Program lawatan sambil belajar ke kilang surat khabar, kilang roti, muzium dan perpustakaan di Shah Alam bagi 36 orang murid dan 4 orang guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat untuk meningkatkan pembelajaran di luar bilik darjah dan memperkenalkan proses pembuatan makanan dan akhbar.
1 of 4
Downloaded 81 times
More Related Content
Kertas kerja shah alam
1. SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG KERAMAT
JALAN KERAMAT TANJUNG,
45000 KUALA SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN
PROGRAM KEMBARA ILMU
BELAJAR MELALUI LAWATAN
KE SHAH ALAM, SELANGOR.
TAHUN 2013
2. KERTAS KERJA PELANCONGAN I/2013
TAJUK : LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. PENDAHULUAN
Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat, Kuala Selangor akan mengadakan satu
program lawatan sambil belajar ke kilang pembuatan surat khabar dan kilang roti High-5
di Shah Alam, Selangor. Lawatan ini akan diadakan pada 28 Februari 2013 (Khamis).
Seramai 36 orang murid Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Briged Cyber dan
4 orang guru akan mengikuti lawatan ini. Waktu pelancongan adalah dari jam 7.00 pagi
hingga 5.00 petang. Program ini merupakan atas galakan dan daya fikir guru besar sekolah.
2. MATLAMAT
Antara siratan matlamat program ini adalah seperti berikut :
i. Penerapan ilmu pembuatan secra komprehensif kepada murid
ii. Dapat melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif
iii. Murid dapat mengaplikasikan ilmu dan pengalaman yang diperolehi dalam
pembelajaran di sekolah
iv. Pendedahan kepada murid untuk melihat sendiri proses dalam sektor pembuatan
makanan di Malaysia.
3. OBJEKTIF
Di antara objektif program ini adalah seperti berikut :
i. Membantu murid memahami dan mempelajari ilmu pengetahuan di luar sekolah.
ii. Meningkatkan penghayatan dan pandangan bahawa kemahiran tenaga buruh dan
teknologi terkini itu sesuatu yang menyeronokkan
iii. Merealisasikan kemahiran yang dipelajari di sekolah dalam menghasilkan sesuatu
idea, bekerjasama dalam sesuatu kumpulan dan berkomunikasi secara efektif
iv. Dapat melahirkan generasi yang kritis dan kreatif pada masa hadapan dengan
pendedahan ilmu sains dan teknologi
3. 4. AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM
Lawatan ke Shah Alam :
Kilang surat khabar NSTP
Kilang roti High-5
Muzium Negeri Selangor
Masjid Negeri Selangor
Perpustakaan Tun Uda, Shah Alam.
Aktiviti-aktiviti yang diprogramkan bersesuaian untuk murid sekolah rendah.
Semua murid akan menjalani aktiviti dan melaporkan semula dalam bentuk catatan
penulisan diari dan menghasilkan buku skrap.
TENTATIF PROGRAM
7.00 pg. - berkumpul di sekolah
7.45 pg. - bertolak ke Shah Alam
9.00 pg. - lawatan ke kilang surat khabar NSTP
- Lawatan ke kilang roti High-5
12.30 tgh. hr - makan tengah hari, solat
2.00 ptg. - lawatan ke Perpustakaan Tun Uda
4.00 ptg. - bertolak balik ke Kuala Selangor
5.00 mlm. - tiba di sekolah
5. PUNCA PENDAPATAN WANG
Yuran daripada guru-guru dan murid adalah sebanyak RM 60.00 seorang.
(RM 60.00 X 40 orang = RM 2 000.00)
Bayaran yang dikenakan termasuk tambang bas persiaran, tiket masuk ke tempat
lawatan, wang simpanan pelajar RM 10.00 dan lain-lain perbelanjaan.
4. PERBELANJAAN :
Bas persiaran : K. Selangor – Shah Alam – K. Selangor RM 1 000.00
Makan & minuman RM 500.00
Tiket lawatan ke Kilang Roti High-5 RM 400.00
Duit belanja RM 400.00
Bekalan makan & minum di dalam bas, tag, photostat RM 100.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 2 400.00
6. PENUTUP
Pihak pengurusan lawatan berharap program Kembara Ilmu ini akan dapat
menambah pengalaman dan ilmu secara realistik serta dapat menarik minat murid yang
disasarkan. Di samping itu, secara tidak langsung diharap matlamat program dapat dicapai
secara menyeluruh bagi melahirkan generasi yang peka terhadap persekitaran. Selain itu,
murid dapat mengagumi keindahan dan kecantikan alam ciptaan Tuhan.
DISEDIAKAN OLEH
____________________________________
MAIZATUL AKMA BT. KAMARUDIN
Penyelaras Program