Ringkasan dokumen ini adalah proposal yang disusun oleh guru pelatih untuk memperbaiki landskap dan menceriakan kebun kemahiran hidup di Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri. Proposal ini bertujuan untuk memenuhi tugasan internship guru pelatih serta meningkatkan persekitaran sekolah. Jika disetujui, projek ini akan dilaksanakan selama 4 minggu mulai Juni hingga Juli 2012 dengan anggaran belanjaan sebesar RM155.30
2. 1.0Pengenalan
Kertas kerja berkumpulan ini dibuat bagi memohon pertimbangan dan
persetujuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri untuk kami sebagai
guru pelatih menjalankan Projek Menghasilkan Landskap dan Menceriakan
Kebun Kemahiran Hidup berhampiran dengan bengkel Kemahiran Hidup DI
sekolah ini. Projek ini amat penting bagi kami untuk memenuhi kehendak
tugasan Internship yang telah diarahkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru (IPG)
bagi memenuhi syarat kursus kami.
2.0TUJUAN
Selain untuk memenuhi tugasan yang diberikan oleh pihak IPG, tujuan utama
projek ini adalah untuk menceriakan dan membuat pernambahbaikan pada
landskap dan kebun yang sedia ada. Selain itu juga, projek ini diharapkan dapat
mengindahkan lagi kawasan persekitaran Bengkel Kemahiran Hidup dan menarik
minat murid untuk mempelajari subjek Kemahiran Hidup dengan lebih mendalam.
3.0OBJEKTIF
3.1Memberi peluang kepada guru pelatih untuk menyediakan suasana yang
ceria, selesa dan harmoni terhadap persekitaran sekolah.
3.2Memberi pengalaman amalan profesional kepada guru pelatih dengan
tugas permulaan seorang guru.
3.3Mengeratkan hubungan antara guru pelatih dengan guru, murid dan pihak
pentadbiran sekolah.
3.4Menyemai sikap tanggungjawab, kepimpinan, keyakinan diri dan nilai
profesionalisme keguruan dalam diri guru pelatih.
3.5Memberi latihan kepada guru pelatih untuk merancang, melaksana dan
menilai projek yang dijalankan.
3. 4.0RASIONAL
Wujudnya suasana persekitaran sekolah yang tenang serta kondusif merupakan
salah satu agenda utama dalam menarik minat dan perhatian ramai untuk
merasakan sekolah sebagai satu tempat yang kondusif dan selamat untuk
dikunjungi. Oleh yang demikian, bagi menambahkan lagi keceriaan dan
keselesaan persekitaran sekolah, kami ingin menghasilkan landskap di taman
yang berada berhampiran bengkel dan mewarnakan semula batas-batas di
kebun Kemahiran Hidup. Ia juga sekali gus dapat menyemai sikap
tanggungjawab, kepimpinan dan keyakinan dalam diri guru pelatih terutamanya
dalam melahirkan seorang guru yang bijak dalam merancang dan mempunyai
nilai-nilai profesionalisme keguruan. Tambahan lagi, projek ini akan menjadi
salah satu daya penarik bagi murid-murid untuk sentiasa berada di sekolah.
5.0TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN
5.1Tarikh : 25 Jun 2012 20 Julai 2012
5.2Tempoh pelaksanaan : 4 minggu
6.0TEMPAT
Bersebelahan dengan bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Desa
Baiduri
7.0AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penaung : En. Mohamad Jafar Bin Ibrahim
(Guru Besar SKDB)
Penasihat : Puan Musilah Bt Jasman
(GPK 1 SKDB)
Pengerusi projek : En. Isharizam Bin Ujang
(Ketua Panitia Kemahiran Hidup SKDB)
4. 8.0AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Ahli jawatankuasa pelaksana : Mohd Jamaluddin Bin Mohd Apandi
: Muhammad Naqiuddin Bin Ismail
: Nur Khairiyah Binti Ayub
9.0ANGGARAN BELANJAWAN
BIL PERKARA KUANTITI
HARGA PER
UNIT (RM)
JUMLAH
(RM)
1. Cat Minyak Putih 1 19.90 19.90
2. Cat Minyak Hitam 1 19.90 19.90
3. Cat Minyak Merah 1 19.90 19.90
4. Cat Minyak Biru 1 19.90 19.90
5. Cat Minyak Hijau 1 19.90 19.90
6. Cat Minyak Kuning 1 19.90 19.90
7. Cat Minyak Hijau 1 19.90 19.90
8. Berus Cat 4 4.00 16.00
Jumlah 155.30
10.0 PENUTUP
Kami berharap agar projek ini mendapat perhatian, pertimbangan dan kerjasama
yang sewajarnya dari pihak sekolah. Kami juga berharap agar mendapat
kelulusan peruntukan yang dicadangkan bagi melancarkan perjalanan projek ini
dilaksanakan. Semoga projek ini akan berjalan dengan jayanya serta mencapai
matlamat dan objektif yang telah digariskan.
5. Disediakan oleh, Disemak oleh,
...
(CIK. NUR KHAIRIYAH BINTI AYUB) (EN.ISHARIZAM BIN UJANG )
Guru pelatih IPG Kampus Pendidikan Ketua Panitia Kemahiran Hidup
Teknik. Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri
Diluluskan oleh,
(EN. MOHAMAD JAFAR BIN IBRAHIM )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri