1. FAKULTI SENI DAN MUZIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM, PERAK
Penasihat Program:
En Abu Bakar Bin Mamat
KERTAS KERJA
KAJIAN LAPANGAN KE :
PROJEK PERTANIAN KELOLAAN JABATAN PERTANIAN
CAMERON HIGHLANDS
PADA 13 & 14 JUN, 20 & 21 JUN DAN 27 & 28 JUN 2008
OLEH:
PELAJAR DPLI SEMESTER 2
PROGRAM PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP
TEKNOLOGI PERTANIAN ( SHT5023)
2. 1.0 PENGENALAN
Secara umumnya, kursus ini meliputi bidang-bidang pengurusan
kebun dan hortikultur hiasan, nurseri dan juga penternakan. Kursus ini
sebenarnya mendedahkan kepada pelajar tentang konsep, prinsip, dan
amalan teknologi pertanian sebagai salah satu disiplin dan hasil
pembelajaran dalam kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Menengah.
Di dalam topik pertanian, banyak faktor yang boleh mempengaruhi
jenis pertanian yang ingin dijalankan antaranya ialah faktor bentuk muka
bumi, cuaca, iklim, suhu, modal dan lain-lain lagi. Memandangkan di
Malayasia terdapat beberapa kawasan tanah tinggi yang dimajukan sebagai
kawasan perladangan dan pertanian, ia merupakan satu peluang yang
terbaik untuk para pelajar melihat sendiri bagaimana faktor-foktor di atas
boleh mempengaruhi kaedah pertanian dan juga pelajar boleh mengetahui
tentang teknologi-teknologi terkini yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian
dalam mengoptimumkan hasil pengeluaran petani dan pengeluaran tanaman
hiasan di kawasan tanah tinggi. Pemerhatian dan pengalaman sebenar
adalah punca ilmu yang terbaik dalam memastikan pengetahuan yang
diperolehi oleh para pelajar kursus ini boleh dikongsi apabila menjadi
pendidik kelak.
2
3. 2.0 OBJEKTIF
Kajian lapangan ini dirancang dengan berorientasikan beberapa
matlamat atau objektif utama. Untuk itu, setiap perancangan yang di lakukan
ini adalah untuk perkembangan ilmu berkaitan bidang pertanian dan
hortikultur.
Antara objektif yang telah dikenalpasti dan ditetapkan ialah :
2.1 Melaksanakan tugasan (Kajian Lapangan) dalam kursus SHT 5023
Teknologi Pertanian untuk Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
(DPLI) bagi semester II sesi 2007/08.
2.2 Menguasai pengetahuan dan amalan pertanian dalam kurikulum
Kemahiran Hidup serta mempertingkatkan pengetahuan dan
pengalaman tentang bidang kursus pertanian khususnya sebagai guru
Kemahiran Hidup.
2.3 Mendedahkan pelajar DPLI kepada konsep, prinsip dan amalan
teknologi pertanian sebagai satu disiplin dan hasil pembelajaran dalam
kurikulum Kemahiran Hidup.
2.4 Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi untuk
memupuk keharmonian dan perpaduan.
3
4. 3.0 BUTIRAN PROGRAM
3.1 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Kajian lapangan ke Projek Pertanian Kelolaan Jabatan Pertanian
Cameron Highlands ini akan diadakan sebanyak 3 kali memandangkan
bilangan pelajar yang terlalu ramai (219 orang) yang dibahagikan kepada 3
kumpulan. Kajian lapangan ini akan dijalankan pada hari Jumaat dan Sabtu,
bermula pada 13 & 14 Jun (Kumpulan C), 20 & 21 Jun (Kumpulan B) dan 27
& 28 Jun (Kumpulan A) . Pelajar akan bertolak dari Kampus pada pukul 7.30
pagi dan pulang pada hari yang berikutnya dan dijangka tiba di Kampus pada
pukul 10.00 malam.
3.2 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran lawatan ini ialah pensyarah subjek Teknologi
Pertanian, dan juga kesemua pelajar DPLI Kemahrian Hidup Kumpulan C
yang mengikuti Kursus Teknologi Pertanian (SHT5023) bagi semester 2.
Anggaran bilangan penyertaan seramai 80 orang ( 5 orang pegawai pengiring
dan 75 orang pelajar).
4
5. 3.3 PENGANGKUTAN
Pengangkutan yang digunakan ialah 2 buah bas untuk pergi dan balik
dari Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris ke Cameron
Highlands, Pahang daripada Unit Pengangkutan, Bahagian Sumber
Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
3.4 PENGINAPAN
Kesemua peserta lawatan akan menginap di Green Hotel Cameron
Highland.
