3. FUNGSI GINJAL
ï‚¢ Buah pinggang adalah organ penting yang
mempunyai banyak fungsi.Ia memberikan
gambaran bahagian-bahagian dari saluran
kencing dengan label yang menunjuk ke
buah pinggang,ureter, dan juga pundi
kencing.Ia juga akan memastikan yang tubuh
kita bersih dari sebarang toksin.
ï‚¢ Satu lagi fungsi penting buah pinggang anda
ialah menjaga tekanan darah dan juga
jumlah sel darah merah
4. ï‚¢ Buah pinggang adalah organ yang paling
penting di dalam sistem perkencingan
anda.Ia akan memproses sekitar 200 liter
darah setiap hari dan menapis keluar
sekitar 2 liter air dan sisa-sisa
buangan.Air yang berlebihan dan sisa-sisa
buangan ini terdiri daripada urin,yang
mengalir melalui satu tiub sempit yang
dipanggil ureter.Dari ureter,urin akan
mengalir ke pundi kencing.Di situ
kandungan urin tadi akan disimpan
sehingga anda membuangnya sebagai air
kencing.
5. ï‚¢ Pada awalnya tubuh anda akan menerima kombinasi bahan
buangan dan bahan kimia yang masih boleh digunakan oleh
tubuh.Antara bahan kimia ialah natrium,fosturus dan kalium.Jika
tubuh anda kekurangan salah satu bahan kimia tadi,buah
pinggang akan melepaskan semula bahan kimia tersebut ke
dalam darah untuk mengekalkan tahap normal.
ï‚¢ Dan jika bahan kimia tadi berlebihan di dalam darah,maka buah
pinggang akan mengeluarkannya dan menjadi sebahagian
daripada urin untuk dibuang sebagai air kencing.Ini adalah cara
bagaimana buah pinggang anda mengekalkan tahap normal
bahan kimia di dalam tubuh anda.Keseimbangan yang tepat
sangat diperlukan untuk hidup,dan kandungan yang berlebihan
juga akan mendatangkan bahaya.
ï‚¢ Beberapa hormon yang dihasilkan oleh buah
pinggang membantu untuk mengekalkan keseimbangan dalam
tubuh.Antara hormon yang dikeluarkan ialah erythropoietin,
renin, dan calcitriol.
6. ï‚¢ Selain itu, Ginjal menuras darah dan
menyingkirkanbahan kumuh seperti garam
mineral, urea dan bahan buangan bernitrogen yang
terlarut dalam air berlebihan melalui
penghasilan urin.
7. KEPENTINGAN MENGEKALKAN KESIHATAN GINJAL
Ginjal. yang tidak sihat tidak dapat
menyingkirkan bahan kumuh seperti garam
mineral dan bahan kumuh lain dari darah .
Bahan kumuh yang tertinggal ini akan
terkumpul sehingga ke paras yang
berbahaya dalam darah.