1. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERADONG
BINTANGOR SARAWAK
Kecergasan Untuk Kemajuan
1
Soalan 1 hingga Soalan 7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih
jawapan yang paling sesuai.
1. Soalan yang berikut berdasarkan graf di bawah
ini
.
Ekonomi negara pada masa ini semakin _______
kerana harga bahan mentah seperti getah dan
kelapa sawit telah meningkat di pasaran dunia.
A longgar C tegas
B mantap D tegap
2. Bisa ________ paku berkarat itu telah
menyebabkan telapak kaki Andy bengkak dan
bernanah.
A tusukan
B tembusan
C tikaman
D terjahan
3. Pembantu rumah Datuk Ibrahim sedang
__________ lantai dapur yang basah.
A menyeka C mengibas
B mengelap D menyapu
4. Sahlan _______ apabila namanya disebut
sebagai penerima hadiah utama cabutan bertuah
itu.
A tergamam C termangu
B tercengang D terpinga-pinga
5. Aisyah ______ kajian tentang kesan teknologi
maklumat terhadap remaja.
A mendalami C mengerjakan
B menjadikan D menjalankan
6. Kerana seringkali _______ dirinya sebagai
anak orang berada, dia kini dipulaukan oleh
beberapa orang rakan sekelasnya.
A membesar
B memperbesarkan
C memperbesar
D membesar-besarkan
7. Hebat ______ permain pasukan bola sepak
negara ketika menentang pasukan Manchester
United.
A amat C nian
B betul D paling
Soalan 8 hingga Soalan 14
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin
salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah
ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A,
B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan
tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat
berkenaan.
PEPERIKSAAN PENGGAL SATU [ 2013]
BAHASA MELAYU (KERTAS 1)
TINGKATAN 1
(1 JAM )
NAMA : ________________________________ KELAS : ________
Arahan am : Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan . Tiap-tiap soalan didikuti
oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
2. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERADONG
BINTANGOR SARAWAK
Kecergasan Untuk Kemajuan
2
8. Keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat
A
menjadi keutamaan pemerintah negara kita.
B C
Tiada kesalahan.
D
9. Pendapat yang diterima oleh pekerja-pekerja
A B
syarikat itu sangat lumayan. Tiada kesalahan.
C D
10. Tepukan gemuruh kedengaran apabila Azman
A B
Yahya tertendang bola ke pintu gol pasukan
C
lawan. Tiada kesalahan.
D
11. Makanan pun main peranan yang penting
A
dalam menentukan kesihatan seseorang.
B C
Tiada kesalahan.
D
12. Majlis penyerahan kunci kediaman kepada
A B
pembeli pangsapuri itu akan diadakan sebaik
saja sijil lulusan diduduki dikeluarkan oleh
C
Jabatan Perumahan. Tiada kesalahan.
D
13. Ketiga budak lelaki itu telah berjaya
A
menyelamatkan seekor anak kucing yang
B
terjatuh ke dalam longkang. Tiada kesalahan.
C D
14. Peragut itu lari lintang-pukang kerana dikejar
A B
oleh orang ramai. Tiada kesalahan.
C D
Soalan 15 hingga Soalan 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan
berhuruf condong dengan betul dan tentukan
bahawa anda telah memilih cadangan jawapan
yang paling sesuai.
15. I. Lelaki yang terlibat dalam kemalangan
jalanraya itu kehilangan banyak darah.
II. Norman aktif dalam bidang lakonan kerana
dia memang mempunyai darah seni.
III. Pak Cik Lokman tidak boleh makan
makanan berlemak kerana dia berpenyakit
darah tinggi.
IV. Ayah dan Pak Mail ada pertalian darah.
A I dan III sahaja
B I dan IV sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV
16. I. Berita tentang penangkapan pelakon
popular itu masih kehangatan walaupun
dia telah membuat penafian.
II. Kehangatan nasi lemak yang saya beli tadi
masih terasa.
III. Sambutan penonton terhadap pertunjukan
akrobatik itu sangat kehangatan.
IV. Kehangatan perdebatan yang berlangsung
itu meresahkan para hadirin.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
17. I. Datuk Zulkifli menggariskan lima langkah
untuk membangunkan ekonomi penduduk
kampung itu.
II. Pihak polis telah lama mengintip langkah
tiga orang penjenayah itu.
III. Ikbal keluar dari bilik itu dengan langkah
yang hampa.
IV. Selepas bersarapan, Shima langkah ke
sekolah.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II, dan III sahaja
D I, II, III, dan IV
3. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERADONG
BINTANGOR SARAWAK
Kecergasan Untuk Kemajuan
3
Soalan 18 hingga Soalan 21
Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi.
