Latihan Tatabahasa : Kata Hubung
KSSR Bahasa Malaysia Tahap 1
1 of 2
Downloaded 111 times
More Related Content
Kata hubung 2
1. Kata Hubung
Bermaksud kata yang menghubungkan dua ayat sehingga membentuk ayat
majmuk.
Kata Hubung terbahagi kepada 3 bahagian :
a. Kata Hubung Gabungan
b. Kata Hubung Pancangan
c. Kata Hubung Berpasangan
a. Kata Hubung Gabungan ialah ;
(dan, lalu atau , serta, maka,, tetapi,sambil,kemudian,kecuali,malahan)
Contoh ayat :
1.Azman dan Azmin adik beradik.
2.Budak itu gemuk tetapi kuat berlari.
3.Dia berjalan sambil membawa sepinggan nasi goreng.
b. Kata Hubung Pancangan ialah;
(yang ,kerana,walaupun,bahawa,supaya,hingga,
ketika,untuk,sungguhpun,sementara,selama)
Contoh ayat :
1. Amin tidak hadir ke sekolah kerana hari hujan.
2. Budak yang comel itu adik saya.
c. Kata Hubung Berpasangan ialah;
(sama ada......atau, sedangkan.....inikan pula,semakin....semakin,baik....mahu
pun,daripada.....lebih baik, entah....entah, bukan sahaja.....tetapi juga)
Contoh ayat:
1.Wajah nenek saya semakin hari semakin berkedut.
2.Sama ada betul atau salah saya tetap menjawab soalan itu.
Latihan 1
1. Kamu suka makan buah manggis?
Kamu suka makan buah rambutan? (atau)
2. 2. Pinggan di atas meja itu jatuh ke lantai.
Pinggan itu pecah. (lalu)
3. Faudzi memancing ikan.
Faudzi membaca buku cerita. (sambil)
4. Nizam suka bermain bola.
Nizam suka bermain badminton . (dan)
5. Budak kecil itu menangis.
Budak kecil itu lapar (kerana)
6. Guru Besar bangun.
Guru Besar berucap(lalu).
7. Kakak memasak nasi.
Kakak mendengar radio (sambil)
8. Kamu suka minum kopi?
Kamu suka makan roti bakar. (dan)