1. 1
1.0 PENGENALAN
Manusia merupakan sebaik-baik kejadian yang dicipta oleh Allah subhanawataala (S.W.T).
Firman Allah S.W.T:
Al-Quran. At- Tinn 95:4
Maksudnya:
Sesungguhnya Kami mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Berdasarkan ayat
ini, manusia sebagai ciptaan-Nya sepatutnya berasa bersyukur di atas kurniaan ini. Oleh itu,
salah satu cara menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T adalah melakukan segala
suruhan dan meninggalkan segala kemungkaran seperti menutup aurat. Menutup aurat
merupakan tuntutan yang wajib dalam Islam. Jadi, apabila seseorang itu tidak menutup aurat
pasti mengundang kemurkaan Allah S.W.T. Sebab itulah agama Islam menitikberatkan
mengenai menutup aurat. Tetapi masyarakat Islam sekarang seolah-olah mengabaikan dan
membelakangkan soal menutup aurat terutamanya cara berpakaian. Oleh sebab itu, kertas kerja
ini akan membincangkan tuntutan menutup aurat dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia
antaranya adalah untuk mengetahui definisi aurat dari segi bahasa. Selain itu, kertas kerja ini
juga akan menyatakan hukum menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut islam. Di samping itu,
kertas kerja ini akan membincangkan punca-punca masyarakat Islam di Malaysia tidak menutup
aurat dan cadangan-cadangan ke arah masyarakat yang menutup aurat.
2. 2
2.0 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui definisi sebenar aurat. Selain itu, kajian ini akan
membincangkan tentang hukum menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut Islam terhadap
lelaki dan wanita. Di samping itu, kajian ini akan mengkaji punca-punca masyarakat Islam di
Malaysia tidak menutup aurat dan cadangan ke arah masyarakat Islam di Malaysia yang
menutup aurat.
3.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini tertumpu kepada masyarakat Islam di Malaysia. Ini kerana, masyarakat Islam di
Malaysia sekarang semakin mengabaikan aspek menutup aurat tidak kira lelaki mahupun wanita.
Dalam Islam, kedua-dua golongan sama ada lelaki atau wanita wajib menutup aurat tidak kira di
mana berada.
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah resensi perpustakaan di mana penyelidikan
dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan. Bahan- bahan terdiri daripada buku, artikel, al-
Quran dan hadis.
3. 3
5.0 HASIL KAJIAN
5.1 Pendahuluan
Setiap syariat yang ditetapkan Allah S.W.T itu telah lengkap dan indah. Ini kerana, setiap syariat
itu pasti membawa kebaikan dan kemudahan kepada manusia. Setiap syariat yang dilarang pula
pasti mengandungi keburukan. Namun begitu, pada akhir zaman ini manusia seolah- olah tidak
mempedulikan lagi tuntutan Allah S.W.T dan Al- Quran. Contohnya dalam isu berpakaian.
Ramai yang mengaku sebagai Islam tetapi batas- batas anggota badan yang perlu ditutup mereka
abaikan. Ramai juga yang tahu menutup aurat, tetapi adakah mereka menutupnya dengan betul
seperti yang ditetapkan oleh Allah S.W.T dan Rasul? Dengan pertambahan fesyen pakaian yang
banyak khususnya tudung, maka aspek- aspek menutup aurat perlu dititikberatkan. Malah, ada
kain tudung hanya gah setakat nama sahaja tetapi masih dikategorikan tidak menutup aurat
apabila seseorang memakainya. Melihat senario ini, maka konsep berfesyen dan menutup aurat
perlu ditekankan supaya masyarakat Islam mendapat penjelasan mengenai menutup aurat
mengikut Islam dan perkara-perkara yang berkaitan dengan aurat yang betul dan menurut
kehendak syarak. Dalam Islam fesyen tidak menjadi persoalan. Apa yang penting adalah
menutup aurat. Berdasarkan situasi ini, penyelidik telah melakukan rujukan berpandukan resensi
perpustakaan. Hasil daripada resensi perpustakaan, penyelidik telah mengenal pasti definisi
sebenar aurat dari segi bahasa. Selain itu, penyelidik juga telah mengenal pasti hukum menutup
aurat dan ciri-ciri pakaian menurut Islam. Di samping itu, penyelidik juga telah menjumpai
punca-puna masyarakat Islam di Malaysia tidak menutup aurat dan cadangan ke arah masyarakat
Islam yang menutup aurat.
