1. 1
SMA SHAMSUL MAARIF AL WATANIAH
KERTAS KERJA
KEJOHANAN MERENTAS DESA
PERINGKAT SEKOLAH 2022
ELEMEN SUMUR
JATI DIRI
TARIKH : 14 MEI 2022
Disediakan oleh :
Unit Kokurikulum SMA Shamsul Maarif Al Wataniah
Rumah Saidina Abu Bakar
2. 2
1.0TUJUAN
Kertas kerja ini dirangka bertujuan untuk mendapatkan kelulusan perlaksanaan
Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah bagi tahun 2022. Kejohanan Merentas
Desa peringkat sekolah merupakan satu acara sukan tahunan yang penting untuk
disertai oleh semua murid bagi membentuk modal insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, jasmani, dan emosi seiring dengan dasar falsafah pendidikan
Negara.Tujuan kejohanan ini diadakan juga adalah untuk memberi peluang kepada
semua murid untuk menyerlahkan bakat mereka dalam acara sukan terutamanya dalam
larian jarak jauh, disamping memupuk semangat kerjasama yang baik di antara komuniti
SAMAWAT, pembentukan sahsiah jati diri dan nilai kebertanggungjawaban dikalangan
murid dan guru.
2.0 LATAR BELAKANG
Kejohanan Merentas Desa merupakan satu acara tahunan dalam takwim SMA Shamsul
Maarif selaras dengan matlamat utama aktiviti kokurikulum untuk merealisasikan
Falsafah Pendidikan Negara bagi menyeimbangkan antara perkembangan mental
dengan perkembangan rohani,jasmani dan emosi semua murid.
3.0 JUSTIFIKASI
3.1 Kejohanan ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas,
progresif dan berdaya saing demi memastikan kemejadian murid sebagai insan yang
seimbang dan harmonis serta menghargai alam sekitar. Program ini juga turut
melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas
dan aktif dalam bidang sukan.
3.2 Meningkatkan martabat sukan sekolah di peringkat daerah,negeri, dan Kebangsaan.
3.3 Mencungkil bakat murid dalam acara merentas desa.
3.4 Menanam gaya hidup sihat dengan bersukan.
3. 3
4.0 PERKARA YANG INGIN DICADANGKAN
4.1 Perlaksanaan
4.1.1 Tarikh : 14 Mei 2022
4.1.2 Masa : 08.00 pagi 10.00 pagi
4.1.3 Lokasi : Di dataran SMA Shamsul Maarif Al Wataniah sehingga kawasan
persekitaran Kampung Tanjung Piandang,Perak.
(Laluan sila rujuk lampiran 1).
4.2 Sasaran
4.2.1 Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid SMA Shamsul Maarif
Al-Wataniah dengan kerjasama daripada guru guru kecuali bagi mereka
yang mendapat kebenaran pengecualian daripada Pengetua atau
Pentadbir Sekolah atau pengesahan sakit atau tidak boleh menyertai
pertandingan ini daripada Doktor.
4.3 Strategi Perlaksanaan
4.3.1 Penubuhan jawatankuasa merentas desa
4.3.2 Mengadakan mesyuarat menetukan tempat,masa,dan tugas untuk
memastikan kejohanan berjalan dengan lancar.
4.3.3 Menyediakan borang borang penyertaan dan markah
4.3.4 Memberi taklimat dan jadual serta peta laluan merentas desa kepada
guru yang terbabit dan memaklumkan kepada murid laluan tersebut.
4.3.5 Latihan merentas desa akan diadakan pada :
Hari : Jumaat ( 14 Mei 2022 )
Jam : 8.30 pagi
Lokasi : Sila rujuk lampiran 1
5.0 JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022
Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Tn. Haji Mohd Suhaimi Bin Ismail (Pengetua)
Timb. Pengerusi : Tn. Haji Abd Malik bin Hashim (PK KOKU)
Naib Pengerusi : En. Azmi bin Othman (PK Pentadbiran)
4. 4
Puan Hjh. Rohizah binti Hj. Bawi (PK HEM)
En. Roslan Bin Ramli (PK STAM)
Setiausaha : Pn. Siti Khatijah Binti Naraman (S/U Sukan)
Jawatankuasa Kerja
Penyelaras : Pn. Alwiah Binti Mat Rasid
Penolong Penyelaras : Cik Nurtaqiah Binti Ahmad Sabri
Bendahari : Pn. Norasikin binti Noh (PT Kewangan)
Teknikal dan pengelola trek : En. Johari bin Ishak / En. Ahmad Kamal Arrifin bin Mat Ali
Pelepasan : Pengetua / YDP PIBG
Pengadil Penamat : En. Azmi bin Othman
Unit Persiapan / Hadiah : En. Muhd Faisal Bin Hassan / Pn. Fadziah Binti Mat Zaini
AJK Makanan / Minuman : Pn. Saodah Binti Mastor / Pn. Nor Habibah Binti Yusof
Peronda / Trafik / : Tn. Haji Abd Malik bin Hashim (ketua)
En. Muhammad Muhaimin Bin Mustapai
Unit Kecemasan : Cik Noraida binti Abdul Karim
En. Johari Bin Ishak
En. Ahmad Murshidi Bin Ramli
Pencatat masa : Pn. Rohizah binti Bawi
Pn. Shahidawati Binti Osman
En. Mohd Zahran Bin Saad
Cik Nurtaqiah binti Ahmad Sabri
Pencatat Data Pemenang : Pn. Norzakiah Hayati bin Mohd Idris
5. 5
Unit Kecemasan : Semua Peronda Trafik.
