際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK, MIRI.
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
P&P BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER
POWERPOINT SLIDE ANIMASI
(BMM3105)
NAMA: RANDI ANAK IMBA
ANGKA GILIRAN: 2011022360174
NO KP: 730305-13-5251
KUMPULAN : BAHASA MELAYU (PPGBMM3)
PENSYARAH : EN.SIA PONG WON
JABATAN : PENGAJIAN MELAYU
E-MAIL: randi730305@yahoo.com
No H/P: 0107859495
TARIKH SERAHAN: 06.10.2012
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
RANDI ANAK IMBA
RABI ANAK IMPEN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98009 MIRI
2013
i
PENGAKUAN
Kami akui kerja kursus ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya akan kami jelaskan sumbernya
Tarikh :18.03.2013 Tandatangan :
Nama Calon : RANDI ANAK IMBA
Nombor KP : 730305-13-5251
Tarikh : 18.03.2013 Tandatangan :
Nama Calon : RABI ANAK IMPEN
Nombor KP : 730211-13-5509
ii
PENGHARGAAN
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kami kepada pensyarah iaitu Pn.Ainah Bte. Julhee
kerana telah memberikan bimbingan kepada kami dengan menyumbangkan idea serta memberi
pendapat bagi menyiapkan kerja kursus ini.
Terima kasih juga sekali lagi diucapkan kepada ahli keluaraga kami kerana telah
memberikan dorongan, galakan serta motivasi dalam kami meneruskan tugasan membuat
tugasan ini.
Tidak ketinggalan setinggi-tinggi terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak sekolah
kerana kata-kata perangsang dan dorongan yang membina sepanjang kami mencari maklumat
berkaitan tugasan ini.. Selain itu juga kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah memberikan sumbangan dan jasa baik mereka
dengan memberikan idea serta dijadikan sebagai rujukan dalam menyiapkan tugasan ini.
iii
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Tajuk / Judul i-ii
2 Pengakuan iii
3 Penghargaan iv
4 Isi Kandungan v
5
1.0 Konsep,objektif dan rasional pendidikan pemulihan
dan pengayaan.
1.1 Pengenalan
1.2 Konesp Pendidikan Pemulihan
1.3 Objektif dan Rasional Pendidikan Pemulihan
1.4 Objektif Pengayaan
1.5 Rasional Pengayaan
1 - 4
6 2.0 Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran Murid
Pemulihan
4 - 5
7
3.0 Cara Mengelola dan Strategi Pengajaran Pemulihan
3.1 Strategi Pelaksanaan Pemulihan
3.2 Panduan Mentadbir Ujian Diagnostik(Inventori)
5 - 9
8 4.0 Rancangan Pengajaran Harian dan Bahan Bantu
Mengajar Pendidikan Pemulihan
10 - 17
9
5.0 Instrumen Pentaksiran dan Penilaian Pendidikan
Pemulihan dan Pengayaan.
5.1 Senarai Semak Penguasaan Murid Pemulihan
5.2 Senarai Semak Penguasaan Aktiviti Pengayaan
18 - 21
10
6.0 Penutup
6.1 Kesimpulan
6.2 Refleksi Individu
22 - 24
11 7.0 Bibliografi 25
12
LAMPIRAN
i)JPT
ii) Jadual Kerja
iii) Borang Kolaborasi
iv) Bahan-bahan Rujukan
iv
1.0 Pengenalan
Ilmu linguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa secara ilmiah atau secara saintifik.
Abdullah Hassan (2009), memberikan pendapat bahawa ,kajian bahasa merupakan satu kajian
yang sama dengan bidang- bidang kajian sains lainnya yang memerlukan pemerhatian yang
teliti dan mendalam. Kajian bahasa sebenarnya, perlukan adanya undang- undang dan syarat-
syarat tertentu berdasarkan teori- teori yang tertentu juga. Dengan perkataan lain kajian bahasa
sepatutnya dilakukan berdasarkan data- data yang empirikal dan dapat dijadikan kenyataan.
Hasil analisis yang dijalankan mestilah konsisten iaitu tidak bercanggah satu sama lain. Hasil
analisis adalah rumus- rumus yang berupa peraturan- peraturan bahasa yang perlu ringkas,
tepat dan padat sifatnya.
Perkembangan ilmu linguistik dalam abad ke-20 dapatlah dianggap sebagai zaman
perkembangan linguistik moden. Kajian linguistik pada zaman ini dijalankan berdasarkan
kaedah penyelidikan sains. Kajian ke atas bahasa juga dibuat dengan teliti dan sistematik serta
berasaskan pemerhatian yang objektif. Dapatan daripada penyelidikan dalam bentuk undang-
undang, tatabahasa dan boleh diuji kebenaran atau ketepatannya oleh pengkaji- pengkaji yang
lain. Kini telah ramai ahli bahasa atau pakar-pakar bahasa telah muncul dalam zaman ini
dengan pelbagai pembaharuan dalam aspek pengkajian bahasa. Antaranya ialah Ferdinand de
Saussure, Leonard Bloomfield dan Noam Chomsky. Mereka merupakan ahli bahasa yang
ternashyur di dunia.
Menurut Asmah Haji Omar (1993) beliau mengatakan bahawa ilmu linguistik mempunyai
bidang pengkajian yang sangat luas. Pengkajian bahasa boleh dilakukan dari pelbagai aspek.
Berdasarkan aspek- aspek tertentu yang dijalankan dalam pengkajian bahasa, ilmu linguistik
dapat berdiri sebagai salah satu daripada disiplin- disiplin iaitu linguistik umum, linguistik
deskriptif, linguistik komparatif dan linguistik sejarah.
2.0 Pendapat Tentang Konsep dan Bidang Linguistik
2.1 Pemikiran Leonard Bloomfield Dalam Bidang Linguistik
Bloomfield (1887  1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme
yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau
berpendapat bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala
unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila
adanya rangsangan.
Secara kesimpulan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada
adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas
atau respons terhadap rangsangan itu. Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu
tingkah laku manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu
kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan
dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialahLanguage (1933).
2.2 Pemikiran Ferdinand de Saussure Dalam Bidang Linguistik
Ferdinand de Saussure (1857  1913) ialah pakar bahasa yang mengasaskan ilmu linguistik
moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden telah terbukti melalui
penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden.
揃 Dalam sejarah ilmu linguistik moden, Ferdinand de Saussure merupakan orang pertama
yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut
yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa
pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui
oleh bahasa serta perubahan-perubahan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.
揃 De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep langue dan
parole. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang
dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. Ketokohan beliau adalah hasil
penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun
1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah
mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut
yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.
3.0 Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik
Bila kajian bahasa bermula? Mengikut catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang
bahasa telah berlaku seawal 800 tahun dahulu iaitu sebelum masihi yang berlaku di India.
Namun, titik permulaan kajian ilmu linguistik difahamkan berlaku pada zaman Yunani. Perkaral
ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada
hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17.
Kehebatan orang Yunani dalam hal menmbuat kajian tentang bahasa adalah
berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di
Eropah.
3.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom
Sejaran ilmu linguistik,menyatakan bahawa golongan pertama yang bergiat dalam bidang
pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani adalah tamadun terawal yang
pernah wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti
bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan pengkajian bahasa zaman ini bermula kira-kira
500 tahun sebelum masihi.
Oleh kerana kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang
bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula
pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan
satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat
ketika itu.
Salah seorang tokoh hebat dalam perkara berkaitan pengkajian bahasa pada zaman
Yunani ialah Plato dan Aristotle. Aristole sendiri adalah murid kepada Plato. Plato (427  347)
adalah ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu
masalah dan persoalan dalam karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus
telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang
mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis
yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah
menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau
konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang
tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan
fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada
perbuatan.
Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384  322 sebelum masihi
dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau
memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh
Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala
atau tensedalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi
bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu
sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek
tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi
subjek logika.
Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih
tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan
bukannya saintifik. Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik
zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada
abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat
perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada
waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan
membahagikan perkataan kepada adverb,participal, ganti nama dan kata depan. Para
sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif
yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.
Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom.
Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah
anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin.
Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa
daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada
perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka
amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa
selepas zaman itu.
3.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India
Perkembangan linguistik zaman pertengahan adalah dikenali juga sebagai zaman
Renaissance. Pada zaman ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa
vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen
untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik
sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada
era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan.
Pada era ini, teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara
bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa
pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama
bahasa Inggeris.
Pada zaman Arab, bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di
dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir
pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin
mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Quran dan hasilnya perkembangan ilmu
fonetik Semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk
dijadikan bahan rujukan.
Seterusnya ialah, sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini bahasa
Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan
kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka
lebih baik daripada kajian pada zaman Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis.
Sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa
pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut
mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan
melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud
perkataan juga hampir sama.
3.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden
Zaman Linguistik Bandingan dikatakan permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad
ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan
sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian
dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa
hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu
rumpun yang sama.
Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di
dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga
kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud
yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih
cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih
sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut mengeluarkan
satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.
4.0 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Saintifik
Bahasa Melayu saintifik tidak hanya terhad kepada pengertian Sains tetapi juga bidang sains
sosial. Sehubungan dengan itu perkataan saintifik mempunyai maksud dengan perkataan
akademik. Menyebut sahaja mengenai perkataan saintifik,majoriti orang hanya memikirkan
istilah. Istilah sebenarnya merupakan hanya salah satu daripada banyak ciri bahasa saintifik
yang dapat dilihat daripada pelbagai segi termasuklah laras dan gaya bahasa serta juga modus
dan teks. Contoh penggunaan bahasa Melayu saintifik ialah melibatkan kata sifat, kata kerja
dan kata nama. Kebanyakan perkataan bahasa Melayu saintifik ini dipinjam daripada bahasa
Inggeris dan ejaannya diubahsuai untuk membuat penyesuaian dari segi sebutan.
Dalam konteks semasa, penggunaan bahasa Melayu yang sempurna adalah
berdasarkan hakikat bahawa sesuatu bahasa itu adalah bahasa yang baik, mudah dan praktis,
bahasa yang berkesan, bahasa yang indah dan bahasa yang mempunyai sifat keintelektualan
bahasa. Bagi memastikan bahasa Melayu dapat digunakan dalam pelbagai bidang dan menjadi
bahasa wahana ilmu, dua aspek perlu diusahakan iaitu keintelektualan dan kesempurnaan
bahasa. Keintelektualan bahasa ialah keupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah
dengan tepat dan berkesan, berkeupayaan mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan
fikiran. Menurut Havranek(1984),klimaks pencapaiaan tahap keintelektualan bahasa dapat
dicapai melalui pembinaan dan pengayaan kosa kata serta struktur tatabahasa. Manakala ciri
bahasa yang mencapai tahap kesempurnaan ialah kecendekiaan, kepelbagaian, kelenturan,
kepraktisan, keberkesanan, ketertiban, kesederhaan ketekalan, keberadaban dan keindahan.
Setelah tiga puluh tahun dirancang dengan begitu rapi, perkembangan yang positif di
dalam penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat di dalam bidang ilmiah. Penggunaan bahasa
Melayu di dalam bidang sains sosial telah lama wujud, malahan lebih awal daripada zaman
kegemilangan kerajaan Melayu Srivijaya, Acheh dan Melaka. Bahasa Melayu telah digunakan
dengan banyaknya di dalam konteks agama, sastera dan budaya. Ukuran kejayaannya tidak
mudah dapat difahami kerana penggunaannya terhad kepada bidang-bidang itu sahaja dan
tidak pernah dikembangkan ke bidang-bidang lain. Oleh itu, usaha menggunakan bahasa
Melayu di dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan ini juga adalah jauh lebih mudah kerana
bahasa tersebut telah lama digunakan untuk tujuan ini, walaupun tidak abstrak dan sukar
berbanding dengan sains dan teknologi.
Bahasa Melayu ilmiah ini dapat dilihat melalui beberapa ciri umum iaitu peristilahan,
tatabahasa, laras dan lain-lain. Berikut diperturunkan senarai istilah kosa kata bahasa Melayu
ilmiah yang banyak bilangannya dan khusus sifatnya. Kamus Dewan yang diterbitkan pada
tahun 1970, iaitu edisi kedua tahun 1980, hanya berupaya mencipta 28,000 kata masukan,
tetapi istilah yang sudah dicipta oleh DBP setakat ini, untuk semua bidang telah mencapai
477,300 (Berita Peristilahan, Mei 1986). Setiap satu bidang ilmu terdapat sejumlah
peristilahannya sendiri dan mempunyai maknanya yang tersendiri pula. Di dalam hal penciptaan
istilah ternyata bahawa istilah, walaupun banyak iaitu berjumlah 487,249 dan meliputi 36
bidang, namun kerja-kerja menokok tambah jumlah istilah terus berjalan.
Bahasa Melayu ilmiah sekarang menampung kemasukan Latin dan Yunani yang
dipinjam melalui bahasa Inggeris. Jika dilihat jumlah imbuhan di dalam bahasa Melayu iaitu
sebanyak 22 buah semuanya maka kita menyentujui dan mengerti bahawa bilangan imbuhan
yang sedikit ini tentu sekali tidak dapat menampung banyak fungsi keseluruhan di dalam
bahasa Melayu. Bilangan imbuhan yang sedikit ini menampung pelbagai fungsi, misalnya [ ter-]
yang menunjukkan tidak sengaja itu dipakai di dalam terserapkan, terbalikkan, untuk
membawa maksud boleh. Jika dilihat maksud negatif imbuhan berikut digunakan di dalam
bahasa Inggeris [ a-, in-, un-, ab-, an-, ir-, non-] , semuanya menunjukkan penafian. Di dalam
bahasa Melayu hanya terdapat dua jenis negatif, itu bukan dan tidak, jadi mudah apabila
hendak digunakan di dalam ayat.
Dewasa ini, kosa kata di dalam bahasa Melayu ilmiah sudah bertambah banyak dan
khusus sifatnya. Kita tidak mengetahui semua istilah untuk menulis atau bertutur, tetapi perlu
mengetahui bidang pengkhusuan kita. Misalnya, kalau bidang saya linguistik, saya hanya
menumpukan dan memberi perhatian kepada istilah linguistik sahaja, tidak yang lain.
4.1 KEBERKESANAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA SAINTIFIK
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pembentukan tamadun bangsa kini makin tercabar
di negara kita. Ini kerana sikap sesetengah pihak yang memandang remeh terhadap kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekali gus meminggirkan peranan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dalam konteks negara bangsa. Bahasa Melayu kini mula
mengalami perubahan ketara apabila bahasa Inggeris mulai digunakan sebagai bahasa
pengajaran dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Ia juga telah menafikan kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Banyak usaha telah, sedang, dan akan dijalankan bagi mempertahan dan memantapkan
penggunaan bahasa Melayu agar tidak lenyap di telan zaman. Ketua Eksekutif Yayasan
Karyawan Datuk Dr. Hassan Ahmad ketika membentangkan kertas kerja Masalah Bahasa Atau
Masalah Pengguna Bahasa? Membetulkan Sikap dan Persepsi Manusia Terhadap Bahasa
Melayu, di DBP di Kuala Lumpur.
Kita tidak mahu negara ini menjadi negara maju dalam tahun 2020 tetapi bangsa
Melayu hilang martabat dan kuasa sebagai bangsa yang cemerlang dan maju disebabkan
bahasanya tidak dijadikan alat utama dalam proses itu. Penggunaan bahasa Melayu dalam
sektor pentadbiran kerajaan tidak dianggap sebagai agenda penting dalam perancangan
bahasa Melayu di negara ini,. Jika dilihat dari segi fungsinya, bahasa Melayu sebenarnya
sudah maju sebagai bahasa pembentuk tamadun tinggi di rantau ini di mana ia telah dapat
merentas sempadan geografi dan etnik bahasa. Namun kepentingan fungsi bahasa Melayu,
dimusnahkan oleh persepsi, sikap dan kejahilan rakyat Malaysia terhadap keupayaan bahasa
tersebut untuk mencapai kemajuan negara dalam era globalisasi ini. Sewaktu membentang
kertas kerja Bahasa Melayu Setengah Abad Lalu dan Setengah Abad Mendatang: Upaya
Pemerkasaannya, Prof. Dr. Awang Sariyan menyatakan : Secara jelas bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu dan bahasa Pengucapan intelektual akan terhakis sehingga tidak mustahil
bahasa Melayu hanya dikenali sebagai bahasa komunikasi sehari-hari . Situasi itu berlaku
kerana kurangnya pengertian terhadap peranan bahasa Melayu dalam pembentukan konsep
kebangsaan dan kenegaraan walaupun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi sudah pun dinobatkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Daripada pandangan dua tokoh bahasa di atas, maka seharusnya kita mengembalikan
peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi agenda penting dalam
membentuk dan membina negara bangsa. Seperti yang kita sedia maklum, bahasa Melayu
berupaya menjadi lambang yang signifikan bagi kewujudan entiti politik, jati diri bangsa dan
perpaduan kepada negara kita. Oleh yang demikian, kita sewajarnya bangga kerana dengan
adanya kekuatan bahasa Melayu maka terbentuklah kesatuan sikap, pemikiran, sistem nilai
pandangan sarwa dalam kalangan warga Malaysia. Justeru, berbanggalah menjadi warga
negara Malaysia karena kita memiliki bahasa sendiri, iaitu bahasa Melayu yang mampu
mendukung budaya bangsa, berkembang seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan.
Pelbagai peranan atau fungsi telah dilakukan oleh ahli bahasa di negara kita dan pihak
kerajaan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu untuk digunakan dalam pelbagai bidang
tanpa meminggirkan bahasa lain sebagai wadah alternatif untuk memajukan warga Malaysia di
persada dunia. Konsep bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, negara bangsa serta
peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam konteks negara bangsa perlu
difahami dan dihayati oleh setiap diri kita. Usaha memperkasa dan memartabatkan bahasa
Melayu juga perlu disertai dan disokong pelbagai pihak agar hasrat menampilkan
penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan berbahasa, dan wahana politik dalam
menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsa menjadi lebih mudah.
Menurut Havranek, di dalam Garvin (1994), sesuatu bahasa yang ingin dilihat sebagai
bahasa ilmu perlulah mempunyai ciri penting seperti keintelektual dan kesempurnaan bahasa.
Bahasa itu perlu mampu menjelaskan hujah dan buah fikiran. Hujah dan pendapat yang hendak
disampaikan juga perlu meyakinkan dan logik. Kemuncak bahasa mencapai taraf keintelektual
an bahasa ialah apabila bahasa itu berada di kemuncak dan mampu menyimpan kata dan
boleh dicapai melalui pengembangan perbendaharaan kata dan melalui penukaran bentuk dan
corak perbendaharaan kata. Kini bahasa Melayu mulai menjadi bahasa ilmiah di Malaysia
kerana ia berfungsi sebagai bahasa ilmu yang mana mempunyai peraturan bahasa yang
lengkap.
Bahasa Melayu juga kini telah menjadi stabil dengan adanya peraturan seperti
peraturan sebutan, pemakaian imbuhan, penggunaan frasa dan ayat. Ia juga dikuatkan lagi
adanya sistem atau cara membentuk kata atau istilah-istilah. Bahasa Melayu jelas sudah
berfungsi dengan sempurna di dalam bidang sains dan teknologi. Pinjaman kata daripada
bahasa Inggeris juga banyak menjadikan bahasa Melayu lebih terbuka dan berkembang dalam
peranannya sebagai bahasa ilmu dalam pelbagai bidang.
Sifat keberkesanan bahasa Melayu disumbang juga oleh keberkesanannya memberikan
maksud yang tepat dan mudah difahami. Maka dengan ini, pada waktu ini telah banyak buku
ilmiah sama ada dalam bidang teknologi mahupun sains. Kerjasama pelbagai pihak telah
banyak membuahkan hasil dalam menjadikan bahasa Melayu digunakan di pelbagai bidang
dalam buku ilmuah. Antara yang banyak memainkan peranan ialah Dewan Bahasa dan Pustaka
di mana pada tahun 1956 banyak buku rujukan ilmiah peringkat sekolah rendah dan menengah
telah banyak dikeluarkan.
Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan juga telah mencapai demensi baru. Misalnya
sekarang ini, bahasa Melayu telah diajar di China Foreign Studies Universiti, Beijing sebagai
salah satu bahasa komunikasi. Ini telah memberi peluang kepada Dewan Bahasa dan Pustaka
dalam usaha mereka yang ingin merealisasikan hubungan bahasa dan kesusteraan di
peringkat antarabangsa. Peluang ini juga dilihat mampu menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa komunikasi yang penting dalam mengkaji peradaban di dunia.
Dalam bidang teknologi, bahasa Melayu juga telah banyak dilibatkan kerana ia bahasa
yang mudah dan mampu menyampaikan ilmu kepada pengguna. Perkara ini boleh dilihat
dengan penggunaan bahasa Melayu dalam perisian ciptaan teknologi terkini seperti komputer
dan telefon bimbit. Kemampuan bahasa Melayu dalam menyampaikan pelbagai topic
menjadikan bahasa Melayu itu lebih releven kepada semua masyarakat tidak kira di negara ini
mahupun di peringkat antarabangsa.
5.0 PENUTUP
Pandangan oleh beberapa tokoh bahasa yang konsisten tentang kepentingan bahasa Melayu,
jelas menggambarkan peri penting peranannya dalam membina tradisi keilmuan. Maka itu
Bahasa Melayu harus diperjuangkan dan diletakkan sebagai bahasa saintifik serta diguna pakai
dalam sistem pendidikan, pentadbiran malahan dalam semua agenda negara. Kita harus ingat
bahawa, bahasa Melayu ini bukan sahaja berperanan sebagai bahasa saintifik malah sebagai
satu wahana buat seluruh masyarakat Malaysia dalam usaha menyatupadukan pelbagai kaum
yang ada di dalam usaha mencapai perpaduan nasional seperti yang diharapkan semenjak
negara ini mencapai kemerdekaan kira-kira 53 tahun yang lalu. Peranan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan jelas termaktub dalam perlembagaan negara Malaysia dan telah
disepakati bersama oleh para ilmuwan sewaktu berlangsungnya Kongres Kebudayaan
Kebangsaan.
Resolusi daripada kongres tersebut telah digubal menjadi Dasar Kebudayaan
Kebangsaan pada tahun 1971 dan ini telah mengukuhkan lagi peranan Bahasa Melayu dalam
masyarakat kita. Sebagai rumusannya, bahasa Melayu telah mencapai tahap
kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa ilmu.
Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan bukan berasa
sangsi atau jijik hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri. Ini telah terbukti yang mana
Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya mampu menjadi
gergasi ekonomi dunia. Jelas sekali bahawa sesuatu bahasa tidak pernah menjadi penghalang
kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
6.0 REFLEKSI INDIVIDU
Dalam membuat tugasan ini, saya telah telah membuat beberapa persadiaan. Antaranya, saya
telah mencari beberapa bahan yang sesuai dengan tajuk. Di samping itu saya juga telah
membuat rujukan ke Perpustakaan Awam Miri. Saya juga telah meminta pandangan rakan
yang sama dalam kumpulan saya berkaitan dengan skop tajuk tugasan.
