Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
1. Persepsi Pensyarah Terhadap Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Kursus Matematik Di
Politeknik Kuala Terengganu
Nor Muslaili binti Mokhtar
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
muslaili@pkkt.edu.my
Normi binti Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
normi@pkkt.edu.my
Zailawati binti Othman
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
zailawati@pkkt.edu.my
Abstrak - Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau persepsi pensyarah terhadap penggunaan teknologi komunikasi
maklumat (ICT) dalam pengajaran kursus matematik di Politeknik Kuala Terengganu. Dua aspek telah dikaji bagi
menjawab persoalan kajian iaitu penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik dan kemudahan prasarana
ICT sedia ada yang kerap digunakan dalam kalangan pensyarah bagi pengajaran kursus matematik. Sampel kajian
terdiri daripada 12 orang pensyarah di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK). Kajian ini menggunakan
teknik tinjauan iaitu soal selidik terhadap para pensyarah. Analisis data dilakukan dengan menggunakan ¡®Microsoft
Excel¡¯ dan analisis peratusan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan peralatan ICT untuk persediaan pengajaran
hanya mencatat 38.1% manakala kemudahan prasarana ICT secara keseluruhannya menunjukkan 65.6%. Hasil
dapatan juga mendapati kemudahan peralatan ICT seperti scanner, kamera video digital dan LCD Projector di
Politeknik Kuala Terengganu perlu dipertingkatkan memandangkan pendapat pensyarah terhadap kemudahan
tersebut tidak disediakan menunjukkan peratusan yang agak tinggi. Sehubungan itu, pihak pengurusan PKT diharap
dapat meningkatkan kemudahan prasarana peralatan ICT, dengan anggapan menggalakkan pensyarah menggunakan
peralatan terkini dalam proses pengajaran di kelas.
Kata kunci: penggunaan ICT, pengajaran dan pembelajaran
Pengenalan
Secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran kursus matematik berbeza dengan kursus yang
lain di politeknik. Selain daripada memerlukan kemahiran mengira, matematik melibatkan daya
pemikiran dan kreativiti yang tinggi bagi memahami sesuatu konsep matematik dengan tepat dan
menyeluruh. Setiap pensyarah kursus matematik perlu memiliki pelbagai kemahiran dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran kursus matematik dengan mengambil kira keperluan dan tahap
pembelajaran para pelajar. Noor Azlan & Noraziah (2010) memetik kenyataan kerajaan Malaysia melalui
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam kajian mereka yang menekankan bahawa penyaluran
maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan
peralatan terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat.
Dalam pendidikan, ICT boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses dan
menyalurkan serta menyebarkan maklumat secara pantas seperti hantaran elektronik (e-mail) atau CD
2. Rom untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. ICT boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah pengajaran dan pembelajaran dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan
teknologi komunikasi seperti pengajaran berasaskan komputer.
Pernyataan Masalah
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuala Terengganu telah beroperasi lebih
sedekad yang lalu, namun kaedah pengajaran kursus matematik masih menggunakan kaedah
konvensional iaitu kaedah ¡®chalk and talk¡¯. Kaedah ini masih menjadi pilihan utama para pensyarah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus matematik di mana hasil tinjauan menunjukkan
bahawa 92% pensyarah masih menggunakan kaedah ini kerana ia mudah dan berkesan. Namun begitu,
kaedah ini tidak lagi boleh menangani secara bijak segala masalah dalam pengajaran dan pembelajaran
kursus matematik pada masa kini kerana ianya tidak dapat mempamerkan gambaran sebenar aplikasi
kursus matematik terutamanya dalam kehidupan seharian. Dengan kesedaran ini, penyelidik berpendapat
satu Kajian Persepsi Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Kursus Matematik Di Politeknik Kuala
Terengganu perlu digarap bagi mendapat maklum balas dalam kalangan pensyarah.
Persoalan Kajian
i. Sejauh mana pensyarah JMSK, PKT mengunakan ICT dalam pengajaran kursus matematik.
ii. Apakah kemudahan prasarana ICT sedia ada yang selalu digunakan dalam kalangan
pensyarah dalam pengajaran kursus matematik.
Objektif Kajian
i. Mengenal pasti kekerapan penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik.
ii. Mengenal pasti kemudahan prasarana ICT sedia ada yang selalu digunakan dalam kalangan
pensyarah dalam pengajaran kursus matematik.
Batasan Kajian
i. Responden terdiri daripada 12 orang pensyarah di JMSK, PKT Sesi Disember 2012.
ii. Tumpuan kajian hanya melibatkan penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik.
iii. Data kajian dikumpul melalui edaran soal selidik.
Sorotan Kajian
Peranan Komputer Dalam Pendidikan Masa Kini
Kaedah ¡®chalk and talk¡¯ yang digunakan dalam kursus matematik sebelum ini perlu
ditransformasikan dengan menekankan pengalaman mengajar berasaskan elektronik selari dengan
perkembangan ICT kerana tidak dapat dinafikan bahawa, komputer memainkan peranan penting dalam
sektor pendidikan masa kini. Menurut Johnson & Johnson (1996), tiga peranan komputer dalam sektor
pendidikan iaitu meningkatkan aktiviti serta kualiti pengajaran dan pembelajaran, mengautomasikan
proses pengajaran dan pembelajaran dan sebagai alat untuk memproses maklumat untuk tujuan
meningkatkan produktiviti. Kajian yang telah dibuat oleh Lederman & Niess (1999) pula menunjukkan
bahawa komputer berperanan dalam membantu pelajar mempelajari matematik dan sains dalam situasi
sebenar melalui teknologi komputer dan dibantu dengan penggunaan teknologi lain.
3. Penggunaan ICT dalam bentuk seperti komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD),
kamera video digital, internet dan lain-lain dapat membantu dalam meluaskan lagi konsep pembelajaran
dan menyediakan situasi pembelajaran yang berbeza kepada pelajar alaf baru seterusnya membawa
kepada inovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran pensyarah kursus matematik.
Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mengandungi dua bahagian iaitu teknologi maklumat
dan teknologi komunikasi. Menurut Mokhtar Ahmad (2004), teknologi maklumat ialah teknologi yang
menggunakan komputer dan perkakasan yang berkaitan. Komputer ialah sebuah alat atau peranti yang
boleh menerima kemasukan (input) data dan memprosesnya untuk dijadikan maklumat. Teknologi
komunikasi pula mengandungi peranti dan sistem elektromagnet yang membenarkan manusia berhubung
dalam jarak jauh seperti telefon, radio, televisyen dan kabel tv. Dengan bantuan komunikasi, pengguna
dapat berhubung antara satu sama lain dalam bentuk rangkaian.
ICT dan Pendidikan
Abdul Manaf Bohari (2006) menyatakan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikir, terancang dan bersesuaian demi
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.
Teknologi Komputer dan Komunikasi
Kebolehan menghubungkan komputer antara satu sama lain melalui modem atau rangkaian dan
talian komunikasi bagi menyediakan akses maklumat dalam talian dipanggil saling hubungan. Menurut
Hizamnuddin Awang (2000), antara aktiviti yang boleh dilaksanakan dengan adanya kebolehan saling
hubungan telekomunikasi ialah e-mail. O. S. Goh & Farid Ahmad (1995) mendefinisikan e-mail sebagai
perkhidmatan komunikasi data yang membolehkan penghantaran surat, memo dan dokumen dari satu
terminal atau komputer ke terminal atau komputer lain. Maklumat atau mesej boleh dihantar, disimpan
dan didapatkan kembali apabila diminta. E-mail dapat ditakrifkan sebagai memo, surat dan mesej yang
dihantar secara elektronik daripada pengguna komputer kepada pengguna komputer melalui rangkaian
Intranet dan Internet.
Selain e-mail, Hizamnuddin Awang (2000) menyatakan bahawa Internet menjadi medium utama
untuk proses komunikasi dan penyaluran maklumat dalam dunia digital. Internet adalah siri rangkaian
yang saling berhubungan dan mencakupi kawasan setempat, daerah dan rangkaian kerangka utama
kebangsaan. Internet merupakan koleksi daripada ribuan rangkaian setempat dan antarabangsa yang
menghubungkan kerajaan, universiti dan agensi komersial.
Dalam abad ke-21 ini, negara memerlukan pekerja berpengetahuan termasuklah pendidik selari
dengan proses inovasi yang akan sentiasa berterusan kerana dunia kini diterajui oleh individu-individu
yang inovatif, kreatif dan mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi maklumat, Internet dan
komunikasi. Antara kelebihan internet ialah sesiapa sahaja boleh mengakses maklumat tanpa mengira
masa dan di mana sahaja mereka berada. Oleh itu, para pendidik seharusnya dapat mengambil peluang ini
untuk turut sama menyalurkan pengetahuan dan kepakaran di dalam internet supaya sumber tersebut
boleh dimanfaatkan oleh pelajar. Tambahan pula, pelajar masa kini lebih senang menghabiskan masa
4. dengan internet termasuklah untuk mencari maklumat sebagai tambahan kepada nota yang diberi oleh
pensyarah.
Metodologi
Responden dan Sampel Kajian
Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah kesemua 12 orang pensyarah di JMSK, PKT
yang mengajar pelbagai kursus matematik bermula daripada semester 1 hingga semester 6.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian adalah terdiri daripada borang soal selidik yang dibina bagi mendapatkan data-
data yang berkaitan dengan kajian. Terdapat dua konstruk yang telah dibina iaitu Bahagian A dan
Bahagian B. Bahagian A melibatkan penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik manakala
Bahagian B adalah berkenaan dengan kemudahan prasarana ICT sediaada yang selalu digunakan dalam
kalangan pensyarah dalam pengajaran kursus matematik. Borang soal selidik ini dibina menggunakan
skala YA atau TIDAK.