5
6. 4.0 PENSYARAH PENGIRING
1. Encik Abu Bakar Mamat - Pensyarah SHT 5023
2. Encik Khairul Anuar Hasnan - Pensyarah KH
3. Puan Dalilah Rubi - Pensyarah KH
4. Encik Mohd Azrul Alias - Tutor sambilan
5. Encik Suhaimi Ab Karim - Tutor Sambilan
5.0 AHLI JAWATAN KUASA LAWATAN LAPANGAN KE PROJEK
PERTANIAN KELOLAAN JABATAN PERTANIAN CAMERON
HIGHLANDS
Penaung : Dr Mohd Hassan Bin Abdullah
Dekan Fakulti Seni dan Muzik, UPSI
Penasihat Program : Encik Abu Bakar Bin Mamat
Pensyarah Teknologi Pertanian
Pengarah Program : Irwansa bin Jailani
Timb Pengarah Program : Nurul Ain binti Abdul Rahman
Setiausaha : Norhafizah binti Mohti
Naib Setiausaha : Noor Afdhalia binti Mohd Junid
Bendahari : Norulain binti Abdullah
Naib Bendahari : Siti Nor Asmat binti Mohd Zain
AJK Pengurusan:
Keselamatan : Mohd Faisal bin Ngazni
Makanan : Arinie binti Ghazali
Pengangkutan : Aznizam bin Jalil
6
7. Penginapan : Azman bin Abu Hassan
6.0 JUSTIFIKASI TUGAS DAN KUASA
Pengarah
• Mengetuai usaha-usaha merancang, mengurus dan melaksana serta
memantau semua Tugas Utama Jawantankuasa seperti disenaraikan di
dalam carta oraganisasi.
• Mempengerusikan semua mesyuarat yang dirancang, diurus dan
dikelolakan oleh Jawantankuasa program.
• Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Badan Penasihat.
Timbalan Pengarah
• Membantu Pengarah mengetuai usaha-usaha merancang, mengurus dan
melaksana serta memantau semua Tugas Utama Jawantankuasa seperti
disenaraikan di dalam carta oraganisasi.
• Melaksanakan tugas dan kuasa pengarah ketika ketiadaan atau
ketidakhadiran dengan kebenaran daripada pengarah.
• Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Badan Penasihat dan
Pengarah.
Setiausaha
• Membantu merancang, mengurus dan melaksana serta memantau semua
Tugas Utama Jawantankuasa seperti disenaraikan di dalam carta
oraganisasi.
• Menyelia, mengurus dan menyelenggara tugas dan fungsi kesetiausahaan
seperti surat-menyurat, perekodan dan penyimpanan maklumat.
• Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
• Menjalanakan tugas-tugas yang diarahkan Badan Penasihat, Pengarah
dan Timbalan Pengarah.
7
8. • Menyediakan kertas konsep dan kertas cadangan perlaksanaan program.
• Menyediakan laporan keseluruhan program yang dijalankan.
• Menandatangani dokumen kewangan program bersama-sama Pengarah
dan Bendahari.
Timbalan Setiausaha
• Membantu Setiausaha melaksanakan tugas dan kuasanya.
• Menjalankan tugas dan kuasa Setiausaha semasa ketiadaan atau
ketidakhadirannya atau pun yang diarahkan oleh Pengarah.
• Menjalanakan tugas-tugas yang diarahkan Pengarah, Timbalan Pengarah
dan Setiausaha.
Bendahari
• Mentadbir dan mengurus kewangan program.
• Menerima, mengutip, meyimpan dan mengakaunkan pendapatan dalam
program.
• Membayar bagi pihak dalam program segala perbelanjaan dan tuntutan
yang dikemukakan.
• Menandatangani semua dokumen kewangan program bersama-sama
Pengarah dan Setiausaha.
• Menyedia dan memaparkan penyata kewangan dalam program yang
dilaksanakan dan sesalinan diserahkan kepada Badan Penasihat dan
Pihak Fakulti.
• Menunaikan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah dan Setiausaha.
Timbalan Bendahari
• Membantu Bendahari melaksanakan tugas dan kuasanya.
• Menjalankan tugas dan kuasa Bendahari semasa ketiadaan atau
ketidakhadirannya atau pun yang diarahkan oleh Pengarah.
8
9. • Menjalanakan tugas-tugas yang diarahkan Pengarah, Timbalan Pengarah
dan Bendahari.
AJK Keselamatan
• Menghadiri semua menyuarat jawantankuasa.