Pegawai Checkpoint
Checkpoint (Perempuan)
1 : Pn. Shahidawati bin Osman
2 : Pn.Fadziah binti Mat Zaini
3 : Cik Nazatul Shida binti Mohd Nazirrudin
4 : Pn. Nor Bainah binti Zaini
5 : Pn. Alwiah binti Mat Rasid
6 : Pn. Norzakiah Hayati Binti Mohd Idris
7 : Pn. Nor Habibah Binti Yusof
Pegawai Checkpoint
Checkpoint (Lelaki)
1 : En.Roslan bin Ramli
2 : En. Murshidi Bin Ramli
3 : En. Ahmad Kamal Arrifin bin Mat Ali
4 : En. Muhd Faisal Bin Hassan
5 : En. Mohd Zahran bin Saad
6 : En. Muhammad Muhaimin Bin Mustapai
7 : En. Johari Bin Ishak
6.0 TENTATIF PROGRAM
Tarikh : 14 Mei 2022
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi 10.00 pagi
Bil Masa Aktiviti
1. 07.45am 08.00am Pendaftaran
2. 08.00am 08.10am Warming Up
3. 08.10am Murid murid berkumpul di garisan permulaan
6. 6
Penjaga checkpoint bergerak ke pangkalan
checkpoint masing masing.
4. 08.15am Peserta dilepaskan
1. Murid perempuan Ting 1 5 (selang 5 minit)
2. Murid lelaki Ting 1 5
5. 09.00am Pemenang pertama dijangka sampai
6. 09.30am Semua peserta dijangka sampai ke garisan
penamat
7. 10.00am Bersurai.
7.0 SYARAT DAN PERATURAN
7.1 Pelajar tidak boleh keluar dari kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
7.2 Tidak dibenarkan menumpang kenderaan orang lain.Jika didapati ada murid yang
berbuat demikian, maka kelayakan peserta tersebut dikira batal secara automatik.
7.3 Setiap murid mestilah mengumpul getah berwarna mengikut checkpoint yang
disediakan di setiap checkpoint.Getah berwarna haruslah diletakkan di pergelangan
tangan setiap peserta dan ditunjukkan ketika sampai ke garisan penamat.
7.4 Pakaian yang dibenarkan hanyalah seluar sukan dan baju sukan bagi lelaki dan baju
lengan panjang atau muslimah bagi murid perempuan.
7.5 Kategori yang terlibat :
Menengah Atas - 5 km (murid lelaki )
5 km (murid perempuan)
Menengah rendah - 5 km (murid lelaki)
5 km (murid perempuan)
7.6 Memilih laluan pintas adalah dilarang, jika didapati ada peserta yang berbuat
demikian,unit teknikal berhak membatalkan penyertaan peserta tersebut dan
sebarang rayuan tidak akan dilayan.
7. 7
7.7 Sebarang bantahan akan dikenakan penalti sebanyak RM 50.00.Selepas bayaran
dibuat bantahan akan dipertimbangkan oleh unit timbang tara AJK Kokurikulum.
7.8 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan wang bayaran RM
50.00. Borang bantahan boleh diminta kepada unit AJK Koku.
7.9 Jika bantahan gagal, wang pertaruhan akan diambil dan dimasukkan ke dalam
akaun PIBG.
7.10 Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Pengelola berhak meminda mana-
mana bahagian yang difikirkan perlu.
7.11 J/K Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara berbangkit dan dan tidak
bersedia dalam terma peraturan dan syarat-syarat larian ini.
8.0 SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN
8.1 SUMBER KEWANGAN
Bil Perkara Jumlah (RM)
1. Bantuan Sukan Sekolah RM 400.00
2. Sukan Tahunan Sekolah RM 250.00
3. PIBG RM 150.00
JUMLAH RM 800.00
8.2 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Anggaran Seunit Jumlah Anggaran (RM)
1. Mineral water x 12 kotak RM 15.00 RM 180.00
2. Bihun Goreng x 200 orang RM 2.00 RM 400.00
3 Gelang Getah X 5 Bungkus RM 7.50 RM 15.00
4. Sijil RM 48.00 RM 48.00
5. Medal X12 orang RM 5.00 RM 60.00
6. RENCAM - RM 97.00
JUMLAH RM 800.00
8. 8
9.0PENUTUP
Adalah diharapkan dengan pelaksanaan program yang dirancang ini, menepati matlamat
dan objektif yang ingin dicapai. Kerjasama daripada semua pihak didahului ucapan terima
kasih.
Disediakan Oleh Disemak Oleh
______________________ ______________________
(Alwiah Binti mat Rasid) (Abd Malik bin Hashim)
Penyelaras Program PK KOKO
Disahkan Oleh
______________________
( Mohd Suhaimi Bin Ismail)
Pengetua,
SMA Shamsul Maarif al Wataniah.