Analisis Data
Soal selidik yang telah lengkap diisi oleh responden dan dianalisa menggunakan analisa
skor peratusan di mana Microsoft Excel 2007 digunakan. Bahagian A dianalisa untuk
mengetahui latar belakang sampel secara deskriptif manakala Bahagian B pula dianalisa dalam
bentuk kekerapan dan peratusan.
Dapatan Kajian
Dapatan kajian adalah berdasarkan kepada jawapan responden melalui borang soal selidik yang
telah diedarkan. Berikut adalah dapatan kajian yang telah diperolehi.
Demografi Responden
Merujuk Jadual 1, jumlah keseluruhan responden bagi kajian ini adalah seramai 12 orang
melibatkan 6 pensyarah lelaki dan 6 pensyarah perempuan. Majoriti responden adalah berkelulusan
sarjana muda manakala selebihnya adalah berkelulusan sarjana dan doktor falsafah. Bidang pengkhususan
reponden terdiri daripada pelbagai disiplin pengajian di mana 66.7% daripada responden adalah dari
bidang Kejuruteraan, diikuti oleh bidang Teknologi Maklumat (16.7%). Bidang matematik dan sains
gunaan mencatatkan peratus terendah iaitu 8.3%. Dari segi pengalaman mengajar kursus matematik pula,
sebanyak 83.4% pensyarah mempunyai pengalaman selama 10 tahun ke bawah, manakala selebihnya
adalah mereka yang berpengalaman mengajar lebih dari 16 tahun.
Jadual 1 Demografi responden
DEMOGRAFI
BILANGAN
RESPONDEN
PERATUSAN
(%)
Jantina
Lelaki 6 50%
Perempuan 6 50%
5. Kelulusan
Diploma 0 0%
Ijazah 7 58.3%
Sarjana 4 33.3%
PHD 1 8.3%
Bidang Pengkhususan
Matematik 1 8.3%
Sains Gunaan 1 8.3%
Kejuruteraan Elektrik 6 50%
Kejuruteraan Awam 2 16.7%
Kejuruteraan Mekanikal 0 0%
Teknologi Maklumat 2 16.7%
Lain-Lain 0 0%
Pengalaman Mengajar Matematik
1-5 tahun 8 66.7%
6-10 tahun 2 16.7%
11-15 tahun 0 0%
16-20 tahun 1 8.3%
21 tahun ke atas 1 8.3%
Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Kursus Matematik
Berdasarkan Jadual 2, peratus penggunaan ICT dalam kalangan pensyarah JMSK secara
keseluruhannya mencatat 38.1%. Peratusan yang rendah ini disumbangkan oleh item A4 hingga A6 iaitu
pensyarah menggunakan e-mail untuk memuat naik tugasan dan menyampaikan maklumat terkini kepada
pelajar yang mencatat 8.33%. Begitu juga dengan peratusan penggunaan facebook sebagai medium untuk
berkongsi maklumat dengan pelajar dan menggunakan e-mel untuk memuat naik nota kepada pelajar iaitu
sekadar mencatat 16.67%. Namun demikian, semua pensyarah didapati melayari internet untuk mencari
sumber rujukan tambahan. Hasil daripada dapatan di atas mendapati kebanyakan pensyarah menggunakan
internet dalam membuat persediaan pengajaran tetapi kurang menggunakan email dan facebook dalam
menyampaikan tugasan dan maklumat terkini kepada pelajar. Kebanyakan pensyarah masih gemar
mengedarkan tugasan kepada pelajar secara manual iaitu dalam bentuk hardcopy, manakala maklumat
terkini seperti makluman perubahan kelas disampaikan melalui medium lain seperti talian telefon atau
pesanan melalui wakil kelas di mana berisiko berlakunya keciciran maklumat.
Jadual 2 Penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik
ITEM DESKRIPSI
YA TIDAK
BIL % BIL %
A1
Saya melayari internet untuk mencari sumber rujukan tambahan
bagi memantapkan pengajaran.
12 100 0 0
A2
Saya menggunakan Slaid Power point dalam menyampaikan
kuliah.
7 58.33 5 41.67
A3
Saya menggunakan LCD Projector dalam menyampaikan
kuliah.
7 58.33 5 41.67
A4
Saya menggunakan e-mel untuk memuat naik nota kepada
pelajar .
2 16.67 10 83.33
A5 Saya menggunakan e-mel untuk memuat naik tugasan kepada 1 8.33 11 91.67
6. pelajar.