Saya juga bertukar-tukar pandangan dengan rakan terutama berkaitan isi dan
penerangan berkaitan tajuk . Bertukar-tukar idea dan pendapat ini banyak memberikan
pengetahuan kapada diri saya lebih-lebih lagi ada bahagian yang saya tidak faham. Dalam
menyelesaikan tugasan ini ,saya bahagikan masa mentadbirnya kepada beberapa peringkat.
Peringkat pertama ialah saya mengumpul bahan-bahan yang berkaitan. Peringkat kedua ialah
menaip esei ini ,manakala peringkat ketiga ialah memurnikan esei dan terakhir mencetak.
Secara keseluruhannya, tugasan ini telah saya hasilkan dengan sedaya-upaya. Hasilnya
juga telah menepati skop-skop tajuk yang dibincangkan.Maka dengan itu saya berpuas hati.
Dengan itu juga saya telah sedikit sebanyak memahami lebih dalam tentang perkara-perkara
yang berkaitan dalam tajuk ini. Saya telah lebih faham akan hal-hal yang dibincangkan tentang
kelas pemulihan dan pengayaan. Dengan memahami perkara-perkara tentang pengajaran
pemulihan dan pengayaan maka ia sangat bermakna untuk saya sebagai seorang pendidik
dalam membantu dan mengembangkan lagi pengalaman pembelajaran murid-murid.
Hati dan perasaan sangat gembira apabila tugasan ini telah selesai. Semoga melalui
tugasan ini ia dapat memberi pengetahuan dan ilmu yang berguna kepada saya dalam tugas
saya sebagai guru dan sebagai seorang warganegara. Ingin juga mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah pembimbing yang banyak membantu dalam saya memahami
kehendak tugasan ini.
Sekian, terima kasih.
NAMA: RABI ANAK IMPEN (730211135509)
KUM: PPGBMM3
Refleksi Individu
Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberi saya kesabaran dan
peluang untuk menyelesaikan tugasan yang seadanya ini. Taklimat dan penerangan tentang
tugasan ini telah diedarkan kepada kami oleh pensyarah Encik Ling ak Snelus Angking pada
28.07.2012 iaitu pada Interaksi yang kedua. Saya berasa sangat tercabar. Bermacam-macam
persoalan mula berlegar-legar di ruang kepala saya. Dalam usaha menyiapkan tugasan ini,
saya terpaksa bersaing dengan masa tambahan pula terikat dengan kerja di sekolah yang
memerlukan saya menyelesaikannya pada masa yang sama. Bagi saya kedua-duanya amanah
itu adalah penting dan saya bertekad sedaya upaya untuk menyiapkannya mengikut tempoh
yang telah ditetapkan.
Saya mula berusaha mendapatkan sumber dan berkongsi maklumat dengan rakan saya serta
melayari internet semata-mata untuk memperolehi maklumat sebanyak yang mungkin. Tanpa
membuang masa saya mula membuat perbincangan dengan rakan saya. Perbincangan kami
berkaitan dengan bahan-bahan yang telah diperolehi. Tugasan ini menjadikan saya proaktif.
Saya membahagikan masa belajar dan bekerja dengan baik. Melalui tugasan ini juga telah
mengajar saya erti kesabaran dan menghargai masa supaya tidak membuat kerja dalam
keadaan yang terdesak.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam
berkaitan dengan pengajaran pendidikan pemulihan dan pengayaan. Dengan pengetahuan
yang saya perolehi, akan saya praktikkan di sekolah agar ianya dapat membantu saya
melaksanakan kerja dengan lebih berkesan lagi. Saya benar-benar rasa bersyukur kepada
Tuhan kerana dapat menyempurnakan tugasan ini mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Semoga dengan maklumat yang diperolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini dapat membantu
dan memberi manfaat kepada saya sebagai seorang pendidik.
Sekian, terima kasih.
NAMA: RANDI ANAK IMBA (730305-13-5251)
ANGKA GILIRAN: 2011022360174
KUMP: PPGBMM3
7.0 Bibliografi
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan
Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas.
Koh Boh Boon. (1981). Pengajaran Pemulihan dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan.
Mok Soon Sang. (1991). Pedagogi 4  Pengujian dan Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Robiah Kulop Hamzah. (1992). Guru Khas Pemulihan: Fungsi dan Masalah, Satu Kajian.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://www.slideshare.net/zabidah/pemulihan-dan-pengayaan
http://www.docstoc.com/docs/91512668/Strategi-Pentaksiran-pemulihan
http://www.worldcat.org/title/penilaian-pemulihan-dan-pengayaan-dalam-pendidikan/oclc/htm.
http://www.scribd.com/doc/14586713/Penilaian-Kendalian-Sekolah-Rendah-PKSR-Pemulihan-
Pengayaan-Dan-Pendidikan-Inklusif
LAMPIRAN
JPT
Borang Kolaborasi
Jadual Kerja
Bahan-bahan Rujukan
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
NAMA PELAJAR: 1. RANDI ANAK IMBA
2. RABI ANAK IMPEN
KUMPULAN: BAHASA MELAYU PPGBMM3 SEMESTER: 3
MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU BMM 3106
PENSYARAH PEMBIMBING: EN. LING AK SNELUS ANGKING
TARIKH
PERKARA YANG
DIBINCANGKAN
CATATAN T/TANGAN
28.07.2012
Menerima soalan tugasan dan
taklimat pensyarah mata
pelajaran  En.Ling S.A
 Tugasan perlu dihantar
pada 14.09.2012
(En.Ling S.A)
29.07.2012
Memahami kehendak soalan
tugasan  berbincang dengan
rakan.
 Membuat nota ringkas
 Membuat jadual kerja (En.Randi Imba)
(En.Rabi Impen)
29.07.2012
-
05.08.2012
a) Mencari maklumat dari
internet/Perpustakaan Awam
Miri dan Pusat Sumber
Sekolah.
Bahan berkaitan
konsep,objektif dan
rasional pendidikan
pemulihan.
b) Berbincang dalam kumpulan
berkaitan dengan bahan
yang telah diperolehi.
c) Membuat jadual
kerja/borang kolaborasi
 Cetakan maklumat
internet
 Nota ringkas
 Catatan bibliografi
(En.Randi Imba)
(En.Rabi Impen)
TARIKH
PERKARA YANG
DIBINCANGKAN
CATATAN T/TANGAN
06.08.2012
-
12.08.2012
a) Menyediakan draf tugasan.
 Konsep,objektif dan
rasional pendidikan
pemulihan.
b) Berbincang dalam kumpulan
berkaitan dengan draf yang
telah dibuat.
 Berpuas hati dengan draf
yang telah dibuat.
(En.Randi Imba)
(En.Rabi Impen)
13.08.2012
-
19.08.2012
a) Mencari bahan berkaitan
dengan cara mengesan
kesukaran pembelajaran
dalam kalangan murid-
murid pemulihan.
b) Menyediakan draf cara
mengesan kesukaran
pembelajaran dalam
kalangan murid-murid
pemulihan.
c) Berbincang dalam kumpulan
berkaitan dengan draf yang
telah dibuat.
 Cetakan maklumat
internet
 Berpuas hati dengan draf
yang telah dibuat.
(En.Randi Imba)
(En.Rabi Impen)
20.08.2012
-
26.08.2012
a) Mencari bahan berkaitan
dengan cara mengelola dan
menggunakan strategi
pengajaran pemulihan.
b) Menyediakan draf cara
mengelola dan
menggunakan strategi
pengajaran pemulihan.
c) Berbincang dalam kumpulan
berkaitan dengan draf yang
telah dibuat.
 Cetakan maklumat
internet
 Berpuas hati dengan draf
yang telah dibuat.