Bahagian yang bergaris itu mungkin
mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau
mungkin juga tidak. Jika anda menganggap
bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah
dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan
A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika
tiada kesalahan tandakan D
18. Setengah penduduk di kampung saya bekerja
sebagai nelayan.
A Setengah penduduk-penduduk
B Setengah-setengah penduduk
C Setengah-tengah penduduk
D Setengah penduduk
19. Masalah kekurangan kemudahan asas di
kampung itu telah mereka bincangkan dalam
mesyuarat pagi tadi.
A telah mereka perbincangkan
B mereka telah bincangkan
C telah dibincangkan oleh mereka
D telah mereka bincangkan
20. Penggunaan jentera moden banyak membantu
petani mengurus sawah mereka.
A bantu petani mengurus sawah mereka
B membantu petani akan menguruskan sawah
mereka
C membantu petani mengurusi sawah mereka
D membantu petani mengurus sawah mereka
21. Tiap-tiap hari, ketiga pekerja warga asing itu
berbasikal bersama-sama untuk pergi ke tempat
kerja mereka.
A Tiap-tiap hari, ketiga-tiga
B Tiap hari, ketiga
C Setiap hari, bertiga
D Tiap-tiap hari, ketiga
Soalan 22 hingga Soalan 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau
yang paling hampir dengan ayat yang dicetak
tebal.
22. Warga tua dan kanak-kanak mempunyai
risiko yang tinggi untuk dijangkiti virus
influenza A H1N1.
A Virus influenza A H1N1 berisiko tinggi
menyerang warga tua dan kanak-kanak.
B Golongan yang berisiko tinggi diserang
virus influenza A H1N1 ialah warga tua
dan kanak-kanak.
C Orang tua-tua serta kanak-kanak yang
dijangkiti virus influenza A H1N1
mempunyai risiko yang tinggi.
D Yang dijangkiti virus influenza A H1N1
ialah warga tua dan kanak-kanak yang
mempunyai risiko tinggi.
23. Sejak negara kita mencapai kemerdekaan 54
tahun lalu, banyak agensi yang telah
ditubuhkan oleh kerajaan bagi membantu
rakyat.
A Bagi menolong rakyat yang susah, kerajaan
telah banyak menubuhkan agensi kerajaan
sejak 54 tahun merdeka.
B Banyak agensi yang telah ditubuhkan oleh
kerajaan bagi membantu rakyat negara kita
sejak negara kita merdeka 54 tahun yang
lalu.
C Kerajaan telah mewujudkan agensi yang
banyak yang berfungsi untuk membantu
rakyat yang sudah 54 tahun merdeka.
D Penubuhan banyak agensi kerajaan bagi
menolong rakyat dilakukan sejak 54 tahun
selepas merdeka.
24. Pelajar hendaklah merancang jadual belajar
dari awal untuk memastikan kejayaan yang
cemerlang dapat dicapai.
A Kejayaan yang cemerlang dapat dicapai
jika pelajar membuat jadual waktu
terancang.
B Kejayaan yang cemerlang dapat dicapai
jika pelajar dapat merancang jadual belajar.
C Untuk memastikan kejayaan yang
cemerlang dapat dicapai, pelajar hendaklah
belajar dari awal.
D Jadual belajar haruslah dirancang dari awal
oleh pelajar bagi mencapai kejayaan yang
cemerlang.
4. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERADONG
BINTANGOR SARAWAK
Kecergasan Untuk Kemajuan
4
Soalan 25 hingga Soalan 27
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa
anda telah memilih cadangan jawapan yang
paling sesuai.
25. I. Raju memilih sebagai pemain hoki terbaik
dalam kejohanan itu.
II. Inilah buku motivasi yang terlaris
jualannya di pasaran.
III. Kelima-lima orang anaknya berjaya
melanjutkan pelajaran ke universiti.
IV. Ibrahim pulang di Kuantan dengan bas
ekspres.
A I sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja
26. I. Pelajar yang terpilih sebagai pelajar terbaik
itu berasal daripada keluarga yang serba
kekurangan.
II. Kegelisahan penduduk kampung ini
memang berasas apabila banyak rumah
telah dipecah masuk oleh pencuri
belakangan ini.
III. Kegagalan pemain harapan negara dalam
kejohanan badminton itu amat memilukan
para peminatnya.
IV. Baju kurung amat manis dipandang jika
dipakai ke majlis rasmi.
