ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
SK ISKANDAR PERDANA
     32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR
           PERAK DARUL RIDZUAN




   KERTAS KERJA


PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA
MURID LINUS & PEMULIHAN KHAS
SK ISKANDAR PERDANA,
                                32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR
                                PERAK DARUL RIDZUAN

-------------------------------------------------------------------------------------------------
 KERTAS KERJA PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID
             LINUS & PEMULIHAN KHAS

PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHAS

Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key
Performance Indicators ( MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan rendah menjelang 2012.Justeru,setiap segala yang diatur,disusun dan dijalankan
adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS. Sehubungan dengan itu,bagi
merealisasikan hasrat ini,satu bentuk perancangan yang baik,tersusun,terarah,bermatlamat dan
bermakna perlu direncanakan.Perancangan Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk
menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat menyumbang sesuatu
kepada murid-murid tahap satu.Perancangan stategik yang disusun ini akan menjadi pelan
operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini.

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi
kesulitan      pembelajaran        khususnya      dalam        menguasai      kemahiran
asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kelas Pemulihan Khas dikendalikan oleh guru-
guru      pemulihan      yang        telah     menerima      latihan     khas     dalam
bidang ini. Pada tahun 2010, Guru Khas Pemulihan telah dipertanggungjawabkan untuk
mengajar murid Linus tegar yang tidak melepasi Konstruk 1 & 2.


TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan kelulusan pihak sekolah untuk mengadakan
majlis perjumpaan ibu bapa/penjaga LINUS dan Pemulihan Khas.


MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali
murid berkeperluan khas.
OBJEKTIF PENDIDIKAN NKRA

Objektif Program Literasi

       Pada akhir Program Literasi murid berupaya:

       i.     mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup
       ii.    membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup
       iii.   membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang
              mudah
       iv.    dengan menggunakan kata hubung ‘dan’.

Objektif Program Numerasi:

       Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:

       i.     membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga angka 1000
       ii.    membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000
       iii.   bermula daripada sebarang nombor
       iv.    menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
       v.     mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan
       vi.    waktu, ukuran dan sukatan.

SASARAN

Murid tahap 1 yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid
berkeperluan khas

TEMPOH

Mac – November 2012 (Sepanjang Tahun mengikut Plan Taktikal)



OBJEKTIF PROGRAM IBU BAPA

   1. Memberi pengenalan & pemhaman mengenai program LINUS & Pemulihan Khas
   2. Mendapatkan sokongan ibu bapa dalam            membantu    pihak   sekolah   untuk
      menghapuskan buta 3M tahap 1 pada 2012.
TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM


   Tarikh              : 7 April 2012
   Hari               : Sabtu
   Tempat             : Bilik Darjah 5 Cemerlang




SENARAI PENCERAMAH

   1. En.Mohd Hanifah bin Main ( Penolong PPD Pendidikan Khas)
   2. Pn. Nik Hasni bt. Mamat   ( Fasilinus)


TENTATIF PROGRAM

MASA                               AKTIVITI
9.00 pg      Pendaftaran Ibu Bapa
9.15 pg      Ucapan pengerusi
9.20 pg      Bacaan Doa
9.25 pg      Ucapan Tuan Guru Besar
9.45 pg      Taklimat Fasilinus mengenai LINUS & Pemulihan Khas
10.45 pg     Sesi soal jawab
11.00 pg     Jamuan Ringan
11.15 pg     Bersurai


SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS


Pengerusi                   : En Shahari B. Embon
                              (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi          : Pn. Hjh Khairiah bt Lahamad
                              (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1            : Pn Nor Samsuniah bt Musa
                              (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2            : En Abdullah Radzi b. Abbas
                              (Penolong Kanan Kokurikulum)
Pengurus                    : Cik Noraini bt Abdul Hamid
Pen. Pengurus               : Pn. Hjh Aniah bt Noh
Setiausaha                  : Pn. Norazita bt Jasdi
Pengacara                   : Pn. Hjh Aniah bt Noh
AJK Brosur                  : Pn. Faridah Anom bt Harun
                              Pn. Fuziah Bt Alang Ahmad
AJK Siaraya & peralatan     : En. Salam Izwan B. Ramly
                              En. Shah Alim b. Baharuddin
AJK Makanan                    : Pn. Siti Haslina bt Syed Ali
AJK Backdrop                   : Pn. Arbaayah bt Salleh Hoodin
AJK Pendaftaran                : Pn. Mariam Megat bt Alg Mohd
AJK Bilik Taklimat             : Pn. Halimatun Maimunah Bt Mior Hamzah
                                 En. Khairil Azam b. Mohd Idris
Juru Foto                      : Pn.Nor Jamilatun Bt Jonid




ANGGARAN KEWANGAN


Bil       Perkara                         Kos & Bil             Jumlah (RM)             Sumber
1         Backdrop                        1 x RM50.00           50.00                 B&Kaunseling
2         Jamuan                          30x RM2.00            60.00                    PIBG
3         Hadiah para jemputan            3x RM10               30.00                     PK

          JUMLAH                                                140.00


SUMBER KEWANGAN

      1) Panitia Bahasa Malaysia
      2) Panitia Bimbingan & Kaunseling

KEPERLUAN PERALATAN

1) LCD               - mohon pinjaman daripada bilik komputer

2) Skrin Projektor - mohon pinjaman daripada bilik komputer

PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan untuk membanteras buta 3M di sekolah
dan sekaligus menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah
literasi dan numerasi. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini
berjaya selaras dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak didahulukan dengan ribuan terima
kasih.

