Dokumen tersebut memberikan panduan untuk pelajar menyediakan laporan kerja amal. Ia menyarankan pelajar menulis laporan secara tangan dan memberikan contoh tajuk aktiviti, objektif, tarikh, peserta, peranan pelajar, dan kesan aktiviti. Pelajar juga diberi cadangan untuk melaksanakan kerja amal dalam bidang pembangunan diri, kekeluargaan, dan alam sekitar.
1 of 3
Downloaded 14 times
More Related Content
Kerja kursus
1. ngat ye pelajar....Laporan mesti ditulis tangan menggunakan kertas A4 yang tidak bergaris.
Cadangan Penyediaan Pelaporan Kerja amal
A: Tajuk Aktiviti
Contoh:
Sambutan hari kemerdekaan di sekolah saya
Kerja amal di Pusat Perlindungan Haiwan SPCA Ampang
Gotong royong membersihkan bilik darjah
Lawatan ke Rumah Anak Yatim Wawasan, Ampang
Nyatakan tujuan utama diadakan aktiviti tersebut. Pelajar disarankan menyediakan sekurang-
kurangnya 2 matlamat
C: Objektif
Nyatakan objektif yang hendak dicapai daripada kerja amal tersebut
D: Tarikh dan masa
Nyatakan tarikh dan masa kerja amal itu dilaksanakan
E: Peserta
Nyatakan orang lain yang terlibat dalam kerja amal tersebut.
Contoh
Guru
rakan
ibu/bapa/ahli keluarga yang lain
pengurus pusat perlindungan
penyelia rumah kebajikan
F: Peranan anda
Ceritakan semua kerja yang anda lakukan dari mula hingga tamat aktiviti tersebut
G: Kesan
Pelajar mesti nyatakan kesan kerja amal tersebut terhadap dirinya setelah menyelesaikan kerja
amal tersebut dengan menggunakan mana-mana satu perkataan di bawah.
sedar/kesedaran
insaf
2. iktibar
perubahan sikap
BAHAGIAN B
Cadangan kerja amal
Bidang Perkembangan Diri (pelajar hanya perlu jalankan 1 aktiviti sahaja)
Pelajar boleh buat kerja amal ini di mana-mana sahaja yang berkenaan
Nilai kerajinan:
Semua jenis kerja amal, tak kira di mana.. Asal sahaja pelajar buat kerja amal, ini bermakna
pelajar telah jalankan kerja amal berkaitan nilai kerajinan
Nilai kasih sayang
Apa sahaja kerja amal yang berkaitan membantu ahli keluarga
Apa sahaja kerja amal yang berkaitan membantu haiwan (beri makan, mandikan, grooming,
selamatkan, bersihkan tempat tinggal
Nilai bertanggungjawab/berdikari
Membersihkan bilik sendiri
Membasuh pakaian, kasut, stokin sendiri
Mengemas buku, peralatan sekolah sendiri
Nilai kepercayaan kepada Tuhan
Membuat apa sahaja kerja amal di rumah ibadat (aktiviti bersembahyang tidak dikira sebagai
kerja amal)
Bidang Kekeluargaan (pelajar hanya perlu jalankan 1 aktiviti sahaja)
Pelajar boleh buat kerja amal ini di rumah ahli keluarga dan di tempat-tempat yang berkenaan
Kasih sayang terhadap keluarga
beri adik/ahli keluarga yang uzu makan
mandikan adik/ahli keluarga yang uzukeluarga
pakaikan adik/ahli keluarga yang uzur pakaian
rawat ahli keluarga yang sakit
bimbing adik/ahli keluarga belajar/buat kerja sekolah
mengendalikan sambutan hari istimewa ahli keluarga
Tanggungjawab terhadap keluarga
bantu ahli keluarga buat kerja-kerja di rumah
bantu ahli keluarga membuat persiapan sambutan hari istimewa keluarga (aktiviti sambutan hari
istimewa tidak dikira sebagai kerja amal)
bantu ibu bapa (cuci kereta, kemas rumah, memasak, membasuh, menyapu dll)
bantu ibu bapa bawa barang ketika membeli barang keperluan/membeli belah
3. Bidang Alam Sekitar (pelajar perlu jalankan 2 aktiviti)
Pelajar boleh buat kerja amal ini di rumah, sekolah, rumah anak yatim, rumah orang tua, zoo,
rumah ibadat dll.
Apa sahaja kerja amal membersihkan
menyapu (bilik darjah, rumah, halaman, kawasan rumah, kawasan luar rumah)
membersihkan (bilik darjah, rumah, sungai, pantai, kawasan rekreasi)
menanam pokok