Kursus Fisioterapi anjuran Pejabat Pergigian Daerah Jasin 2016
1 of 4
Download to read offline
More Related Content
Kertas kerja kursus fisioterapi 2016
1. KURSUS PENGENALAN KEPADA FISIOTERAPI 2016
ANJURAN:
PEJABAT PERGIGIAN DAERAH JASIN
PENCERAMAH:
PEGAWAI FISIOTERAPI (HOSPITAL BESAR MELAKA)
TARIKH:
FEBRUARI 2016
TEMPAT:
BILIK SEMINAR KLINIK KESIHATAN MERLIMAU
KERTAS KERJA DASAR
KURSUS PENGENALAN KEPADA FISIOTERAPI
1.0 PENGENALAN
Kursus ini merupakan satu pemangkin kepada gaya hidup sihat yang sering diabaikan
oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai
kesihatan. Anggota pergigian menjadi kumpulan sasaran memandangkan kumpulan inilah
diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat sekeliling dan seterusnya
dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat.
Kursus ini menjurus kepada memperkenalkan bidang fisioterapi kepada anggota
pergigian. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anggota pergigian berkenaan asas
fisioterapi dan kaedah-kaedah rawatannya serta mengaplikasikan ilmu yang diperolehi di
tempat kerja dalam melahirkan anggota pergigian yang sihat dan berprestasi cemerlang.
2. 2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan pengetahuan anggota pergigian daerah Jasin tentang kepentingan
menjaga postur badan yang betul dan menerapkannya ke dalam kehidupan dan
pekerjaan seharian.
2.2 Menanam kesedaran di kalangan anggota pergigian mengenai amalan gaya hidup
sihat walau di mana mereka berada.
2.3 Mengurangkan kekerapan kecederaan badan akibat postur badan yang salah dan
memanjangkan hayat perkerjaan angota pergigian.
3.0 NAMA PROGRAM
KURSUS PENGENALAN KEPADA FISIOTERAPI
4.0 ANJURAN
PEJABAT PERGIGIAN DAERAH JASIN
5.0 PENCERAMAH
PEGAWAI FISIOTERAPI (HOSPITAL BESAR MELAKA)
6.0 TEMPAT
BILIK SEMINAR KLINIK KESIHATAN MERLIMAU
7.0 TARIKH
FEBRUARI 2016
3. 8.0 SASARAN
Semua kategori anggota kakitangan Pergigian Daerah Jasin :
-Pegawai Pergigian (7 orang)
-Pembantu Pembedahan Pergigian (8 orang)
-Penyelia Jururawat Pergigian (3 orang)
-Ketua Jururawat Pergigan (2 orang)
-Jururawat Pergigian (8 orang)
-Pembantu Tadbir (2 orang)
Keseluruhannya berjumlah 30 orang.
9.0 STRUKTUR JAWATANKUASA
PENASIHAT
Dr Rohana bt Abu Kassim
PENYELARAS
Dr Norazreen bt Abdul Jalil
Dr Koon Zheng Dong
10.0 TENTATIF/ ATUR CARA PROGRAM
Masa Aktiviti Penceramah
8.30 – 9.00 pg Pendaftaran peserta
9.00 – 9.10 pg Taklimat / Pengenalan kursus Dr Koon Zheng Dong
9.10 – 10.10 pg Ceramah 1
PENGENALAN KEPADA FISIOTERAPI Pegawai Fisioterapi
10.10 – 10.40 pg Minum Pagi
10.40 – 11.40 pg Ceramah 2
PRINSIP & KAEDAH RAWATAN FISIOTERAPI
Pegawai Fisioterapi
11.40 – 12.40 tgh
hari
Ceramah 3
MENGEKALKAN POSTUR TUBUH BADAN YG
IDEAL KETIKA BEKERJA
Pegawai Fisioterapi
12.40 – 2.00 ptg Makan tengah hari & solat Zuhur
2.00 – 3.00 ptg Praktikal
KAEDAH GERAKAN FISIO UNTUK MASALAH
SAKIT SENDI & SAKIT TULANG BELAKANG
Pegawai Fisioterapi
3.00 – 4.00 ptg Praktikal
AMALI TERAPI SENAMAN FISIO
Pegawai Fisioterapi
4.00 – 4.30 ptg Penutup
4.30--5.00 ptg Minum petang & bersurai
4. 11.0 BELANJAWAN
Makan Pagi : RM 4.00 X 35 = RM 140.00
Makan Tengahari : RM 8.00 X 35 = RM 280.00
Minum Petang : RM 3.00 X 35 = RM 105.00
Penceramah : RM 80.00 / 5jam x 3 = RM 1200.00
Jumlah = RM 1725.00
Jumlah keseluruhan : RM 1725.00
12.0 PENUTUP
Adalah diharap program yang dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah
digariskan serta dapat diaplikasi di dalam perkhidmatan.
Disediakan oleh:
( DR NORAZREEN BT ABDUL JALIL )
Penyelaras,
Kursus Pengenalan Kepada Fisioterapi
Pejabat Pergigian Daerah Jasin
Disemak oleh:
(DR ROHANA BT ABU KASSIM)
Pegawai Pergigian Daerah Jasin
Pejabat Pergigian Daerah Jasin
Jasin, Melaka