4. 4
5.2 Penemuan hasil kajian
5.2.1 Definisi
Perkataan aurat berasal daripada bahasa Arab iaitu menerusi kata dasar aar yang bermaksud
sesuatu yang aib, cela dan dikeji dan patut disembunyikan sama ada ia berbentuk perbuatan,
sifat atau perkataan (Badawi, 1991). Selain daripada itu, aurat juga boleh didefinisikan sebagai
bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat atau wajib ditutup menurut hukum Islam (Kamus
Dewan, 1994). Dapat disimpulkan di sini bahawa aurat adalah bahagian yang wajib ditutup dan
haram dipandang. Apabila dikatakan wajib, maka perbuatan yang bertentangan dengannya
adalah dikira berdosa.
5.3 Hukum menutup aurat
Menutup aurat adalah wajib. Firman allah s.w.t:
Al-Quran, Al-Araf 7:26.
Maksudnya:
5. 5
Wahai anak- anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan
untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa
itulah yang sebaik- baiknya. Yang demikian itu adalah tanda-tanda (limpahan kurnia) Allah (dan
rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangNya (dan bersyukur).
5.4 Ciri-ciri pakaian menurut islam
5.4.1 Lelaki
Dalam Islam, kaum lelaki juga harus menjaga aurat mereka untuk mencapai kesucian yang
lebih baik (Shaik Kadir, 2009). Ramai para ulama berpendapat bahawa aurat lelaki adalah
antara pusat dan lutut sahaja. Mengikut (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004), antara
ciri-ciri pakaian lelaki adalah:
I. Mestilah menutup seluruh auratnya iaitu bahagian di antara pusat dan lutut.
II. Mestilah longgar sehingga tidak menampakkan apa yang dilindungi (aurat).
III. Tidak memakai pakaian dan perhiasan daripada sutera dan emas.
Islam sememangnya mengharamkan kaum lelaki memakai perhiasan daripada sutera dan
emas.
5.4.2 Wanita
6. 6
Mengikut (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004), antara ciri-ciri pakaian wanita yang
telah digariskan oleh Islam adalah:
I. Menutup seluruh bahagian anggota badan yang telah diperintahkan oleh syarak dan
membuka bahagian yang dibenarkan sahaja.
II. Pakaian longgar dan tidak jarang.
III. Tidak menyerupai pakaian lelaki bagi wanita dan sebaliknya.
5.5 Punca-punca masyarakat Islam di Malaysia memakai pakaian yang tidak menutup
aurat
Antara punca-punca masyarakat Islam di Malaysia memakai pakaian yang tidak menutup aurat
ialah:
5.51 Pengetahuan agama yang lemah
Secara umumnya, masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menutup aurat berpunca daripada
kekurangan pengetahuan agama. Walaupun ada pengetahuan tetapi masih lemah. Seperti sedia
maklum, seseorang mendapat pendidikan agama secara tidak formal daripada ibu bapa mereka
sendiri. Seterusnya mendapat didikan agama secara formal apabila memasuki alam persekolahan.
Sikap ibu bapa yang hanya mementingkan pencapaian akademik sehingga aspek agama
diabaikan menjauhkan lagi anak-anak dengan kepentingan menutup aurat. Menurut Shofian
Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 ini menyebabkan anak-anak beranggapan bahawa soal
agama tidak penting dalam kegiatan seharian.
