Dokumen ini merupakan permohonan Jawatankuasa Kolej Kediaman Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli kepada Pengarah Kampus Jeli untuk meluluskan bas bagi mengangkut mahasiswa dan mahasiswi ke stesen bas Tanah Merah sempena cuti pertengahan semester pada 5 April 2012. Permohonan ini bertujuan untuk memudahkan mahasiswa dan mahasiswi pulang ke kampung halaman selama cuti semester.
1 of 4
Downloaded 113 times
More Related Content
Kertas kerja permohonan bas jkk
1. KERTAS KERJA
PERMOHONAN BAS UNTUK
MAHASISWA KAMPUS JELI
Tarikh :
5 April 2012
Tempat :
Kampus Jeli
Universiti Malaysia Kelantan
Anjuran :
Jawatankuasa Kolej Kediaman UMK Kampus Jeli
2. KERTAS KERJA UNTUK KELULUSAN
PENGARAH KAMPUS JELI
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
PERMOHONAN BAS UNTUK MAHASISWA KAMPUS JELI
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pihak pengurusan universiti supaya
meluluskan permohonan kenderaan bagi menghantar mahasiswa dan mahasiswi
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli ke Tanah Merah setiap hujung miggu.Ini
kerana kesukaran mahasiswa dan mahasiswi mendapatkan barangan keperluan di Jeli
seperti keperluan pakaian dan lain-lain.
2.0 LATAR BELAKANG
Jawatankuasa Kolej Kediaman (JKK) UMK Kampus Jeli telah dilantik bagi menguruskan
kebajikan mahasiswa serta mahasiswi yang menginap di Kolej Kediaman Kampus Jeli.
Sejak perlantikan serta penyampaian watikah perlantikan, ini merupakan salah satu dari
perancangan JKK untuk menjaga kebajikan mahasiswa dan mahasiswi UMK Kampus
Jeli.
Seperti yang sedia maklum, cuti pertengahan semester Februari 2011/2012 akan bermula
pada 5 April 2012 selama seminggu. Justeru kebanyakan mahasiswa/i mengambil
peluang ini untuk pulang ke kampung halaman. Mahasiswa dan mahasiswi ini dilihat
rata-ratanya berasal dari luar Kelantan dan perlu menaiki bas di stesen bas Tanah Merah.
Dengan kesukaran untuk mendapatkan pengangkutan awam pada waktu puncak dan
3. selepas waktu bekerja,oleh itu JKK telah bercadang untuk memohon sebuah bas untuk
menghantar mahasiswa/i ini ke Tanah Merah untuk pulang ke kampung halaman.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menjaga kebajikan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Jeli.
3.2 Memudahkan urusan mahasiswa/i untuk pulang sempena cuti pertengahan
semester Februari 2011/2012.
3.3 Memenuhi misi yang digariskan oleh JKK 2011/2012 bagi mencapai visi JKK.
4.0 CADANGAN WAKTU PERJALANAN BAS KE TANAH MERAH
4.1 Perjalanan bas pertama pada pukul 6.00 petang.
4.2 Perjalanan bas kedua pada pukul 8.30 malam
5.0 SYOR
Dengan ini disyorkan agar pihak Pengurusan Kampus Jeli UMK untuk meluluskan permohonan
bas untuk menghantar mahasiswa dan mahasiswi ini ke Tanah Merah bagi memenuhi keperluan
dan menjaga kebajikan warga Universiti Malaysia Kelantan.
6.0 KELULUSAN
Dengan segala hormatnya pihak Pengurusan Kampus Jeli UMK diminta menimbangkan dan
meluluskan kertas kerja permohonan bas untuk menghantar mahasiswa dan mahasiswi ke Tanah
Merah untuk tujuan pulang ke kampung halaman sempena cuti semester Februari 2012 pada 5
April 2012.
Disediakan Oleh : Disemak Oleh :
........................................ ..............................................
FATEN HAMAMAH BINTI MOHAMED DR MARIAM FIRDHAUS BINTI MAD NORDIN
Penolong setiausaha Pengetua
Jawatankuasa Kolej Kediaman Kolej Kediaman
Universiti Malaysia Kelantan Universiti Malaysia Kelantan
4. Kampus Jeli Kampus Jeli
Diluluskan oleh:
----------------------------------------------------------------
(PROF. DR. HJ. IBRAHIM BIN CHE OMAR)
Pengarah
Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Jeli