• Mengemukan cadangan, kritikan, ulasan dan pendapat berkaitan hal-
ehwal pengurusan dan pelaksanaan program.
• Mengetuai sesuatu jawantankuasa kerja yang ditubuhkan untuk mengurus
dan mengelolakan sesuatu aktiviti.
• Mengundi untuk meluluskan keputusan-keputusan yang dibuat dalam
Jawantankuasa.
• Memantau keselamatan semua ahli yang terlibat sepanjang program
dilaksanakan.
• Menyediakan laporan ringkas berkaitan dengan tugasan yang
dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas program.
• Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah, Timbalan
Pengarah, Setiausaha atau Bendahari.
AJK Makanan
• Menghadiri semua menyuarat jawantankuasa.
• Mengemukan cadangan, kritikan, ulasan dan pendapat berkaitan hal-
ehwal pengurusan dan pelaksanaan program.
• Mengetuai sesuatu jawantankuasa kerja yang ditubuhkan untuk mengurus
dan mengelolakan sesuatu aktiviti.
• Mengundi untuk meluluskan keputusan-keputusan yang dibuat dalam
Jawantankuasa.
• Melaksanakan tugas-tugas untuk menyediakan makanan atau memantau
makanan yang disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab.
9
10. • Menyediakan laporan ringkas berkaitan dengan tugasan yang
dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas program.
• Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah, Timbalan
Pengarah, Setiausaha atau Bendahari.
AJK Pengangkutan
• Menghadiri semua menyuarat jawantankuasa.
• Mengemukan cadangan, kritikan, ulasan dan pendapat berkaitan hal-
ehwal pengurusan dan pelaksanaan program.
• Mengetuai sesuatu jawantankuasa kerja yang ditubuhkan untuk mengurus
dan mengelolakan sesuatu aktiviti.
• Mengundi untuk meluluskan keputusan-keputusan yang dibuat dalam
Jawantankuasa.
7.0 PENUTUP
Sebenarnya program kajian lapangan yang akan dijalankan di
Cameron Highlands ini adalah program yang dilihat mampu memberi
input yang baik kepada mahasiswa dan mahasiswi yang ingin mencari
maklumat tambahan untuk dijadikan bahan rujukan kepada pelajar –
pelajar kursus Kemahiran Hidup. Program ini mendapat kerjasama yang
baik daripada pihak Jabatan Pertanian Cameron Highlands.
Diharapkan dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap program ini akan mampu
melahirkan bakal guru yang bermaklumat dan berinformasi serta dapat
menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat luar. Semoga program
ini akan berjalan dengan lebih lancar dan jayanya.
10
11. 8.0 LAMPIRAN - TENTATIF PROGRAM
JUMAAT
07.00 am - Semua pelajar yang terlibat berkumpul di
Fakulti Seni dan Muzik
07.30 am - Bertolak Ke Jabatan Pertanian Cameron
Highlands
11.00 am - Dijangka tiba di lokasi penginapan. Chek in,
solat Jumaat dan makan tengahari.
2.30 pm - Kajian Lapangan ke Blue Valley
(Cassey Low Keang)
07.00 pm - Berehat dan Solat Maghrib.
SABTU
07.00 am - Sarapan pagi
08.00 am - Kajian Lapangan ke Projek Sayur Berkelompok
Kampung Raja.
10.30 am - Kajian lapangan ke MAFC
( Malaysia Agree Food Cooperation ).
12.00 pm - Makan tengahari dan Chek – out.
02.00 pm - Tinjauan ke Kebun Strawberry –
Kampung Taman Sedia
4.30 pm - Penyampaian cenderamata dan tanda
11
12. Kenangan.
5.00 pm - Perjalanan pulang
10.00 pm - Dijangka tiba di UPSI
12
13. Disediakan oleh : Pengarah Program Lawatan Lapangan
ke Projek Pertanian Kelolaan Jabatan
Pertanian Cameron Highlands
..........................................................
( IRWANSA BIN JAILANI )
Disemak oleh : Penasihat/Pensyarah
Perkebunan dan Hortikultur
Pendidikan Kemahiran Hidup
Universiti Pendidikan Sultan Idris
..........................................................
(EN. ABU BAKAR BIN MAMAT)
Disemak dan disahkan oleh: Ketua Jabatan Seni
Fakulti Seni dan Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
............................................
(EN. ROSKANG BIN JAILANI)
Permohonan diluluskan oleh : Dekan
Fakulti Seni dan Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim Perak
..........................................................
(DR. MOHD HASSAN BIN ABDULLAH)
13