Disediakan Oleh,                   Disemak Oleh,                         Diluluskan Oleh,

...........................        ..........................            ..........................
(NORAINI ABDUL HAMID)              (KHAIRIAH LAHAMAD)                    (SHAHARI EMBON)
Setiausaha Program Pemulihan,      PK Pentadbiran,                       Guru Besar,
SK Iskandar Perdana                SK Iskandar Perdana,                  SK Iskandar Perdana,

Tarikh:                            Tarikh:                               Tarikh:
                                                                         .
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linus

More Related Content

Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linus

  • 1. SK ISKANDAR PERDANA 32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR PERAK DARUL RIDZUAN KERTAS KERJA PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID LINUS & PEMULIHAN KHAS
  • 2. SK ISKANDAR PERDANA, 32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR PERAK DARUL RIDZUAN ------------------------------------------------------------------------------------------------- KERTAS KERJA PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID LINUS & PEMULIHAN KHAS PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHAS Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key Performance Indicators ( MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.Justeru,setiap segala yang diatur,disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS. Sehubungan dengan itu,bagi merealisasikan hasrat ini,satu bentuk perancangan yang baik,tersusun,terarah,bermatlamat dan bermakna perlu direncanakan.Perancangan Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat menyumbang sesuatu kepada murid-murid tahap satu.Perancangan stategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini. Program Pemulihan Khas ialah satu usaha untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kelas Pemulihan Khas dikendalikan oleh guru- guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Pada tahun 2010, Guru Khas Pemulihan telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid Linus tegar yang tidak melepasi Konstruk 1 & 2. TUJUAN Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan kelulusan pihak sekolah untuk mengadakan majlis perjumpaan ibu bapa/penjaga LINUS dan Pemulihan Khas. MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.
  • 3. OBJEKTIF PENDIDIKAN NKRA Objektif Program Literasi Pada akhir Program Literasi murid berupaya: i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah iv. dengan menggunakan kata hubung ‘dan’. Objektif Program Numerasi: Pada akhir Program Numerasi murid berupaya: i. membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga angka 1000 ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 iii. bermula daripada sebarang nombor iv. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi v. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan vi. waktu, ukuran dan sukatan. SASARAN Murid tahap 1 yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas TEMPOH Mac – November 2012 (Sepanjang Tahun mengikut Plan Taktikal) OBJEKTIF PROGRAM IBU BAPA 1. Memberi pengenalan & pemhaman mengenai program LINUS & Pemulihan Khas 2. Mendapatkan sokongan ibu bapa dalam membantu pihak sekolah untuk menghapuskan buta 3M tahap 1 pada 2012.
  • 4. TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM Tarikh : 7 April 2012 Hari : Sabtu Tempat : Bilik Darjah 5 Cemerlang SENARAI PENCERAMAH 1. En.Mohd Hanifah bin Main ( Penolong PPD Pendidikan Khas) 2. Pn. Nik Hasni bt. Mamat ( Fasilinus) TENTATIF PROGRAM MASA AKTIVITI 9.00 pg Pendaftaran Ibu Bapa 9.15 pg Ucapan pengerusi 9.20 pg Bacaan Doa 9.25 pg Ucapan Tuan Guru Besar 9.45 pg Taklimat Fasilinus mengenai LINUS & Pemulihan Khas 10.45 pg Sesi soal jawab 11.00 pg Jamuan Ringan 11.15 pg Bersurai SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS Pengerusi : En Shahari B. Embon (Guru Besar) Timbalan Pengerusi : Pn. Hjh Khairiah bt Lahamad (Penolong Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 : Pn Nor Samsuniah bt Musa (Penolong Kanan HEM) Naib Pengerusi 2 : En Abdullah Radzi b. Abbas (Penolong Kanan Kokurikulum) Pengurus : Cik Noraini bt Abdul Hamid Pen. Pengurus : Pn. Hjh Aniah bt Noh Setiausaha : Pn. Norazita bt Jasdi Pengacara : Pn. Hjh Aniah bt Noh AJK Brosur : Pn. Faridah Anom bt Harun Pn. Fuziah Bt Alang Ahmad AJK Siaraya & peralatan : En. Salam Izwan B. Ramly En. Shah Alim b. Baharuddin
  • 5. AJK Makanan : Pn. Siti Haslina bt Syed Ali AJK Backdrop : Pn. Arbaayah bt Salleh Hoodin AJK Pendaftaran : Pn. Mariam Megat bt Alg Mohd AJK Bilik Taklimat : Pn. Halimatun Maimunah Bt Mior Hamzah En. Khairil Azam b. Mohd Idris Juru Foto : Pn.Nor Jamilatun Bt Jonid ANGGARAN KEWANGAN Bil Perkara Kos & Bil Jumlah (RM) Sumber 1 Backdrop 1 x RM50.00 50.00 B&Kaunseling 2 Jamuan 30x RM2.00 60.00 PIBG 3 Hadiah para jemputan 3x RM10 30.00 PK JUMLAH 140.00 SUMBER KEWANGAN 1) Panitia Bahasa Malaysia 2) Panitia Bimbingan & Kaunseling KEPERLUAN PERALATAN 1) LCD - mohon pinjaman daripada bilik komputer 2) Skrin Projektor - mohon pinjaman daripada bilik komputer PENUTUP Adalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan untuk membanteras buta 3M di sekolah dan sekaligus menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak didahulukan dengan ribuan terima kasih. Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Diluluskan Oleh, ........................... .......................... .......................... (NORAINI ABDUL HAMID) (KHAIRIAH LAHAMAD) (SHAHARI EMBON) Setiausaha Program Pemulihan, PK Pentadbiran, Guru Besar, SK Iskandar Perdana SK Iskandar Perdana, SK Iskandar Perdana, Tarikh: Tarikh: Tarikh: .