A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II, dan III sahaja
D I, II, dan IV sahaja
27. I. Penyiasatan terhadap khasiat herba-herba
tempatan dijalankan di makmal universiti
itu.
II. Menjelang musim perayaan, peniaga
menaikkan harga daging daripada RM15
sekilogram kepada RM17 sekilogram.
III. Penyakit AIDS sangat berbahaya kerana
sehingga kini masih belum ada penawar
yang mampu menyembuhkannya.
IV. Kerosakan kepada struktur bangunan itu
tidak dapat dibaik pulih.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja
Soalan 28 hingga Soalan 30
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-
pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di
bawah ini.
28. Peribahasa-peribahasa yang berikut mempunyai
maksud yang hampir sama, kecuali...
A banyak udang banyak garam, banyak orang
banyak ragam.
B rambut sama hitam, hati masing-masing
berlainan.
C di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu.
D lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.
29.
Ayah memperingatkan abang supaya tidak
berhenti bekerja di kilang itu untuk
berhijrah ke bandar mencari pekerjaan lain.
Ayah bimbang, pekerjaan di bandar itu
tidak diperoleh, sedangkan yang telah ada
hilang pula. Abang faham
Peribahasa yang berikut sesuai bagi
menggambarkan situasi di atas, kecuali...
A yang dikejar tidak dapat, yang dikendong
berciciran.
B yang bulat datang bergolek, yang pipih
datang melayang.
C harapkan guruh di langit, air tempayan
dicurahkan.
D sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada guna.
30. Peribahasa yang berikut berkaitan dengan orang
yang tidak mahu menerima nasihat atau degil,
kecuali...
A masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
B sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna.
C mencurah air di daun keladi.
D keras kepala.
5. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERADONG
BINTANGOR SARAWAK
Kecergasan Untuk Kemajuan
5
31. Zali menulis surat kepada Zalina kerana dia...
A didesak berbuat demikian oleh Badar dan
Jais.
B ingin berkenalan dengan Zalina.
C ingin mengganggu Zalina.
D rindukan Zalina.
32. Peribahasa kutu rayau bermaksud...
A sejenis kutu yang amat merbahaya.
B orang yang suka melepak.
C sampah masyarakat.
D orang yang suka merayau-rayau tanpa
tujuan.
33. Perkataan tu dan tak yang terdapat dalam
petikan drama di atas ialah gaya bahasa...
A simile. C sinkope.
B metafora. D hiperbola.
34. Latar tempat dalam petikan drama di atas
ialah...
A di padang sekolah.
B di dalam bilik darjah.
C di bawah pohon berhampiran kawasan
lapang.
D di bilik guru.
35. Apakah penyelesaian kepada konflik yang
berlaku setelah surat Zali diserahkan kepada
Cikgu Halil?
A Zali telah dipanggil oleh Pengetua
B Zali diberi amaran oleh Cikgu Halil
C Zali disuruh memohon maaf kepada Zalina
D Zali dan Zalina bergaduh
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
6. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERADONG
BINTANGOR SARAWAK
Kecergasan Untuk Kemajuan
6
36. Jawapan bagi teka-teki dalam rangkap ke-4
pantun ini ialah...
A ular tedung. C cili.
B badak sumbu. D belon.
37. Pengulangan kata kalau yang digunakan dalam
rangkap ke-5 pantun ini ialah gaya bahasa...
A anafora. C metafora.
B epifora. D hiperbola.
38. Semua pernyataan yang berikut adalah
persoalan yang terdapat dalam Pantun Empat
Kerat (Teka teki), kecuali...
A menduga kecekapan seseorang berfikir.
B menguji kepekaan seseorang terhadap
perkara yang terdapat di sekelilingnya.
C menunjukkan kepandaian kepada orang lain.
D menggalakkan seseorang supaya sentiasa
berfikir.
39. Pilih jeda yang sesuai bagi baris-baris pantun
yang berikut.
A Burung/nuri burung dara
B Terbang ke sisi/taman kayangan
C Cubalah cari wahai /saudara
D Makin diisi makin ringan/
40. Mengapakah pantun ini digolongkan sebagai
pantun teka-teki?
A kerana teka-teki ini mudah untuk dijawab
B kerana ada teka-teki terkandung dalam
pantun ini
C kerana teka-teki ini susah dijawab
D kerana jawapan teka-teki ini dinyatakan
dalam pantun
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
KERTAS SOALAN TAMAT
Disediakan oleh :
………………………
(Normala Abu Hassan)
Guru Bahasa Melayu
Disemak oleh :
………………………………..
(En.Zakaria Ganil )
Ketua Panitia Bahasa Melayu