1. 1
SK (FELDA) TRIANG 3 28300 TRIANG PAHANG
PERTANDINGAN
PROJEK INOVASI
KELAB DAN PERSATUAN
PERINGKAT SEKOLAH
2 0 1 5
UNIT KOKURIKULUM
2. 2
1.0 TAJUK :
PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN 2015
2.0 PENGENALAN :
Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab dan
persatuan serta sukan dan permainan adalah sebahagian ilmu yang wajib dipelajari oleh
semua murid dalam Sistem Pendidikan Negara (Akta Pendidikan 1996). Selain berperanan
sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dalam bilik darjah, bidang ilmu yang
dijalankan di luar bilik darjah juga berperanan dalam membentuk perwatakan dan jati diri
individu serta memupuk semangatpatriotisme dan perpaduan. Budaya kreatif dan
inovatif dalam kalangan murid lebih sesuai didedahkan melalui kegiatan kokurikulum kerana
kegiatan ini berlaku di luar bilik darjah dan boleh dilaksanakan di dalam dan di luar waktu
sekolah. Pendedahan awal dan kepelbagaian aktiviti secara kumpulan yang ada terutama
dalam kegiatan kelab dan persatuan sekolah akan memberi peluang kepada murid untuk
meneroka, mencuba atau mencuba jaya sesuatu tugasan/projek yang
dipertanggungjawabkan, apatah lagi jika kerja yang dilakukan itu memenuhi citarasa dan minat
serta kebolehan diri yang ada pada mereka. Ini terbukti dengan kejayaan murid-murid dalam
pembuatan projek seperti Program Robotik dan F1 In Schools maka amatlah wajar
pembelajaran di peringkat sekolah yang mengarah kepada inovasi diperluaskan. Maklum balas
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia (2010) yang mengkaji
tentang pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah mendapati bahawa kegiatan
kokurikulum yang berunsurkan kelab dan persatuan kurang digemari oleh murid. Di antara
faktor penyebabnya ialah ketiadaan kurikulum yang lengkap, guru kurang berinisiatif dan
aktiviti yang tidak menarik dan mencabar. Dapatan ini disokong oleh hasil tinjauan yang dibuat
oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) ke
sekolah-sekolah di seluruh negara yangmelihatkegiatan kelab dan persatuan tidak popular
sebagaimana kegiatan badan beruniform dan sukan/permainan. Isu ini memerlukan penelitian
yang menyeluruh terhadap pelaksanaan kegiatan kelab dan persatuan di sekolah agar suatu
arah tuju yang baru selaras dengan keperluan negara di masa akan datang dapatdihasilkan.
3.0 MATLAMAT :
Memupuk dan melahirkan modal insan yang berinovatifdan kreatif melalui penghasilan projek
bagi setiap murid dalam kegiatan kelab dan persatuan di sekolah.
4.0 OBJEKTIF :
4.1 Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal yang diperolehi semasa
pengajaran dan pembelajaran.
4.2 Memupuk budaya kreatifdan inovatif melalui kerja secara berpasukan di kalangan murid.
4.3 Mengenalpasti ruang bagi penambahbaikan ke atas aktiviti kelab dan persatuan.
4.4 Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah,
penyelesaian secara jelas dan menyakinkan.
4.5 Penyediaan ke arah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi muridmurid dan warga
sekolah.
4.6 Memenuhi objektifPlan Pembangunan Pendidikan ke arah tranfomasi pendidikan yang
dapat memenuhi aspek aspirasi sistem dan pengurusan murid demi menghasilkan
pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.
3. 3
4.7 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat membentuk
keseimbangan murid dari aspek intelek,jasmani ,emosi, rohani dan sosial.
4.8 Memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid untuk memperkembangkan bakat,
minat dan potensi dalam menghasilkan projek inovasi dengan mengikutkreativiti murid
berdasarkan garis panduan yang disediakan.
5.0 SASARAN :
Semua murid tahun 3 hingga 6 - (kelab dan persatuan sekolah)
5.1 Persatuan Bahasa Malaysia
5.2 Persatuan Bahasa Inggeris
5.3 Persatuan Agama Islam
5.4 Persatuan Matematik
5.5 Persatuan Sains
5.6 Persatuan Skim Pinjaman Buku Teks
5.7 Kelab Rukun Negara
5.8 Kelab Pencegahan Jenayah
5.9 Kelab Keselamatan Jalan Raya
5.10 Kelab Doktor Muda
6.0 PENYERTAAN :
6.1 Penyertaan adalah terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dari Kelab dan Persatuan
yang berdaftar di sekolah mengikutkategori seperti berikut:
6.2 Setiap kelab atau persatuan terbaik dalam projek inovasi akan mewakili sekolah untuk
ke peringkatdaerah. Johan peringkatdaerah akan mewakili daerah ke peringkatnegeri.
Johan dan Naib Johan peringkatnegeri akan mewakili negeri ke peringkatkebangsaan.
6.3 Pasukan / Sekolah yang bertanding dianggotai oleh 12 orang (maksimum) tetapi pada
tarikh pertandingan hanya 3 orang sahaja yang akan mewakili sekolah untuk membuat
persembahan. Setiap pasukan akan diiringi oleh seorang guru pengiring.
6.4 Penyertaan daripada pelbagai kaum amatdigalakkan.
6.5 Peralatan tidak disediakan oleh pihak penganjur; segala peralatan mesti disediakan oleh
pasukan masing-masing.
7.0 JANGKA MASA PERSEMBAHAN :
7.1 Setiap pasukan akan diberi masa 3 minit untuk persediaan pembentangan.
7.2 Masa persembahan sepenuhnya bagi satu pasukan ialah 10 minit. Pemberian markah
diberi berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan.
7.3 Isyarat masa akan diberikan oleh penjaga masa :
i. pada minit ke sembilan
ii. masa tamat (minit ke 10)
Selepas 10 minit persembahan tidak dinilai dan markah tidak akan diberi.
7.4 Setiap ahli hendaklah mengambil bahagian secara aktif semasa persembahan.
7.5 Setiap peserta mesti bersedia menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh pihak
juri.
4. 4
8.0. SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN :
PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK INOVASI
8.1 Setiap pasukan wajib mempamerkan produk inovasidalam sebarang persembahan media
yang bersesuaian.
8.2 Setiap pasukan dibenarkan membawa samada produk maujud/model/prototype atau
melalui mana-mana media yang difikirkan perlu untuk tujuan mempamerkan produk pada
pertandingan di peringkatsekolah,daerah, negeri dan kebangsaan.
8.3 Setiap inovasi yang dihantar mestilah inovasi yang belum pernah dipertandingkan dalam
pertandingan yang sama di bawah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.
8.4 Penambahbaikan terhadap sesuatu produk inovasi yang telah dipertandingkan boleh
diterima dengan syarat :-
8.4.1. Projek tersebuttidak pernah menyertai mana-mana pertandingan di peringkat
Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.
8.4.2. Mendapatkebenaran dan kelulusan bertulis daripada Panel Penilai Projek Inovasi
Kebangsaan.
8.5 Inovasi yang dihantar mestilah dijalankan dalam tempoh September 2014 sehingga Julai
2015 seperti perincian di bawah :
8.5.1. Peringkat Sekolah : September 2014 – Jun 2015
8.5.2. Peringkat Daerah : Julai 2015
8.5.3. Peringkat Negeri : Ogos 2015
8.5.4. Peringkat Kebangsaan: Oktober 2015
8.6 Penilaian projek inovasi murid dilakukan secara berterusan bagi menilai pencapaian dan
kebolehan murid dalam menyiapkan sesuatu produk inovasi.
Bentuk Penilaian adalah berdasarkan kepada aspek-aspek seperti berikut:
Kertas Cadangan
Kandungan kertas cadangan adalah seperti berikut:
Tajuk projek
Pengenalan
Objektif
Rasional projek
Skop dan limitasi projek
Kepentingan dan impak projek
Anggaran kos projek
Tinjauan/Kajian literatur
Kaedah penyelidikan atau metodologiprojek
Pelan perancangan projek
Kesimpulan
Buku Log
Buku log digunakan untuk merekod kemajuan projek dan pencapaian murid seperti
catatan aktiviti, isu, cabaran dan penyelesaian yang telah dilaksanakan. Buku log
disemak, dinilai dan disahkan oleh guru pembimbing.
