1. 1
KERTAS KERJA
PROGRAM DASAR WARGA EMAS
NEGARA
(DWEN)
TAHUN 2015
ANJURAN BERSAMA :
UNIT HAL EHWAL MURID
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT KOKURIKULUM
PANITIA PENDIDIKAN MORAL
1.0 PENDAHULUAN
2. 2
Pada 5 Januari 2011, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Warga Emas Negera
(DWEN) yang telah digubal oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Dasar ini adalah merupakan satu penilaian semula dan merupakan penambahbaikan kepada Dasar
Warga Tua Negara sebelumya. Pelaksanaan program ini bertujuan memupuk nilai budaya, sikap,
amalan saling menghormati dan menghargai serta menyayangi sesama insan. Proses pembelajaran
bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran semata mata. Guru boleh
mempelabagaikan proses pembelajaran melalui aktiviti aktiviti di luar kelas yang boleh mendorong
murid merasai sendiri suasana berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Guru boleh mengadakan lawatan
sambil belajar bagi memberi peluang kepada murid mengkaji, menganalisis dan membuat
perbandingan apa yang mereka lihat dan pelajari. Lawatan ke rumah orang orang tua sebagai
contoh, dapat memberi peluang murid belajar tentang kepentingan warga tua dalam masyarakat.
2.0 Rasional
Rasional utama pelaksanaan program ini adalah:
2.1 Pendedahan kepada murid mengenai program yang dijalankan oleh warga tua sepanjang di
rumah orang orang tua.
2.2 Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga tua dengan lebih dekat lagi.
2.3 Menyatupadukan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan
mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang
membolehkan dan membantu supaya warga emas hidup sejahtera dan produktif kepada
Negara.
2.4 Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta menyayangi
sesame insan: dan
2.5 Memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman warga emas bagi meningkatkan
kerohanian, sahsiah dan jati diri dalam kalangan murid dan remaja.
3. 3
3.0 OBJEKTIF
3.1 Melatih pelajar bekerjasama dalam satu pasukan untuk mengendalikan kerja kerja gotong
royong dan kebikan luar kawasan sekolah.
3.2 Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan kepintaran kepada golongan kurang
bernasib baik.
3.3 Melalui pengalaman menarik yang dijangka dapat memberikan banyak faedah kepada para
pelajar.
3.4 Mengembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan.
4.0 SASARAN
4.1 43 Orang pelajar tingkatan 4 Arif.
4.2 10 orang pelajar yang dicadangkan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
5.0 BILANGAN PESERTA / GURU
Seramai 53 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibu bapa / penjaga. Seramai 3
orang guru akan mengawasi pelajar sepanjang program ini berjalan.
6.0 CADANGAN PROGRAM
Tarikh : 8 September 2015
Masa : 11.00 pagi 12.00 tengah hari
Tempat : Pusat Jagaan 1,2 dan 3 di Temiang
4. 4
7.0 AJK PROGRAM WARGA EMAS SMJK CHAN WA
Penasihat : En. Lee Veng Fook
(Pengetua Cemerlang SMJK Chan Wa)
Naib Pengerusi : En. Cheok Meng Teck
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Cik. Gan Kheng Leng
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Pn. Yap Kwee Inn
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : En. Koh Nee Kien
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Bendahari : Pn. Shanti A/P Ponnudurai
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Penyelaras : Pn. Jeya Sundari A/P Karpayah
(Ketua Panitia Pendidikan Moral
Jurukemara : Pn. Hee
8.0 TENTATIF PROGRAM
10.00 pagi : Berkumpul di sekolah
10.30 pagi : Bertolak ke Pusat Jagaan
10.50 pagi : Tiba di Pusat Jagaan (*Taklimat ringkas oleh Pegawaiyang bertugas)
11.00 pagi : Aktiviti gotong rotong bermula
5. 5
11.40 pagi : Melawat sekitar kawasan pusta penjagaan dan beramah mesra
bersama penghuni
11.50 pagi : Makan tengah hari bersama warga emas
12.00 tengah hari : Bertolak balik ke sekolah
9.0 ANGGARAN PERBELAJAAN
Peruntukan :
Perbelanjaan : Makanan Warga Emas
RM 3.50 X 80 = RM 280.00
Makana Pelajar
RM 3.50 X 53 = RM 185.50
Jumlah : RM 280 + RM 185. 50 = RM 465.50
10.0PENUTUP
Diharap dengan menyertai lawatan ini, dapat membuka minda disamping memberi peluang kepada
murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan warga emas selain menghargai peranan
warga emas dalam masyarakat.
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh, Diluluskan Oleh,
, ..,
(Pn. K. Jeya Sundari) (Cik. Gan Kheng Leng) (En.Lee Veng Fook)
Ketua Panitia Pendidikan Moral Guru PK HEM Pengetua Cemerlang
SMJK Chan Wa, Seremban. SMJK Chan Wa, Seremban. SMJK Chan Wa, Seremban