(En.Randi Imba)
(En.Rabi Impen)
TARIKH
PERKARA YANG
DIBINCANGKAN
CATATAN T/TANGAN
27.08.2012
-
02.09.2012
a) Menyediakan rancangan
pengajaran dan bahan
bantu belajar untuk
pendidikan pemulihan.
b) Berbincang dalam kumpulan
berkaitan dengan rancangan
pengajaran dan bahan bantu
belajar yang telah dibuat.
 Berpuas hati dengan
rancangan pengajaran
dan bahan bantu belajar
yang telah dibuat.
(En.Randi Imba)
(En.Rabi Impen)
03.09.2012
-
09.09.2012
a) Membina instrumen
pentaksiran serta penilaian
bagi pendidikan pemulihan.
b) Berbincang dalam kumpulan
berkaitan dengan instrumen
pentaksiran serta penilaian
yang telah dibuat.
 Berpuas hati dengan
instrumen pentaksiran
serta penilaian yang
telah dibuat.
(En.Randi Imba)
(En.Rabi Impen)
10.09.2012
-
13.09.2012
a) Menulis refleksi kendiri
berkaitan pelaksanaan
projek.
b) Berbincang dalam kumpulan
berkaitan dengan refleksi
kendiri yang telah dibuat.
c) Memurnikan tugasan yang
telah siap ditaip.
Berbincang dalam kumpulan
selepas memurnikan
tugasan.
 Berpuas hati dengan
refleksi individu yang
telah dibuat.
 Pembetulan telah
dilakukan.
 Segala maklumat telah
lengkap.
 Lampiran yang perlu telah
dimasukkan.
 Tugasan telah dijilid
dengan kemas.
(En.Randi Imba)
(En.Rabi Impen
14.09.2012 a) Menghantar tugasan kepada
pensyarah.
Diterima dan direkodkan
(En. Ling S.A.
Kerja kursus bmm3107 3

More Related Content

Kerja kursus bmm3107 3

  • 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK, MIRI. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH P&P BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER POWERPOINT SLIDE ANIMASI (BMM3105) NAMA: RANDI ANAK IMBA ANGKA GILIRAN: 2011022360174 NO KP: 730305-13-5251 KUMPULAN : BAHASA MELAYU (PPGBMM3) PENSYARAH : EN.SIA PONG WON JABATAN : PENGAJIAN MELAYU E-MAIL: randi730305@yahoo.com No H/P: 0107859495 TARIKH SERAHAN: 06.10.2012 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
  • 2. PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH RANDI ANAK IMBA RABI ANAK IMPEN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK JALAN BAKAM 98009 MIRI 2013 i
  • 3. PENGAKUAN Kami akui kerja kursus ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya akan kami jelaskan sumbernya Tarikh :18.03.2013 Tandatangan : Nama Calon : RANDI ANAK IMBA Nombor KP : 730305-13-5251 Tarikh : 18.03.2013 Tandatangan : Nama Calon : RABI ANAK IMPEN Nombor KP : 730211-13-5509 ii
  • 4. PENGHARGAAN Kami mengucapkan jutaan terima kasih kami kepada pensyarah iaitu Pn.Ainah Bte. Julhee kerana telah memberikan bimbingan kepada kami dengan menyumbangkan idea serta memberi pendapat bagi menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga sekali lagi diucapkan kepada ahli keluaraga kami kerana telah memberikan dorongan, galakan serta motivasi dalam kami meneruskan tugasan membuat tugasan ini. Tidak ketinggalan setinggi-tinggi terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak sekolah kerana kata-kata perangsang dan dorongan yang membina sepanjang kami mencari maklumat berkaitan tugasan ini.. Selain itu juga kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah memberikan sumbangan dan jasa baik mereka dengan memberikan idea serta dijadikan sebagai rujukan dalam menyiapkan tugasan ini. iii
  • 5. ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Tajuk / Judul i-ii 2 Pengakuan iii 3 Penghargaan iv 4 Isi Kandungan v 5 1.0 Konsep,objektif dan rasional pendidikan pemulihan dan pengayaan. 1.1 Pengenalan 1.2 Konesp Pendidikan Pemulihan 1.3 Objektif dan Rasional Pendidikan Pemulihan 1.4 Objektif Pengayaan 1.5 Rasional Pengayaan 1 - 4 6 2.0 Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran Murid Pemulihan 4 - 5 7 3.0 Cara Mengelola dan Strategi Pengajaran Pemulihan 3.1 Strategi Pelaksanaan Pemulihan 3.2 Panduan Mentadbir Ujian Diagnostik(Inventori) 5 - 9 8 4.0 Rancangan Pengajaran Harian dan Bahan Bantu Mengajar Pendidikan Pemulihan 10 - 17 9 5.0 Instrumen Pentaksiran dan Penilaian Pendidikan Pemulihan dan Pengayaan. 5.1 Senarai Semak Penguasaan Murid Pemulihan 5.2 Senarai Semak Penguasaan Aktiviti Pengayaan 18 - 21 10 6.0 Penutup 6.1 Kesimpulan 6.2 Refleksi Individu 22 - 24 11 7.0 Bibliografi 25 12 LAMPIRAN i)JPT ii) Jadual Kerja iii) Borang Kolaborasi iv) Bahan-bahan Rujukan iv
  • 6. 1.0 Pengenalan Ilmu linguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa secara ilmiah atau secara saintifik. Abdullah Hassan (2009), memberikan pendapat bahawa ,kajian bahasa merupakan satu kajian yang sama dengan bidang- bidang kajian sains lainnya yang memerlukan pemerhatian yang teliti dan mendalam. Kajian bahasa sebenarnya, perlukan adanya undang- undang dan syarat- syarat tertentu berdasarkan teori- teori yang tertentu juga. Dengan perkataan lain kajian bahasa sepatutnya dilakukan berdasarkan data- data yang empirikal dan dapat dijadikan kenyataan. Hasil analisis yang dijalankan mestilah konsisten iaitu tidak bercanggah satu sama lain. Hasil analisis adalah rumus- rumus yang berupa peraturan- peraturan bahasa yang perlu ringkas, tepat dan padat sifatnya. Perkembangan ilmu linguistik dalam abad ke-20 dapatlah dianggap sebagai zaman perkembangan linguistik moden. Kajian linguistik pada zaman ini dijalankan berdasarkan kaedah penyelidikan sains. Kajian ke atas bahasa juga dibuat dengan teliti dan sistematik serta berasaskan pemerhatian yang objektif. Dapatan daripada penyelidikan dalam bentuk undang- undang, tatabahasa dan boleh diuji kebenaran atau ketepatannya oleh pengkaji- pengkaji yang lain. Kini telah ramai ahli bahasa atau pakar-pakar bahasa telah muncul dalam zaman ini dengan pelbagai pembaharuan dalam aspek pengkajian bahasa. Antaranya ialah Ferdinand de Saussure, Leonard Bloomfield dan Noam Chomsky. Mereka merupakan ahli bahasa yang ternashyur di dunia. Menurut Asmah Haji Omar (1993) beliau mengatakan bahawa ilmu linguistik mempunyai bidang pengkajian yang sangat luas. Pengkajian bahasa boleh dilakukan dari pelbagai aspek. Berdasarkan aspek- aspek tertentu yang dijalankan dalam pengkajian bahasa, ilmu linguistik dapat berdiri sebagai salah satu daripada disiplin- disiplin iaitu linguistik umum, linguistik deskriptif, linguistik komparatif dan linguistik sejarah.
