kepentingan pembelajaran sidang video dalam pendidikan.
1 of 2
Downloaded 16 times
More Related Content
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.
1. TINJAUAN LITERATUR
Kebaikan Pembelajaran Melalui Sidang Video.
Teknologi sidang video mempunyai keistimewaan tersendiri, iaitu membenarkan
proses pembelajaran berlaku secara langsung tanpa melibatkan pelajar yang ramai berada di
satu tempat kerana teknologi ini dapat menghubungkan satu lokasi ke lokasi yang lain.
Siti Hajar Halili, Shukri Sulaiman & Mohd Razha Abd. Rashid (2011) dalam jurnal
mereka telah menyenaraikan kepentingan streaming video, diantaranya:
Antara keistimewaan lain penggunaan teknologi ini adalah bersifat interaktif,
berupaya mewujudkan proses pembelajaran yang hampir sama dengan pembelajaran
bersemuka, dapat merakam setiap sesi sidang video dan sebagainya (Shaffe 2000). Darvina
(2003), penggunaan media sebagai alat bantu bukan sahaja dapat menarik minat pelajar
untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik, tetapi juga
membantu meningkatkan pemahaman pelajar dan memudahkan pendidik menyampaikan
ilmu. Ahmad Rozhan & Abdul Rahman (1999) tentang kesedaran terhadap potensi teknologi
sidang video mendapati para pelajar menerima baik program video dengan memberikan
maklum balas positif terhadap beberapa aspek yang diutarakan. Kewujudan peningkatan
rangkaian jalur lebar, kemudahan mengakses internet, dan kemudahan peralatan dan
perisian audio dan video yang mesra pengguna telah menjadikan media sebagai satu
penyelesaian yang praktikal untuk menyampaikan isi kandungan pengajaran dan
pembelajaran (Martindale, 2002). Pengajaran melalui ‘streaming video’ boleh digunakan
samada secara siaran langsung atau secara rakaman.
Kewujudan peningkatan rangkaian jalur lebar, kemudahan mengakses internet, dan
kemudahan peralatan dan perisian audio dan video yang mesra pengguna telah menjadikan
media tersebut sebagai satu penyelesaian yang praktikal untuk menyampaikan isi
kandungan pengajaran dan pembelajaran (Martindale, 2002). Pengajaran melalui ‘streaming
video’ boleh digunakan samada secara siaran langsung atau secara rakaman. Selain itu, lebih
berpusatkan pelajar dimana pelajar aktif dan memainkan peranan penting dalam
pembelajaran mereka (Koran, 2002). Pelajar mampu mengawal pembelajaran mereka dan
belajar berdasarkan tahap kebolehan mereka sendiri (LTSN Generic Center, 2003).
Siti Faizzatul (2011) juga telah mengetengahkan kepentingan streaming video
seperti:,
Memudahkan guru dan pelajar mengakses, tanpa memilih masa, hala tuju serta
kandungan pembelajaran mereka secara sendiri (Rahimi, Zawawi & Wan Nordin, 2005; LTSN
Generic Centre, 2003). Guru dapat menghasilkan dan merancang bahan pengajaran dan
pembelajaran secara profesional dengan menyelitkan ciri-ciri multimedia seiring dengan
zaman teknologi masa kini agar dapat melahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan dan menarik (Garrison, 2001; LTSN Generic Centre, 2003). Proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara terus dan dapat dilihat dengan jelas
melalui tayangan (Schmerbeck, 2000; Weiser, 2002).
Main Rindam & Noresah Abdul Malek (2007), telah menyatakan kepentingan
streaming video iaitu, teknologi video dan audio streaming ini membawa pendidikan
2. TINJAUAN LITERATUR
Kebaikan Pembelajaran Melalui Sidang Video.
geografi ke pejabat, rumah malah ke bilik tidur pelajar secara langsung atau secara
permintaan (on demand). Teknologi ini membolehkan sesiapa sahaja mengikuti P & P tanpa
sempadan. Keterbatasan teknologi buat masa ini menghadkan hubungan dua hala (pelajar
memerlukan peralatan tambahan headphone dan microphone) menerusi internet.
Keupayaanteknologi streamingvideoini diakuiolehTaralynnHartsell AndSteveChi-YinYuen
Hartsell (2006) dengan mengutarakan beberapa pandangan, diantaranya ialah :
Video’s face-to-face context engages the students, and can effectively capture cultural
context to enhance the learning experience (Stilborne & MacGibbon, 2001). Streaming video can be
used for live instructional broadcasts or recorded instructional activities and can grab learners’
attention and present information that is easy to absorb. Streaming media is also highly effective in
motivating, training, and instructing (Joint Information Systems Committee, 2002).
Edna Bravo,MihaelaEnache,VicencFernandezdanPepSimo(2010) telahmemetikbeberapa
pendapat bagi membuktikan kepentingan video streaming iaitu,
Streaming video is a term applied to the compression and buffering techniquesthatallow one
to transmit and view video in real-time through the Internet (AboutVideoEditing, 2003a).
Global student collaboration: Research shows that it is through interaction with other peers
thatdeeper and moresophisticated learning can occur.Video technologiescan help students connect
with peers located in different campuses and in different countries so that they can interact with
different cultures, exchanging information and learning from each other.
RUJUKAN
Edna Bravo, Mihaela Enach , Vicenc Fernandez, Pep Simo. (2010). An innovative teaching practice
based on online channels: A qualitative approach. World Journal on Educational Technology Vol 2,
issue 2 (2010) 113-123. Retriedon3 April 2015 at www.world-education-center.org/index.php/wjet.
Hartsell, T., & Yuen, S. (2006). Video Streaming in Online Learning. AACE Journal, 14(1), 31-43.
Siti Faizzatul Aqmal Binti Mohamad Mohsin & Razali Bin Hassan. (2010). Pengajaran dan
Pembelajaran berasaskan ‘Streaming Video’ bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar
Abad ke-21. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan
Latihan Teknik Dan Vokasional.
Siti Hajar Halili, Shukri Sulaiman & Mohd Razha Abd. Rashid. (2011). Keberkesanan Proses
Pembelajaran Menggunakan Teknologi. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011): 55-65.