Karangan ini menceritakan perjalanan seorang anak dan ibunya ke pasar yang berubah menjadi petualangan luar biasa. Mereka berjalan jauh untuk pergi ke pasar yang letaknya 128 km dari rumah. Di tengah jalan, ibunya dilanggar lori dan mengejarnya. Terjadilah kemalangan maut yang melibatkan lori, feri, dan menjadi pertarungan antara Ultraman dan Transformer. Ibunya berjaya menyelesaikan masalah dengan kekerasan
1 of 2
Download to read offline
More Related Content
Karangan budak sekolah rendah
1. Karangan Budak Sekolah Rendah
Came across the following essay in my friend's blog (check out Syamil's blog!) - his
dad forwarded it to him... Can't help laughing at how a primary school kid's
imagination can really roam wild - lol, reminds me of the good old days of innocence
and naivety when I was younger... Anyway, here's the hilarious "karangan budak
sekolah rendah" reproduced with Syamil's permission... Have fun and laughs reading
it! I sure did! xD
Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi
pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam
batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana
tidak tahan sejuk.
Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju
untuk mengikutnya.
Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari
rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru
dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke
dalam gaung. Dia menjerit ¡°Adoi!¡±.
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di
belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu
nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan
cahaya.
Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya.
Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar
pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat
marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori
menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer.
Mereka bergaduh di udara.
Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi
pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu
lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari mak saya. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam.
Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat
tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit ¡°Adoi..!¡±
dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.
2. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori
itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu
mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu
pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu
terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi.Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai
lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan
semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang
akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.
Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu
semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana
terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang
paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Not bad, eh? =P