Perkhemahan Pandu Puteri Tunas di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya akan diadakan selama tiga hari dua malam pada 27-29 Mac 2015 untuk memberi pendedahan berkaitan kepanduan dan melatih ketahanan fizikal serta mental 18 peserta melalui aktiviti seperti lencana kecekapan dan kalit emas.
1 of 10
Downloaded 60 times
More Related Content
Kertas kerja kem tunas ria 2015
1. SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA
JALAN PERSIARAN SIAKAP,13700 SEBERANG JAYA
PULAU PINANG
PERKHEMAHAN TUNAS RIA
PANDU PUTERI TUNAS
Tempat
Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya
Tarikh
27-29 Mac 2015
Anjuran
Persatuan Pandu Puteri,Malaysia
Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya
2. 1.0 Pendahuluan
Perkhemahan atau cuti pasukan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan
oleh Persatuan Pandu Puteri Tunas Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Program ini. disertai oleh murid-murid yang menjadi ahli Persatuan Pandu Puteri Tunas.
Perkhemahan ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaaan Seberang Jaya pada 27-29 Mac
2015. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kenmenterian Pelajaran Malaysia
yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani
melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang murid itu wajib menyertai
aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke
alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti
perkhemahan ini bakal diapklikasikan oleh mereka apabila menempuh alam kedewasaan
kelak.
2.0 Matlamat
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan kepanduan dan
disiplin yang perlu ada dalam setiap ahli Pandu Puteri. Ia bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti
disusun dalam dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat
ditonjolkan diaplikasikan dalam menempuh cabaran yang mendatang . Program ini
diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan
rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan
Negara yang mampan.
3.0 Objektif
I. memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai
program kepimpinan
II. membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri
dalam setiap situasi
III. melatih murid untuk memupuk sikap toleransi , bertanggungjawab , dan
menghargai alam sekitar
IV. meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan
V. memupuk semangat kerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
pentingkan diri sendiri
3. VI. melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, emosi , rohani dan
jasmani
4.0 Tarikh dan tempoh pelaksanaan
I. Tarikh yang dirancang ialah 27-29 Mac 2015
II. Dilaksanakan selama tiga hari dua malam
III. Masa penglibatan melibatkan waktu siang dan malam
IV. Tentatif program seperti dalam lampiran
5.0 Tempat
I. Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya
6.0 Perasmian
Program ini akan dirasmikan oleh Pesuruhjaya Daerah iaitu Puan Hindon bt Ahmad.
Seterusnya beliau akan member ucapan.
7.0 Kumpulan sasaran/penyertaan
8.0 Jumlah peserta : 18vorang ( murid tahun 4, 5 dan 6 )
Senarai nama peserta adalah seperti dalam lampiran
9.0 Jumlah Fasilitator : 4 orang
10.0 Jawatankuasan pengurusan
Penasihat : Pn.Norsiah bt Baharum
( Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya)
Pn.Aryani Fazaliza bt Mohd Ali
( Penolong Kanan Kokurikulum)
4. Ketua Fasilitator : Pn.Hindon bt ahmad
Fasilitator : Pn.Baidura bt Yaacob
Pn.Florence
Pn.Rozee Rozanna
Pn.Maria
Jawatankuasa pelaksana
Pengerusi : Pn.Norsiah bt Baharum
Naib Pengerusi : Pn.Aryani Fazaliza bt Mohd Ali
Setiusaha : Pn.Yuhanis bt Majid
Bendahari : Pn.Zaharatul Nadia
Kem Komandan : Pn.Hindon bt Ahmad
Ahli Jawatankuasa
AJK pendaftaran : Pn.Noriza bt Mohd Khir
Pn.Suzana bt Mohamed Yusoff
AJK pertolongan Cemas : Pn.Florence