5.5.2 Pengaruh media massa
7. 7
Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan apa yang dipaparkan di dalam media massa
seperti majalah-majalah dan televisyen (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Malah
kebanyakan majalah-majalah dan televisyen sering menampilkan wanita yang tidak menutup
aurat untuk mendapat publisiti. Kesannya masyarakat yang kurang pegangan agama terikut-ikut
dengan budaya tidak menutup aurat. Tidak dinafikan media cetak dan elektronik memainkan
peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat dan berita-berita dengan cepat, tetapi
apabila melibatkan soal aurat, tidak sepatutnya gambar-gambar model yang tidak menutup aurat
disiarkan.
5.5.3 Modenisasi
Proses modenisasi yang dibawa oleh barat berjaya mempengaruhi masyarakat Islam khususnya,
(Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Setiap perkara yang dibawa oleh barat
mempunyai agenda tersendiri. Barat menganggap menutup aurat telah mengongkong kebebasan
wanita (Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, 2004). Bagi masyarakat Islam yang berfikiran
sempit, mereka dengan yakin menerima dan bersetuju dengan apa yang dibawa oleh barat.
Negara barat cuba sedaya upaya mencari jalan supaya masyarakat mengikut gaya hidup mereka.
Bukan semua perkara yang dibawa negara barat tidak elok. Masyarakat Islam perlu mengekalkan
budaya ketimuran yang mana lebih baik daripada negara barat.
6.0 Cadangan ke arah masyarakat Islam di Malaysia menutup aurat
8. 8
Pakaian menutup aurat merupakan jaminan Allah S.W.T ke atas hamba-Nya daripada sebarang
perkara yang tidak diingini. Di samping itu pakaian Islam merupakan lambang identiti seorang
muslim dan muslimah. Pada zaman sekarang, penutupan aurat menjadi lebih penting kerana
banyak unsur-unsur fitnah telah berlaku seperti jenayah rogol, sumbang mahram, seks sejenis
dan bermacam-macam lagi (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Antara
cadangannya adalah melibatkan:
6.1 Ibu bapa dan keluarga
Ibu bapa memainkan peranan yang penting ke arah memastikan dan mendidik anak-anaknya
berpakaian menutup aurat bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini kerana
kanak-kanak cepat belajar dan mudah untuk diajar berkaitan menutup aurat. Menurut Shofian
Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 mengatakan suami pula bertanggungjawab ke atas
isterinya. Seandainya ada bapa atau suami yang tidak melarang anak atau isteri mendedahkan
aurat maka mereka termasuk golongan yang dayus. Berpakaian menutup aurat bukanlah
diamalkan dalam beberapa keadaan tertentu atau terhad pada sesuatu waktu yang tertentu atau
dipaksa apabila mencapai usia baligh. Suruhan menutup aurat hendaklah disertai dengan
penerangan tentang perkaitannya dengan tuntutan agama. Tanpa pengetahuan agama, amalan
menutup aurat ini mungkin bersifat sementara dan tidak memberi kesan yang baik kepada
keperibadian anak tersebut bak kata pepatah bagai mencurah air ke daun keladi. Cara ini
memberi kesan jangka masa panjang kerana apabila anak-anak mencapai usia baligh, mereka
tidak akan berasa kekok, janggal, malu, rimas dan terbeban untuk berpakaian menutup aurat.
Sebaliknya mereka akan berasa takut dan malu untuk mendedahkan aurat.
6.2 Masyarakat sekeliling
9. 9
Masyarakat sekitar juga berperanan ke arah mewujudkan pemakaian menutup aurat. Menurut
Shofian Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 setiap anggota masyarakat juga perlu
mempraktikkan pakaian yang menutup aurat agar pemakaiannya akan menjadi majoriti yang
besar. Selain itu, apabila setiap anggota masyarakat mementingkan kewajipan Islam ini, maka
akan wujud kekuatan untuk menghalang atau menegur individu yang masih mendedahkan aurat.