Laporan Projek
Satu kenyataan formal hasil daripada sesuatu penyelidikan atau maklumat lengkap
tentang sesuatu hal yang disampaikan oleh ahli projek.
Pembentangan
Murid dikehendaki membentangkan hasil projek dalam sesi pembentangan yang telah
ditetapkan.
Sesi pembentangan ini 4memberi peluang kepada murid untuk berhujah
mempertahankan hasil projek serta bertukar pendapatsecara ilmiah.
5. 5
Hasil Projek :
Potfolio
Pengumpulan sistematik hasil kerja murid yang mempamerkan keupayaan
perkembangan dan pencapaian dalam projek yang dijalankan.
Manual Pengguna
Dokumen komunikasi teknikal yang bertujuan untuk 5sistem bantuan kepada pengguna
menggunakan 5sistem tertentu. Kebanyakkan manual pengguna mengandungi kedua
-dua panduan bertulis dan imej-imej berkaitan.
Perisian
Arahan-arahan lengkap dalam bentuk carta alir dan prosedur yang mengawal, mengurus
dan menyokong 5sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.
Bahan Fizikal
Perkhidmatan
** Semua dokumentasi mestilah menggunakan Bahasa Melayu
** Selaras dengan MBMMBImaka semasa presentation penggunaan Bahasa Inggeris adalah
dibenarkan.
** Dokumentasi projek inovasi mestilah dihantar kepada Panel Penilai Projek Inovasi Kelab dan
Persatuan seminggu sebelum tarikh pertandingan. (yang akan ditetapkan oleh pihak
penganjur)
9.0 PERINGKAT PERTANDINGAN :
9.1 Peringkat Sekolah – Semua pasukan atau kelab dan persatuan menyertai
pertandingan
peringkatsekolah.
9.2 PeringkatDaerah – Hanya satu pasukan/sekolah yang akan menyertai
pertandingan
peringkat daerah.
9.3 PeringkatZon – Hanya satu pasukan/sekolah yang menjadi johan di daerah
akan menyertai pertandingan peringkatzon (Sabah dan
Sarawak).
9.4 PeringkatNegeri – Pasukan yang menjadi Johan peringkatdaerah akan
mewakili daerah
ke pertandingan peringkatnegeri.
9.5 PeringkatKebangsaan – Dua pasukan terbaik di peringkatnegeri (Johan dan
dan Naib Johan) akan mewakili negeri ke pertandingan
peringkatkebangsaan.
10.0 PANEL PENILAI / JURI :
10.1 Panel Penilai terdiri daripada panel penilai yang dilantik oleh Jawatankuasa
Urusetia/Teknikal/Penganjur yang bertauliah serta berkelayakan, dan tidak mempunyai
kepentingan kepada pasukan-pasukan yang bertanding.
10.2 Penilaian dibuatsecara konsensius penjurian.
10.3 Bagi Pertandingan peringkatsekolah jumlah juri ditentukan oleh pihak sekolah
masing-masing mengikutgaris panduan yang telah ditetapkan.
10.4 Seramai 3 orang juri akan menilai peringkatdaerah, 5 orang juri nntuk peringkatnegeri
dan 7 orang peringkatkebangsaan.
10.5 Untuk meningkatkan kebolehpercayaan penjurian, 3 fasa penjurian akan dilakukan untuk
6. 6
setiap peringkatiaitu fasa pramoderasi, fasa moderasi dan fasa pos moderasi.
10.6 Fasa Pra Moderasi
Kesemua juri akan mengambil sampel dan dinilai secara bersendiri berdasarkan boring
penilaian.Penilaian dibentangkan dan sekiranya julat markah rendah dari 5 tiada
perbincangan dan skil penjarian dikekalkan untuk fasa moderasi. Namun, sekiranya julat
markah melebihi 5, perbincangan dibuatuntuk mencari konsensius skil penjurian.
Fasa Moderasi
Penilaian oleh kesemua juri berdasarkan konsep ’here and now’ menggunakan boring
Penilaian secara holistik.
Fasa Pos Moderasi
Perbentangan undian juri, perbincangan kekuatan dan kelemahan untuk menentukan
pemenang.