AJK tempat : Pn.Hasimah bt Salleh
Pn.Norzalina bt Said
Buku Program : Pn.Wan Rosnazira bt Wan Ibrahim
AJK makanan : Pn.Alawiyah bt Haji Othman
Pn.Faridah bt Ahmad
AJK kebersihan : Pn.Roobah
Pn.Hanitalydia
AJK Peralatan :Pn.Norlida bt Othman
AJK Dokumentasi :Pn.Nermala a/p Sinnasamy
5. 11.0 Aktiviti dan Jadual Perkhemahan
HARI PERTAMA 27 MAC 2015
MASA AKTIVITI
2.30 petang Pendaftaran peserta dan mendirikan khemah
3.30 petang Ice – breaking
4.30-5.00 petang Solat dan minum petang
5.00-6.00 petang Istiadat menaikkan panji-panji
6.00-8.40 malam Pengurusan diri, makan, solat dan tazkirah
8.40-11.00 malam Lencana kecekapan individu ‘Penjahit’
11.00 malam Tidur
6. HARI KEDUA 28 MAC 2015
MASA AKTIVITI
5.30-7.00 pagi Qiamullai, solat subuh/tazkirah
7.00-8.30 pagi Aerobik dan sarapan pagi
8.30 – 12.00 pagi Calit Emas dan LKI Penjahit
12.00-2.00 petang Makan tengahari, pengurusan diri dan solat
2.00 – 5.00 petang LKI Ahli sukan kelas B
(Tunas Puteri berumur 10 tahun ke atas)
Tangga Emas
5.00-6.00 petang Tangga Emas dan LKI Penjahit
6.00-9.00 malam Pengurusan diri, makan, solat dan tazkirah
9.00-11.00 malam Malam Pandu Puteri
11.00 malam Tidur
HARI KETIGA 29 MAC 2015
MASA AKTIVITI
5.30-7.00 pagi Qiamullai, solat subuh/tazkirah
7.00-8.30 pagi Aerobik dan sarapan pagi
8.30 – 11.00 pagi Aktiviti ‘khidmat masyarakat’
11.00-12.30 pagi Refleksi diri, majlis penutup dan istiadat menurunkan
panji-panji
12.30-1.00 tgh hari Pengurusan khemah
1.00 tgh hari Makan
7. 12.0 Peraturan perkhemahan
1. Peserta perkhemahan perlu tahu cara-cara mendirikan khemah, menggunakan
dan menjaga khemah pada waktu siang , malam, dan semasa cuaca buruk.
2. Kawasan khemah hendaklah dalam keadaan yang bersih .
3. Khemah mestilah dijaga dengan baik sebelum dan selepas digunakan.
4. Peserta perkhemahan perlu makan dan mandi pada masa yang ditetapkan.
5. Peserta perkhemahan perlu berpakaian seragam sepanjang aktiviti perkhemahan
dijalankan.
6. Peserta perkhemahan hendaklah menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik
dan sopan.
7. Peserta perkhemahan tidak membuat bising semasa tidur.
8. Peserta perkhemahan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan.
8. 9. Peserta perkhemahan tidak dibenarkan membawa barang-barang berharga atau
barang kemas.
13.0 Anggaran perbelanjaan
BIL PERKARA KUANTITI HARGA KOS JUMLAH
1 Makan untuk 18 orang
murid
18 RM 9 18 X RM 9 X
3 HARI
RM 486
2 Makan untuk 12 orang
guru
12 RM 9 12 x RM9 X 3
HARI
RM 324
3 Peralatan 18 RM 3 18 x RM 3 RM 54
4 Sijil Penyertaan 18 Sumbangan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia
5 JUMLAH RM 864
14.0 Tugas Jawatankuasa Perkhemahan
Komanden Kem
I. Bertanggungjawab ke atas pentadbiran am perkhemahan.
II. Menentukan tujuan dan matlamat perkhemahan.
III. Memastikan perkhemahan berkualiti.
IV. Memilih, mengawas, melatih, kakitangan serta memastikan spesifikasi tugas
difahami.
V. Menyelaras semua aktiviti kem.
VI. Memastikan kesihatan dan keselamatan kem.
VII. Menentukan semua rekod disimpan untuk tujuan pendokumentasian
9. 15.0 Barang-barang yang perlu dibawa oleh setiap peserta
1. Pakaian seragam Pandu Puteri Tunas beserta kasut hitam bertutup
2. Seluar panjang / track bottom
3. T-shirt Pandu Puteri
4. Stoking
5. Kasut sukan dan selipar
6. Perkakas mandi
7. Peralatan sembahyang
8. Alat tulis dan buku log
9. Lampu picit
10. Selimut
16.0 Harapan dan Penutup
Adalah sangat diharapkan agar Perkhemahan Unit Pakaian Seragam ini dapat dijalankan
dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi . Kerjasama daripada para
pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni
Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak sekolah. Semoga tema segala matlamat dan
objektif perkhemahan dapat direalisasikan semasa perkhemahan tersebut.
Disediakan oleh : Disahkan oleh: