.
Aktiviti pengayaan ini akan dijalankan dengan keperluan kognitif kanak-kanak
sama ada bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri
atau berbentuk lembaran kerjaatau projek. Aktivitinya pula dijalankan secara tidak
formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah Bimbingan guru
adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri. Hasil
aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi
ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai. Kaedah
pengayaan mungkin termasuk kanak-kanak diperkenalkan ke bidang lain atau aktiviti
lain seperti seni, muzik, menulis jurnal, kelab atau kunjungan lapangan atau
diberikan tanggungjawab seperti pembantu guru di dalam kelas. Di samping itu,
kaedah ini mengambil kira bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas adalah cepat
dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep
ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas
pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah.
Selain itu, Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan
pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang
dipelajari oleh kanak-kanak. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang
kepada mereka untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat
kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri,
kumpulan dan juga masyarakat. Kaedah ini bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak
menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka serta menambahkan
minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri
dan bakat mereka. Aktiviti ini juga dapat menambahkan minat mereka untuk belajar
sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan
pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti.
5
6. Selain itu aktivti melukis juga dapat meransang pemikiran kreatif kanak-kanak.
Ini kerana jika kita lihat aktiviti melukis ini bukan kerja sia-sia walaupun
lukisan kanak-kanak tampak seperti cakar ayam. Justeru, itu janganlah kita cepat
menghalang minat mereka ini kerana ia banyak manfaat dan memberi sumbangan
besar terhadap perkembangan minda, intelek dan merangsang kemahiran tangan
kanak-kanak. Dengan melukis boleh merangsang pembentukan minda kreatif kanak-kanak
selain menggerakkan otak kanan untuk berfikir. Kebanyakan aktiviti seperti
percakapan, analisis (mentafsir), rasional, logikal, belajar bahasa dan mengira
(termasuk mengenal abjad dan huruf) menggunakan otak kiri. Manakala otak kanan
pula digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan seperti
lukisan, kraf dan muzik. Penggunaan otak kiri dan kanan perlu seimbang.
Malangnya, kebanyakan kita lebih banyak menggunakan otak kiri dan membiarkan
sel otak kanan menjadi tua dengan sia-sia. Mungkin ini sebabnya ramai antara kita
cepat mengalah apabila berdepan halangan, sedangkan ia boleh diatasi jika kita
boleh berfikir secara kreatif.
Aktiviti melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan juga sosial. Lukisan
merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk
bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui
lukisan, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti,
ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri pengunaan warna
didalam lukisan mengambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang
melambangkan keamanan dan kedinginan. Melukis juga dapat menyampaikan mesej
yang ingin disampaikan kepada orang lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu
hala tercapai. Malahan, sewaktu aktiviti melukis, terdapat perhubungan antara rakan-rakan
dalam menjayakan sesuatu proses pengkaryaan. Murid boleh berinteraksi dan
meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri.
Matapelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam
aktiviti berkumpulan yang dibentuk
Selain itu, mlalui aktiviti melukis ini juga dapat memberikan kepuasan kepada
kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam
bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti
melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Latihan dan
projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek
6
7. kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan
proses, berbanding dengan hasilan akhir. Murid-murid ini boleh mempertingkatkan
dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan
dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Kanak-kanak
perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya
imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam.
Di samping itu, melalui aktiviti melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan
juga sosial. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum
mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan
untuk berinteraksi. Melalui lukisan, mereka mencurahkan segala perasaan mereka
semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh
ciri-ciri pengunaan warna didalam lukisan mengambarkan perasaan seseorang itu
seperti warna biru yang melambangkan keamanan dan kedinginan. Melukis juga
dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain. Dengan
demikian, aspek komunikasi satu hala tercapai. Malahan, sewaktu aktiviti melukis,
terdapat perhubungan antara rakan-rakan dalam menjayakan sesuatu proses
pengkaryaan. Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial
selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga
menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk,
Selain itu, melalui aktiviti melukis ini juga dapat memberikan kepuasan
kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula
dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui
aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk
mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan
seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. murid boleh
mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui
proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling
mereka. Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat
merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan
memanipulasikan objek alam.
7
8. Selain daripada aktiviti melukis, aktiviti permaianan juga mampu membantu
meningkatkan kreativiti kanak-kanak pintar cerdas. Menurut pendapat George S.
Morrison, bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak.
Mereka belajar dan meneroka melalui bermain kerana imaginasi mereka yang
tinggi dan sejak mereka bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan
anggota badan mereka sendiri. Manakala, pendapat Joan Packer Isenberg dan Mary
Renck R. Jalongo, bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna
kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah
persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan
kanak-kanak yang tentukan sendiri dengan aktiviti mereka main.
Kanak-kanak belajar melalui bermain. Pembelajaran yang bermakna berlaku
terutama ketika bermain. Keseimbangan diantara belajar dan bermain menjadi
rangka yang penting bagi memperkembangkan kebolehan dan keupayaan kanak-kanak
dalam sesuatu bidang. Bermain sebenarnya adalah satu proses pembelajaran
yang melibatkan kanak-kanak memahami sesuatu konsep. Melalui permainan juga,
ia dapat mengukuhkan kefahaman kanak-kanak terhadap konsep yang ingin
diketahui oleh mereka. Konsep bermain ini sebenarnya merujuk kepada motivasi
intrinsik (dalaman) dan menyeronokkan. Proses pembelajaran berlaku secara tidak
langsung semasa bermain dan mampu untuk meransang pemikiran kreatif kanak-kanak.
Menurut Caplan dan Caplan, bermain sebagai penentu penting bagi
perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan
sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi
dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman
tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan
kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, aktiviti fizikal yng dilakukan
di dalam kelas. Melalui permaian yang melibatkan perlumbaan misalnya permainan
catur.
