1. 1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KABOGAN II
________________________________________________________________
KERTAS KERJA
KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR
TARIKH/ HARI :
23 JANUARY 2016/ SABTU
MASA:
7.00 PG – 12.30 TGHR
KUMPULAN SASARAN:
PELAJAR TINGKATAN 5
TEMPAT :
SMK KABOGAN II,
SEMPORNA, SABAH
ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK KABOGAN II
BERSAMA
UNIT KURIKULUM SMK KABOGAN II
2. 2
1. Pendahuluan
Kursus Kemahiran Belajar ini merupakan platform untuk membimbing pelajar
tingkatan 5 tentang cara belajar yang efektif agar proses pembelajaran yang dilalui
berupaya memberikan impak optimum yang seterusnya akan dimanifestasikan melalui
peperiksaan SPM. Dalam program ini, pelajar akan diberikan pendedahan tentang teknik
belajar yang betul dan kemahiran- kemahiran belajar yang perlu mereka kuasai
termasuklah kemahiran mencatat nota, mengingat, dan kemahiran membaca. Tambahan
lagi kursus ini menggalakkan pelajar mengaplikasikan rutin belajar secara berkualiti
(study smart). Kesinambungan usaha pihak sekolah menjalankan kelas- kelas tambahan
luar 2iding beserta kesedaran yang diberikan tentang amalan teknik belajar yang baik
pastinya akan mampu membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
2. Objektif:
I. Memberi keyakinan dan motivasi terhadap diri pelajar agar lebih prihatin dalam
menuntut ilmu pengetahuan serta penglibatan mereka dalam pelajaran.
II. Menggalakkan para pelajar untuk mengamalkan gaya belajar yang baik dalam
usaha memaksimumkan proses pembelajaran efektif.
III. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada para pelajar agar dapat
memanfaatkan pelbagai ilmu pengetahuan.
3. Tarikh: 23 January 2016/ Sabtu
4. Kumpulan sasaran: Pelajar Tingkatan 5
5. Tempat: Dewan SMK Kabogan II
6. Tentatif
MASA (PAGI)
AKTIVITI CADANGAN PENCERAMAH
7.00 Bengkel Pengurusan masa belajar
- Jadual belajar
Pn. Hafini binti A. Samad
8.00 Ceramah strategi belajar dan pemantapan
subjek BM
Guru Cemerlang BM SMKDPA
Pn. Hjh Elinah bt Mohd Abd Kahar
11.00 Rehat
11.15 – 12.30
TGHR
Strategi pembelajaran berkesan &
Kemahiran mencatat nota
Guru kaunseling SMK Bugaya I
Pn. Noor Amirah bt. Ahmad
7. Jawatankuasa Induk Program
3. 3
Pengerusi
En. Abdul Said bin Hj. Mahid (Pengetua SMK Kabogan II)
Naib Pengerusi
En. Dandai bin Hj. Uddang (PK Kurikulum)
Pn. Sharmila bt Abdul Sala (PK HEM)
En. Muhadi bin Majid (PK Kokurikulum)
En. Amirullah bin Ajirul (PK Petang)
Penyelaras
Pn. Hafini binti A. Samad (Guru bimbingan dan kaunseling)
Setiausaha
Pn. Sayidah Nafisah bt. Basir (Guru bimbingan dan kaunseling)
Bendahari
Guru kaunseling
AJK
Jawatankuasa organisasi unit kaunseling
Jawatankuasa Kurikulum
Pelajar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
8. JAWATANKUASA PENGELOLA
JAWATANKUASA NAMA GURU PERINCIAN TUGAS
Persiapan tempat 1. Pn. Sayidah Nafisah bt. Basir  Memastikan pelajar berada di tempat
program berjalan
 Memastikan susun atur dan
kesesuaian tempat program
PA Sistem & LCD En. Redwan bin Mokhtar  Menyediakan kelengkapan sistem
audio dan LCD
Kebersihan PRS  Memastikan kebersihan tempat
program sepanjang program berjalan
Kawalan disiplin Pelajar kelab kerjaya  Berada di tempat program semasa
4. 4
aktiviti dijalankan
 Mengawal keluar masuk dan disiplin
pelajar sepanjang program
Rakaman Peristiwa Pn. Hafini binti A. Samad  Mengambil gambar program untuk
dokumentasi
Pengurusan pelajar Guru bertugas mingguan  Memastikan pelajar berada di tempat
proram tepat pada masa ditetapkan
Pengerusi Majlis Pelajar  Mengendalikan protokol majlis
9. Anggaran kos
KOS JUMLAH (RM)
A. KOS JEMPUTAN PENCERAMAH
 1 orang RM 200 x 1
200.00
B. PERALATAN
 KertasMahjong
 Permanentmarker
 Handout
50.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 250.00
10. Kesimpulan
Harapan kami Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kabogan II adalah supaya pelajar
tingkatan 5 akan dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah dibekalkan kepada mereka
serta mengaplikasikan ilmu tersebut dalam rutin belajar mereka. Malah secara tidak langsung
melalui program ini diharapkan pelajar akan lebih bermotivasi lagi untuk belajar seterusnya
berjaya meningkatkan prestasi akademik mereka.
Justeru kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat dihargai. Kami
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berkenaan dan mengharapkan agar
permohonan untuk melaksanakan program ini diluluskan.
5. 5
Disediakan oleh : HAFINI BINTI A. SAMAD
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Tanda tangan:...........................
Tarikh :......................................
Disemak dan disahkan
oleh:
EN. DANDAI BIN HJ. UDDANG
Penolong Kanan Kurikulum
Tanda tangan:...........................
Tarikh :......................................
Permohonan diluluskan
oleh :
EN. ABDUL SAID BIN HJ. MAHID
Pengetua SMK Kabogan II
Tanda tangan:...........................
Tarikh :......................................