Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
3. ? Sebagai bakal guru, anda perlu tahu bahawa setiap
individu itu mempunyai budaya, latar belakang
keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza.
? Dalam konteks kepelbagaian ini, pertumbuhan dan
perkembangan seseorang murid itu mempunyai
kesan yang sangat kuat dalam menyusuri arus
pembelajaran mereka.
? Kepelbagaian murid ini memberikan satu impak yang
sangat penting kepada murid untuk mencapai
kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di
sekolah.
5. ? Oleh yang demikian, pemahaman yang
mendalam akan kepelbagaian murid yang
wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi
tahapa pembelajaran mereka sahaja.
? Guru-guru seharusnya memberikan
pemerhatian yang teliti terhadap faktor-faktor
kepelbagaian murid mereka seperti yang
dinyatakan sebelum ini.
6. ? Gaya pembelajaran berbeza
? Tahap kognitif
? Jenis psikologi
? Kepintaran murid
? Pendekatan pembelajaran
? Perbezaan bakat
8. ? Kepelbagaian murid ini akan membawa kesan
kepada pembentukan kurikulum kebangsaan.
? Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum ?
? Secara etimologi, kurikulum (curriculum)
berasal dari bahasa Yunani, iaitu curir dan
curere yang bermaksud ruang tempat di mana
pembelajaran berlaku.
9. ? Mengikut Akta Pendidikan 1996, kurikulum
merupakan suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi :
? Pengetahuan
? Kemahiran
? Norma
? Nilai
? Unsur kebudayaan dan kepercayaan
10. ? Kurikulum yang digubal adalah untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
? Di samping itu, nilai-nilai moral yang diingini ke
arah kesempurnaan terhadap pemerolehan ilmu
pengetahuan dapat dipertingkatkan.
? Segala perancangan kurikulum yang telah
dirancang dan ditentukan oleh pihak sekolah
ataupun pihak atasan KPM, bertujuan untuk
memberikan peluang pembelajaran dan
pengalaman positif dan negatif kepada murid.
11. ? Dalam konteks pendidikan di Malaysia,
perancangan dan pembentukan kurikulum KBSR
dan KBSM adalah berdasarkan kepada falsafah
dan matlamat pendidikan negara.
? Kurikulum merupakan asas penting dalam
pendidikan sesebuah negara.
? Justeru, Malaysia sebagai sebuah negara
membangun memerlukan suatu kurikulum yang
kemas dan sesuai bagi mewujudkan sistem
pendidikan yang dinamik.
12. ? Dalam kurikulum kebangsaan, Sistem
Pendidikan Kebangsaan telah dipertingkatkan
seperti berikut :
? Pendidikan prasekolah
? Pendidikan rendah
? Pendidikan menengah
? Pendidikan lepas menengah
? Pendidikan tinggi
13. Kurikulum kebangsaan telah menggariskan tiga
aspek penting dalam sistem pendidikan di negara
kita iaitu :
? Wajib guna kurikulum yang sama di semua
sekolah
? Struktur dan sistem pentadbiran pendidikan
kebangsaan selaras dengan Akta Pendidikan
1996.
? Tugas dan tanggungjawab Menteri Pelajaran
terhadap pembangunan sistem pendidikan
kebangsaan lebih meluas.
14. ? Perubahan dalam kurikulum berlaku
disebabkan oleh beberapa faktor :
1. Untuk penambahbaikan
2. Berdasarkan penilaian semasa
3. Akibat faktor persekitaran
4. Kepelbagaian murid
5. Terbentuknya FPK
15. ? FPK menjadi faktor utama yang
mempengaruhi pengubahsuaian kurikulum
berpusat.
? Pelaksanaan FPK jelas berasaskan kepada
kepelbagaian murid dan memberikan implikasi
yang besar terhadap pengubahsuaian
kurikulum.
? KBSR dan KBSM merupakan hasil perubahan
kurikulum yang diaspirasikan dalam FPK.
16. ? Secara ringkasnya, antara perubahan yang jelas
terdapat dalam KBSR dan KBSM ialah :
? Kesepaduan dan keseimbangan dalam sukatan
pelajaran yang digubal.
? Penerapan nilai murni untuk melahirkan insan yang
seimbang.
? Program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan
umum diperkenalkan.
? Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan
vokasional.
17. ? Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi
kurikulum.
? Pemupukan budaya sains dan teknologi terus
ditekankan.
? Pemupukan budaya keusahawanan.
? Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu.
? Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa
Inggeris.
? Penekanan kepada melahirkan individu yang
berkeyakinan tinggi dan berdikari.
18. ? Tuntutan masyarakat
? Proses politik
? Dasar pemerintahan
? Proses pembentukan nilai
? Faktor sosial
? Potensi murid
19. ? Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut
kehendak dan desakan masyarakat.
? Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu
sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka.
? Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan
harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri
ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat
tersebut. Manakala dalam masyarakat pertanian
pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza.
20. ? Proses politik juga mempengaruhi perubahan
kurikulum.
? Buktinya setiap kali pucuk pimpinan sesebuah
negara itu bertukar, maka setiap kali itulah
kurikulum pendidikan akan dikaji semula.
? Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi
setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh
mereka.
? Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar
Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat
pemerintah.
21. ? Masalah keruntuhan moral dan jenayah di
kalangan remaja dan murid-murid semakin
meningkat.
? Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan
Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan
memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang harmonis dan seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
22. ? Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan
keperluan asas yang melibatkan kehendak seperti
keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan
kehendak penyempurnaan kendiri.
? Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat
memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar
kehendak dan keperluannya sebagai murid dan
individu dapat dipenuhi.
? Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan
menyediakan segala ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang merangsang perkembangan potensi
mereka secara menyeluruh iaitu merangkmi intelek,
jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995).
23. Sentralisasi
? kepakaran dari pusat
Melibatkan kepakaran dari seluruh negara dan
dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran.
? fokus kepada kepelbagaian individu
pasukan yang ditubuhkan perlu mengambil kira
kepelbagaian murid untuk untuk disesuaikan
dengan perkembangan kurikulum yang akan
dibentuk.
24. ? pelaksanaan di daerah dan sekolah
-pejabat pelajaran di peringkat daerah telah diberi
kuasa oleh pentadbiran pusat untuk menjalankan
sebahagian daripada aktiviti pelaksanaan dan
pentadbiran kurikulum.
-di peringkat sekolah pula, jawatankuasa kurikulum
yang dibentuk menentukan aspek kualiti dan
produktiviti pengajaran dan pembelajaran
-penyelaras setiap tingkatan bertugas mengenalpasti
prestasi akademik melalui peperiksaan dalaman.
25. ? Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa
berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam bahasa
Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
? Kerohanian dan sikap
Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai
? Kemanusiaan
-Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan
alam sekitar
setempat, negara dan global
-Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan
26. ? Ketrampilan diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum
? Fizikal dan estetika
-Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk
kesejahteraan diri
-Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan
apresiasi
? Literasi sains dan teknologi
-Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap
saintifik
-Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
-Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan
teknologi