際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
KARANGAN FAKTA : FAEDAH BERSUKAN 
Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh 
badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan 
aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh. 
Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh 
badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan 
sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam 
tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika 
belajar di dalam kelas. 
Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan 
menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira 
umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, 
kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan 
mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk. 
Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara 
bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu 
lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri 
daripada terjebak dalam gejala sosial. 
Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama 
sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili 
pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi 
mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama 
sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah. 
Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita 
bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia 
masyarakat yang cerdas dan cergas.
Faedah Menabung 
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa 
hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung 
memberi banyak faedah kepada kita. 
Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap 
berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala 
perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan 
makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat 
disimpan ke dalam tabung. 
Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang 
simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan 
kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang 
simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri 
kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang 
pandai berjimat cermat dan berdikari itu. 
Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa 
kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk 
mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika 
ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak 
perlu meminta-minta kepada orang lain. 
Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita 
menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian 
keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk 
menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan 
selesa dan tidak menyusahkan orang lain. 
Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. 
Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'.
Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, 
lama-lama jadi bukit. 
Faedah-faedah Membaca 
Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat 
bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha 
mengamalkan budaya membaca kerana Membaca 
Jambatan Ilmu. 
Antara kebaikan membaca termasuklah dapat 
menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui 
tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui 
sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas 
dan kita akan menjadi lebih bijak. 
Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau 
perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan 
di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, 
bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa 
yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi 
ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah 
tempurung". 
Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. 
Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang 
kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita
didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat 
penilaian terhadap sesuatu perkara itu. 
Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan 
bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat 
bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca 
buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian. 
Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang 
dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat 
membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu 
mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti 
Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup 
mereka. 
Kokurikulum 
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak 
jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah 
aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan 
permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum 
mendatangkan banyak faedah. 
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa 
lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk 
bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu.Secara tidak 
langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan 
gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan 
berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi
masa lapang dengan berfaedah. 
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi 
pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, 
setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar 
memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan 
menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada 
kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan 
menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. 
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita 
dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai 
kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, 
kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi 
peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya. 
Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi 
perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya 
terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan 
lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita 
boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama 
dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan 
hubungan sesamakita. 
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai 
kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti 
yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula 
hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan 
kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.
Laporan Minggu Bahasa Melayu 
Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bahagia telah 
menganjurkan Minggu Bahasa Melayu yang bermula dari 12 Mei hingga 
16 Mei 2011. 
Objektif utama Minggu Bahasa Melayu itu diadakan adalah seperti 
berikut : 
i. Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul. 
ii. Memupuk minat murid untuk berkarya dan mencungkil bakat 
seni sastera. 
iii. Membantu mempertingkatkan penguasaan Bahasa Melayu 
dalam kalangan murid. 
iv. Memberi kesedaran tentang kepentingan dan peranan 
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. 
Minggu Bahasa Melayu telah dilancarkan oleh Tuan Haji Abdul Rahman 
bin Husin, Guru besar sekolah ini untuk sesi pagi dan Tuan Haji Saari 
bin Harun, Penyelia Petang untuk sesi petang pada 12 Mei 2011. 
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu berkenaan untuk 
semua tahap murid sebagaimana berikut: 
i. Tahun 1 - Pertandingan Mewarna 
ii. Tahun 2 - Pertandingan Bercerita 
iii. Tahun 3 - Pertandingan Berpantun 
iv. Tahun 4 - Pertandingan Mendeklamasi Sajak 
v. Tahun 5 - Pertandingan Syarahan 
vi. Tahun 6 - Pertandingan Menulis Esei 
vii. Terbuka kepada murid Tahap 2 - Pertandingan Melukis 
Poster 'Cintailah Bahasa Melayu' 
Murid-murid telah menunjukkan minat dan memberikan sambutan yang 
menggalakkan terhadap semua aktiviti yang dijalankan.
Semua pertandingan telah diadili oleh guru-guru dalam Panitia Bahasa 
Melayu. Sebanyak 3 hadiah disediakan bagi setiap pertandingan. 
Hadiah-hadiah pertandingan telah disumbangkan oleh pengusaha kantin 
sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini. 
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 17 Mei 2011. Tuan 
Guru Besar dan Yang Dipertua PIBG telah menyampaikan hadiah 
kepada para pemenang. 
Disediakan oleh, 20 MEI 2011. 
(SHAHARUDIN BIN BUSU) 
Setiausaha, 
Panitia Bahasa Melayu, 
Sekolah Kebangsaan Bahagia. 
Suatu kejadian banjir telah berlaku di daerah kamu. Sebagai 
wartawan, kamu telah diminta untuk menulis berita tentang kejadian 
banjir kilat di daerah kamu. Sediakan berita itu selengkapnya. 