10.7 KEPUTUSAN PANEL JURI ADALAH MUKTAMAD.
10.8 Hakim pertandingan :
Encik Zulkfli bin Narin
Guru Besar
Encik Abdul Rahman bin Jelani
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Hazlan bin Hamzah
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Fauziah btAhmad
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN :
11.1 Jenis Kumpulan Wang : Kerajaan
11.2 Peruntukan : Bantuan Persekolahan Lain
11.3 Subsidiari : Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)
- RM 450.00
BIL PERKARA
HARGA/UNIT
(RM)
BILANGAN
JUMLAH
(RM)
1 Hamper 100.00 1 100.00
2 Hamper 80.00 1 80.00
3 Hamper 70.00 1 70.00
4 Hamper 60.00 1 60.00
5 Hamper 40.00 1 40.00
6 Hamper 20.00 5 100.00
JUMLAH KESELURUHAN 450.00
7. 7
12.0 JAWATANKUASA PROGRAM :
JAWATANKUASA PENGELOLA DAN PELAKSANA
PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN
PERINGKAT SEKOLAH
2 0 1 5
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat
ZULKFLI BIN NARIN
Guru Besar
Pengerusi
FAUZIAH BINTI AHMAD
GPK Kokurikulum
Naib Pengerusi 1
ABDUL RAHMAN BIN JELANI
GPK Pentadbiran
Naib Pengerusi 2
HAZLAN BIN HAMZAH
GPK Hal Ehwal Murid
Setiausaha
MOHAMAD ZAMRI BIN SADRI
(Setiausaha Kokurikulum)
8. 8
JAWATANKUASA PELAKSANA
Penyelaras Program
Mohamad Zamri b Sadri
(Setiausaha Kokurikulum)
Guru Penasihat Kelab dan Persatuan
KUMPULAN A
1. Persatuan Bahasa Malaysia - Puan Raha bt Ramli
- Puan Suaibah bt Sudin
- Encik Abdul Aziz b Husin
2. Persatuan Agama Islam - Puan Ruzita bt Saidin
- Encik Mohd Zain b Awang Jusoh
- Encik Hamidi b Mohd Lajis
KUMPULAN B
1. Kelab Pencegahan Jenayah - Puan Norashiah btBakar
- Encik Mohamad Anuar b Md Nor
- Puan Norhidayah bt Sapuan
2. Persatuan Matematik - Puan Norzita btYusof
- Puan Rosniza bt Kasim
- Puan Siti Amieza Diana btZainuddin
KUMPULAN C
1. Persatuan Skim Pinjaman Buku Teks - Puan Zalifah bt Shaari
- Puan Norasimah bt Ishak
- Puan Humisah btHuri
2. Persatuan Sains - Encik Abdul Wahab b Ahmad
- Puan Nor Azlin bt Anuar
- Encik Mohamad Zamri b Sadri
9. 9
KUMPULAN D
1. Kelab Doktor Muda - Puan Norhayati bt Abdul Samat
- Encik Ahmad Daudin b Ismail
- Puan Nurul Adilla bt Che Kamanordin
2. Kelab Keselamatan Jalan Raya - Puan Norhazelin btIsmail
- Puan Nik Hasmashahida bt Hashim
- Encik Ibrahim b Ali
KUMPULAN E
1. Persatuan Bahasa Inggeris - Puan Salina bt Abu Bakar
- Encik Shahrulnizam btAbdul Wahab
- Encik Norazman b Noordin
2. Kelab Rukun Negara - Cik Fariza btBasri
- Puan Fadilah bt Baharudin
- Puan Normala btHassan
Ahli-ahli
Semua murid Tahun 3 hingga 6
10. 13.0 PENUTUP
Diharapkan program inovasi ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar sebagaimana yang telah
dirancangkan. Murid – murid pula dapat menimba pengalaman yang bermakna hasil daripada program yang
dijalankan ini.
Disediakan oleh,
……………………………………
( FAUZIAH BINTI AHMAD)
GPK Kokurikulum,
SK (FELDA) TRIANG 3,
28300 Triang Pahang
Diluluskan oleh,
……………………………………
( ZULKFLI BIN NARIN )
Guru Besar,
SK (FELDA) TRIANG 3,
28300 Triang Pahang