  • 7. 2.0 Pendapat Tentang Konsep dan Bidang Linguistik 2.1 Pemikiran Leonard Bloomfield Dalam Bidang Linguistik Bloomfield (1887 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau berpendapat bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan. Secara kesimpulan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu. Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialahLanguage (1933). 2.2 Pemikiran Ferdinand de Saussure Dalam Bidang Linguistik Ferdinand de Saussure (1857 1913) ialah pakar bahasa yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. 揃 Dalam sejarah ilmu linguistik moden, Ferdinand de Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubahan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut. 揃 De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep langue dan parole. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah
  • 8. mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959. 3.0 Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik Bila kajian bahasa bermula? Mengikut catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun dahulu iaitu sebelum masihi yang berlaku di India. Namun, titik permulaan kajian ilmu linguistik difahamkan berlaku pada zaman Yunani. Perkaral ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam hal menmbuat kajian tentang bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. 3.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom Sejaran ilmu linguistik,menyatakan bahawa golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani adalah tamadun terawal yang pernah wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan pengkajian bahasa zaman ini bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Oleh kerana kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Salah seorang tokoh hebat dalam perkara berkaitan pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle. Aristole sendiri adalah murid kepada Plato. Plato (427 347) adalah ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan dalam karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang
  • 9. mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tensedalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb,participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka
  • 10. amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu. 3.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India Perkembangan linguistik zaman pertengahan adalah dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada zaman ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. Pada era ini, teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Pada zaman Arab, bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Quran dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik Semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Seterusnya ialah, sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada kajian pada zaman Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.
  • 11. 3.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Zaman Linguistik Bandingan dikatakan permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut mengeluarkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial. 4.0 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Saintifik Bahasa Melayu saintifik tidak hanya terhad kepada pengertian Sains tetapi juga bidang sains sosial. Sehubungan dengan itu perkataan saintifik mempunyai maksud dengan perkataan akademik. Menyebut sahaja mengenai perkataan saintifik,majoriti orang hanya memikirkan istilah. Istilah sebenarnya merupakan hanya salah satu daripada banyak ciri bahasa saintifik yang dapat dilihat daripada pelbagai segi termasuklah laras dan gaya bahasa serta juga modus dan teks. Contoh penggunaan bahasa Melayu saintifik ialah melibatkan kata sifat, kata kerja dan kata nama. Kebanyakan perkataan bahasa Melayu saintifik ini dipinjam daripada bahasa Inggeris dan ejaannya diubahsuai untuk membuat penyesuaian dari segi sebutan. Dalam konteks semasa, penggunaan bahasa Melayu yang sempurna adalah berdasarkan hakikat bahawa sesuatu bahasa itu adalah bahasa yang baik, mudah dan praktis, bahasa yang berkesan, bahasa yang indah dan bahasa yang mempunyai sifat keintelektualan bahasa. Bagi memastikan bahasa Melayu dapat digunakan dalam pelbagai bidang dan menjadi bahasa wahana ilmu, dua aspek perlu diusahakan iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Keintelektualan bahasa ialah keupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah
  • 12. dengan tepat dan berkesan, berkeupayaan mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran. Menurut Havranek(1984),klimaks pencapaiaan tahap keintelektualan bahasa dapat dicapai melalui pembinaan dan pengayaan kosa kata serta struktur tatabahasa. Manakala ciri bahasa yang mencapai tahap kesempurnaan ialah kecendekiaan, kepelbagaian, kelenturan, kepraktisan, keberkesanan, ketertiban, kesederhaan ketekalan, keberadaban dan keindahan. Setelah tiga puluh tahun dirancang dengan begitu rapi, perkembangan yang positif di dalam penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat di dalam bidang ilmiah. Penggunaan bahasa Melayu di dalam bidang sains sosial telah lama wujud, malahan lebih awal daripada zaman kegemilangan kerajaan Melayu Srivijaya, Acheh dan Melaka. Bahasa Melayu telah digunakan dengan banyaknya di dalam konteks agama, sastera dan budaya. Ukuran kejayaannya tidak mudah dapat difahami kerana penggunaannya terhad kepada bidang-bidang itu sahaja dan tidak pernah dikembangkan ke bidang-bidang lain. Oleh itu, usaha menggunakan bahasa Melayu di dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan ini juga adalah jauh lebih mudah kerana bahasa tersebut telah lama digunakan untuk tujuan ini, walaupun tidak abstrak dan sukar berbanding dengan sains dan teknologi. Bahasa Melayu ilmiah ini dapat dilihat melalui beberapa ciri umum iaitu peristilahan, tatabahasa, laras dan lain-lain. Berikut diperturunkan senarai istilah kosa kata bahasa Melayu ilmiah yang banyak bilangannya dan khusus sifatnya. Kamus Dewan yang diterbitkan pada tahun 1970, iaitu edisi kedua tahun 1980, hanya berupaya mencipta 28,000 kata masukan, tetapi istilah yang sudah dicipta oleh DBP setakat ini, untuk semua bidang telah mencapai 477,300 (Berita Peristilahan, Mei 1986). Setiap satu bidang ilmu terdapat sejumlah peristilahannya sendiri dan mempunyai maknanya yang tersendiri pula. Di dalam hal penciptaan istilah ternyata bahawa istilah, walaupun banyak iaitu berjumlah 487,249 dan meliputi 36 bidang, namun kerja-kerja menokok tambah jumlah istilah terus berjalan. Bahasa Melayu ilmiah sekarang menampung kemasukan Latin dan Yunani yang dipinjam melalui bahasa Inggeris. Jika dilihat jumlah imbuhan di dalam bahasa Melayu iaitu sebanyak 22 buah semuanya maka kita menyentujui dan mengerti bahawa bilangan imbuhan yang sedikit ini tentu sekali tidak dapat menampung banyak fungsi keseluruhan di dalam bahasa Melayu. Bilangan imbuhan yang sedikit ini menampung pelbagai fungsi, misalnya [ ter-] yang menunjukkan tidak sengaja itu dipakai di dalam terserapkan, terbalikkan, untuk membawa maksud boleh. Jika dilihat maksud negatif imbuhan berikut digunakan di dalam bahasa Inggeris [ a-, in-, un-, ab-, an-, ir-, non-] , semuanya menunjukkan penafian. Di dalam
