Program Karnival Siswi Bestari Zaba 2013 memantapkan kemahiran insaniah pelajar seperti saya. Universiti Kebangsaan Malaysia
1 of 1
Download to read offline
More Related Content
Karnival Siswi Bestari 2013 laporan akhir kendiri
1. LAPORAN PENYERTAAN DALAM KARNIVAL SISWI BESTARI KOLEJ PENDETA ZA’BA 2013
Pada 9-13 Disember 2013 yang lalu, saya dan rakan-rakan yang lain telah menyertai program yang
dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar Siswi Kolej Pendeta Za’ba 2014. Saya telah dilantik menjadi
Timbalan Ketua Pengarah II bagi program kali ini.
Program ini adalah untuk meraikan seluruh wanita di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan
mengadakan ceramah kecantikan dan ceramah kesihatan.
Sebagai ahli pasukan, kami semua diminta mencari dana dari orang ramai dan mencari penggerai
yang mahu membuat jualan sepanjang karnival itu berlangsung. Antaranya, kami telah bergerak ke
deretan gerai di bandar Kajang. Saya dapat belajar di sini bahawa, kerjasama pasukan itu penting
dalam menguatkan kita dari segi mental atau fizikal.
Saya telah menjadi pengacara bagi ceramah Kesihatan wanita . di dalam program ini, kami
menjemput pihak Yakult untuk memberi ceramah kesihatan.
Semasa majlis penutup, saya juga telah diberi mandat untuk menjadi Pengerusi Majlis bersama
rakan saya Aini. Petang sebelum majlis penutup, kami mengadakan sidang raptai yang dihadiri
seluruh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Pendeta Za’ba dan ahli jawatankuasa kami sendiri bagi
memudahkan majlis pada malam hari. Program berlangsung dengan meriah sekali. Sebagai
pengerusi majlis, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk mengasah bakat pengacara saya.
Banyak yang telah dipelajari sepanjang bersama-sama menguruskan majlis ini bersama ahli jawatan
kuasa program. Sebagai Timbalan Pengarah II, saya telah banyak pelajari bagaimana mengendalikan
sesuatu program, sebelum semasa dan selepas. Terima kasih saya ucapkan kepada Ketua Pengarah
program ini saudari Shahiela Ayu.
Di sini, saya sertakan bukti penyertaan saya sebagai ahli jawatan kuasa.