1. PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH RENDAH
PANDUAN AM
PESTA PANTUN
1.0 PENDAHULUAN
Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam
usaha untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda, pihak
Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pertandingan ini pada tahun 1989.
Secara tidak langsung, para pelajar dapat menghayati dan berfikiran kritis dalam
hal ini.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Pelajar dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan semaksimum
mungkin
2.2 Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran berbahasa dalam menjawab
pantun
2.3 Pelajar membina keyakinan diri dalam pertandingan
3.0 PENGELOLAAN
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.0 JENIS PERTANDINGAN
Kalah mati
5.0 PENYERTAAN
5.1 Pendaftaran peserta 5 (lima) orang.
5.2 Bilangan guru seorang guru pengiring
6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
6.1.0 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah
kerajaan dan bantuan kerajaan.
6.1.1 Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat kerat iaitu pantun 1
2. PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH RENDAH
PANDUAN AM
empat baris yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris
maksud. Rima hujung baris mestilah berpolakan abab
6.1.2 Pesta pantun ini disertai oleh lima pemantun yang terdiri daripada
tiga pemantun dan dua orang pemantun simpanan.
6.1.3 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.
6.1.4 Pasukan yang memperoleh markah tertinggi dikira sebagai
pemenang.
6.1.5 Jika berlaku seri, pasukan yang memperoleh markah isi tertinggi
dikira sebagai pemenang.
6.1.6 Jika masih berlaku seri, markah bahagian bahasa pula diambil kira.
6.1.7 Masa dikira berdasarkan arahan jurupantun. (Dari sekarang)
6.1.8 Masa dikira sebaik sahaja jurupantun mengarahkan penjualan
pantun iaitu 15 saat untuk pusingan pertama dan kedua. Manakala
dalam pusingan ketiga, masa untuk mereka cipta pantun bagi tema
yang dipilih ialah 90 saat.
6.1.9 Masa untuk membeli pantun ialah 90 saat untuk ketiga-tiga
pusingan.
6.1.10 Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat iaitu masa yang
ditetapkan untuk jualan pantun pusingan pertama dan kedua dan
90 saat bagi pusingan ketiga untuk mereka cipta dan jualan.
6.1.11 Setiap pemantun dibenarkan menjual tiga rangkap pantun dan
membeli tiga rangkap pantun.
6.1 FORMAT PERTANDINGAN
6.1.1 Pertandingan pusingan pertama
A 1 MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 90 SAAT
1 A MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 90 SAAT
B 2 MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 90 SAAT
2
3. PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH RENDAH
PANDUAN AM
2 B MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 90 SAAT
C 3 MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 90 SAAT
3 C MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 90 SAAT
6.1.2 Format Pusingan Kedua
A 2 MENJUAL 15 SAAT
2 A MEMBELI 90 SAAT
B 3 MENJUAL 15 SAAT
3 B MEMBELI 90 SAAT
C 1 MENJUAL 15 SAAT
1 C MEMBELI 90 SAAT
6.1.3 Format Pusingan Ketiga
(Pusingan Mereka cipta Cabutan Undian Tajuk)
A 3 (MEREKA CIPTA & MENJUAL - 90 SAAT)
3 A (MEMBELI 90 SAAT)
B 1 (MEREKA CIPTA & MENJUAL 90 SAAT)
1 B (MEMBELI 90 SAAT)
C 2 (MEREKA CIPTA & MENJUAL 90 SAAT)
2 C (MEMBELI 90 SAAT)
6.2 PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN
Isi - 20 markah
Bahasa - 20 markah
Persembahan - 10 markah
Penghakiman dalam pertandingan ini dihakimi oleh lima orang hakim
Bahagian isi - 2 orang hakim
3
4. PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH RENDAH
PANDUAN AM
Bahagian Bahasa - 2 orang hakim
Bahagian Persembahan - 1 orang hakim
Pemantun tidak dibenarkan berbincang antara anggota kumpulan.
Sekiranya berlaku perbincangan, sebanyak 50 markah daripada jumlah
markah keseluruhan perlu dipotong.
Pemantun dibenarkan bergerak dengan tertib dalam kawasan
pasukannya semasa menyampaikan pantun dengan syarat tidak
mengganggu pihak lawan.
