1. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1
KERTAS KONSEP
PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.0 Pengenalan
Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang
mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya
secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja
dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan
yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga
bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi
seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni
pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan
mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk
memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.
1.1 Objektif Pertandingan
1.1.1 Membina keyakinan diri.
1.1.2 Meluaskan pengetahuan.
1.1.3 Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.
1.1.4 Memupuk semangat patriotisme.
1.1.5 Menjana daya saing secara positif.
2.0 Peserta
2.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahap 2 sekolah rendah
bantuan kerajaan.
3.0 Peringkat Pertandingan
Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :-
3.1 Peringkat Daerah
3.1.1 Semua Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian diminta
mengendalikan pertandingan di peringkat ini.
3.1.2 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili daerah /
bahagian ke pertandingan di peringkat negeri.
2. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2
3.2 Peringkat Negeri
3.2.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri.
3.2.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu
diwujudkan.
3.2.3 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke
pertandingan peringkat kebangsaan.
3.2.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah
menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya
memaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan.
3.3 Peringkat Kebangsaan
3.3.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa
Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
3.3.2 Seorang peserta dari setiap negeri (seorang peserta sekolah
menengah dan seorang peserta sekolah rendah) akan mewakili
negeri masing-masing ke pertandingan peringkat kebangsaan.
3.3.3 Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing
dan seorang pegawai pengiring.
4.0 Format Pertandingan
Pertandingan dijalankan dalam DUA (2) bahagian dan setiap peserta wajib
bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian
ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Jawatankuasa
Pertandingan di hadapan semua peserta. Pengacara majlis dan peserta pidato
TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masing-
masing.
4.1 Bahagian Pertama
Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang
telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan. Tajuk akan diberi TIGA
(3) minggu sebelum pertandingan.
3. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
3
4.2 Bahagian Kedua
4.2.1 Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja
selesai pertandingan pidato bahagian pertama .
4.2.2 Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan
atas tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.
4.2.3 Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan
di meja ketua hakim dan menyerahkannya kepada juru acara tanpa
membuka sampul tersebut.
4.2.4 Juru acara akan membaca tajuk tersebut apabila peserta telah
berada di atas pentas.
4.2.5 Masa persediaan SATU (1) minit bermula sebaik sahaja juru acara
selesai membacakan tajuk pidato spontan. Semasa persediaan di pentas,
peserta tidak dibenarkan mendapat bantuan oleh mana-mana pihak, alat
tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat elektronik.
4.2.6 Loceng akan dibunyikan sekali menandakan bermulanya masa
persedian dan DUA (2) kali menandakan tamatnya masa persediaan dan
bermulanya masa pidato spontan.
4.2.7 Peserta tidak dibenarkan memulakan pidato spontan sebelum
tamatnya masa persediaan.
4.3 Syarat-syarat Pertandingan
4.3.1 Peserta diberi masa LIMA (5) minit untuk pidato bahagian
pertama, dan TIGA (3) minit untuk pidato bahagian kedua.
4.3.2 Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1) minit sebelum tamat,
dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian
pertandingan.
4.3.3 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi
setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.
4.3.4 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan
agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian
seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan
markah adab dipotong.
4. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
4
4.3.5 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah
dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.
4.3.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat
membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu
daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di
semua kategori dan peringkat pertandingan.
4.3.7 Peserta pidato dikehendaki menggunakan pakaian seragam
sekolah / blazer / pakaian kebangsaan yang tidak menunjukkan
identiti sekolah. Pakaian mestilah sopan dan sesuai.
4.3.8 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-
mana peraturan di atas.
4.4 Pemilihan Tajuk
4.4.1 Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri
Jawatankuasa setiap peringkat hendaklah menetapkan tajuk Pidato
Bahagian Pertama dan Kedua berdasarkan isu-isu semasa yang
tersiar dalam media massa negara.
4.4.2 Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan
4.4.2.1 Tajuk pidato bahagian pertama dan kedua di peringkat ini
disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat
Kebangsaan.
4.4.2.2 Tajuk pidato bahagian pertama akan dihantar kepada
peserta negeri tiga(3) minggu sebelum Pertandingan
Peringkat Kebangsaan.
4.4.2.3 Tajuk pidato bahagian kedua di peringkat ini ditentukan
secara undian oleh Jawatankuasa Pertandingan
Peringkat Kebangsaan.
4.4.2.4 Enam belas (16) orang peserta setiap negeri dalam
pertandingan peringkat saringan. Enam (6) orang peserta
akan dipilih ke peringkat separuh akhir. Tiga (3) orang
peserta terbaik dipilih untuk ke pertandingan akhir
peringkat kebangsaan.
5. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
4.5 Peraturan Pemarkahan
4.5.1 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama
4.5.1.1 Idea / Isi ( 30 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/
isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data /
bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya.
Panduan Pemarkahan
Idea/isi tepat – 2 markah
Huraian – 4 markah
Data / contoh – 3 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 9 markah (9m x 3 =
27 markah + 3 markah takrifan tajuk = 30 markah).
4.5.1.2 Bahasa ( 20 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku
(struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan
tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
4.5.1.3 Penyampaian dan Persembahan ( 50 markah )
4.5.1.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan
yang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarik
dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan
yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan
menjejaskan markah persembahan)
4.5.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang
tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog,
bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan
markah persembahan)
4.5.1.3.3 Peserta pidato WAJIB memberikan salam dan
kata-kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima
markah maksimum akan dipotong jika peserta
menyentuh isu sensitif/menunjukkan pelakuan/
tutur kata yang kurang sopan.
6. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
6
4.5.2 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)
4.5.2.1 Isi ( 40 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan dua idea /
isi. Idea/isi hendaklah bernas/logik dan dihurai dengan jelas.
Panduan Pemarkahan
Idea / isi – 5 markah
Huraian – 10 markah
Data / contoh – 4 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah (19m x 2
= 38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40 markah).
4.5.2.2 Bahasa ( 30 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas dan
baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan
dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
4.5.2.3 Penyampaian dan Persembahan ( 30 markah )
4.5.2.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan
yang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarik
dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan
yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan
menjejaskan markah persembahan)
4.5.2.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang
tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog,
bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan
markah persembahan)
4.5.2.3. Peserta pidato WAJIB memberikan salam terlebih
dahulu sebelum memulakan pidato. Peserta juga
digalakkan memberikan kata alu-aluan selepas
memberi salam. Lima markah maksimum akan
dipotong jika peserta menyentuh isu
sensitif/menunjukkan pelakuan/ tutur kata yang
kurang sopan.
7. PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
7
4.6 Panduan Kepada Panel Hakim
4.6.1 Peserta pidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea,
bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh
dengan reaksi emosi/tepuk sorak penyokong.
4.6.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yang
membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa
yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan
(semua kesalahan tersebut/mana-mana satu daripadanya) sebagai
pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.
4.6.3 Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM
JURI.
4.6.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad.
5.0. Tarikh Pertandingan
5.1 Peringkat Daerah :
5.2 Peringkat Negeri :
5.3 Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan :
Tempat :
5.4 Peringkat Akhir Kebangsaan :
Tempat :
6.0 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan
Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh
Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan Pelajaran Negeri.
Jawatankuasa pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat keputusan
yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak
diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu
masa,
7.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia