際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Pembentukan Insan Berilmiah
Pada era globalisasi ini, insan yang dinamik dan mempunyai nilai-nilai murni amat
penting untuk memajukan negara. Jika dahulu, kita sering terdengar kenyataan
yang menyebut bahawa rakyat Malaysia sebagai rakyat Asia yang sangat tinggi
nilai hormat dan bersopansantun. Namun, selepas menghadapi pelbagai arus
kemajuan yang semakin pantas, nilai-nilai murni itu semakin terhakis.
Nilai murni dapat membentuk sahsiah yang unggul. Antara contohnilai murni
adalah tolong-menolong. Ketika negara kita dilanda bencana banjir yang amat
dahsyat pada Januari 2022, pelbagai badan kerajaan dan bukan kerajaan
berganding bahu untuk menolong mangsa banjir. Akhbar Berita Harian pada tarikh
26 Januari 2022, melaporkan seramai 350 sukarelawan daripada 10 pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) menyertai Program Bantuan Sukarelawan Negeri Pahang
membantu mangsa banjir di Karak Bentong.
Selain itu, kita dapat meneladani nilai menghargai masa dan berusaha
menggunakan setiap detik dan waktu dengan sebaiknya agar diisi dengan perkara
yang berfaedah, bak kata pepatah, masa itu emas. Kita akan memanfaatkan nilai
masa dalam sanubari kita dan tidak menghabiskan waktu dengan sia-sia kerana
memahami masa depan itu dibeli oleh masa sekarang seperti mana yang
diungkap oleh Doktor Samuel Johnson.
Seterusnya, penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan wajar diamalkan oleh
setiap insan bagi membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran
agama. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam
doktrin agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara dalam
kehidupan anak-anak mereka. Senario ini persis pepatah Melayu, yakni melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan
agama amat penting untuk menjana mentaliti tahap pertama dalam jiwa
masyarakat.
Di samping itu, sikap saling sayang-menyayangi amat kritikal untuk menjamin
keamanan masyarakat. Pepatah melayu ada menyatakan, hendak seribu daya,tak
hendak seribu dalih. Peranan dan tanggungjawab membentuk masyarakat
berkualiti diperkasakan melalui pelbagai medium di peringkat akar umbi. Amalan
Budi Bahasa Budaya Kita perlulah disemarakkan agar jutaan rakyat Malaysia
bersama-sama menghayati konsep jati diri. Didikan agama dan kerohanian perlu
disemai dalam diri setiap insan agar sikap saling sayang-menyayangi tidak bertepi.
Konklusinya, nilai murni merupakan asas pembentukan insan yang berilmiah.
Marilah kita sama-sama bertaut tenaga, menggembleng usaha, memupuk akhlak
mulia dalam kalangan generasi pewaris bangsa. Imam Al-Bukhari pernah berbicara
Jika kamu ingin melihat masa hadapan negara, lihatlah golongan muda yang ada
sekarang.

More Related Content

Kepentingan Nilai Murni dalam Diri Setiap Insan-pertandingan esei ayesha.docx

  • 1. Pembentukan Insan Berilmiah Pada era globalisasi ini, insan yang dinamik dan mempunyai nilai-nilai murni amat penting untuk memajukan negara. Jika dahulu, kita sering terdengar kenyataan yang menyebut bahawa rakyat Malaysia sebagai rakyat Asia yang sangat tinggi nilai hormat dan bersopansantun. Namun, selepas menghadapi pelbagai arus kemajuan yang semakin pantas, nilai-nilai murni itu semakin terhakis. Nilai murni dapat membentuk sahsiah yang unggul. Antara contohnilai murni adalah tolong-menolong. Ketika negara kita dilanda bencana banjir yang amat dahsyat pada Januari 2022, pelbagai badan kerajaan dan bukan kerajaan berganding bahu untuk menolong mangsa banjir. Akhbar Berita Harian pada tarikh 26 Januari 2022, melaporkan seramai 350 sukarelawan daripada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai Program Bantuan Sukarelawan Negeri Pahang membantu mangsa banjir di Karak Bentong. Selain itu, kita dapat meneladani nilai menghargai masa dan berusaha menggunakan setiap detik dan waktu dengan sebaiknya agar diisi dengan perkara yang berfaedah, bak kata pepatah, masa itu emas. Kita akan memanfaatkan nilai masa dalam sanubari kita dan tidak menghabiskan waktu dengan sia-sia kerana memahami masa depan itu dibeli oleh masa sekarang seperti mana yang diungkap oleh Doktor Samuel Johnson. Seterusnya, penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan wajar diamalkan oleh setiap insan bagi membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan anak-anak mereka. Senario ini persis pepatah Melayu, yakni melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan
  • 2. agama amat penting untuk menjana mentaliti tahap pertama dalam jiwa masyarakat. Di samping itu, sikap saling sayang-menyayangi amat kritikal untuk menjamin keamanan masyarakat. Pepatah melayu ada menyatakan, hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih. Peranan dan tanggungjawab membentuk masyarakat berkualiti diperkasakan melalui pelbagai medium di peringkat akar umbi. Amalan Budi Bahasa Budaya Kita perlulah disemarakkan agar jutaan rakyat Malaysia bersama-sama menghayati konsep jati diri. Didikan agama dan kerohanian perlu disemai dalam diri setiap insan agar sikap saling sayang-menyayangi tidak bertepi. Konklusinya, nilai murni merupakan asas pembentukan insan yang berilmiah. Marilah kita sama-sama bertaut tenaga, menggembleng usaha, memupuk akhlak mulia dalam kalangan generasi pewaris bangsa. Imam Al-Bukhari pernah berbicara Jika kamu ingin melihat masa hadapan negara, lihatlah golongan muda yang ada sekarang.