[Ringkasan]
Karya agung Melayu mencerminkan kehebatan akal fikiran Melayu melalui kaedah berfikir metaforik dan kemampuan menyusun gagasan secara berstruktur, seperti yang terdapat dalam kisah pahlawan Melayu hebat seperti Hang Tuah. Kisah Hang Tuah menggambarkan nilai-nilai seperti kesetiaan, keberanian, dan ilmu yang membentuk citra Melayu agung.
2. karya yang dianggap oleh pelbagai institusi
dan badan berautoriti sebagai karya yang
mencerminkan kehebatan sesuatu bangsa
melalui amalan cara hidup,adat istiadat,
falsafah,nilai ilmu dan seumpamanya.
merupakan karya-karya yang berjaya
meninggalkan kesan seni,ilmu,falsafah,
budaya,dan sosial yang kekal dalam
kesedaran dan ingatan pembaca.
Unsur dalam karya ini merangkumi mutu,
nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di
dalam karya tersebut.
3. 3 sifat utama karya agung:
Karya yang dapat dikaitkan dengan
masalah dan isu masa kini,
Karya yang tidak jemu dibaca berulang
kali.
Karya yang bersesuaian dengan
pemikiran yang hebat dan boleh mengisi
minda individu sehingga masa kini.
4. Karya yang nilainya tahan zaman, yakni yang kekal
sepanjang zaman sebagai khazanah budaya dan ilmu
Melayu hingga hari ini.
Nilai yang dimaksudkan adalah
nilai seninya, nilai budayanya, nilai ilmu dan pemikiran yang
terkandung di dalamnya, nilai pada teknik kepengarangannya
yang luar biasa, dan nilai bahasanya yang tinggi dan indah
semuanya lahir dalam kesepaduan bentuk, bahasa dan gaya
penceritaan yang luar biasa.
luar biasa dari segi cara atau kaedah berfikir dan
bercerita yang digunakan, sama ada secara sedar,
spontan, atau secara terancang, bagi
menyampaikan sesuatu ilmu, konsep, pandangan
hidup, mesej dan lain-lain.
5. melambangkan keunggulan daya cipta seniman,
penulis dan pemikir bangsa Melayu
menggambarkan idealisme,nilai,pandangan
hidup,adat,budi,kesedaran moral dan visi
bangsa dan masyarakatnya
dihasilkan dalam bentuk sastera dan seni yang
tinggi nilainya hingga kekal sepanjang zaman
dalam minda kolektif bangsa Melayu.
6. Pemikiran dalam Karya Agung
Estetika dan Kepengarangan Karya
Agung
Nilai Budaya dan Pandangan Hidup
dalam Karya Agung Melayu
Nilai Ilmu dalam Karya Agung Melayu
Falsafah dalam Karya Agung Klasik dan
Moden
7. HHT tentang kehebatan pahlawan Melayu
meneroka bukan sahaja dunianya tetapi juga
dunia luar (Rom, India, China, Arab) termasuk
juga alam ghaib.
Ceritera yang begitu besar dan luas menjadi
latar yang dikaitkan dengan kebesaran dan
kekuasaan
Kedatangan Islam (walaupun diselit dgn unsur
metos/Hindu):
diturunkan oleh Allah Taala dari keinderaan (HHT)
raja Melayu berasal daripada Iskandar Zulkarnain
Watak-watak pandai ilmu: Badang, Hang Tuah
8. Kebijaksanaan menyampaikan ceritera;
Alkisah maka tersebutlah..
yang mepunya ceritera
Menegur raja secara yang halus: menurut
ceritera orang dahulu kala
Teknik warisan bercerita:
jenaka, romatis, realisme, idealisme, kias ibarat,
teknik orang ketiga,menurut ceritera orang ,
teknik dedaktik
9. Kreatif dan indah:
gurindam, pantun, seloka, syair, peribahasa dll
Bayangan melatari alam semulajadi
Gaya bahasa yang padat, ringkas dan bersahaja
Kepelbagaian teknik
Metafora, hiperbola, superlatif dll
Contoh: Alamat hari nak siang..
10. Alamat Hari Nak siang
Tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi tampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Sering lanting riang di rimba
Melenguh lembu di padang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mendung merak mengigal
Fajar sidik menyingsing naik
Kicak kicau bunyi murai
Taptibau melambung tinggi
Berkuku balam di hujung bendul
Terdengut puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat hari nak siang
(Hikayat Malim Deman: 4)
11. Penggunaan puisi dan peribahasa
berkaitan dengan kepekaan orang
Melayu terhadap keindahan alam
Kuat berpegang pada adat
Hormat, sopan santun
Nilai mengenang budi
orang berbudi kita berbahasa
Adat istiadat
Meminang, adat berpakaian, adat menyembah
raja dll
12. Istilah: pandai besi, pandai keris..
Mengiktiraf dan menghormati orang
berilmu: bahasa, batin, ramalan
Contoh Hang Tuah:
Memiliki ilmu firasat, ilmu mistik, menguasai 12
bahasa asing,
Budaya berguru:
Pantun:saya budak baru belajar..
Bertambah dngan kedatangan Islam: Hamzah
Fansuri, Naruddin al-Raniri
Ilmu agama: Ilya Ulum al_din, Siyar al-Salikin
13. Karya agung Melayu adalah cetusan akal
fikiran Melayu yang luar biasa melalui dua
tahap keupayaan
keupayaannya berfikir secara kreatif
melalui kaedah metafora, (perumpamaan,
perbandingan, kiasan dan tamsil ibarat)
konsep abstrak menggunakan alam nyata sebagai
analoginya, dan
kebolehan mental untuk menyusun
fikirannya dalam bentuk pengungkapan
yang sangat berstruktur.
pohon tiada akan berdiri jika tiada akar
14. Aristotle: orang yang mampu berfikir
secara metaforik atau metafora adalah
manusia genius
oleh itu kebanyakan karya Melayu dihasilkan
oleh manusia Melayu geliga akalnya
15. Kekuatan Bahasa Melayu
Sebagai lingua franca
Perakam dan pengungkap budaya tinggi sejak Srivijaya
Mengatasi bahasa Sanskrit
Menjadi bahasa Istana/kerajaan
Prasasti (tulisan Palava)
Pengaruh Islam
Islam berkembang secara populis (tidak terbatas)
BM dekat dengan rakyat
Peranan tulisan Jawi
Peranan Istana dan pendidikan
Istana menggalakkan penulisan. Contoh Sulalatus al-
Salatin
16. .diperbuatkan hikayat perturunan segala raja-raja Melayu
dengan istiadatnya,suapaya didengar oleh anak cucu kita yang
kemudian dari kita dan ketahuinyalah segala perkataan,syahadan
beroleh faedahlah mereka itu daripadanya
(Sulalatal al-Salatin, 1997: 3-4)
maka fakir karanglah hikayat ini dan fakir himpunkan daripada
segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala supaya akan
menyukakan duli hadhrat baginda
(Sulalatal al-Salatin, 1997: 4)