GEMENCHEH, 19 Mei 2009  Hujan lebat tanpa berhenti-henti 
selama dua hari berturut-turut telah menyebabkan Kampung Baru 
Gedok dilanda banjir kilat. Hampir separuh kampung telah 
ditenggelami air setinggi satu meter. 
Beratus-ratus buah rumah penduduk kampung telah rosak. 
Semua harta benda dan tanaman mereka juga turut musnah.
Selain itu, semua binatang ternakan seperti ayam, anjing, 
lembu, kucing, itik, dan sebagainya turut mati lemas. Kelihatan 
banyak bangkai terapung-apung di permukaan air. 
Sebanyak seratus buah keluarga kehilangan tempat tinggal. 
Nasib baik, tiada mangsa yang terkorban. Semua mangsa banjir 
telah dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara dengan 
menaiki bot penyelamat. 
Di pusat itu, semua mangsa banjir diberi bantuan makanan, 
pakaian, dan ubat-ubatan. Mereka juga menerima sumbangan 
daripada orang ramai. 
Apabila air surut, semua mangsa banjir pun dibenarkan pulang 
ke rumah masing-masing. Mereka terpaksa membersihkan rumah 
mereka yang kotor akibat banjir. Diharap banjir tidak akan berlaku 
lagi. 
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 
Hari Kemerdekaan juga disebut Hari Kebangsaan. Hari Kemerdekaan 
negara kita jatuh pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Pada tarikh 
keramat ini seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersama-sama 
menyambutnya dengan riang gembira dan yang penting dapat menambah 
rasa cinta rakyat terhadap negara.
Pada hari itu, pemimpin negara berada di atas pentas utama. Antara 
pemimpin yang hadir ialah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan 
para menteri. Masyarakat berbilang kaum turut menghadirinya. Mereka 
tidak mahu ketinggalan meraikan hari yang bersejarah ini. 
Acara sambutan Hari Kemerdekaan biasanya dimulakan dengan 
upacara menaikkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Sewaktu 
bendera dinaikkan lagu Negaraku dinyanyikan bersama-sama dengan 
penuh semangat. Selepas itu ,ikrar taat setia dilafazkan sebagai janji 
taat setia rakyat kepada negara. Pada Hari Kemerdekaan, pemimpin 
negara turut memberikan ucapan kepada seluruh rakyat Malaysia. 
Tidak lama selepas itu, upacara perbarisan pun dimulakan. Upacara 
perbarisan ini disertai oleh rakyat berbilang kaum. Mereka terdiri 
daripada murid sekolah .pekerja sektor awam dan pekerja sektor 
swasta. Peserta perbarisan ini memberi tabik hormat kepada pemimpin 
negara yang berdiri di atas pentas utama. 
Sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan penonton juga dapat 
menyaksikan perarakan kereta berhias yang berwarna-warni dan penuh 
bercahaya ,persembahan pancaragam oleh pasukan beruniform 
,pertunjukan jet di udara dan melihat kemahiran penerjun-penerjun 
negara terjun dari helikopter sambil mengibarkan Jalur Gemilang. 
Acara kemudiannya diteruskan dengan persembahan kebudayaan. 
Pelbagai persembahan seperti tarian ,nyanyian dan sketsa diadakan. 
Persembahan ini dijayakan oleh semua kaum di Malaysia. Semua 
persembahan yang dipersembahkan sungguh menghiburkan. Rakyat 
Malaysia yang datang sendiri sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan
ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto peristiwa 
yang berlaku pada hari tersebut. 
Sambutan Hari Kemerdekaan disambut dengan meriah. Bagi mereka 
yang tidak hadir, mereka boleh menontonnya di kaca televisyen.

More Related Content

Karangan fakta

  • 1. KARANGAN FAKTA : FAEDAH BERSUKAN Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh. Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas. Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial. Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah. Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.
  • 2. Faedah Menabung Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita. Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung. Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu. Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain. Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain. Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'.
  • 3. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Faedah-faedah Membaca Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu. Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak. Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung". Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita
  • 4. didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu. Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian. Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka. Kokurikulum Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak faedah. Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi
  • 5. masa lapang dengan berfaedah. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya. Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesamakita. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.