  • 13. bahasa Melayu hanya terdapat dua jenis negatif, itu bukan dan tidak, jadi mudah apabila hendak digunakan di dalam ayat. Dewasa ini, kosa kata di dalam bahasa Melayu ilmiah sudah bertambah banyak dan khusus sifatnya. Kita tidak mengetahui semua istilah untuk menulis atau bertutur, tetapi perlu mengetahui bidang pengkhusuan kita. Misalnya, kalau bidang saya linguistik, saya hanya menumpukan dan memberi perhatian kepada istilah linguistik sahaja, tidak yang lain. 4.1 KEBERKESANAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA SAINTIFIK Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pembentukan tamadun bangsa kini makin tercabar di negara kita. Ini kerana sikap sesetengah pihak yang memandang remeh terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekali gus meminggirkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam konteks negara bangsa. Bahasa Melayu kini mula mengalami perubahan ketara apabila bahasa Inggeris mulai digunakan sebagai bahasa pengajaran dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Ia juga telah menafikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Banyak usaha telah, sedang, dan akan dijalankan bagi mempertahan dan memantapkan penggunaan bahasa Melayu agar tidak lenyap di telan zaman. Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Datuk Dr. Hassan Ahmad ketika membentangkan kertas kerja Masalah Bahasa Atau Masalah Pengguna Bahasa? Membetulkan Sikap dan Persepsi Manusia Terhadap Bahasa Melayu, di DBP di Kuala Lumpur. Kita tidak mahu negara ini menjadi negara maju dalam tahun 2020 tetapi bangsa Melayu hilang martabat dan kuasa sebagai bangsa yang cemerlang dan maju disebabkan bahasanya tidak dijadikan alat utama dalam proses itu. Penggunaan bahasa Melayu dalam sektor pentadbiran kerajaan tidak dianggap sebagai agenda penting dalam perancangan bahasa Melayu di negara ini,. Jika dilihat dari segi fungsinya, bahasa Melayu sebenarnya sudah maju sebagai bahasa pembentuk tamadun tinggi di rantau ini di mana ia telah dapat merentas sempadan geografi dan etnik bahasa. Namun kepentingan fungsi bahasa Melayu, dimusnahkan oleh persepsi, sikap dan kejahilan rakyat Malaysia terhadap keupayaan bahasa tersebut untuk mencapai kemajuan negara dalam era globalisasi ini. Sewaktu membentang kertas kerja Bahasa Melayu Setengah Abad Lalu dan Setengah Abad Mendatang: Upaya
  • 14. Pemerkasaannya, Prof. Dr. Awang Sariyan menyatakan : Secara jelas bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa Pengucapan intelektual akan terhakis sehingga tidak mustahil bahasa Melayu hanya dikenali sebagai bahasa komunikasi sehari-hari . Situasi itu berlaku kerana kurangnya pengertian terhadap peranan bahasa Melayu dalam pembentukan konsep kebangsaan dan kenegaraan walaupun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sudah pun dinobatkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Daripada pandangan dua tokoh bahasa di atas, maka seharusnya kita mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi agenda penting dalam membentuk dan membina negara bangsa. Seperti yang kita sedia maklum, bahasa Melayu berupaya menjadi lambang yang signifikan bagi kewujudan entiti politik, jati diri bangsa dan perpaduan kepada negara kita. Oleh yang demikian, kita sewajarnya bangga kerana dengan adanya kekuatan bahasa Melayu maka terbentuklah kesatuan sikap, pemikiran, sistem nilai pandangan sarwa dalam kalangan warga Malaysia. Justeru, berbanggalah menjadi warga negara Malaysia karena kita memiliki bahasa sendiri, iaitu bahasa Melayu yang mampu mendukung budaya bangsa, berkembang seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan. Pelbagai peranan atau fungsi telah dilakukan oleh ahli bahasa di negara kita dan pihak kerajaan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu untuk digunakan dalam pelbagai bidang tanpa meminggirkan bahasa lain sebagai wadah alternatif untuk memajukan warga Malaysia di persada dunia. Konsep bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, negara bangsa serta peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam konteks negara bangsa perlu difahami dan dihayati oleh setiap diri kita. Usaha memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu juga perlu disertai dan disokong pelbagai pihak agar hasrat menampilkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan berbahasa, dan wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsa menjadi lebih mudah. Menurut Havranek, di dalam Garvin (1994), sesuatu bahasa yang ingin dilihat sebagai bahasa ilmu perlulah mempunyai ciri penting seperti keintelektual dan kesempurnaan bahasa. Bahasa itu perlu mampu menjelaskan hujah dan buah fikiran. Hujah dan pendapat yang hendak disampaikan juga perlu meyakinkan dan logik. Kemuncak bahasa mencapai taraf keintelektual an bahasa ialah apabila bahasa itu berada di kemuncak dan mampu menyimpan kata dan boleh dicapai melalui pengembangan perbendaharaan kata dan melalui penukaran bentuk dan corak perbendaharaan kata. Kini bahasa Melayu mulai menjadi bahasa ilmiah di Malaysia
  • 15. kerana ia berfungsi sebagai bahasa ilmu yang mana mempunyai peraturan bahasa yang lengkap. Bahasa Melayu juga kini telah menjadi stabil dengan adanya peraturan seperti peraturan sebutan, pemakaian imbuhan, penggunaan frasa dan ayat. Ia juga dikuatkan lagi adanya sistem atau cara membentuk kata atau istilah-istilah. Bahasa Melayu jelas sudah berfungsi dengan sempurna di dalam bidang sains dan teknologi. Pinjaman kata daripada bahasa Inggeris juga banyak menjadikan bahasa Melayu lebih terbuka dan berkembang dalam peranannya sebagai bahasa ilmu dalam pelbagai bidang. Sifat keberkesanan bahasa Melayu disumbang juga oleh keberkesanannya memberikan maksud yang tepat dan mudah difahami. Maka dengan ini, pada waktu ini telah banyak buku ilmiah sama ada dalam bidang teknologi mahupun sains. Kerjasama pelbagai pihak telah banyak membuahkan hasil dalam menjadikan bahasa Melayu digunakan di pelbagai bidang dalam buku ilmuah. Antara yang banyak memainkan peranan ialah Dewan Bahasa dan Pustaka di mana pada tahun 1956 banyak buku rujukan ilmiah peringkat sekolah rendah dan menengah telah banyak dikeluarkan. Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan juga telah mencapai demensi baru. Misalnya sekarang ini, bahasa Melayu telah diajar di China Foreign Studies Universiti, Beijing sebagai salah satu bahasa komunikasi. Ini telah memberi peluang kepada Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha mereka yang ingin merealisasikan hubungan bahasa dan kesusteraan di peringkat antarabangsa. Peluang ini juga dilihat mampu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang penting dalam mengkaji peradaban di dunia. Dalam bidang teknologi, bahasa Melayu juga telah banyak dilibatkan kerana ia bahasa yang mudah dan mampu menyampaikan ilmu kepada pengguna. Perkara ini boleh dilihat dengan penggunaan bahasa Melayu dalam perisian ciptaan teknologi terkini seperti komputer dan telefon bimbit. Kemampuan bahasa Melayu dalam menyampaikan pelbagai topic menjadikan bahasa Melayu itu lebih releven kepada semua masyarakat tidak kira di negara ini mahupun di peringkat antarabangsa.
  • 16. 5.0 PENUTUP Pandangan oleh beberapa tokoh bahasa yang konsisten tentang kepentingan bahasa Melayu, jelas menggambarkan peri penting peranannya dalam membina tradisi keilmuan. Maka itu Bahasa Melayu harus diperjuangkan dan diletakkan sebagai bahasa saintifik serta diguna pakai dalam sistem pendidikan, pentadbiran malahan dalam semua agenda negara. Kita harus ingat bahawa, bahasa Melayu ini bukan sahaja berperanan sebagai bahasa saintifik malah sebagai satu wahana buat seluruh masyarakat Malaysia dalam usaha menyatupadukan pelbagai kaum yang ada di dalam usaha mencapai perpaduan nasional seperti yang diharapkan semenjak negara ini mencapai kemerdekaan kira-kira 53 tahun yang lalu. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan jelas termaktub dalam perlembagaan negara Malaysia dan telah disepakati bersama oleh para ilmuwan sewaktu berlangsungnya Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Resolusi daripada kongres tersebut telah digubal menjadi Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 dan ini telah mengukuhkan lagi peranan Bahasa Melayu dalam masyarakat kita. Sebagai rumusannya, bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa ilmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan bukan berasa sangsi atau jijik hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri. Ini telah terbukti yang mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Jelas sekali bahawa sesuatu bahasa tidak pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