A6
Saya menggunakan e-mel untuk menyampaikan maklumat
terkini kepada pelajar .
1 8.33 11 91.67
A7
Saya menggunakan facebook sebagai medium untuk berkongsi
maklumat dengan pelajar saya.
2 16.67 10 83.33
Peratus Keseluruhan Penggunaan ICT 38.1% 61.9%
Kemudahan Prasarana ICT Sedia ada Yang Selalu Digunakan Dalam Kalangan Pensyarah Dalam
Pengajaran Kursus Matematik.
Berdasarkan Jadual 3, semua pensyarah bersetuju bahawa mereka disediakan dengan kemudahan
capaian internet di tempat kerja, kemudahan LCD Projector, kemudahan komputer dan kemudahan
printer. Namun sebanyak 83.33% pensyarah berpendapat kemudahan scanner dan kamera video digital
tidak disediakan. Hasil daripada maklum balas juga mendapati 75% pensyarah JTMK berpendapat
kemudahan komputer tidak disediakan di bilik kuliah, manakala 33.33% menyatakan kemudahan
projector LCD tidak disediakan di bilik kuliah. Keempat-empat item ini telah menyumbang secara
keseluruhannya 34.4% maklum balas terhadap kemudahan peralatan atau prasarana tidak disediakan di
PKT.
Jadual 3: Kemudahan Prasarana ICT Dalam Pengajaran Kursus Matematik
ITEM DESKRIPSI
YA TIDAK
BIL % BIL %
B1 Kemudahan capaian Internet disediakan di tempat kerja. 12 100 0 0
B2 Kemudahan LCD Projector disediakan. 12 100 0 0
B3 Kemudahan komputer disediakan. 12 100 0 0
B4 Kemudahan printer disediakan. 12 100 0 0
B5 Kemudahan scanner disediakan. 2 16.67 10 83.33
B6 Kemudahan kamera video digital disediakan. 2 16.67 10 83.33
B7 Kemudahan komputer disediakan di bilik kuliah. 3 25 9 75
B8 Kemudahan LCD Projector disediakan di bilik kuliah. 8 66.67 4 33.33
Peratus Keseluruhan Kemudahan Prasarana ICT 65.6% 34.4%
Kesimpulan & Cadangan
Kepentingan ICT dalam konteks pengajaran masa kini tidak dapat dinafikan lagi dan menjadi
salah satu keperluan asas masyarakat moden dan prasyarat kepada kejayaan pembangunan intelek dan jati
diri di era digital ini. Dapatan kajian menunjukkan peratusan penggunaan e-mail dan facebook sebagai
medium untuk berkongsi maklumat didapati amat rendah dalam kalangan pensyarah JMSK. Peratus
keseluruhan kemudahan prasarana ICT di PKT mencatat 65.6%. Namun demikian, kemudahan peralatan
ICT seperti scanner, kamera video digital dan LCD Projector di Politeknik Kuala Terengganu perlu
7. dipertingkatkan memandangkan pendapat pensyarah terhadap kemudahan tersebut tidak disediakan
menunjukkan peratusan yang agak tinggi.
Penyelidik beranggapan bahawa kemudahan masih boleh dipertingkatkan bagi menggalakkan
pensyarah menggunakan kemudahan ICT di PKT. Namun demikian, kajian ini tidak dapat menunjukkan
korelasi antara kemudahan terhadap penggunaan ICT. Penyelidik mencadangkan kajian korelasi antara
kemudahan dan penggunaan ICT dalam pengajaran kursus matematik dilaksanakan dalam usaha
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Rujukan
Abdul Manaf Bohari (2006). Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Sebagai Alat Bantu Dalam
Pendidikan Era Maklumat. Petaling Jaya: Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Hizamnuddin Awang (2000). Komputer Memudahkan Perhubungan. Majalah PC. Bil. 40. Kuala Lumpur:
A&Z Publisher Sdn. Bhd.
Hizamnuddin Awang (2000). Belajar Sepanjang Hayat Melalui Internet. Majalah PC. Bil. 42. Kuala
Lumpur: A&Z Publisher Sdn. Bhd.
Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1996). Cooperation and the use of technology. In D. H.
Jonassen
(Ed.), Handbook of research for educational communications and technology (pp. 1017-1044).
New York: Simon and Schuster Macmillan.
Lederman, N.& Niess, M. (1999). Is It Live Or Is It Memorex? ProQuest Education Journals. 99(7),
357-
359.
Mokhtar Ahmad (2004). Pengenalan Komputer & ICT. Kuala Lumpur: Darulfikir Sdn. Bhd.
Noor Azlan Ahmad Zanzali & Noraziah Kassim @ Aziz (2010). Penggunaan ICT Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Matematik di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM. Universiti Teknologi
Malaysia.
O. S. Goh & Farid Ahmad (1995). Kamus Komputer dan Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.