  • 6. Laporan Minggu Bahasa Melayu Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bahagia telah menganjurkan Minggu Bahasa Melayu yang bermula dari 12 Mei hingga 16 Mei 2011. Objektif utama Minggu Bahasa Melayu itu diadakan adalah seperti berikut : i. Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul. ii. Memupuk minat murid untuk berkarya dan mencungkil bakat seni sastera. iii. Membantu mempertingkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid. iv. Memberi kesedaran tentang kepentingan dan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Minggu Bahasa Melayu telah dilancarkan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin Husin, Guru besar sekolah ini untuk sesi pagi dan Tuan Haji Saari bin Harun, Penyelia Petang untuk sesi petang pada 12 Mei 2011. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu berkenaan untuk semua tahap murid sebagaimana berikut: i. Tahun 1 - Pertandingan Mewarna ii. Tahun 2 - Pertandingan Bercerita iii. Tahun 3 - Pertandingan Berpantun iv. Tahun 4 - Pertandingan Mendeklamasi Sajak v. Tahun 5 - Pertandingan Syarahan vi. Tahun 6 - Pertandingan Menulis Esei vii. Terbuka kepada murid Tahap 2 - Pertandingan Melukis Poster 'Cintailah Bahasa Melayu' Murid-murid telah menunjukkan minat dan memberikan sambutan yang menggalakkan terhadap semua aktiviti yang dijalankan.
  • 7. Semua pertandingan telah diadili oleh guru-guru dalam Panitia Bahasa Melayu. Sebanyak 3 hadiah disediakan bagi setiap pertandingan. Hadiah-hadiah pertandingan telah disumbangkan oleh pengusaha kantin sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 17 Mei 2011. Tuan Guru Besar dan Yang Dipertua PIBG telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Disediakan oleh, 20 MEI 2011. (SHAHARUDIN BIN BUSU) Setiausaha, Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Bahagia. Suatu kejadian banjir telah berlaku di daerah kamu. Sebagai wartawan, kamu telah diminta untuk menulis berita tentang kejadian banjir kilat di daerah kamu. Sediakan berita itu selengkapnya. GEMENCHEH, 19 Mei 2009 Hujan lebat tanpa berhenti-henti selama dua hari berturut-turut telah menyebabkan Kampung Baru Gedok dilanda banjir kilat. Hampir separuh kampung telah ditenggelami air setinggi satu meter. Beratus-ratus buah rumah penduduk kampung telah rosak. Semua harta benda dan tanaman mereka juga turut musnah.
  • 8. Selain itu, semua binatang ternakan seperti ayam, anjing, lembu, kucing, itik, dan sebagainya turut mati lemas. Kelihatan banyak bangkai terapung-apung di permukaan air. Sebanyak seratus buah keluarga kehilangan tempat tinggal. Nasib baik, tiada mangsa yang terkorban. Semua mangsa banjir telah dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara dengan menaiki bot penyelamat. Di pusat itu, semua mangsa banjir diberi bantuan makanan, pakaian, dan ubat-ubatan. Mereka juga menerima sumbangan daripada orang ramai. Apabila air surut, semua mangsa banjir pun dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Mereka terpaksa membersihkan rumah mereka yang kotor akibat banjir. Diharap banjir tidak akan berlaku lagi. SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN Hari Kemerdekaan juga disebut Hari Kebangsaan. Hari Kemerdekaan negara kita jatuh pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Pada tarikh keramat ini seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersama-sama menyambutnya dengan riang gembira dan yang penting dapat menambah rasa cinta rakyat terhadap negara.
  • 9. Pada hari itu, pemimpin negara berada di atas pentas utama. Antara pemimpin yang hadir ialah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan para menteri. Masyarakat berbilang kaum turut menghadirinya. Mereka tidak mahu ketinggalan meraikan hari yang bersejarah ini. Acara sambutan Hari Kemerdekaan biasanya dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Sewaktu bendera dinaikkan lagu Negaraku dinyanyikan bersama-sama dengan penuh semangat. Selepas itu ,ikrar taat setia dilafazkan sebagai janji taat setia rakyat kepada negara. Pada Hari Kemerdekaan, pemimpin negara turut memberikan ucapan kepada seluruh rakyat Malaysia. Tidak lama selepas itu, upacara perbarisan pun dimulakan. Upacara perbarisan ini disertai oleh rakyat berbilang kaum. Mereka terdiri daripada murid sekolah .pekerja sektor awam dan pekerja sektor swasta. Peserta perbarisan ini memberi tabik hormat kepada pemimpin negara yang berdiri di atas pentas utama. Sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan penonton juga dapat menyaksikan perarakan kereta berhias yang berwarna-warni dan penuh bercahaya ,persembahan pancaragam oleh pasukan beruniform ,pertunjukan jet di udara dan melihat kemahiran penerjun-penerjun negara terjun dari helikopter sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Acara kemudiannya diteruskan dengan persembahan kebudayaan. Pelbagai persembahan seperti tarian ,nyanyian dan sketsa diadakan. Persembahan ini dijayakan oleh semua kaum di Malaysia. Semua persembahan yang dipersembahkan sungguh menghiburkan. Rakyat Malaysia yang datang sendiri sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan
  • 10. ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto peristiwa yang berlaku pada hari tersebut. Sambutan Hari Kemerdekaan disambut dengan meriah. Bagi mereka yang tidak hadir, mereka boleh menontonnya di kaca televisyen.