Keputusan hakim adalah muktamad.
6.3 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM PERTAMA
Menghakimi Isi Ketepatan soalan / belian / jawapan Jelas dan sesuai
dengan tema (10/20)
ISI JUMLAH MARKAH (10/20)
i Ketepatan soalan / jawapan jelas dan sesuai dengan tema
ii Pantun yang dijual mestilah mempunyai satu soalan yang jelas.
iii Jika lebih daripada satu soalan, markah tidak akan diberikan.
iv Jualan pantun yang merupakan penyataan dan bukan soalan,
markah tidak diberikan.
v Jualan pantun yang terkeluar daripada tema tidak mendapat sebarang
markah.
vi Pantun yang berupa pelarian, yakni yang tidak menjawab soalan
tidak diberikan markah.
vii Jawapan bagi soalan yang tidak diberikan markah ( ii, iii, dan iv ) di
atas, hendaklah diberikan pertimbangan markah mengikut budi bicara
hakim antara 4 8 markah.
4
5. PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH RENDAH
PANDUAN AM
6.4 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KEDUA
Menghakimi isi Padat dan jitu serta bernilai susila (10/20)
ISI Jumlah Markah (10/20)
Pantun yang dijual dan dibeli hendaklah:-
i Padat dan jitu - 5 markah
ii Mempunyai nilai susila - 5 markah
Padat dan jitu bermaksud:
Pemilihan kosa kata yang indah
Tanpa kesalahan bahasa
Susunan kata yang betul
Mempunyai nilai susila:
Pantun dapat dijadikan panduan / pedoman dalam kehidupan seharian
6.5 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KETIGA
Menghakimi Bahasa - Pola Rima dan Suku kata (10/20)
a. Pola Rima abab
Rima di hujung baris - 3 markah
Rima di tengah - 2 markah
b. Suku kata dalam baris
8 hingga 12 suku kata - 5 markah
6.6 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM 4:
Menghakimi bahasa pembayang maksud dan kesesuaian dengan
maksud (10/20)
5
6. PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH RENDAH
PANDUAN AM
Pembayang maksud (2 markah)
a. Terdapat kesinambungan / hubungan antara baris pertama dengan
baris kedua.
Kesinambungan / hubungan keindahan alam semesta unsur
alam semula jadi dan karenah manusia dalam baris pertama
dengan baris kedua.
b. Kesesuaian pembayang dengan maksud (3 markah)
Ada hubungan antara baris pembayang dengan baris maksud
Pemilihan kata (5 markah)
a. Pembayang maksud dipetik daripada keindahan alam semesta, unsur
alam semula jadi termasuk karenah hati manusia (3 markah)
b. Sebutan baku dan jelas (2 markah)
6.7 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KELIMA
Menghakimi persembahan gerak fizikal dan intonasi / jeda serta
kelancaran (10 markah)
a. Gerak geri yang seimbang dengan pantun (4 markah)
(Gerak geri tangan, jelingan dan senyuman. Jika terdapat aksi
yang berlebihan, tiada markah yang diberikan)
b Intonasi dan jeda (4 markah)
(Jeda ialah nada / hentian sebutan bagi suku kata pada setiap
baris)
Intonasi ialah nada bagi memisahkan maksud dengan
pembayang maksud pantun.
c. Kelancaran (2 markah)
(Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan)
6
7. PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH RENDAH
PANDUAN AM
PEMANTUN YANG BAIK
Berpantun dalam keadaan biasa dan dalam suasana bersantai
Berpantun dengan sebutan dan pengucapan yang biasa, tidak
meleret-leret atau pengucapan yang mengada-ngada.
Berdiri dengan tertib, sopan dan kelihatan ceria.
Tidak menunjukkan diri dalam keadaan yang dipaksa-paksa,
dibuat-buat atau berlakon.
Tidak banyak mengulang perkataan / frasa/ rangkai kata yang
sama dalam setiap pantun yang dijual atau dibeli.
Setiap jualan dan belian pantun mestilah jelas dan tepat.
Pantun yang dicipta mengandungi perkataan, frasa dan istilah
bahasa yang indah dan mudah difahami.
Pantun yang dicipta mestilah bernilai tinggi.
7