Permainan catur merupakan antara permainan yang mampu menguji minda
dan strategi kanak-kanak. Ianya bukan sahaja di mainkan oleh kanak-kanak namun
orang dewasa juga turut sama bermain dalam permainan ini. Catur merupakan
antara permainan yang boleh digunakan oleh guru-guru dan ibu-bapa untuk
8
9. membolehkan kanak-kanak pintar cerdas ini lebih fokus dalam apa yang mereka
lakukan. Bukan itu sahaja, permainan ini memerlukan kanak-kanak membina strategi
yang lebih tepat agar tidak akan berlaku kekalahan. Selain daripada itu permainan ini
akan membina semangat perjuangan kanak-kanak. Namun begitu terdapat alatan
permainan catur ini tidak sesuai dengan umur kanak-kanak kerana sifatnya yang
lebih matang.Namun begitu terdapat catur yang telah dihasilkan mampu menarik
minat kanak-kanak dengan meletakan mainan yang mereka sukai agar fokus mereka
lebih kepada permainan tersebut. Namun begit permainan catur ini akan menjadikan
pelajar atau kanak-kanak berfikir diluar kotak pemikiran mereka dan seterusnya
menjadi pemikiran yang lebih kreatif amnya (Yahya Buntat & Nurhusna Mohamed).
Selain itu, melakasanakan aktiviti luar juga mampu untuk meransang
pemikiran kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis aktiviti luar yang boleh dilakukan
untuk merangsang pemikiran kanak-kanak. Contohnya melalui permainan istana
pasir, permainan di taman permainan dan sebagainya. Istana pasir ialah satu seni
binaan dengan menggunakan pasir yang umumnya berbentuk bangunan contohnya
istana. Permainan ini biasanya dilakukan di pantai. Melakukan aktiviti di pantai bukan
sahaja akan menarik minat kanak-kanak malah ia akan memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk meluaskankan lagi pandangan mereka terhadap segala apa yang
ada di sekeliling mereka.
Bahan utama yang diperlukan untuk melakukan aktiviti pembinaan istana
pasir ini ialah pasir dan air. Tanpa bahan utama ini, istana pasir yang diimaginasikan
tidak dapat dibina dengan sebaikanya. Alatan lain yang diperlukan juga adalah
penyodok, gelas, pelbagai bentuk acuan dan juga botol kosong. Berdasarkan bahan-bahan
yang kelihatan biasa ini, kanak-kanak akan menggunakan daya kreatif
mereka untuk mereka dan membentuk pelbagai bentuk berkaitan istana pasir
berdasarkan acuan pasir, air dan bahan-bahan tersebut. Walaupun aktiviti ini
membuatkan kanak-kanak menjadi kotor dengan pasir, namun faedah sebenarnya
yang diperolehi melalui pengalaman bermain ini lebih penting daripada kesan
kotoran tersebut.
Kanak-kanak bermain untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia
mereka sendiri. Mereka akan menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan
ciptaan mereka sendiri seperti aktiviti pembinaan istana pasir ini mengikut kreativiti
9
10. masing-masing. Melalui aktiviti pembinaan istana pasir ini, kanak-kanak akan dapat
mengeluarkan idea kreatif mereka secara bebas dan tidak terbatas. Dalam situasi ini,
contohnya jika mereka hendak membina tiang istana pasir, mereka boleh
membinanya berdasarkan idea masing-masing tanpa ada sekatan atau halangan
dari pihak orang yang lebih dewasa.
Aktiviti ini juga mampu melibatkan daya pemikiran yang tinggi dalam proses
menyiapkannya. Contohnya mereka terpaksa berfikir bagaimana untuk membina
istana pasir berdasarkan barang-barang yang terhad, cara untuk mengukuhkan
istana tersebut dan befikir tentang bentuk-bentuk yang akan dibina. Selain itu, aktiviti
ini juga dapat memperkembangkan lagi daya imaginasi mereka. Contohnya mereka
akan membayangkan bermacam-macam perkara berkaitan dengan pembinaan
istana pasir ini sebelum dan semasa melakukan aktiviti tersebut. Jelasnya melaui
aktiviti pembinaan istana pasir akan dapat meningkatkan perkembangan kognitif
kanak-kanak.
10
Kesimpulan
Guru dan ibu bapa hendaklah sentiasa bekerjasama di dalam membantu dan
memastikan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas ini berkesan dan berseusaian
kepada mereka serta mencapai objektif pengajaran dengan berbantukan bahan
bantu mengajar dan strategi yang bersesuaian. Ini kerana jika guru menyediakan
bahan bantu mengajar, ia akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik dan lebih berkesan bagi melahirkan kreativiti murid-murid pintar
cerdas.Tanpa penggunaan alat bantu mengajar, murid akan berasa cepat jemu dan
pembelajaran satu hala atau pengajaran yang hanya menggunakan satu medium
kurang memotivasikan murid pada zaman sekarang ini. Sebagai contoh,guru boleh
menggunakan ICT,carta atau contoh model murid-murid yang terdahulu.
11. 11
RUJUKAN
Leonard M.S Yong.1993. Kreativiti Ke Arah Membentuk Masyarakat Kreatif. Kuala
Lumpur : Arena Buku Sdn Bhd.
Iberahim Hassan. 2000. Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Berhubung Dengan
Pendidikan Seni.(Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan
Sultan Idris Tanjong Malim.
Mohd Azhar Abd Hamid. 2004. Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia
Robert W. Olson. 1980 . Seni Berfikir Kreatif,. P.T Gelora Aksara Pratama.
Yew Kam Keong . 2002. Bebaskan Kreativiti Anda. Kuala Lumpur Perpustakaan
Negara Malaysia.