  • 17. 6.0 REFLEKSI INDIVIDU Dalam membuat tugasan ini, saya telah telah membuat beberapa persadiaan. Antaranya, saya telah mencari beberapa bahan yang sesuai dengan tajuk. Di samping itu saya juga telah membuat rujukan ke Perpustakaan Awam Miri. Saya juga telah meminta pandangan rakan yang sama dalam kumpulan saya berkaitan dengan skop tajuk tugasan. Saya juga bertukar-tukar pandangan dengan rakan terutama berkaitan isi dan penerangan berkaitan tajuk . Bertukar-tukar idea dan pendapat ini banyak memberikan pengetahuan kapada diri saya lebih-lebih lagi ada bahagian yang saya tidak faham. Dalam menyelesaikan tugasan ini ,saya bahagikan masa mentadbirnya kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah saya mengumpul bahan-bahan yang berkaitan. Peringkat kedua ialah menaip esei ini ,manakala peringkat ketiga ialah memurnikan esei dan terakhir mencetak. Secara keseluruhannya, tugasan ini telah saya hasilkan dengan sedaya-upaya. Hasilnya juga telah menepati skop-skop tajuk yang dibincangkan.Maka dengan itu saya berpuas hati. Dengan itu juga saya telah sedikit sebanyak memahami lebih dalam tentang perkara-perkara yang berkaitan dalam tajuk ini. Saya telah lebih faham akan hal-hal yang dibincangkan tentang kelas pemulihan dan pengayaan. Dengan memahami perkara-perkara tentang pengajaran pemulihan dan pengayaan maka ia sangat bermakna untuk saya sebagai seorang pendidik dalam membantu dan mengembangkan lagi pengalaman pembelajaran murid-murid. Hati dan perasaan sangat gembira apabila tugasan ini telah selesai. Semoga melalui tugasan ini ia dapat memberi pengetahuan dan ilmu yang berguna kepada saya dalam tugas saya sebagai guru dan sebagai seorang warganegara. Ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing yang banyak membantu dalam saya memahami kehendak tugasan ini. Sekian, terima kasih. NAMA: RABI ANAK IMPEN (730211135509) KUM: PPGBMM3
  • 18. Refleksi Individu Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberi saya kesabaran dan peluang untuk menyelesaikan tugasan yang seadanya ini. Taklimat dan penerangan tentang tugasan ini telah diedarkan kepada kami oleh pensyarah Encik Ling ak Snelus Angking pada 28.07.2012 iaitu pada Interaksi yang kedua. Saya berasa sangat tercabar. Bermacam-macam persoalan mula berlegar-legar di ruang kepala saya. Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, saya terpaksa bersaing dengan masa tambahan pula terikat dengan kerja di sekolah yang memerlukan saya menyelesaikannya pada masa yang sama. Bagi saya kedua-duanya amanah itu adalah penting dan saya bertekad sedaya upaya untuk menyiapkannya mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Saya mula berusaha mendapatkan sumber dan berkongsi maklumat dengan rakan saya serta melayari internet semata-mata untuk memperolehi maklumat sebanyak yang mungkin. Tanpa membuang masa saya mula membuat perbincangan dengan rakan saya. Perbincangan kami berkaitan dengan bahan-bahan yang telah diperolehi. Tugasan ini menjadikan saya proaktif. Saya membahagikan masa belajar dan bekerja dengan baik. Melalui tugasan ini juga telah mengajar saya erti kesabaran dan menghargai masa supaya tidak membuat kerja dalam keadaan yang terdesak. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam berkaitan dengan pengajaran pendidikan pemulihan dan pengayaan. Dengan pengetahuan yang saya perolehi, akan saya praktikkan di sekolah agar ianya dapat membantu saya melaksanakan kerja dengan lebih berkesan lagi. Saya benar-benar rasa bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyempurnakan tugasan ini mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Semoga dengan maklumat yang diperolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada saya sebagai seorang pendidik. Sekian, terima kasih. NAMA: RANDI ANAK IMBA (730305-13-5251) ANGKA GILIRAN: 2011022360174 KUMP: PPGBMM3
  • 19. 7.0 Bibliografi Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas. Koh Boh Boon. (1981). Pengajaran Pemulihan dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan. Mok Soon Sang. (1991). Pedagogi 4 Pengujian dan Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Robiah Kulop Hamzah. (1992). Guru Khas Pemulihan: Fungsi dan Masalah, Satu Kajian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.slideshare.net/zabidah/pemulihan-dan-pengayaan http://www.docstoc.com/docs/91512668/Strategi-Pentaksiran-pemulihan http://www.worldcat.org/title/penilaian-pemulihan-dan-pengayaan-dalam-pendidikan/oclc/htm. http://www.scribd.com/doc/14586713/Penilaian-Kendalian-Sekolah-Rendah-PKSR-Pemulihan- Pengayaan-Dan-Pendidikan-Inklusif
  • 21. BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS NAMA PELAJAR: 1. RANDI ANAK IMBA 2. RABI ANAK IMPEN KUMPULAN: BAHASA MELAYU PPGBMM3 SEMESTER: 3 MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU BMM 3106 PENSYARAH PEMBIMBING: EN. LING AK SNELUS ANGKING TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN T/TANGAN 28.07.2012 Menerima soalan tugasan dan taklimat pensyarah mata pelajaran En.Ling S.A Tugasan perlu dihantar pada 14.09.2012 (En.Ling S.A) 29.07.2012 Memahami kehendak soalan tugasan berbincang dengan rakan. Membuat nota ringkas Membuat jadual kerja (En.Randi Imba) (En.Rabi Impen) 29.07.2012 - 05.08.2012 a) Mencari maklumat dari internet/Perpustakaan Awam Miri dan Pusat Sumber Sekolah. Bahan berkaitan konsep,objektif dan rasional pendidikan pemulihan. b) Berbincang dalam kumpulan berkaitan dengan bahan yang telah diperolehi. c) Membuat jadual kerja/borang kolaborasi Cetakan maklumat internet Nota ringkas Catatan bibliografi (En.Randi Imba) (En.Rabi Impen)
  • 22. TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN T/TANGAN 06.08.2012 - 12.08.2012 a) Menyediakan draf tugasan. Konsep,objektif dan rasional pendidikan pemulihan. b) Berbincang dalam kumpulan berkaitan dengan draf yang telah dibuat. Berpuas hati dengan draf yang telah dibuat. (En.Randi Imba) (En.Rabi Impen) 13.08.2012 - 19.08.2012 a) Mencari bahan berkaitan dengan cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kalangan murid- murid pemulihan. b) Menyediakan draf cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kalangan murid-murid pemulihan. c) Berbincang dalam kumpulan berkaitan dengan draf yang telah dibuat. Cetakan maklumat internet Berpuas hati dengan draf yang telah dibuat. (En.Randi Imba) (En.Rabi Impen) 20.08.2012 - 26.08.2012 a) Mencari bahan berkaitan dengan cara mengelola dan menggunakan strategi pengajaran pemulihan. b) Menyediakan draf cara mengelola dan menggunakan strategi pengajaran pemulihan. c) Berbincang dalam kumpulan berkaitan dengan draf yang telah dibuat. Cetakan maklumat internet Berpuas hati dengan draf yang telah dibuat. (En.Randi Imba) (En.Rabi Impen)
  • 23. TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN T/TANGAN 27.08.2012 - 02.09.2012 a) Menyediakan rancangan pengajaran dan bahan bantu belajar untuk pendidikan pemulihan. b) Berbincang dalam kumpulan berkaitan dengan rancangan pengajaran dan bahan bantu belajar yang telah dibuat. Berpuas hati dengan rancangan pengajaran dan bahan bantu belajar yang telah dibuat. (En.Randi Imba) (En.Rabi Impen) 03.09.2012 - 09.09.2012 a) Membina instrumen pentaksiran serta penilaian bagi pendidikan pemulihan. b) Berbincang dalam kumpulan berkaitan dengan instrumen pentaksiran serta penilaian yang telah dibuat. Berpuas hati dengan instrumen pentaksiran serta penilaian yang telah dibuat. (En.Randi Imba) (En.Rabi Impen) 10.09.2012 - 13.09.2012 a) Menulis refleksi kendiri berkaitan pelaksanaan projek. b) Berbincang dalam kumpulan berkaitan dengan refleksi kendiri yang telah dibuat. c) Memurnikan tugasan yang telah siap ditaip. Berbincang dalam kumpulan selepas memurnikan tugasan. Berpuas hati dengan refleksi individu yang telah dibuat. Pembetulan telah dilakukan. Segala maklumat telah lengkap. Lampiran yang perlu telah dimasukkan. Tugasan telah dijilid dengan kemas. (En.Randi Imba) (En.Rabi Impen 14.09.2012 a) Menghantar tugasan kepada pensyarah. Diterima dan direkodkan (En. Ling S.A.