Selain itu, masyarakat yang prihatin akan menjadikan anak-anak jiran seperti anak-anak mereka
sendiri. Mereka akan berasa bertanggungjawab menegur anak-anak jiran yang mendedahkan
aurat di luar rumah ataupun di luar pengetahuan ibu bapa mereka.
6.3 Diri sendiri
Diri sendiri merupakan faktor yang paling penting ke arah menerapkan kesedaran untuk
berpakain menutup aurat (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Walaupun semua
pihak telah memainkan peranan masing-masing tetapi jika individu itu dengan sendiri tidak
berusaha untuk menutup aurat maka usaha ke arah mewujudkan masyarakat yang berpakaian
menutup aurat akan gagal. Ini samalah dengan perumpamaan hendak seribu daya, tidak hendak
seribu dalih. Berpakain menutup aurat sepatutnya dilakukan kerana Allah S.W.T. Sekiranya
tidak kerana Allah S.W.T maka ia akan bersifat sementara dan berpakaian tersebut tidak dapat
menghalang mereka daripada melakukan maksiat lain. Antara cara-cara adalah dengan berdoa
kepada Allah S.wW.T agar diberi taufik dan hidayah selain daripada meminta di jauhkan
daripada segala kemaksiatan. Mereka perlulah mempertingkatkan kefahaman tentang kewajipan
menutup aurat dan cara-cara menutup aurat dengan betul. Kefahaman ini dapat dipertingkatkan
dengan mengikuti kelas agama, membaca buku-buku agama dan membaca al-quran serta hadis.
7.0 Rumusan kajian
10. 10
Kajian yang bertajuk Tuntutan menutup aurat dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia
telah dijalankan untuk mengetahui definisi sebenar menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut
Islam. Di samping itu, kajian ini juga telah dijalankan adalah untuk mengenal pasti punca-punca
masyarakat Islam di Malaysia tidak menutup aurat dan cadangan ke arah masyarakat yang
menutup aurat. Dalam proses menyiapkan kertas kerja ini, penyelidik menghadapi beberapa
batasan ataupun kekangan. Antaranya adalah sumber rujukan yang terhad. Penyelidik hanya
membuat rujukan kepada buku-buku dan juga al-Quran. Hal ini telah menghadkan penyelidik
untuk mengetahui lebih mendalam berkaitan tajuk yang telah dipilih. Selain itu, batasan lain
yang penyelidik hadapi ialah penyelidik tidak mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai
masalah tidak menutup aurat. Ini disebabkan rujukan penyelidik hanya tertumpu kepada resensi
perpustakaan sahaja iaitu berdasarkan buku-buku dan al-Quran.
8.0 PENUTUP
Kesimpulannya, aurat merupakan sesuatu yang perlu dijaga dengan baik agar kehidupan di dunia
ini dipenuhi dengan keberkatan dan tergolong dalam golongan yang terpuji di akhirat kelak.
Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani umatnya. Segeralah memohon keampunan
Allah S.W.T. Syaitan merupakan musuh utama umat Islam. Jadi janganlah masyarakat Islam di
Malaysia pada hari ini mudah tertipu dengan godaan syaitan. Semua pihak seperti yang
dibincangkan sebelum ini perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam mewujudkan
masyarakat Islam yang menutup aurat supaya kehidupan di dunia ini diberkati Allah S.W.T.
Yakinlah bahawa Allah S.W.T Maha Adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan
wanita.
9.0 RUJUKAN
11. 11
Al- Quran. Al- Araf 7:26. Cetakan kedua belas. 2001. Kuala Lumpur: Darul Fikir.
Al- Quran. At Tinn 95: 4. Cetakan kedua belas. 2001. Kuala Lumpur: Darul Fikir.
K.H.M. Ali Usman. Hadis Qudsi. 2002. Kuala Lumpur: Victory Agencie.
Mohd Asri Zainul Abidin. 2004. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah.
Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.
Shaik Kadir. 2009. Pendekatan Islam. Selangor: Marshall Cavendish Editions.
Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin. 2004. Aurat Kod Pakaian Islam. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.